Pages

Wednesday, June 5, 2013

Udara Dan Air Sama Dengan Bahan Kimia Aditif Makanan?

Berikut kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh XXX (sebuah institusi yang dipercayai) melalui pamplet yang mereka terbitkan yang cuba untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya makanan ditambah pengawet dan pewarna itu baik untuk pengguna dan selamat dimakan. Ia diterbitkan pada tahun 2004 dan TSM masih lagi simpan hingga ke hari ini untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa pihak yang kita harapkan untuk menjaga kesihatan kita sebenarnya tambah mendatangkan bencana merosakkan kesihatan kita. Inilah yang dikatakan "recipe for disaster"

Pamplet XXX Halaman 1
SALAH FAHAM TERHADAP ADITIF MAKANAN

Kebimbangan mengenai bahan kimia - Sesetengah orang percaya aditif makanan itu adalah bahan kimia dan justeru itu ia seharusnya diharamkan penggunaannya. Dalam konteks sains makanan, perkataan "bahan kimia" tidak mempunyai maksud kerana udara dan air, gula dan garam juga adalah bahan kimia seperti aditif makanan. Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah kebanyakan aditif makanan yang digunakan boleh didapati secara semulajadi. Contohnya:
  • Pektin yang digunakan untuk set jem diperolehi daripada tumbuhan
  • Lesitin yang digunakan untuk menghalang pengasingan makanan diperolehi daripada kuning telur
  • Aditif semulajadi yang lain termasuk karamel sebagai pewarna, vitamin C sebagai antioksida, agar daripada rumpai laut sebagai penstabil dan sebagainya.
Salah satu kesan negatif daripada kesalahfahaman mengenai aditif makanan telah membuat pengguna lebih tertumpu kepada mengelakkan aditif makanan lebih daripada mengamalkan diet yang seimbang.
Okey, biar TSM ulas.
Menurut XXX, "dalam konteks sains makanan, perkataan "bahan kimia" tidak mempunyai maksud kerana udara dan air, gula dan garam juga adalah bahan kimia seperti aditif makanan."

Kalau begitu, buah-buahan, sayuran, daging, ikan semuanya adalah bahan kimia. Sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab untuk memastikan rakyat di negara ini hidup sihat dan dijauhkan dari penyakit, mereka tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian. Udara adalah unsur semulajadi di dalam alam. Ia jauh berebza dan tidak boleh disamakan dengan bahan kimia aditif yang ditambah ke dalam makanan hari ini. Bahan aditif ini bukan wujud secara semulajadi sebaliknya dihasilkan di makmal. Ia belum tentu selamat kepada manusia dalam jangka masa panjang kerana kebanyakannya diuji ke atas tikus makmal dalam tempoh yang singkat.

Kemudian XXX mendakwa "kebanyakan aditif makanan yang digunakan boleh didapati secara semulajadi" seperti pektin, lesitin, karamel dan vitamin C. Wujudkah bahan aditif yang dinamakan vitamin C? Kalau vitamin C bahan aditif, TSM adalah yang pertama dapatkan bahan ini dan TSM tak mahu bahan yang lain.

XXX:
Bahan Pengawet
Bahan pengawet digunakan untuk mengawal pertumbuhan kulat, bakteria dan ragi bagi meningkatkan jangka hayat makanan tersebut. Antara bahan pengawet tradisi yang digunakan secara meluas dalam industri makanan adalah seperti gula, cuka dan garam. Selain dari itu, bahan pengawet dapat membantu melindungi pengguna daripada mikroorganisma yang menyebabkan keracunan makanan.

TSM:
Hakikatnya industri makanan tidak hanya menggunakan cuka dan garam sahaja untuk mengawet makanan, mereka kini lebih maju malah menggunakan bahan pengawet yang merbahaya dan boleh menyebabkan kanser seperti sodium nitrite.

Halaman 2
XXX:
Bahan Pewarna
Pewarna menjadikan makanan lebih menarik dan membantu untuk merangsang selera makan. Biasanya dalam proses pengawetan, warna asal makanan akan hilang. Telah menjadi amalan pihak pengilang untuk menambah bahan pewarna yang dibenarkan  untuk memperbaiki penampilan produk mereka. Kebanyakan pewarna makanan diperolehi daripada bahan semulajadi.
TSM:
Sekali lagi mereka mendakwa bahan pewarna daripada bahan semulajadi. Ya betul. Pewarna dari unsur petroleum juga adalah semulajadi kerana ia datang dari dalam tanah. Pewarna merah juga berasal dari alam semulajadi iaitu dari serangga chochineal. Tapi siapa yang sanggup makan petroleum dan makan serangga? Untuk apa jadikan makanan yang sudah hilang warna kelihatan lebih menarik? Tujuannya cuma satu iaitu menipu. Mereka cuba menipu pengguna kononnya makanan itu masih elok dan segar kerana warnanya yang terang. Dalam peraturan pengilangan makanan, menipu tidak salah. Menipu dari segi warna dan rupa dibenarkan. Semakin ramai pelanggan yang tertipu, semakin banyak mereka menjana keuntungan.Pelanggan sering tergoda dengan rupa dan warna sesuatu produk. Jika warna yang malap atau pudar, ia tidak menarik perhatian pelanggan.

XXX:
Bahan Perisa/Penambah Perisa
Herba dan rempah telah digunakan sejak berkurun yang lalu untuk menambahkan perisa makanan. Di dalam industri makanan, banyak perisa, sama ada bahan perisa semulajadi atau bahan perisa serbasama (?) bahan asli, biasa ditambah dalam kuantiti yang sedikit. Ini termasuk penambah perisa monosodium glutamat yang digunakan dalam makanan seperti sup kering, stok sup, sos dan lain-lain.

TSM:
Hakikatnya, makanan hari ini tidak menggunakan herba  dan rempah seperti yang didakwa sebaliknya menggunakan bahan kimia excitotoxin iaitu MSG dan lain-lain bahan perisa yang dihasilkan di makmal.

Apa bahan perisa serbasama bahan asli itu?...ini kali pertama TSM dengar istilah sebegini.

Makanan adalah makanan dan kenapa perlu ditambah pengawet, pewarna dan perisa semua itu? Sebab utamanya ialah kerana industri pemprosesan makanan komersial. Pemprosessan makanan berskala kilang memerlukan tempoh tahan lama untuk penghantaran bekalan dan penyimpanan. Makanan sebenar yang asli hanya boleh bertahan dalam tempoh sehari-dua sahaja, jika tidak ditambah semua bahan aditif di atas, semua industri ini tidak akan bertahan lama. Begitu juga dengan rupanya yang menarik dengan warna yang terang serta rasa yang sedap menaikkan selera pengguna, sebenarnya membuatkan pengguna semakin ketagihan terhadapnya akhirnya meningkatkan obesiti, diabetes malah kanser di kalangan orang ramai.  

Ada banyak lagi kenyataan di dalam pamplet ini yang seolah-olah cuba menyelamatkan industri makanan proses seperti restoran makanan segera dan industri makanan ringan.

Pamplet ini sebenarnya cuba memperbodohkan orang ramai. 
Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

0 comments:

Labels