Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Wednesday, June 5, 2013

Udara Dan Air Sama Dengan Bahan Kimia Aditif Makanan?

Berikut kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh XXX (sebuah institusi yang dipercayai) melalui pamplet yang mereka terbitkan yang cuba untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya makanan ditambah pengawet dan pewarna itu baik untuk pengguna dan selamat dimakan. Ia diterbitkan pada tahun 2004 dan TSM masih lagi simpan hingga ke hari ini untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa pihak yang kita harapkan untuk menjaga kesihatan kita sebenarnya tambah mendatangkan bencana merosakkan kesihatan kita. Inilah yang dikatakan "recipe for disaster"

Pamplet XXX Halaman 1
SALAH FAHAM TERHADAP ADITIF MAKANAN

Kebimbangan mengenai bahan kimia - Sesetengah orang percaya aditif makanan itu adalah bahan kimia dan justeru itu ia seharusnya diharamkan penggunaannya. Dalam konteks sains makanan, perkataan "bahan kimia" tidak mempunyai maksud kerana udara dan air, gula dan garam juga adalah bahan kimia seperti aditif makanan. Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah kebanyakan aditif makanan yang digunakan boleh didapati secara semulajadi. Contohnya:
  • Pektin yang digunakan untuk set jem diperolehi daripada tumbuhan
  • Lesitin yang digunakan untuk menghalang pengasingan makanan diperolehi daripada kuning telur
  • Aditif semulajadi yang lain termasuk karamel sebagai pewarna, vitamin C sebagai antioksida, agar daripada rumpai laut sebagai penstabil dan sebagainya.
Salah satu kesan negatif daripada kesalahfahaman mengenai aditif makanan telah membuat pengguna lebih tertumpu kepada mengelakkan aditif makanan lebih daripada mengamalkan diet yang seimbang.
Okey, biar TSM ulas.
Menurut XXX, "dalam konteks sains makanan, perkataan "bahan kimia" tidak mempunyai maksud kerana udara dan air, gula dan garam juga adalah bahan kimia seperti aditif makanan."

Kalau begitu, buah-buahan, sayuran, daging, ikan semuanya adalah bahan kimia. Sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab untuk memastikan rakyat di negara ini hidup sihat dan dijauhkan dari penyakit, mereka tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian. Udara adalah unsur semulajadi di dalam alam. Ia jauh berebza dan tidak boleh disamakan dengan bahan kimia aditif yang ditambah ke dalam makanan hari ini. Bahan aditif ini bukan wujud secara semulajadi sebaliknya dihasilkan di makmal. Ia belum tentu selamat kepada manusia dalam jangka masa panjang kerana kebanyakannya diuji ke atas tikus makmal dalam tempoh yang singkat.

Kemudian XXX mendakwa "kebanyakan aditif makanan yang digunakan boleh didapati secara semulajadi" seperti pektin, lesitin, karamel dan vitamin C. Wujudkah bahan aditif yang dinamakan vitamin C? Kalau vitamin C bahan aditif, TSM adalah yang pertama dapatkan bahan ini dan TSM tak mahu bahan yang lain.

XXX:
Bahan Pengawet
Bahan pengawet digunakan untuk mengawal pertumbuhan kulat, bakteria dan ragi bagi meningkatkan jangka hayat makanan tersebut. Antara bahan pengawet tradisi yang digunakan secara meluas dalam industri makanan adalah seperti gula, cuka dan garam. Selain dari itu, bahan pengawet dapat membantu melindungi pengguna daripada mikroorganisma yang menyebabkan keracunan makanan.

TSM:
Hakikatnya industri makanan tidak hanya menggunakan cuka dan garam sahaja untuk mengawet makanan, mereka kini lebih maju malah menggunakan bahan pengawet yang merbahaya dan boleh menyebabkan kanser seperti sodium nitrite.

Halaman 2
XXX:
Bahan Pewarna
Pewarna menjadikan makanan lebih menarik dan membantu untuk merangsang selera makan. Biasanya dalam proses pengawetan, warna asal makanan akan hilang. Telah menjadi amalan pihak pengilang untuk menambah bahan pewarna yang dibenarkan  untuk memperbaiki penampilan produk mereka. Kebanyakan pewarna makanan diperolehi daripada bahan semulajadi.
TSM:
Sekali lagi mereka mendakwa bahan pewarna daripada bahan semulajadi. Ya betul. Pewarna dari unsur petroleum juga adalah semulajadi kerana ia datang dari dalam tanah. Pewarna merah juga berasal dari alam semulajadi iaitu dari serangga chochineal. Tapi siapa yang sanggup makan petroleum dan makan serangga? Untuk apa jadikan makanan yang sudah hilang warna kelihatan lebih menarik? Tujuannya cuma satu iaitu menipu. Mereka cuba menipu pengguna kononnya makanan itu masih elok dan segar kerana warnanya yang terang. Dalam peraturan pengilangan makanan, menipu tidak salah. Menipu dari segi warna dan rupa dibenarkan. Semakin ramai pelanggan yang tertipu, semakin banyak mereka menjana keuntungan.Pelanggan sering tergoda dengan rupa dan warna sesuatu produk. Jika warna yang malap atau pudar, ia tidak menarik perhatian pelanggan.

XXX:
Bahan Perisa/Penambah Perisa
Herba dan rempah telah digunakan sejak berkurun yang lalu untuk menambahkan perisa makanan. Di dalam industri makanan, banyak perisa, sama ada bahan perisa semulajadi atau bahan perisa serbasama (?) bahan asli, biasa ditambah dalam kuantiti yang sedikit. Ini termasuk penambah perisa monosodium glutamat yang digunakan dalam makanan seperti sup kering, stok sup, sos dan lain-lain.

TSM:
Hakikatnya, makanan hari ini tidak menggunakan herba  dan rempah seperti yang didakwa sebaliknya menggunakan bahan kimia excitotoxin iaitu MSG dan lain-lain bahan perisa yang dihasilkan di makmal.

Apa bahan perisa serbasama bahan asli itu?...ini kali pertama TSM dengar istilah sebegini.

Makanan adalah makanan dan kenapa perlu ditambah pengawet, pewarna dan perisa semua itu? Sebab utamanya ialah kerana industri pemprosesan makanan komersial. Pemprosessan makanan berskala kilang memerlukan tempoh tahan lama untuk penghantaran bekalan dan penyimpanan. Makanan sebenar yang asli hanya boleh bertahan dalam tempoh sehari-dua sahaja, jika tidak ditambah semua bahan aditif di atas, semua industri ini tidak akan bertahan lama. Begitu juga dengan rupanya yang menarik dengan warna yang terang serta rasa yang sedap menaikkan selera pengguna, sebenarnya membuatkan pengguna semakin ketagihan terhadapnya akhirnya meningkatkan obesiti, diabetes malah kanser di kalangan orang ramai.  

Ada banyak lagi kenyataan di dalam pamplet ini yang seolah-olah cuba menyelamatkan industri makanan proses seperti restoran makanan segera dan industri makanan ringan.

Pamplet ini sebenarnya cuba memperbodohkan orang ramai. 

10 Amalan Jijik Dalam Menyediakan Makanan

Masyarakat sering memandang ringan tentang isu kebersihan lebih-lebih lagi dalam hal penyediaan makanan. Ia tidak sepatutnya berlaku dan pengguna sepatutnya perlu mengambil sikap sentiasa peduli, peka dan prihatin tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Berikut adalah antara 10 perkara yang dilihat benar-benar berlaku di depan mata dan sebahagian darinya dilaporkan oleh Facebookers yang dilontarkan melalui Facebook The Secret Medicines.
  1. Periuk kuah roti canai dipanaskan di atas kuali leper tempat membuat roti canai. Bayangkan punggung periuk itu diletakkan di merata tempat kemudian dipanaskan di atas kuali leper tempat roti canai dimasak. Bakteria dari merata tempat akan berpindah ke atas kuali leper itu kemudian berpindah pula kepada roti canai yang dimakan.
  2. Tuala Kecil. Tuala 'Good Morning' yang tak pernah dibasuh biasa diguna berulang kali untuk 'membersihkan' dan mengelap minyak serta sisa-sisa memasak di atas periuk leper. Cebisan-cebisan halus dari fabrik yang tidak kelihatan sudah tentu akan tertinggal dan melekat di atas kuali lalu berpindah ke makanan. 
  3. Hidangan bertindih. Piring kecil bersaiz 1 ke 2 inci untuk meletakkan sos atau sambal serta piring kuah bersaiz 4-5 inci untuk meletak kuah ditindihkan di atas piring makanan utama yang kebiasaannya boleh mencemar makanan. Perkara ini boleh berlaku disebabkan penyedia atau pembawa makanan mahu kerja mudah dan tidak cukup tangan untuk memegang gelas minuman dan pinggan makanan sekaligus. Apa saja bahagian belakang seperti punggung kuali atau bawah piring terdedah kepada risiko kekotoran kerana bahagian itu biasanya digunakan untuk menyentuh permukaan. Ia lebih kurang sama keadaannya dengan periuk dipanaskan di atas kuali leper. Lebih baik gunakan talam yang mempunyai lekukan pembahagi untuk memisahkan makanan, kuah dan sebagainya. 
  4. Sudip atau penyepit yang sama digunakan untuk mengendalikan makanan mentah dan juga yang sudah dimasak lebih-lebih lagi makanan seperti daging. Daging mentah boleh tercemar dengan bakteria seperti E. Coli.
  5. Lauk-pauk yang dihurung lalat terutama di kawasan yang banyak lalat. Lalat adalah serangga pengotor dan sering hinggap di atas kotoran terutama najis dan ia boleh memindahkan kotoran itu ke atas makanan atau lauk-pauk. Untuk memudahkan pelanggan memilih lauk disamping menjaga kebersihan, gunakan penutup transparent. 
  6. Tukang masak yang berbual atau tidak memakai topi dan apron semasa memasak. Perbualan ketika memasak boleh mendedahkan makanan terhadap pencemaran air liur tukang masak dan topi dan apron yang tidak dipakai boleh memindahkan kotoran kepada makanan seperti rambut tukang masak dan juga peluh.
  7. Telur ayam tidak dibasuh terlebih dahulu. Jika tidak dibasuh, sisa-sisa najis ayam yang melekat (walaupun tidak kelihatan) akan masuk terus ke dalam makanan apabila kulit telur dipecahkan. Amalan sebegini boleh menyebabkan bakteria mudah berpindah ke dalam makanan dan membiak. 
  8. Meletakkan periuk, kuali atau apa saja yang mengandungi makanan di atas lantai atau tempat yang rendah. Makanan ini mudah terdedah kepada pencemaran bakteria kerana kotoran sering jatuh di tempat yang lebih rendah. (Gambar: lihatlah bagaimana penutup periuk itu menyentuh lantai)
    Kredit: gambar diambil dari laman web ondscene.my
  9. Batuk atau bersin semasa membawa makanan untuk dihidangkan. Apabila seseorang itu batuk atau bersin, beribu-biru bakteria dan virus akan tersebar ke persekitaran terutama makanan yang sedang dibawa. Makanan akan tercemar dan orang yang memakannya mungkin mendapat penyakit. 
  10. Melakukan berbagai pekerjaan. Jika seseorang menggunakan tangannya untuk menguli tepung atau menebar roti canai, ia tidak menjadi masalah selagi tangannya telah dibasuh dengan bersih dan kukunya dipotong pendek tetapi dia tidak seharusnya melakukan pekerjaan lain seperti menjadi juruwang memegang wang tunai, kerana wang adalah antara tempat paling banyak bakteria ditemui. Dia juga tidak boleh bekerja sebagai tukang cuci lantai atau pencuci pinggan mangkuk. 

Jika anda ternampak salah satu dari perkara di atas terjadi, tinggalkan saja makanan itu dan makan di tempat lain. Kesihatan lebih utama dari wang ringgit. ~ Artikel oleh The Secret Medicines

Artikel akan datang: Amalan Bahaya Dalam Menyediakan Makanan 

Labels