Terlalu ramai manusia yang berang dengan artikel tentang e-cig sehingga ada yang sanggup menuduh kami bodoh sesedap rasa. Kami sebenarnya tidak ada masa untuk melayan keluhan manusia yang berakal pendek seperti itu tetapi oleh kerana mereka ini tidak dibekalkan dengan akal yang cukup atau otak mereka gagal berfungsi dengan betul kerana kurangnya bekalan oksigen yang sampai ke bahagian otak disebabkan telah dipenuhi dengan nikotin dan tar, maka kami terpaksa juga mengajar mereka.
(Setiap perokok pada setiap kali sedutan asap rokok, oksigen yang sampai ke dalam salur darah dan otak berkurangan dari jumlah normal. Ini disebabkan oleh nikotin dan beribu bahan kimia lain mengambil alih ruang oksigen itu untuk memenuhinya dengan agen-agen asing seperti nikotin, tar, karbon monoksida, arsenik, acetone dan sebagainya. Kesemua bahan-bahan ini adalah merbahaya kepada manusia dan boleh membunuh jika diberi setitik dos yang pekat. Nikotin contohnya banyak didapati dalam racun penyembur serangga.)
Bagi kami, apa yang susah sangat dan apa yang nak dipertahankan sangat tentang e-cig ini? Adakah mereka ini wakil-wakil penjual yang mengaut keuntungan dari jualan cecair-cecair nikotin itu atau mereka ini kononnya mahu berhenti dari menghisap rokok dan beralih ke e-cig?
Ketahuilah bahawa bertukar dari rokok biasa kepada e-cig tidak membawa apa-apa perubahan terhadap tubuh badan mereka melainkan ia ibarat keluar dari mulut singa dan masuk ke mulut buaya.
Penyelesaian terbaik untuk menangani masalah ketagihan kepada nikotin ialah dengan berhenti dari semua itu. Berhenti merokok tidak kira rokok elektronik atau rokok tembakau bergulung. Bukan dengan menghentam dan mencaci orang lain, menuduh kami bodoh dan mengkritik pihak kerajaan konon mereka tidak dapat cukai dari jualan e-cig. Memang benar kerajaan tidak pungut cukai dari produk e-cig, tetapi ia tiada kena-mengena dengan kami. Kami bukan pihak kerajaan. Jika kerajaan mula mengenakan cukai, kami tidak dapat apa-apa. Kami adalah aktivis bebas dan tidak menyokong mana-mana pihak kecuali mereka melakukan yang terbaik untuk memperbaiki kesihatan manusia.