Pages

Tuesday, July 19, 2016

Waspada Dengan Produk MLM

Bertemu kembali. Produk MLM (Multi Level Marketing) muncul hampir setiap musim. Dengan mendakwa produk mereka boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, gout, masalah jantung dan sebagainya, dalam masa yang sama mereka menafikan bahawa produk itu adalah sejenis ubat - demi untuk mengelakkan tindakan oleh pihak berkuasa.

Jika diperhalusi daripada apa produk mereka dihasilkan, kebanyakannya tidak mengejutkan. Ia terdiri dari bahan yang biasa ditemui seperti kopi, garam, herba-herba yang boleh dibeli dengan murah di kedai runcit tetapi didakwa oleh mereka yang menjadi ejen  adalah bahan terbaik yang diimport dari negara China, Brazil, Venezuela dan sebagainya.

Jika ditanya berapa peratus kandungan bahan tersebut, mereka tidak dapat menjawab. Kemungkinan anda ditipu kerana tiada siapa dapat menguji kandungan bahan di dalamnya kecuali oleh pihak yang memiliki makmal ujikaji bahan-bahan seperti di universiti. Lebih merbahaya lagi jika kandungan yang digunakan bertoksik dan tidak pernah disahkan selamat digunakan.

Jika anda bertemu dengan ejen-ejen MLM, sudah tentu mereka akan promosi produk yang mereka jual kerana bagi mereka, apa yang lebih penting ialah wang anda. Dengan membeli dari mereka, wang komisyen jualan masuk ke dalam saku mereka. Ada yang mensasarkan target tertentu agar mereka dapat dinaikkan level kepada level Gold, Diamondd dan sebagainya dan akhirnya mereka dapat membeli rumah secara tunai, kereta sport dan melancung ke luar negara.

Mereka sebenarnya tidak peduli tentang masalah kesihatan anda. Dalam dunia yang serba materialistik hari ini, hanya ada 2 perkara iaitu: 1. mangsa, 2. pemangsa.

Anda adalah mangsa dan ejen-ejen MLM ini adalah pemangsa. Mereka sentiasa mencari peluang untuk mencari mangsa terbaru supaya kemahuan mereka dapat dicapai.

Saya memesan kepada semua orang supaya berhati-hati dalam memilih produk MLM yang didakwa sebagai "makanan kesihatan". Untuk mendapatkan makanan yang menyihatkan, anda tidak perlukan produk MLM. Cukup dengan menjaga pemakanan, amalkan makanan semulajadi, buah-buahan, sayur-sayuran, jauhi makanan berminyak dan berlemak tinggi.  

Saya berjanji akan terus menulis di Blog ini. Terima kasih kerana memberi sokongan berterusan. 
Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

0 comments:

Labels