Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Tuesday, July 19, 2016

Ayam Antibiotik Bakal Diberi Vaksin

Masalah ayam berpenyakit baru-baru ini menyebabkan pihak berkuasa mencadangkan ayam ternakan disuntik pula dengan vaksin bagi membolehkan ayam-ayam tersebut kebal terhadap penyakit.

Kita sedia maklum ayam-ayam yang diternak secara besar-besaran memang sudah diberi berbagia jenis ubat dan suntikan terutamanya untuk menjadikan ayam tersebut matang dengan saiz daging yang besar supaya ia dapat memberi keuntungan lebih kepada pengusaha. Kini ayam-ayam tersebut bakal disuntik pula dengan vaksin dan semua itu akan berakhir di dalam perut anda iaitu penggemar ayam fast-food seperti KFC, McDonald, Ayamas dan juga pengusaha makanan frozen nuget ayam dan burger.

Bayangkan ayam yang anda makan hari ini bukanlah ayam seperti dahulu. Daging ayam kini mengandungi antibiotik dan pelbagai jenis vaksin untuk mengelak mendapat penyakit. Dan daging yang telah mengandungi berbagai jenis bahan farmasuetikal itu dimakan oleh anda. Belum ada kajian dijalankan tentang kesan jangka panjang pemakanan ayam yang mengandungi antibiotik dan vaksin dan kita tidak tahu apakah ia boleh membawa kesan buruk kepada pemakannya.

Oleh itu pilihlah makanan lain yang lebih baik berbanding ayam. 

Waspada Dengan Produk MLM

Bertemu kembali. Produk MLM (Multi Level Marketing) muncul hampir setiap musim. Dengan mendakwa produk mereka boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, gout, masalah jantung dan sebagainya, dalam masa yang sama mereka menafikan bahawa produk itu adalah sejenis ubat - demi untuk mengelakkan tindakan oleh pihak berkuasa.

Jika diperhalusi daripada apa produk mereka dihasilkan, kebanyakannya tidak mengejutkan. Ia terdiri dari bahan yang biasa ditemui seperti kopi, garam, herba-herba yang boleh dibeli dengan murah di kedai runcit tetapi didakwa oleh mereka yang menjadi ejen  adalah bahan terbaik yang diimport dari negara China, Brazil, Venezuela dan sebagainya.

Jika ditanya berapa peratus kandungan bahan tersebut, mereka tidak dapat menjawab. Kemungkinan anda ditipu kerana tiada siapa dapat menguji kandungan bahan di dalamnya kecuali oleh pihak yang memiliki makmal ujikaji bahan-bahan seperti di universiti. Lebih merbahaya lagi jika kandungan yang digunakan bertoksik dan tidak pernah disahkan selamat digunakan.

Jika anda bertemu dengan ejen-ejen MLM, sudah tentu mereka akan promosi produk yang mereka jual kerana bagi mereka, apa yang lebih penting ialah wang anda. Dengan membeli dari mereka, wang komisyen jualan masuk ke dalam saku mereka. Ada yang mensasarkan target tertentu agar mereka dapat dinaikkan level kepada level Gold, Diamondd dan sebagainya dan akhirnya mereka dapat membeli rumah secara tunai, kereta sport dan melancung ke luar negara.

Mereka sebenarnya tidak peduli tentang masalah kesihatan anda. Dalam dunia yang serba materialistik hari ini, hanya ada 2 perkara iaitu: 1. mangsa, 2. pemangsa.

Anda adalah mangsa dan ejen-ejen MLM ini adalah pemangsa. Mereka sentiasa mencari peluang untuk mencari mangsa terbaru supaya kemahuan mereka dapat dicapai.

Saya memesan kepada semua orang supaya berhati-hati dalam memilih produk MLM yang didakwa sebagai "makanan kesihatan". Untuk mendapatkan makanan yang menyihatkan, anda tidak perlukan produk MLM. Cukup dengan menjaga pemakanan, amalkan makanan semulajadi, buah-buahan, sayur-sayuran, jauhi makanan berminyak dan berlemak tinggi.  

Saya berjanji akan terus menulis di Blog ini. Terima kasih kerana memberi sokongan berterusan. 

Labels