Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Monday, May 20, 2013

Rokok: Frequently Asked Questions!



Ikuti soalan dan jawapan dari TSM tentang rokok  Semoga dapat memberi tips dan dorongan untuk mereka yang mahu berubah kepada kebaikan.


S: Apa ada dalam rokok?
TSM: Tembakau kering ditambah berbagai jenis bahan kimia toksik.

S: Benarkah rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia bertoksik? 
TSM: Tidak benar. Ia mungkin mengandungi beratus-ratus bahan toksik tetapi bahan-bahan kimia ini akan berubah menghasilkan produk sampingan lebih 4000 jenis toksik apabila dibakar. Mungkin tiada siapa yang pernah menjelaskan tentang perkara ini kepada anda selain TSM.

S: Di manakah maklumat tentang semua bahan toksin di dalam rokok ini boleh dibuktikan?  
TSM: Dalam laporan jurnal yang dikeluarkan oleh syarikat rokok dan juga di laman web syarikat rokok itu sendiri.

S: Mengapa perlu ditambah bahan bertoksik?
TSM: Tembakau ditanam menggunakan baja kimia. Tembakau memang pahit tambahan bila asapnya disedut. Perokok akan batuk terbahak-bahak setiap kali menyedut asap tembakau. Ia tak mencukupi untuk buat ramai orang merokok. Ia juga tidak cukup untuk buat orang ketagih. Maka berbagai formula dihasilkan untuk mencipta citarasa unik yang 'melicin', 'melembutkan' dan memberi citarasa,'bau' dan perisa tersendiri dan asap yang sedap yang membuatkan orang ketagih.

Untuk menghasilkan semua ini, formula khas bahan-bahan kimia toksik dengan kuantiti tertentu adalah jawapannya. Ada bahan toksin ini ditambah untuk membuatkan rokok kekal terbakar (elakkan api rokok dari terpadam dan perokok berulang kali menyalakan lighter). Ada juga bahan toksik ini bertujuan untuk menambahkan asap. Ada pula sebagai 'pelekat' untuk memastikan tembakau tidak terlerai dari kertas gulungan.

Pelbagai formula dan tujuan menghasilkan beratus-ratus jenama rokok dan hampir tidak ada satupun yang mempunyai rasa yang sama.


S: Apakah bahan merbahaya yang diketahui terdapat dalam rokok? 
TSM: Antaranya ialah nikotin, tar, gas karbon monoksida, ammonia, racun arsenik, cyanide, formaldehyde, acetone, butane, racun DDT, cadmium. Kebanyakan kandungan ini adalah karsinogen - iaitu penyebab kepada penyakit kanser. Antara beratus bahan merbahaya ini, bukan saja diletakkan di dalam tembakau, malah ada yang terdapat pada puntung dan kertas gulungan rokok.

S: Benarkah nikotin yang menyebabkan ketagihan?
TSM: Ya dan tidak. Nikotin adalah sejenis dadah perangsang yang ditemui di dalam tembakau. Nikotin sahaja tidak cukup untuk membuatkan orang ketagih. Jika mereka ketagih disebabkan nikotin, mereka tak perlu merokok kerana ada produk untuk mulut dan patch yang mengandungi nikotin. Terdapat juga rokok elektronik yang bahan campurannya tidak mengandungi nikotin tetapi mereka masih ketagih untuk merokok. Sebenarnya berbagai campuran bahan kimia toksin yang memainkan peranan membuatkan ketagihan yang kronik terhadap rokok.

S: Nikotin sejenis dadah?
TSM: Ya. Nikotin sepatutnya diletakkan sebaris dalam kategori dadah seperti kanabis dan morfin. Ia bukan saja sejenis dadah perangsang, malah merbahaya. Setitik dos nikotin yang pekat sudah cukup untuk membunuh seseorang jika ditelan.  

S: Mengapa ia dibenarkan?
TSM: Syarikat rokok merupakan antara syarikat yang menjana keuntungan berbilion dolar setahun. Ia antara industri yang mengaut untung besar. Industri rokok juga mempunyai pengaruh dalam politik kerana mereka merupakan antara penaja-penaja terbesar kepada ahli-ahli politik termasuk Presiden Barack Obama. Mereka bukan saja mempunyai jaringan periagaan yang luas malah boleh mempengaruhi ahli-ahli kongres membuat keputusan. Walaupun banyak negara menjalankan kempen anti-merokok,hakikatnya rokok merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan kerajaan melalui cukai yang tinggi yang dikenakan. Menarik keluar produk rokok dari pasaran akan memberikan kesan yang besar kepada pentadbiran kerajaan.  

Menurut laman web syarikat rokok, saintis mereka sentiasa membuat kajian dan cuba menghasilkan produk rokok yang 'kurang' kesan merbahaya dan tidak mendatangkan penyakit seperti kanser. Kenyataan sebegini hanya omong kosong sebaliknya mereka terus mencipta pelbagai rokok baru dengan berbagi campuran bahan toksik malah terus mengekalkan formula rokok yang sudah lama di pasaran.  


S: Bagaimana untuk berhenti merokok?
TSM: Jika kita tidak kenal seseorang, maka sukar untuk kita menyukainya. Begitu juga kalau kita sudah benci dan mahu lupakan seseorang, tentu sebab kita telah tahu segala keburukan tentangnya. TSM dulu adalah perokok tegar kini sudah bebas dari belenggu rokok.

Oleh itu kaji dengan lebih mendalam tentang rokok. Anda akan menemui jawapan kepada soalan anda! Anda tentu akan membencinya!

Labels