Pages

Monday, June 24, 2013

Ketupat Plastik Merbahayakan Kesihatan

Bagi umat Islam di negara ini, bulan puasa dah hampir tiba. Tak lama lagi kita akan menyambut hari raya. Hari raya sudah penuh dengan makanan. Dan bagi orang Melayu, salah satu makanan popular di hari perayaan ini ialah nasi impit dan ketupat.

Zaman dahulu, nenek moyang kita menggunakan daun palas yang dianyam membentuk 3 atau 4 segi kemudian dibukakan lubang untuk diisi dengan beras pulut atau beras biasa. Anyaman berisi beras ini kemudian dikukus menjadikan ketupat atau nasi impit.

Hari ini, kemajuan teknologi penggunaan plastik telah menggantikan daun palas ini. Plastik ini sudah diisi dengan beras kemudian dimatikan dengan haba supaya memerangkap butir beras itu dari tertumpah keluar. Ia dimasak bersama air sehingga suhu mendidih. Jenis plastik yang biasa digunakan ialah jenis polyethylene (PET). Plastik inilah juga biasa digunakan sebagai bekas minuman yang dibawa balik dari restoran.

Plastik kebanyakannya berasal dari bahan petroleum dan campuran bahan-bahan kimia. Apabila ia mengalami suhu panas, ia akan menghasilkan bahan sampingan yang merbahaya terutama Bisphenol-A yang telah dibuktikan boleh menyebabkan kanser.

Tibalah masanya untuk kita membuat keputusan yang lebih bijak an baik untuk kesihatan kita dan keluarga. Jangan beli produk beras atau ketupat segera seperti ini lagi menjelang hari raya tidak lama lagi. Adalah lebih baik menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan sarung daun palas. Tunjukkan kuasa pengguna hari ini lebih kuat dan pengguna tidak lagi mudah menerima apa saja yang diiklankan  di depan mata. Kita menolak idea menggunakan plastik yang dipanaskan sebagai bekas untuk barang yang kita makan.

Pastikan di hari raya tahun hadapan, tiada lagi produk sebegini terjual di pasaran.  Kita tidak mahu lihat ia berada di pasaran di masa akan datang. ~ Artikel oleh The Secret Medicines
Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

2 comments:

Lepas ni dah xmau makan ketupat plastik (x_______X)"

Produk Maggi Magic Meal yang baru ni pun masak bubuh dalam plastik. is it safe? Kalau baca dekat packaging dia, beg masakan tu selamat dan memeatuhi peraturan US FDA dan EU etc.

baru tau ada produk mcm ni. baca kat bungkusan kenapa ada amaran guna sekali saja? jgn guna microwave. lebih baik jgn ambil risiko

Labels