Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Wednesday, October 30, 2013

Jual Nama Islam Demi Keuntungan

Sejak beberapa tahun, telah banyak pengusaha yang menggunakan kaedah terbaru menipu pengguna demi mengaut keuntungan lebih-lebih pengguna di kalangan orang Islam kerana di negara kita, pengguna Islam merupakan pengguna teramai sekali dan ia mewakili 50 peratus.

TSM ingin menyatakan bahawa kami bukanlah racist tetapi membanteras dan menyedarkan orang ramai tentang sebarang usaha penipuan yang dilakukan demi mengaut keuntungan adalah salah satu objektif kami sejak dari mula lagi.

Kali ini, kaedah penipuan yang dilakukan untuk melariskan jualan ialah apabila pengusaha bukan Islam menggunakan nama berbunyi Islamik atau keMelayuan dan tulisan Jawi untuk produk mereka. Sebahagian dari contoh produk dengan nama Islamik ialah Ahmad, Safi, Salam, Seri Murni, Puteri, Nona, Panglima, Jantan, Jati, Istana, dan sebagainya. Ia jelas cuba memperdaya pengguna dari kalangan orang Islam yang amat mudah percaya bahawa produk itu keluaran orang Islam hanya kerana namanya berbunyi Islamik atau tulisan Jawi terdapat pada bungkusan produk.

Satu lagi kaedah menipu ialah dengan meletakkan gambar-gambar yang menggambarkan ciri-ciri Islam atau Melayu seperti gambar masjid atau kubah bentuk bawang, bulan & bintang (sebenarnya bulan & bintang bukan lambang Islam tetapi ia telah diterima umum sebagai simbol Islamik), keris, corak batik, gambar lelaki Melayu yang sudah tua memakai kopiah, serban atau songkok, dan sebagainya.

Penipuan sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh dianggap mengambil kesempatan di atas trend pasaran masyarakat Melayu dimana pengusaha bukan Islam tidak boleh memperdaya atau menghalang orang-orang Islam untuk berfikir secara rasional dan bebas tanpa dipengaruhi oleh perkataan, gambar atau tulisan yang cuba menipu pengguna Islam supaya percaya bahawa ia produk keluaran orang Islam.

Pengguna-pengguna Islam terutama orang Melayu memiliki suatu persepsi bahawa jika pemilik atau pengusaha produk merupakan orang Melayu dan Islam, mereka berpandangan bahawa produknya secara otomatik tentunya halal walaupun tanpa cop Jakim dan produknya tentu bersih walaupun mereka sendiri tidak pernah pergi melihat sendiri bagaimana ia diproses di kilang. Satu lagi persepsi yang biasa kepada orang Melayu Islam ialah mereka berpegang kepada keyakinan bahawa sesuatu yang halal itu tentunya baik. Ini boleh memesongkan mereka dari realiti sebenar bahawa produk yang mereka anggap keluaran orang Islam sebenarnya diusahakan oleh bukan Islam malah mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti pewarna, pengawet dan sebagainya.

Mungkin ada yang menganggap coretan TSM kali ini sedikit berbau perkauman hakikatnya TSM tidak bermaksud untuk menghasut sesiapa dalam hal memilih barangan. Tapi apa yang kami tulis di sini adalah realiti di mana pengusaha mengambil kesempatan dari peluang pasaran luas untuk orang-orang Islam - setidaknya mereka tidak berpura-pura seperti menggunakan tulisan Jawi, gambar masjid, gambar warga emas bangsa Melayu dan sebagainya yang jelas bertujuan cuba menambat hati pelanggan Melayu Islam. Pelanggan di negara ini yang rata-rata terdiri dari orang-orang Islam yang mahukan barangan yang mereka makan/guna adalah selamat, bersih, suci dan tiada unsur-unsur meragukan. Kami bercakap tentang persepsi dan persepsi sebenarnya memainkan peranan penting dalam pengguna membuat keputusan.

Labels