Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Friday, May 3, 2013

Lelaki Sembuh Penyakit Mata Dengan Madu Tesco

Frank Dougan, 62, seorang yang cedera di mata semasa kecil terkena busur panah secara tidak sengaja telah mengalami jangkitan pada bahagian matanya yangdikenali sebagai blepharitis.

Beliau telah menemui ramai doktor dan pakar-pakar perubatan malah membelanjakan wang yang banyak untuk merawat penyakitnya namun tiada satupun yang berjaya.

Semasa bercuti di Jerusalem, dia mengalami luka kecil pada bahagian tangan dan dia dinasihati menyapukan madu lebah pada bahagian yang luka itu.
Beberapa hari kemudian, lukanya sembuh tanpa meninggalkan parut. Dia terkejut dengan kejadian itu.

Selepas pulang ke Glasgow, dia membeli sebotol madu lebah jenama Tesco di pasaraya Tesco dan cuba untuk meletakkan madu ke kelopak matanya yang mengalami jangkitan itu. Selepas beberapa minggu, jangkitan itu lenyap dan matanya tidak lagi sakit. Katanya, "ia sukar dipercayai, malah ia amat berkesan. Saya telah menghabiskan banyak wang membeli ubat sejak bertahun-tahun dan peti sejuk saya penuh dengan ubat yang diberikan doktor.

"Ia sangat lucu di mana selepas semua penawar itu akhirnya datang dari sebuah jar berisi madu dari pasaraya. Dan ia juga berguna untuk membuat roti bakar."

Beliau telah memakai mata palsu sejak belasan tahun dan ia menyebabkan kerengsaan dan dia menderita jangkitan selama 8 tahun. Beliau pernah mendapatkan rawatan dari pakar mata tetapi semua rawatan itu tidak kekal lama. Blepharitis menyebabkan keradangan kronik kelopak mata. Sejak bertahun-tahun beliau telah belajar untuk hidup dalam keadaan bahawa dia perlu mendapatkan mata palsu yang baru setiap beberapa tahun. Sejak 8 tahun lalu, dia telah mendapat jangkitan yang akhirnya menjadi blepharitis. Ramai doktor memberinya ubat titisan tetapi semuanya tidak berhasil.

Sejak melihat luka di tangannya sembuh semasa di Jerusalem, beliau telah cuba meletakkan madu lebah pada kelopak matanya 2 kali sehari. Selepas beberapa minggu matanya makin pulih dan jangkitan juga hilang. Sejak mengetahui madu mempunyai sifat anti-bakteria, ia membuatkan Frank merasa ingin mencuba kepada matanya.

"Ianya hebat. Kehidupan saya bertambah baik sejak itu," katanya.

Jurucakap Tesco berkata, "walaupun kita tidak boleh membuktikan kuasa penyembuhan dari madu Tesco itu, kita boleh mengatakan bahawa Tesco Value Honey adalah berkualiti hebat pada harga yang hebat  dan kami gembira ia telah membantu salah seorang pelanggan kami."

Madu mempunyai sifat anti-bakteria dan digunakan dalam perubatan untuk penyembuhan luka.

Dari ramai doktor dan pakar mata yang pernah ditemui, tidak seorang pun yang sarankan Frank cuba gunakan madu lebah untuk merawat penyakit blepharitis - satu kaedah semulajadi yang mudah dan murah. tidak memerlukan ramuan makmal dan kajian bertahun-tahun dalam ilmu sains perubatan. Di mana berkesannya berbagai jenis ubat moden yang pernah diberi oleh berbilang doktor dan pakar mata untuk mengubati penyakit Frank?

Akhirnya madu lebah Tesco yang dapat mengalahkan ubat-ubat hi-tech yang disarankan oleh doktor untuk merawat penyakit mata yang dideritai selama 8 tahun lalu. 

Sumber dari Dailymail.co.uk

Labels