Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Thursday, October 31, 2013

Kejahatan Pengusaha Makanan Yang Tidak Boleh Dimaafkan

Hak-hak kita sebagai pengguna untuk mendapat maklumat yang sepatutnya tentang makanan yang kita beli seringkali diabaikan  oleh pengeluar/pengusaha padahal kita berhak mengetahui apa yang akan masuk ke dalam tubuh kita.

Perkara ini telah lama diamalkan oleh pengusaha yang tidak ada rasa tanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan semata-mata. Tindakan ini disokong oleh sikap pengguna di negara ini yang tidak kisah dan tidak mahu ambil berat tentang apa yang mereka makan sama ada ia memudaratkan atau tidak. Ini mendorong lebih banyak pengusaha makanan secara berterusan mengabaikan perkara ini dan dalam masa yang sama mereka ambil kesempatan untuk terus mendapat faedah dari sikap tidak peduli pengguna dengan menjana keuntungan saban hari.


Mengecilkan Tulisan


Antara kaedah pengusaha syaitan ini menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan pengguna (seperti bahan merbahaya) ialah dengan mengecilkan saiz font senarai kandungan bahan-bahan yang digunakan. Saiz font yang terlalu kecil dan mustahil untuk dibaca dengan mata kasar kecuali menggunakan kanta. Produk yang bersaiz kecil tidak boleh dijadikan alasan kenapa saiz tulisan dikecilkan kerana terdapat cara lain untuk memaklumkan kepada pengguna tentang senarai bahan-bahan yang digunakan.

Dengan mengecilkan saiz font, maka pengguna yang ingin membeli tidak ada pilihan lain kecuali terus membeli tanpa mengetahui apa yang ada di dalamnya. Berapa ramai dari kita yang pergi ke pasaraya membawa kanta untuk membaca senarai kandungan yang terlalu kecil? Hampir tiada.


Menyembunyikan Bahan Aditif Di Sebalik Nama Umum

Satu lagi kaedah pengusaha iblis yang bersifat tamak haloba ini ialah dengan menyembunyikan kebenaran dari diketahui oleh pengguna ialah dengan menyembunyikan bahan-bahan aditif yang ditambah di sebalik perkataan "bahan pengawet yang dibenarkan" atau "bahan perasa yang dibenarkan". Perkataan ini hanya secara umum dan ia tidak disebut secara spesifik.

Di Eropah, semua bahan aditif makanan mempunyai kod-kod tertentu yang dipanggil E-Number. Bermula dari E1XX dan seterusnya. Kod-kod ini digunakan untuk memberitahu pengguna apakah jenis bahan yang mereka tambah ke dalam makanan supaya ia boleh dirujuk oleh sesiapa sahaja. Pengkalan data tentang kod-kod ini boleh dirujuk secara online dan tiada siapa mampu sembunyikan apa-apa bahan kerana ia telah ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU). Contohnya, nombor yang bermula dengan;

E1XX - ialah bahan pewarna
E2XX - ialah bahan pengawet
E3XX - ialah pengawal asid,
E4XX - penstabil
E5XX - agen anti-caking
E6XX - perasa
E7XX - antibiotik
E9XX - pemanis
E1XXX - bahan kimia tambahan

Setiap nombor pertama diikuti oleh dua nombor lain yang menyatakn secara spesifik apakah jenis bahan kimia yang digunakan.

Di negara kita, jika ia "dibenarkan", sebenarnya kita patut tahu apakah sebenar bahan yang "dibenarkan" itu secara spesifik supaya kita boleh mengetahui ia boleh mendatangkan kesan sampingan lain seperti allergik kepada sesetengah orang atau tidak. Dengan hanya menyebut "bahan yang dibenarkan", mereka dengan mudah dapat lari dari tanggungjawab jika terdapat kesan buruk yang bakal berlaku kepada pengguna. Maklumat yang cuba dilindungi dari pengetahuan pengguna juga akan menyebabkan mereka terlepas dari proses perundangan kerana jika ada pengguna yang mati selepas memakan produk mereka, ia tidak boleh dikaitkan dalam proses pendakwaan.

Mengikut Peraturan 11(g)  di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan apa-apa makanan yang telah ditambah dengan aditif makanan perlu dilabelkan sebagai "mengandungi (jenis aditif yang digunakan) yang dibenarkan".

Bertindak Sekarang

Kini sudah sampai masanya pengguna di negara ini sedar dan bangkit untuk bertindak melakukan protes terhadap pengusaha-pengusaha bersifat iblis yang tidak bertanggungjawab ini. Ada banyak cara untuk kita menunjukkan protes antaranya ialah dengan memboikot dari membeli prodsuk sebegini. Selain dari itu, kempen gunakan saluran media maya seperti di Facebook (Post, Share, Like), Tweet, Blogging atau mengedarkan email kepada rakan-rakan dan menyampaikan maklumat secara lisan (mulut ke mulut) kepada orang yang rapat dengan anda. Jangan takut melakukan perubahan kerana ini adalah hak anda dan hak kita semua sebagai pengguna. Tidak harus akur kepada tekanan mana-mana pihak kerana apa yang mereka mahu hanyalah wang anda.

Wednesday, October 30, 2013

Jual Nama Islam Demi Keuntungan

Sejak beberapa tahun, telah banyak pengusaha yang menggunakan kaedah terbaru menipu pengguna demi mengaut keuntungan lebih-lebih pengguna di kalangan orang Islam kerana di negara kita, pengguna Islam merupakan pengguna teramai sekali dan ia mewakili 50 peratus.

TSM ingin menyatakan bahawa kami bukanlah racist tetapi membanteras dan menyedarkan orang ramai tentang sebarang usaha penipuan yang dilakukan demi mengaut keuntungan adalah salah satu objektif kami sejak dari mula lagi.

Kali ini, kaedah penipuan yang dilakukan untuk melariskan jualan ialah apabila pengusaha bukan Islam menggunakan nama berbunyi Islamik atau keMelayuan dan tulisan Jawi untuk produk mereka. Sebahagian dari contoh produk dengan nama Islamik ialah Ahmad, Safi, Salam, Seri Murni, Puteri, Nona, Panglima, Jantan, Jati, Istana, dan sebagainya. Ia jelas cuba memperdaya pengguna dari kalangan orang Islam yang amat mudah percaya bahawa produk itu keluaran orang Islam hanya kerana namanya berbunyi Islamik atau tulisan Jawi terdapat pada bungkusan produk.

Satu lagi kaedah menipu ialah dengan meletakkan gambar-gambar yang menggambarkan ciri-ciri Islam atau Melayu seperti gambar masjid atau kubah bentuk bawang, bulan & bintang (sebenarnya bulan & bintang bukan lambang Islam tetapi ia telah diterima umum sebagai simbol Islamik), keris, corak batik, gambar lelaki Melayu yang sudah tua memakai kopiah, serban atau songkok, dan sebagainya.

Penipuan sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh dianggap mengambil kesempatan di atas trend pasaran masyarakat Melayu dimana pengusaha bukan Islam tidak boleh memperdaya atau menghalang orang-orang Islam untuk berfikir secara rasional dan bebas tanpa dipengaruhi oleh perkataan, gambar atau tulisan yang cuba menipu pengguna Islam supaya percaya bahawa ia produk keluaran orang Islam.

Pengguna-pengguna Islam terutama orang Melayu memiliki suatu persepsi bahawa jika pemilik atau pengusaha produk merupakan orang Melayu dan Islam, mereka berpandangan bahawa produknya secara otomatik tentunya halal walaupun tanpa cop Jakim dan produknya tentu bersih walaupun mereka sendiri tidak pernah pergi melihat sendiri bagaimana ia diproses di kilang. Satu lagi persepsi yang biasa kepada orang Melayu Islam ialah mereka berpegang kepada keyakinan bahawa sesuatu yang halal itu tentunya baik. Ini boleh memesongkan mereka dari realiti sebenar bahawa produk yang mereka anggap keluaran orang Islam sebenarnya diusahakan oleh bukan Islam malah mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti pewarna, pengawet dan sebagainya.

Mungkin ada yang menganggap coretan TSM kali ini sedikit berbau perkauman hakikatnya TSM tidak bermaksud untuk menghasut sesiapa dalam hal memilih barangan. Tapi apa yang kami tulis di sini adalah realiti di mana pengusaha mengambil kesempatan dari peluang pasaran luas untuk orang-orang Islam - setidaknya mereka tidak berpura-pura seperti menggunakan tulisan Jawi, gambar masjid, gambar warga emas bangsa Melayu dan sebagainya yang jelas bertujuan cuba menambat hati pelanggan Melayu Islam. Pelanggan di negara ini yang rata-rata terdiri dari orang-orang Islam yang mahukan barangan yang mereka makan/guna adalah selamat, bersih, suci dan tiada unsur-unsur meragukan. Kami bercakap tentang persepsi dan persepsi sebenarnya memainkan peranan penting dalam pengguna membuat keputusan.

Friday, October 11, 2013

Fast Facts: Pil Vitamin

- bukan semua makanan tambahan mempunyai kesan atau mengandungi khasiat seperti yang didakwa pengeluar. Ada produk yang diuji oleh Consumerlab.com mendapati ada vitamin yang gagal memenuhi ciri-ciri yang didakwa oleh pengeluar itu sendiri

- Menurut Dr. Michael Roizen, MD, Clinic Cleveland, mendapatkan vitamin dan mineral dari pil tidak begitu berkesan berbanding dengan mendapatkannya dari makanan (buah-buahan/sayuran/bijirin).

- Kajian Harvard, walaupun terbukti vitamin C dan E dan beta kerotin melindungi jantung, ia tidak berlaku jika anda dapatkannya dari makanan tambahan (supplement)

- Satu kajian yang dijalankan di University of Washington menemui bahawa dos vitamin E yang diambil selama lebih 10 tahun meningkatkan risiko kanser di kalangan perokok.

- Penyelidik di National Cancer Institute (US) mendapat lelaki yang mengambil lebih dari satu multivitamin setiap hari mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser prostat.

- "Kecuali doktor memberitahu anda perlu mengambil supplement tertentu kerana telah diagnos, tidak ada sebab anda perlu mengambil vitamin dan membelanjakan wang anda untuk membelinya", menurut kata Christian Gluud, MD, Copenhagen University, Denmark.

- Mengambil terlalu banyak supplement vitamin A tanpa vitamin B6 dan B12 yang mencukupi boleh mendatangkan kesan sakit kepala, osteoporosis.

- Supplement vitamin mudah lepas dari akta kawalan dan undang-undang kawalan produk perubatan kerana atas alasan ia tidak mengandungi dadah berjadual membuatkan pengguna lebih banyak terdedah kepada berbagai jenis kandungan bahan-bahan yang tidak diketahui selamat atau tidak.

- "bukti yang paling konsistan kami ketahui sejak 30 tahun lalu ialah diet yang sihat, rendah garam dan lemak, menurunkan berat, senaman ringan, mengurangkan stress, dan berhenti merokok adalah jaminan terbaik kami untuk melawan penyakit.", Dr. Roizen.

- kebanyakan orang fikir pil vitamin adalah semulajadi dan selamat memandangkan ia dijual di mana-mana, dari kedai runcit, farmasi, pasaraya hingga ke ejen jualan langsung, tetpai jika dos berlebihan juga boleh mengakibatkan kesan buruk. Dos vitamin E berlebihan contohnya boleh menyebabkan pendarahan terutama jika dalam rawatan jantung menggunakan blood thinner 
   
Kenyataan di atas merujuk kepada sesetengah jenama supplement dan tidak semua supplement memberi kesan negatif.

Sumber: Reader's Digest

Labels