Pages

Friday, October 11, 2013

Fast Facts: Pil Vitamin

- bukan semua makanan tambahan mempunyai kesan atau mengandungi khasiat seperti yang didakwa pengeluar. Ada produk yang diuji oleh Consumerlab.com mendapati ada vitamin yang gagal memenuhi ciri-ciri yang didakwa oleh pengeluar itu sendiri

- Menurut Dr. Michael Roizen, MD, Clinic Cleveland, mendapatkan vitamin dan mineral dari pil tidak begitu berkesan berbanding dengan mendapatkannya dari makanan (buah-buahan/sayuran/bijirin).

- Kajian Harvard, walaupun terbukti vitamin C dan E dan beta kerotin melindungi jantung, ia tidak berlaku jika anda dapatkannya dari makanan tambahan (supplement)

- Satu kajian yang dijalankan di University of Washington menemui bahawa dos vitamin E yang diambil selama lebih 10 tahun meningkatkan risiko kanser di kalangan perokok.

- Penyelidik di National Cancer Institute (US) mendapat lelaki yang mengambil lebih dari satu multivitamin setiap hari mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser prostat.

- "Kecuali doktor memberitahu anda perlu mengambil supplement tertentu kerana telah diagnos, tidak ada sebab anda perlu mengambil vitamin dan membelanjakan wang anda untuk membelinya", menurut kata Christian Gluud, MD, Copenhagen University, Denmark.

- Mengambil terlalu banyak supplement vitamin A tanpa vitamin B6 dan B12 yang mencukupi boleh mendatangkan kesan sakit kepala, osteoporosis.

- Supplement vitamin mudah lepas dari akta kawalan dan undang-undang kawalan produk perubatan kerana atas alasan ia tidak mengandungi dadah berjadual membuatkan pengguna lebih banyak terdedah kepada berbagai jenis kandungan bahan-bahan yang tidak diketahui selamat atau tidak.

- "bukti yang paling konsistan kami ketahui sejak 30 tahun lalu ialah diet yang sihat, rendah garam dan lemak, menurunkan berat, senaman ringan, mengurangkan stress, dan berhenti merokok adalah jaminan terbaik kami untuk melawan penyakit.", Dr. Roizen.

- kebanyakan orang fikir pil vitamin adalah semulajadi dan selamat memandangkan ia dijual di mana-mana, dari kedai runcit, farmasi, pasaraya hingga ke ejen jualan langsung, tetpai jika dos berlebihan juga boleh mengakibatkan kesan buruk. Dos vitamin E berlebihan contohnya boleh menyebabkan pendarahan terutama jika dalam rawatan jantung menggunakan blood thinner 
   
Kenyataan di atas merujuk kepada sesetengah jenama supplement dan tidak semua supplement memberi kesan negatif.

Sumber: Reader's Digest
Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

2 comments:

bukan semua makanan tambahan mempunyai kesan atau mengandungi khasiat seperti yang didakwa pengeluar. Ada produk yang diuji oleh Consumerlab.com mendapati ada vitamin yang gagal memenuhi ciri-ciri yang didakwa oleh pengeluar itu sendiri - Menurut Dr. Michael Roizen,

Buy peptides

ayah saya penghidap darah tinggi bertahun-tahun dah. tak pernah turun walaupun sentiasa ambil ubat darah tinggi.. until one day he completely remove white sugar intake in his daily routine... dalam masa 2 bulan je darah tinggi dah turun dan sihat seperti orang normal. i guess the culprits are white sugar....(kisah benar)

Labels