Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Monday, April 29, 2013

Faedah Kesihatan Dari Gamat

Gamat atau timun laut adalah sejenis haiwan marin yang boleh ditemui di seluruh dunia di dasar laut. Ia telah digunakan di China sejak beribu tahun dahulu sebagai tonik untuk buah pinggang.

Gamat kaya dengan kondroitin sulfat yang biasanya digunakan untuk merawat artritis. Dalam tubuh manusia, kondroitin berfungsi sebagai blok binaan untuk rawan dalam sendi. Beberapa kajian terbaru telah menunjukkan bahawa tambahan kondroitin boleh mengurangkan kesakitan, keradangan, dan memperbaiki fungsi sendi pada sendi artritis.

Gamat mengandungi banyak asid lemak yang baik untuk menyembuhkan luka luaran. Faedah hebat gamat ialah ia mengandungi pelbagai asid lemak omega-3, Palmitic, oleik, dan stearik, dan banyak vitamin  A, B1, B2, C, kalsium, magnesium, zink dan zat besi. Omega 3 boleh mengurangkan keradangan, dan kajian menunjukkan pengurangan kesakitan ke atas pesakit yang mengambil Omega 3 tambahan (membolehkan mereka untuk mengurangkan kebergantungan terhadap dos steroid atau NSAIDS (ubat dadah anti-keradangan bukan steroid). Dalam satu kajian yang lain, gamat juga didapati mampu membunuh sel kanser. Ia mengandungi saponin dan phytochemical yang lain, iaitu bahan antioksida yang terdapat dalam tumbuhan yang membantu untuk mencegah dan merawat penyakit pada manusia.

Di Asia, gamat digunakan untuk merawat masalah mati pucuk, penyakit buah pinggang & sistem pembiakan. Ia juga sebagai makanan untuk melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga, merawat sembelit dan masalah kerap kencing. Di negara Barat, ia digunakan dalam kosmetik memandangkan gamat memiliki ciri-ciri penyembuhan yang baik untuk masalah kulit. Ia tinggi kandungan protein - lebih tinggi dari putih telur. Gamat boleh bertindak sebagai ejen antibiotik.

Seperti biasa pesanan dari The Secret Medicines, untuk mendapatkan khasiat yang terbaik, dapatkan gamat yang diproses secara tradisional - tidak dicampur dengan bahan kimia pengawet, perasa dan sebagainya. Bukan gamat yang diproses secara komersial, dimasuk ke dalam botol yang menarik dan dibungkus di dalam kotak seperti pembalut hadiah yang cantik. Jangan mudah tertipu dengan strategi pemasaran. Baca kandungan bahan pada bungkusan. - Artikel oleh The Secret Medicines

Labels