Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Sunday, July 31, 2016

Ketum: Perlukah Ia Diharamkan?

Semua jenis tumbuhan dijadikan Allah ada tujuannya. Tumbuhan herba seperti ketum dan canabis sepatutnya tidak perlu diharamkan.

Kerajaan cuma perlu mengawal dan kuatkuasakan peraturan berkaitan bahan tersebut. Ada banyak cara untuk mengawal supaya ia tidak disalahgunakan. Contohnya, pengusaha perlu berdaftar dengan kerajaan atau mendapatkan lesen tertentu. Ketum dan canabis pula tidak boleh dijual dalam bentuk mentah. Hasil pula wajib disenaraikan dan diberikan nombor lot, tarikh pengeluaran, nama pengendali dan banyak lagi. Ia juga hanya boleh dipasarkan kepada pihak-pihak tertentu yang mempunyai keperluan dalam menghasilkan produk komersial atau perubatan dan pihak ini juga perlu mendaftarkan perusahaan atau produk mereka dan perlu mendapat kelulusan pihak KKM. Jalankan penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan mana-mana pihak yang didapati melanggar syarat-syarat ditetapkan boleh dikenakan tindakan tegas atau menarik semula lesen mereka.

Segalanya tidak akan menjadi masalah jika peraturan yang ketat dikenakan.

Kita tahu ketum dan canabis mempunyai khasiat dari segi perubatan. Antaranya ialah membekalkan tenaga, merawat inflamasi, berfungsi sebagai "ubat steroid" dari alam semulajadi, sebagai penguat tenaga dalaman, merawat kanser, dan banyak lagi khasiat lain. Telah terbukti bahawa canabis oil yang dipasarkan di luar negara telah membantu merawat seizure.

Kita perlu membuat kajian saintifik tentang tumbuhan ini. Jangan terlalu taksub membabi-buta hingga masyarakat seolah-olah menganggap kedua-dua tumbuhan ini seperti taboo. Sekali terdengar ia disebut, seperti perlu memandang ke kiri dan ke kanan.

Nikotin lebih berbahaya berbanding canabis. Cecair nikotin dalam dos berlebihan boleh meyebabkan maut. Nikotin juga membuatkan orang ketagihan. Canabis tidak.

Monday, July 25, 2016

Jika Vaksin Benar-Benar Selamat....

Jika Vaksin Benar-Benar Selamat....

mengapa wujud sebuah akta yang dinamakan National Childhood Vaccine Injury Act (NCVIA)?

Ini bermakna kecederaan, malah kematian memang wujud akibat vaksinasi.

Sejak akhir-akhir ini sebilangan tokoh agama dipergunakan untuk menghalalkan vaksin kononnya vaksin itu satu-satunya jawapan kepada penyakit diftheria yang sedang melanda negara ini. Tokoh-tokoh agama ini hanya mengiakan saja apa yang diarahkan kerana mereka tidak mengerti apa kandungan sebenar di dalam vaksin. Mereka tidak berada di sana ketika proses penghasilan vaksin dilakukan. Mereka tidak sedar bahawa terdapat serum kuda, embrio ayam, lembu dan malah, babi di dalam vaksin.

Mereka berkata kononnya jangan percaya maklumat yang ada di internet, blog-blog serta media sosial (jawapan tipikal dari golongan kapitalis). Mereka sarankan orang ramai ikut saja arahan dan percaya kepada maklumat yang disiarkan di TV/radio dan media arus perdana.

Malah mereka tentu tidak pernah mendengar bahawa terdapat logam berat seperti aluminum, merkuri dan formaldehyde di dalam vaksin. Jika anda bertanya kepada tokoh agama ini apakah risiko dari bahan-bahan ini, tentu mereka tidak dapat menjawabnya kerana mereka bukan duduk di dalam bidang itu. Mereka cuma akan menjawab ia "selamat" kerana disahkan oleh pakar perubatan.

Anda boleh lawati website http://www.nvic.org untuk mendapat lebih banyak maklumat tentang vaksin.

Surirumah yang mengidap diftheria baru-baru ini disahkan menerima suntikan vaksin untuk diftheria. Ini bukti vaksin tidak berkesan menghalang penyakit.

Laman web yang mendakwa menyampaikan maklumat berdasarkan sains dalam menangkis dakwaan golonga anti-vaksin berakhirnya dengan kata-kata memandah rendah golongan anti-vaksin dan cuba menjatuhkan tahap pemikiran golongan itu seolah-olah golongan anti-vaksin tidak mendapat maklumat yang tepat dan mereka dihina supaya kelihatan bodoh  - bukannya mmbawa bukti saintifik bahawa vaksin itu selamat.

Pada hakikatnya, tiada satupun ujian yang dijalankan dapat membuktikan vaksin benar-benar selamat dan berkesan. Apa yang ada cuma statistik yang menunjukkan pengurangan penyakit di negara-egara maju bukan disebabkan vaksin, tapi kesan dari kesedaran mereka tentang kebersihan dan pemilihan makanan yang lebih baik dan juga amalan gaya hidup yang sihat. Ini tidak boleh dikaitkan dengan pengenalan vaksin.

Setakat ini, World Health Organization (WHO) hanya sarankan program immunisasi dijalankan tetapi ia tidak diWAJIBkan.

Satu-satunya kaedah yang paling semulajadi untuk memasukkan penawar ke dalam tubuh ialah melalui mulut kita - bukan melalui suntikan.

Lihat siapa yang mendapat faedah dari program immunisasi berskala global ?  

Jangan lupa pergi ke website ini >>> http://www.nvic.org <<< untuk mendapatkan maklumat serba lengkap tentang vaksin, dan bandingkan maklumat yang anda perolehi dari media arus perdana seperti TV, akhbar, majalah popular dan lain-lain sumber. Pilihan di tangan anda.


Thursday, July 21, 2016

Pengunjung Mencecah 1 Juta

Bulan ini menandakan blog The Secret Medicines mencapai angka pengujung yang ke 1,000,000.

Setelah berbagai cabaran, halangan, kritikan, tuduhan serta ugutan, hingga Blog ini terpaksa dihentikan buat seketika waktu, laman Facebook kami juga diserang, kini kami terus menerus untuk menulis demi menyedarkan orang ramai tentang pentingnya memilih makanan yang terbaik dan sesuai untuk tubuh kita. Seperti ikrar kami sejak mula lagi, kami akan terus membongkar penipuan-penipuan dalam jualan yang cuba memperbodohkan orang ramai yang tidak mengerti, bagaimana jahatnya pengusaha makanan/minuman/ubat-ubatan yang cuba menyembunyikan kebenaran dari diketahui orang ramai demi mengaut keuntungan.

Walaupun angka 1 juta masih dianggap terlalu kecil, ia adalah angka yang besar bagi kami. Jika penduduk Malaysia berjumlah 30 juta orang, blog ini sudah dilawati oleh 3.3% dari jumlah penduduk Malaysia. Jumlah pelawat dihitung dari alamat IP yang unik, iaitu setiap orang mewakili 1 alamat IP biarpun ia melawat beberapa kali, ia tetap dikira sebagai 1.

Kami menulis sejak tahun 2006 dan beberapa artikel yang kami rasa tidak sesuai dan sudah ketinggalan zaman, tidak selaras dengan perkembangan semasa sudah kami keluarkan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana terus menyokong usaha kami. Buat masa ini, kami tidak berminat lagi untuk membuat akaun baru di Facebook kerana berbagai halangan sulit yang menyukarkan pihak kami. Oleh itu, Blog ini akan terus bersiaran dan dikemaskini kembali seperti dahulu, inshaAllah. Teruskan melawat Blog ini dan jangan lupa bookmark. Jika anda mempunyai Blog sendiri, letakkan pautan di sidebar supaya anda mendapat notifikasi setiap kali blog in diemaskini dengan maklumat terbaru.

~ TSM

Wednesday, July 20, 2016

Difteria - Anti-Vaksin Dipersalahkan


Jika ada yang berkata apa faedahnya hisap rokok selain membazirkan wang dan mengundang penyakit, satu-satunya faedah yang diperolehi ialah untuk merawat difteria. Memang benar, merokok membantu merawat difteria disertakan dengan bawang putih yng dihancurkan dan ditelan begitu saja. Jika anda mampu, buatkan jus dari bawang putih. Masukkan satu atau 2 ulas bawang putih ke dalam blender dan kisar, campurkan segelas air dan minum.

Bagi TSM, apa saja berkenaan herba tidak menjadi hal. TSM pernah minum air jus kunyit, menyapu air kunyit di seluruh badan sebagai anti-bakteria. Juga menelan bawang putih hancur. Memang rasanya tidak sedap dan tidak selesa, tapi khasiatnya lebih banyak.

Berbalik kepada rokok, jangan pula jadikan alasan untuk merokok secara berterusan kononnya untuk merawat difteria. Sedut asapnya sekadar di tekak dan tidak sampai ke paru-paru kemudian hembus. Masalah difteria berada di tekak di mana bakteria yang toksik terhasil dan merebak di dalam salur darah.

Apa yang biasa kita dengar, difteria datang dari sejenis bakteria yang dinamakan  Corynebacterium diphtheriae. Tetapi ia dikatakan akibat dari individu tersebut tidak menerima vaksin semasa kanak-kanak. Ramai juga kanak-kanak dikatakan mendapat difteria dan ada yang maut kerana tidak disuntik dengan vaksin dan ibu bapa kanak-kanak tersebut dipersalahkan.

Tapi kita tidak pernah diberitahu dari mana datangnya bakteria  Corynebacterium diphtheriae ini. Kita juga tidak diberitahu bagaimana untuk menjauhi bakteria ini dan di kawasan mana ia selalunya ditemui. Satu-satunya cara yang yang diberitahu untuk menjauhi bakteria ini ialah dengan mengambil vaksin.

Ini sesuatu yang misteri bagaimana bakteria beracun tersebut boleh muncul begitu saja dari dalam darah seseorang dan kemudian boleh berpindah melalui sentuhan dan udara kepada individu lain yang sihat.

SERUM KUDA DALAM VAKSIN DIFTERIA
Adakah ini sejenis bakteria mutasi? Adakah ia terhasil secara tidak sengaja dari ujikaji makmal? Dan tiada siapa mahu bertanggungjawab terhadap kemunculan bakteria ini tetapi mereka sarankan orang ramai mengambil vaksin untuk mengelak darinya. Tahukah anda bahawa vaksin yang digunakan dalam immunisasi difteria diambil dari serum kuda?

Tahukah anda bahawa sehingga hari ini iaitu pada tahun 2016, rawatan difteria menggunakan anti-toksin difteria (DAT) tidak pernah dilesenkan oleh Food And Drug Administration (FDA) untuk digunakan di Amerika tetapi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) diberi kelonggaran untuk mengedarkan kepada pengamal perubatan sebagai dadah percubaan?

Sejarah bakteria ini direkodkan sejak tahun 1600 lagi. Epidemik ini bermula di Sepanyol. Sejak itu ia merebak ke Perancis dan England. Dan sehingga kini, tiada rekod tentang dari mana datangnya bakteria Corynebacterium diphtheriae.


Tuesday, July 19, 2016

Ayam Antibiotik Bakal Diberi Vaksin

Masalah ayam berpenyakit baru-baru ini menyebabkan pihak berkuasa mencadangkan ayam ternakan disuntik pula dengan vaksin bagi membolehkan ayam-ayam tersebut kebal terhadap penyakit.

Kita sedia maklum ayam-ayam yang diternak secara besar-besaran memang sudah diberi berbagia jenis ubat dan suntikan terutamanya untuk menjadikan ayam tersebut matang dengan saiz daging yang besar supaya ia dapat memberi keuntungan lebih kepada pengusaha. Kini ayam-ayam tersebut bakal disuntik pula dengan vaksin dan semua itu akan berakhir di dalam perut anda iaitu penggemar ayam fast-food seperti KFC, McDonald, Ayamas dan juga pengusaha makanan frozen nuget ayam dan burger.

Bayangkan ayam yang anda makan hari ini bukanlah ayam seperti dahulu. Daging ayam kini mengandungi antibiotik dan pelbagai jenis vaksin untuk mengelak mendapat penyakit. Dan daging yang telah mengandungi berbagai jenis bahan farmasuetikal itu dimakan oleh anda. Belum ada kajian dijalankan tentang kesan jangka panjang pemakanan ayam yang mengandungi antibiotik dan vaksin dan kita tidak tahu apakah ia boleh membawa kesan buruk kepada pemakannya.

Oleh itu pilihlah makanan lain yang lebih baik berbanding ayam. 

Waspada Dengan Produk MLM

Bertemu kembali. Produk MLM (Multi Level Marketing) muncul hampir setiap musim. Dengan mendakwa produk mereka boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, gout, masalah jantung dan sebagainya, dalam masa yang sama mereka menafikan bahawa produk itu adalah sejenis ubat - demi untuk mengelakkan tindakan oleh pihak berkuasa.

Jika diperhalusi daripada apa produk mereka dihasilkan, kebanyakannya tidak mengejutkan. Ia terdiri dari bahan yang biasa ditemui seperti kopi, garam, herba-herba yang boleh dibeli dengan murah di kedai runcit tetapi didakwa oleh mereka yang menjadi ejen  adalah bahan terbaik yang diimport dari negara China, Brazil, Venezuela dan sebagainya.

Jika ditanya berapa peratus kandungan bahan tersebut, mereka tidak dapat menjawab. Kemungkinan anda ditipu kerana tiada siapa dapat menguji kandungan bahan di dalamnya kecuali oleh pihak yang memiliki makmal ujikaji bahan-bahan seperti di universiti. Lebih merbahaya lagi jika kandungan yang digunakan bertoksik dan tidak pernah disahkan selamat digunakan.

Jika anda bertemu dengan ejen-ejen MLM, sudah tentu mereka akan promosi produk yang mereka jual kerana bagi mereka, apa yang lebih penting ialah wang anda. Dengan membeli dari mereka, wang komisyen jualan masuk ke dalam saku mereka. Ada yang mensasarkan target tertentu agar mereka dapat dinaikkan level kepada level Gold, Diamondd dan sebagainya dan akhirnya mereka dapat membeli rumah secara tunai, kereta sport dan melancung ke luar negara.

Mereka sebenarnya tidak peduli tentang masalah kesihatan anda. Dalam dunia yang serba materialistik hari ini, hanya ada 2 perkara iaitu: 1. mangsa, 2. pemangsa.

Anda adalah mangsa dan ejen-ejen MLM ini adalah pemangsa. Mereka sentiasa mencari peluang untuk mencari mangsa terbaru supaya kemahuan mereka dapat dicapai.

Saya memesan kepada semua orang supaya berhati-hati dalam memilih produk MLM yang didakwa sebagai "makanan kesihatan". Untuk mendapatkan makanan yang menyihatkan, anda tidak perlukan produk MLM. Cukup dengan menjaga pemakanan, amalkan makanan semulajadi, buah-buahan, sayur-sayuran, jauhi makanan berminyak dan berlemak tinggi.  

Saya berjanji akan terus menulis di Blog ini. Terima kasih kerana memberi sokongan berterusan. 

Labels