Pages

Thursday, October 31, 2013

Kejahatan Pengusaha Makanan Yang Tidak Boleh Dimaafkan

Hak-hak kita sebagai pengguna untuk mendapat maklumat yang sepatutnya tentang makanan yang kita beli seringkali diabaikan  oleh pengeluar/pengusaha padahal kita berhak mengetahui apa yang akan masuk ke dalam tubuh kita.

Perkara ini telah lama diamalkan oleh pengusaha yang tidak ada rasa tanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan semata-mata. Tindakan ini disokong oleh sikap pengguna di negara ini yang tidak kisah dan tidak mahu ambil berat tentang apa yang mereka makan sama ada ia memudaratkan atau tidak. Ini mendorong lebih banyak pengusaha makanan secara berterusan mengabaikan perkara ini dan dalam masa yang sama mereka ambil kesempatan untuk terus mendapat faedah dari sikap tidak peduli pengguna dengan menjana keuntungan saban hari.


Mengecilkan Tulisan


Antara kaedah pengusaha syaitan ini menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan pengguna (seperti bahan merbahaya) ialah dengan mengecilkan saiz font senarai kandungan bahan-bahan yang digunakan. Saiz font yang terlalu kecil dan mustahil untuk dibaca dengan mata kasar kecuali menggunakan kanta. Produk yang bersaiz kecil tidak boleh dijadikan alasan kenapa saiz tulisan dikecilkan kerana terdapat cara lain untuk memaklumkan kepada pengguna tentang senarai bahan-bahan yang digunakan.

Dengan mengecilkan saiz font, maka pengguna yang ingin membeli tidak ada pilihan lain kecuali terus membeli tanpa mengetahui apa yang ada di dalamnya. Berapa ramai dari kita yang pergi ke pasaraya membawa kanta untuk membaca senarai kandungan yang terlalu kecil? Hampir tiada.


Menyembunyikan Bahan Aditif Di Sebalik Nama Umum

Satu lagi kaedah pengusaha iblis yang bersifat tamak haloba ini ialah dengan menyembunyikan kebenaran dari diketahui oleh pengguna ialah dengan menyembunyikan bahan-bahan aditif yang ditambah di sebalik perkataan "bahan pengawet yang dibenarkan" atau "bahan perasa yang dibenarkan". Perkataan ini hanya secara umum dan ia tidak disebut secara spesifik.

Di Eropah, semua bahan aditif makanan mempunyai kod-kod tertentu yang dipanggil E-Number. Bermula dari E1XX dan seterusnya. Kod-kod ini digunakan untuk memberitahu pengguna apakah jenis bahan yang mereka tambah ke dalam makanan supaya ia boleh dirujuk oleh sesiapa sahaja. Pengkalan data tentang kod-kod ini boleh dirujuk secara online dan tiada siapa mampu sembunyikan apa-apa bahan kerana ia telah ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU). Contohnya, nombor yang bermula dengan;

E1XX - ialah bahan pewarna
E2XX - ialah bahan pengawet
E3XX - ialah pengawal asid,
E4XX - penstabil
E5XX - agen anti-caking
E6XX - perasa
E7XX - antibiotik
E9XX - pemanis
E1XXX - bahan kimia tambahan

Setiap nombor pertama diikuti oleh dua nombor lain yang menyatakn secara spesifik apakah jenis bahan kimia yang digunakan.

Di negara kita, jika ia "dibenarkan", sebenarnya kita patut tahu apakah sebenar bahan yang "dibenarkan" itu secara spesifik supaya kita boleh mengetahui ia boleh mendatangkan kesan sampingan lain seperti allergik kepada sesetengah orang atau tidak. Dengan hanya menyebut "bahan yang dibenarkan", mereka dengan mudah dapat lari dari tanggungjawab jika terdapat kesan buruk yang bakal berlaku kepada pengguna. Maklumat yang cuba dilindungi dari pengetahuan pengguna juga akan menyebabkan mereka terlepas dari proses perundangan kerana jika ada pengguna yang mati selepas memakan produk mereka, ia tidak boleh dikaitkan dalam proses pendakwaan.

Mengikut Peraturan 11(g)  di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan apa-apa makanan yang telah ditambah dengan aditif makanan perlu dilabelkan sebagai "mengandungi (jenis aditif yang digunakan) yang dibenarkan".

Bertindak Sekarang

Kini sudah sampai masanya pengguna di negara ini sedar dan bangkit untuk bertindak melakukan protes terhadap pengusaha-pengusaha bersifat iblis yang tidak bertanggungjawab ini. Ada banyak cara untuk kita menunjukkan protes antaranya ialah dengan memboikot dari membeli prodsuk sebegini. Selain dari itu, kempen gunakan saluran media maya seperti di Facebook (Post, Share, Like), Tweet, Blogging atau mengedarkan email kepada rakan-rakan dan menyampaikan maklumat secara lisan (mulut ke mulut) kepada orang yang rapat dengan anda. Jangan takut melakukan perubahan kerana ini adalah hak anda dan hak kita semua sebagai pengguna. Tidak harus akur kepada tekanan mana-mana pihak kerana apa yang mereka mahu hanyalah wang anda.
Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

1 comments:

Tkasih atas info TSM. Mohon jasa baik TSM untuk respon mengenai kegiatan penyemburan asap racun nyamuk yang dijalankan oleh pihak2 tertentu yang mendakwa mempunyai lesen untuk tujuan itu. Mereka menyembur asap racun ini secara berbayar dari rumah ke rumah. Pastinya ini merugikan pengguna dan tidak berbaloi kerana risiko bahaya gigitan nyamuk kekal ada selagi keseluruhan kawasan perumahan tidak disembur. Mohon respon...

Labels