Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Friday, May 24, 2013

Apa Yang Masyarakat Tidak Diberitahu

Apa yang masyarakat tahu: MSG ialah bahan perisa makanan yang buat makanan jadi sedap
Apa yang masyarakat tak tahu: MSG ialah sejenis excitotoxin - bahan yang merangsang deria rasa tapi boleh menyebabkan kerosakan saraf dan otak

Apa yang masyarakat tahu: produk sugar-free tidak mengandungi gula dan sesuai untuk penderita diabetes
Apa yang masyarakat tak tahu: kebanyakan produk sugar-free mengandungi aspartame, sejenis excitotoxin yang boleh meningkatkan tekanan darah, menambah berat badan dan malangnya - menyebabkan diabetes

Apa yang masyarakat tahu: sirap jagung berasal dari jagung dan ia adalah bahan semulajadi
Apa yang masyarakat tak tahu: sirap jagung memang berasal dari jagung, tapi dari spesies jagung yang tidak boleh dimakan, dihasilkan melalui formula kejuruteraan genetik dan ia bukan produk semulajadi. ia boleh menyebabkan obesiti dan diabetes

Apa yang masyarakat tahu: fluorida baik untuk menguatkan gigi
Apa yang masyarakat tak tahu: fluorida adalah sejenis bahan toksik yang menurunkan kebolehan IQ dan digunakan sebagai salah satu bahan di dalam racun serangga

Apa yang masyarakat tahu: dengan berlapar dan 'skip breakfast' boleh menurunkan berat badan
Apa yang masyarakat tak tahu: membiarkan diri dalam keadaan berlapar boleh menyebabkan tubuh mengalami kekurangan nutrien dan melemahkan sistem pertahanan tubuh serta boleh mengundang penyakit

Apa yang masyarakat tahu: hanya ubat doktor saja dapat menyembuhkan penyakit kelopak mata disebabkan jangkitan bakteria
Apa yang masyarakat tak tahu: seorang lelaki di Scotland menghabiskan banyak wang mencuba pelbagai ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor tapi tiada satupun yang berkesan. Akhirnya dia mencuba madu lebah yang dibeli di pasaraya Tesco, dalam masa beberapa minggu penyakit yang dideritai selama bertahun-tahun sembuh sepenuhnya. Madu lebah adalah anti-bakteria

Apa yang masyarakat tahu: Doktor sering menasihati pesakit supaya berhenti merokok
Apa yang masyarakat tak tahu: 50 tahun lalu, doktor yang sering keluar di dalam iklan komersial syarikat rokok mempromosi jenama rokok tertentu

Bahaya Makanan Goreng Dengan Minyak 'Recycle'

Cara hidup kita zaman ini sepatutnya sudah mula diubah dan kita tidak sepatutnya memakan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak (deep fried).

Dalam istilah masakan, 'deep fried' maksudnya memasak dengan merendamkan makanan ke dalam minyak yang banyak yang dipanaskan. Minyak yang digunakan untuk menggoreng boleh mencecah suhu sehingga lebih 200°C. Ayam, kentang, donat, onion ring adalah antara makanan yang popular digoreng secara deep fried. Senarai-senarai ini adalah merupakan makanan ala-Barat. Bagaimana pula dengan makanan ala-keTimuran seperti di negara kita?

Makanan tempatan tidak kurang juga menggunakan kaedah 'deep-fried' seperti pisang goreng, berbagai jenis cucur seperti cucur udang, cucur bawang dan sebagainya. Sudah tiba masanya kita melihat kembali apa yang kita makan selama ini biarpun ia telah lama dipraktikkan oleh generasi sebelum kita.

Makanan yang digoreng tinggi kandungan kalori dan boleh menyebabkan berat badan bertambah hingga menjadi obesiti. Semasa menggoreng, makanan akan menyerap minyak lalu menambahkan jumlah lemak di dalam makanan yang anda makan.

Makanan yang digoreng dengan lemak tepu atau lemak trans meningkatkan risiko penyakit koronari jantung iaitu saluran arteri yang semakin sempit atau tersumbat.

Penggunaan Minyak 'Recycle'
Peniaga yang menjual makanan 'deep fried' sudah tentu tidak akan membuang minyak yang telah digunakan kerana ia akan meningkatkan kos operasi dan mengurangkan margin keuntungan. Kebanyakannya terutama peniaga pisang goreng akan menyimpan minyak yang telah digunakan, menapis kerak-kerak dan kemudian menggunakan semula untuk menggoreng makanan. Perkara ini akan berterusan beberapa hari berikutnya sehingga ke satu tahap dimana minyak itu sudah bertukar menjadi hitam barulah mereka akan menggunakan minyak yang baru.

Penggunaan minyak 'recycle' ini sebenarnya amat merbahaya kerana ia dicemari oleh sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tekanan darah tinggi. Minyak yang telah digunakan akan merosot (teroksida, terpolimer dan terhidrolisis) lalu membentuk komponen merbahaya. Kemerosotan ini diikuti oleh perubahan tahap keasidan lemak, perubahan warna minyak dan peningkatan asid lemak trans - asid lemak yang boleh mengakibatkan serangan jantung.

Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa minyak juga adalah punca kepada masalah kulit muka seperti jerawat atau acne. Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengelak dari masalah ini ialah dengan berhenti dari mengambil makanan yang digoreng lebih-lebih yang digoreng secara deep-fried. Orang Eskimo mempunyai kulit yang licin kerana mereka makan ikan - sumber minyak yang baik untuk omega-3.

Pisang Yang Digoreng
Pisang adalah makanan yang baik dan banyak khasiat tetapi mengapa ia perlu digoreng? Memakan pisang goreng samalah seperti anda meminum minyak terus masuk ke dalam perut anda lebih-lebih lagi minyak yang diguna semula. Tepung yang dibancuh untuk menyaluti pisang adalah tempat yang baik untuk minyak berkumpul. Struktur pisang itu sendiri bertindak seperti ruang simpanan untuk minyak masuk dan berkumpul di dalamnya.   

FDA menetapkan bahawa penggunaan minyak masakan yang telah digunakan tidak boleh melebihi 25% dari jumlah minyak yang digunakan untuk menggoreng. Ketetapan ini berdasarkan kepada Total Polar Compounds (TPC). TPC termasuk semua bahan yang terbentuk yang mempunyai polar yang lebih tinggi trigliseride teroksida, diagliseride dan asid lemak. Tahap maksima bagi polar compound masakan ialah 25g/100g minyak.    - Artikel oleh The Secret Medicines

Labels