Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Saturday, April 20, 2013

Khasiat Lemon Yang Kurang Diketahui

Lemon adalah sejenis buah sitrus yang banyak ditanam di Asia seperti India, China dan juga negara-negara Amerika Selatan.Ia mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan dan ia juga sering digunakan dalam masakan untuk menambah rasa.

Ia mengandungi vitamin B dan C, potassium dan fosforus, sebagai antioksidan, anti-bakteria, anti-viral, menguatkan imun dan melawan jangkitan. Ia membantu penghadaman dan sebagai minuman untuk menurunkan berat badan. Hanya sedikit perahan lemon di dalam air panas sudah cukup untuk membersihkan sistem pencernaan dan organ hati. Kandungan vitamin C dan asid citric berkesan untuk menghilangkan jerawat dan melicinkan kulit.

Lemon baik untuk merawat demam selsema. Vitamin C dan anti-viral memberi pertahanan segera kepada sel-sel tubuh. Jika anda sakit tekak, minum air perahan lemon dicampur madu lebah dengan air suam 3 kali sehari. Ia dapat melegakan kesakitan.

Campuran perahan lemon dan madu lebah juga dapat merawat penyakit jangkitan kulit seperti ekzema dan ruam-ruam dengan menyapukan di bahagian luaran.

Bagi yang aktif dalam sukan dan pengembara yang sering keluar negara, lemon dapat memberi kesegaran dari rasa letih dan memberi ketahanan terhadap ancaman jangkitan wabak penyakit. Selain itu, lemon baik untuk mengelak dari penyakit batu karang. Kajian saintifik mendapati lemon membantu aktiviti anti-kanser oleh liminoids, kompaun yang melindungi sel-sel dari kerosakan yang boleh membawa kepada pembentukan sel kanser. Bagaimanapun, masih belum jelas sejauh mana berkesannya buah sitrus dapat mengelak atau melawan kanser dalam badan manusia. Dakwaan sebegini masih belum dibuktikan. Lebih selamat untuk dikatakan, ia bukan untuk melawan semua jenis kanser.

Walau apapun, lemon tetap sejenis buah yang mempunyai banyak khasiat dan memang patut dijadikan sebahgian dari diet anda. Seperti yang sering disarankan oleh The Secret Medicines, dapatkan buah lemon yang sebenar, bukan dalam bentuk pil atau yang sudah diproses di kilang dan dibotolkan.  - Artikel oleh The Secret Medicines

Labels