Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Monday, June 24, 2013

Hati-Hati Golongan Peralat Agama Halalkan Vaksin

Sejak akhir-akhir ini telah muncul ramai golongan yang memperalatkan agama sebagai dalil atau hujah untuk mempertahankan, menyokong atau mempromosi sesuatu kempen contohnya menggalakkan penggunaan vaksin dan sebagainya.

Pesanan kami, anda mempunyai minda yang bebas dan boleh berfikir sendiri tentang hujah-hujah yang diberikan oleh golongan ini. Dalam masa yang sama, anda juga perlu membuat penyelidikan tentang fenomena-enomena terbaru di luar negara dimana laporan kesan sampingan (AERS) yang dilaporkan oleh orang ramai semakin meningkat setiap tahun dan mereka mempunyai maklumat tentang kesan sampingan yang dilaporkan berbanding di negara kita.

Ini kerana tidak ramai yang mengetahui tentang wujudnya borang aduan yang dinamakan GPF (Garis Panduan Farmakovigilans) yang boleh dimuat turun dari laman web pharmacy.gov.my

Dalam borang itu dinyatakan setiap jenis rawatan perubatan yang diterima jika ianya mendatangkan kesan sampingan yang tidak dinyatakan, orang ramai perlu mengisi borang aduan. Malah jika sesuatu jenis ubat atau vaksin itu didapati tidak berkesan atau tidak berkualiti juga, anda perlu adukan melalui borang yang disediakan.

Menurut kenyataan pihak berkepentingan yang dikeluarkan bersama-sama sokongan dari pihak berkuasa yang berorientasikan agama Islam, kononnya tiada maklumat tentang laporan kesan sampingan yang dilaporkan - padahal orang ramai tidak mengetahui tentang wujudnya borang aduan sebegini dan pihak-pihak ini tidak pernah memberikan maklumat ini kepada pesakit.

Menggunakan agama sebagai alasan untuk menyokong dan memperkuatkan keyakinan orang ramai amatlah merbahaya dan boleh mengelirukan masyarakat terutama orang Islam kerana agama mewakili suruhan-suruhan dan tuntutan Allah S.W.T melalui utusanNya Muhammad S.A.W. terhadap orang Islam.

Ketupat Plastik Merbahayakan Kesihatan

Bagi umat Islam di negara ini, bulan puasa dah hampir tiba. Tak lama lagi kita akan menyambut hari raya. Hari raya sudah penuh dengan makanan. Dan bagi orang Melayu, salah satu makanan popular di hari perayaan ini ialah nasi impit dan ketupat.

Zaman dahulu, nenek moyang kita menggunakan daun palas yang dianyam membentuk 3 atau 4 segi kemudian dibukakan lubang untuk diisi dengan beras pulut atau beras biasa. Anyaman berisi beras ini kemudian dikukus menjadikan ketupat atau nasi impit.

Hari ini, kemajuan teknologi penggunaan plastik telah menggantikan daun palas ini. Plastik ini sudah diisi dengan beras kemudian dimatikan dengan haba supaya memerangkap butir beras itu dari tertumpah keluar. Ia dimasak bersama air sehingga suhu mendidih. Jenis plastik yang biasa digunakan ialah jenis polyethylene (PET). Plastik inilah juga biasa digunakan sebagai bekas minuman yang dibawa balik dari restoran.

Plastik kebanyakannya berasal dari bahan petroleum dan campuran bahan-bahan kimia. Apabila ia mengalami suhu panas, ia akan menghasilkan bahan sampingan yang merbahaya terutama Bisphenol-A yang telah dibuktikan boleh menyebabkan kanser.

Tibalah masanya untuk kita membuat keputusan yang lebih bijak an baik untuk kesihatan kita dan keluarga. Jangan beli produk beras atau ketupat segera seperti ini lagi menjelang hari raya tidak lama lagi. Adalah lebih baik menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan sarung daun palas. Tunjukkan kuasa pengguna hari ini lebih kuat dan pengguna tidak lagi mudah menerima apa saja yang diiklankan  di depan mata. Kita menolak idea menggunakan plastik yang dipanaskan sebagai bekas untuk barang yang kita makan.

Pastikan di hari raya tahun hadapan, tiada lagi produk sebegini terjual di pasaran.  Kita tidak mahu lihat ia berada di pasaran di masa akan datang. ~ Artikel oleh The Secret Medicines

Friday, June 7, 2013

75% Pakar Perubatan Tolak Kimoterapi Jika Mereka Sendiri Mengidap Kanser

Doktor-doktor dan pakar perubatan akan memberikan rawatan chemotherapy kepada pesakit kanser, tapi tahukah anda bahawa dalam satu kajian yang dijalankan oleh para saintis, 75% dari mereka menolak chemotherapy jika mereka sendiri disahkan mengidap kanser.

Berikut antara alasan-² yg diberikan oleh sebahagian dari mereka:

"Beberapa saintis sepenuh masa di Pusat Kanser McGill dihantar kepada 118 doktor, semua pakar-pakar mengenai kanser paru-paru, satu soal selidik untuk menentukan tahap kepercayaan mereka dalam terapi mereka gunakan, mereka ditanya untuk membayangkan jika mereka sendiri mengidap kanser dan mana satu dari enam terapi eksperimen semasa mereka akan pilih. 79 doktor menjawab, 64 daripada mereka berkata bahawa mereka tidak akan bersetuju untuk menjalani apa-apa rawatan yang mengandungi cis-platinum - salah satu daripada bahan ubatan chemotherapy yang biasa digunakan - manakala 58 daripada 79 percaya bahawa semua terapi eksperimen di atas tidak dapat diterima kerana tidak berkesan dan tahap toksik yang tinggi daripada chemotherapy ." (Philip Day, “Cancer: Why we’re still dying to know the truth”, Credence Publications, 2000)
"Jika saya mengidap kanser, saya tidak akan beralih kepada piawai tertentu untuk terapi penyakit ini. Pesakit kanser yang menjauhkan diri dari pusat-pusat perubatan ini mempunyai beberapa peluang untuk hidup. " (Prof. Gorge Mathe, “Scientific Medicine Stymied”, Medicines Nouvelles, Paris, 1989)
"Chemotherapy dan radiasi tidak membuat badan sihat. Ia memusnahkan, ia tidak menyembuhkan. Harapan doktor adalah bahawa kanser akan dimusnahkan tanpa memusnahkan pesakit keseluruhan. Benar terapi ini membunuh sel-sel kanser, tetapi ia juga membunuh banyak sel-sel yang baik termasuk sel-sel sistem imun, satu-satunya sistem yang DIPERLUKAN untuk sembuh. Jika pesakit kanser bertahan terhadap rawatan dengan sistem imun dapat dikekalkan, pesakit mungkin sembuh buat sementara waktu, tetapi dia akan mengalami kerosakan besar kepada tubuh dan sistem imun. Begitu banyak kebaikan untuk menyuburkan sistem imun dengan menggunakan terapi semulajadi bukannya memusnahkan ia dengan menggunakan terapi ini. Maka sistem imun itu sendiri boleh membunuh sel-sel kanser tanpa apa-apa kesan sampingan dan menyembuhkan tubuh anda pada masa yang sama." - Loraine Day, MD salah seorang daripada wanita yang sembuh dari kanser payudara secara semulajadi.
"Majoriti pesakit kanser di negara ini mati kerana chemotherapy, yang tidak menyembuhkan kanser payudara, kolon atau paru-paru. Ianya telah didokumentasikan selama lebih satu dekad namun doktor masih menggunakan chemotherapy untuk melawan tumor. "Allen Levin, MD, UCSF.
"Menurut persatuan perubatan, kesan sampingan berbahaya ubat-ubatan telah menjadi punca utama keempat kematian selepas infarksi, kanser, dan apopleksi" (Jurnal Persatuan Perubatan Amerika, 15 April, 1998)
Doktor Ulrich Able, ahli epidemiologi Klinik Tumor Heidelberg Mannheim, Jerman, telah mendalami analisa dan kajian semula semua penyelidikan utama dan eksperimen klinikal yang pernah dilakukan ke atas chemotherapy mendapati bahawa kadar hasil positif kerana chemotherapy di dunia adalah menakutkan, kerana, tidak terdapat di mana-mana bukti saintifik yang boleh menunjukkan chemotherapy mampu 'memanjangkan dalam apa jua cara jangka hayat pesakit disebabkan oleh jenis kanser organ yang paling biasa. Doktor Ulrich Able mengetengahkan bahawa chemotherapy jarang sekali boleh meningkatkan kualiti hidup, dan beliau menggambarkan ia sebagai kehinaan saintifik di samping mengekalkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada chemotherapy dijalankan di dunia adalah sia-sia. Walaupun tiada bukti saintifik bahawa chemotherapy benar-benar berkesan, doktor atau pesakit tidak rela atau bersedia untuk meninggalkan kaedah ini.
Sumbangan keseluruhan rawatan chemotherapy sitotoksik kepada kelangsungan hidup 5 tahun di kalangan orang dewasa dianggarkan 2.3% di Australia dan 2.1% di Amerika Syarikat" (Royal North Shore Hospital Clin Oncol (R Coll Radiol) 2005 Jun; 17.(4):294.

"Dr Hardin Jones, pensyarah di Universiti California, selepas menganalisa untuk beberpa dekad statistik mengenai kelangsungan hidup pesakit kanser, telah membuat kesimpulan: "... apabila tidak dirawat, pesakit tidak menjadi lebih teruk atau mereka juga menjadi lebih baik." Kesimpulan mudah Dr. Jones ini tidak pernah disangkal."

Wednesday, June 5, 2013

Udara Dan Air Sama Dengan Bahan Kimia Aditif Makanan?

Berikut kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh XXX (sebuah institusi yang dipercayai) melalui pamplet yang mereka terbitkan yang cuba untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya makanan ditambah pengawet dan pewarna itu baik untuk pengguna dan selamat dimakan. Ia diterbitkan pada tahun 2004 dan TSM masih lagi simpan hingga ke hari ini untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa pihak yang kita harapkan untuk menjaga kesihatan kita sebenarnya tambah mendatangkan bencana merosakkan kesihatan kita. Inilah yang dikatakan "recipe for disaster"

Pamplet XXX Halaman 1
SALAH FAHAM TERHADAP ADITIF MAKANAN

Kebimbangan mengenai bahan kimia - Sesetengah orang percaya aditif makanan itu adalah bahan kimia dan justeru itu ia seharusnya diharamkan penggunaannya. Dalam konteks sains makanan, perkataan "bahan kimia" tidak mempunyai maksud kerana udara dan air, gula dan garam juga adalah bahan kimia seperti aditif makanan. Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah kebanyakan aditif makanan yang digunakan boleh didapati secara semulajadi. Contohnya:
  • Pektin yang digunakan untuk set jem diperolehi daripada tumbuhan
  • Lesitin yang digunakan untuk menghalang pengasingan makanan diperolehi daripada kuning telur
  • Aditif semulajadi yang lain termasuk karamel sebagai pewarna, vitamin C sebagai antioksida, agar daripada rumpai laut sebagai penstabil dan sebagainya.
Salah satu kesan negatif daripada kesalahfahaman mengenai aditif makanan telah membuat pengguna lebih tertumpu kepada mengelakkan aditif makanan lebih daripada mengamalkan diet yang seimbang.
Okey, biar TSM ulas.
Menurut XXX, "dalam konteks sains makanan, perkataan "bahan kimia" tidak mempunyai maksud kerana udara dan air, gula dan garam juga adalah bahan kimia seperti aditif makanan."

Kalau begitu, buah-buahan, sayuran, daging, ikan semuanya adalah bahan kimia. Sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab untuk memastikan rakyat di negara ini hidup sihat dan dijauhkan dari penyakit, mereka tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian. Udara adalah unsur semulajadi di dalam alam. Ia jauh berebza dan tidak boleh disamakan dengan bahan kimia aditif yang ditambah ke dalam makanan hari ini. Bahan aditif ini bukan wujud secara semulajadi sebaliknya dihasilkan di makmal. Ia belum tentu selamat kepada manusia dalam jangka masa panjang kerana kebanyakannya diuji ke atas tikus makmal dalam tempoh yang singkat.

Kemudian XXX mendakwa "kebanyakan aditif makanan yang digunakan boleh didapati secara semulajadi" seperti pektin, lesitin, karamel dan vitamin C. Wujudkah bahan aditif yang dinamakan vitamin C? Kalau vitamin C bahan aditif, TSM adalah yang pertama dapatkan bahan ini dan TSM tak mahu bahan yang lain.

XXX:
Bahan Pengawet
Bahan pengawet digunakan untuk mengawal pertumbuhan kulat, bakteria dan ragi bagi meningkatkan jangka hayat makanan tersebut. Antara bahan pengawet tradisi yang digunakan secara meluas dalam industri makanan adalah seperti gula, cuka dan garam. Selain dari itu, bahan pengawet dapat membantu melindungi pengguna daripada mikroorganisma yang menyebabkan keracunan makanan.

TSM:
Hakikatnya industri makanan tidak hanya menggunakan cuka dan garam sahaja untuk mengawet makanan, mereka kini lebih maju malah menggunakan bahan pengawet yang merbahaya dan boleh menyebabkan kanser seperti sodium nitrite.

Halaman 2
XXX:
Bahan Pewarna
Pewarna menjadikan makanan lebih menarik dan membantu untuk merangsang selera makan. Biasanya dalam proses pengawetan, warna asal makanan akan hilang. Telah menjadi amalan pihak pengilang untuk menambah bahan pewarna yang dibenarkan  untuk memperbaiki penampilan produk mereka. Kebanyakan pewarna makanan diperolehi daripada bahan semulajadi.
TSM:
Sekali lagi mereka mendakwa bahan pewarna daripada bahan semulajadi. Ya betul. Pewarna dari unsur petroleum juga adalah semulajadi kerana ia datang dari dalam tanah. Pewarna merah juga berasal dari alam semulajadi iaitu dari serangga chochineal. Tapi siapa yang sanggup makan petroleum dan makan serangga? Untuk apa jadikan makanan yang sudah hilang warna kelihatan lebih menarik? Tujuannya cuma satu iaitu menipu. Mereka cuba menipu pengguna kononnya makanan itu masih elok dan segar kerana warnanya yang terang. Dalam peraturan pengilangan makanan, menipu tidak salah. Menipu dari segi warna dan rupa dibenarkan. Semakin ramai pelanggan yang tertipu, semakin banyak mereka menjana keuntungan.Pelanggan sering tergoda dengan rupa dan warna sesuatu produk. Jika warna yang malap atau pudar, ia tidak menarik perhatian pelanggan.

XXX:
Bahan Perisa/Penambah Perisa
Herba dan rempah telah digunakan sejak berkurun yang lalu untuk menambahkan perisa makanan. Di dalam industri makanan, banyak perisa, sama ada bahan perisa semulajadi atau bahan perisa serbasama (?) bahan asli, biasa ditambah dalam kuantiti yang sedikit. Ini termasuk penambah perisa monosodium glutamat yang digunakan dalam makanan seperti sup kering, stok sup, sos dan lain-lain.

TSM:
Hakikatnya, makanan hari ini tidak menggunakan herba  dan rempah seperti yang didakwa sebaliknya menggunakan bahan kimia excitotoxin iaitu MSG dan lain-lain bahan perisa yang dihasilkan di makmal.

Apa bahan perisa serbasama bahan asli itu?...ini kali pertama TSM dengar istilah sebegini.

Makanan adalah makanan dan kenapa perlu ditambah pengawet, pewarna dan perisa semua itu? Sebab utamanya ialah kerana industri pemprosesan makanan komersial. Pemprosessan makanan berskala kilang memerlukan tempoh tahan lama untuk penghantaran bekalan dan penyimpanan. Makanan sebenar yang asli hanya boleh bertahan dalam tempoh sehari-dua sahaja, jika tidak ditambah semua bahan aditif di atas, semua industri ini tidak akan bertahan lama. Begitu juga dengan rupanya yang menarik dengan warna yang terang serta rasa yang sedap menaikkan selera pengguna, sebenarnya membuatkan pengguna semakin ketagihan terhadapnya akhirnya meningkatkan obesiti, diabetes malah kanser di kalangan orang ramai.  

Ada banyak lagi kenyataan di dalam pamplet ini yang seolah-olah cuba menyelamatkan industri makanan proses seperti restoran makanan segera dan industri makanan ringan.

Pamplet ini sebenarnya cuba memperbodohkan orang ramai. 

10 Amalan Jijik Dalam Menyediakan Makanan

Masyarakat sering memandang ringan tentang isu kebersihan lebih-lebih lagi dalam hal penyediaan makanan. Ia tidak sepatutnya berlaku dan pengguna sepatutnya perlu mengambil sikap sentiasa peduli, peka dan prihatin tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Berikut adalah antara 10 perkara yang dilihat benar-benar berlaku di depan mata dan sebahagian darinya dilaporkan oleh Facebookers yang dilontarkan melalui Facebook The Secret Medicines.
  1. Periuk kuah roti canai dipanaskan di atas kuali leper tempat membuat roti canai. Bayangkan punggung periuk itu diletakkan di merata tempat kemudian dipanaskan di atas kuali leper tempat roti canai dimasak. Bakteria dari merata tempat akan berpindah ke atas kuali leper itu kemudian berpindah pula kepada roti canai yang dimakan.
  2. Tuala Kecil. Tuala 'Good Morning' yang tak pernah dibasuh biasa diguna berulang kali untuk 'membersihkan' dan mengelap minyak serta sisa-sisa memasak di atas periuk leper. Cebisan-cebisan halus dari fabrik yang tidak kelihatan sudah tentu akan tertinggal dan melekat di atas kuali lalu berpindah ke makanan. 
  3. Hidangan bertindih. Piring kecil bersaiz 1 ke 2 inci untuk meletakkan sos atau sambal serta piring kuah bersaiz 4-5 inci untuk meletak kuah ditindihkan di atas piring makanan utama yang kebiasaannya boleh mencemar makanan. Perkara ini boleh berlaku disebabkan penyedia atau pembawa makanan mahu kerja mudah dan tidak cukup tangan untuk memegang gelas minuman dan pinggan makanan sekaligus. Apa saja bahagian belakang seperti punggung kuali atau bawah piring terdedah kepada risiko kekotoran kerana bahagian itu biasanya digunakan untuk menyentuh permukaan. Ia lebih kurang sama keadaannya dengan periuk dipanaskan di atas kuali leper. Lebih baik gunakan talam yang mempunyai lekukan pembahagi untuk memisahkan makanan, kuah dan sebagainya. 
  4. Sudip atau penyepit yang sama digunakan untuk mengendalikan makanan mentah dan juga yang sudah dimasak lebih-lebih lagi makanan seperti daging. Daging mentah boleh tercemar dengan bakteria seperti E. Coli.
  5. Lauk-pauk yang dihurung lalat terutama di kawasan yang banyak lalat. Lalat adalah serangga pengotor dan sering hinggap di atas kotoran terutama najis dan ia boleh memindahkan kotoran itu ke atas makanan atau lauk-pauk. Untuk memudahkan pelanggan memilih lauk disamping menjaga kebersihan, gunakan penutup transparent. 
  6. Tukang masak yang berbual atau tidak memakai topi dan apron semasa memasak. Perbualan ketika memasak boleh mendedahkan makanan terhadap pencemaran air liur tukang masak dan topi dan apron yang tidak dipakai boleh memindahkan kotoran kepada makanan seperti rambut tukang masak dan juga peluh.
  7. Telur ayam tidak dibasuh terlebih dahulu. Jika tidak dibasuh, sisa-sisa najis ayam yang melekat (walaupun tidak kelihatan) akan masuk terus ke dalam makanan apabila kulit telur dipecahkan. Amalan sebegini boleh menyebabkan bakteria mudah berpindah ke dalam makanan dan membiak. 
  8. Meletakkan periuk, kuali atau apa saja yang mengandungi makanan di atas lantai atau tempat yang rendah. Makanan ini mudah terdedah kepada pencemaran bakteria kerana kotoran sering jatuh di tempat yang lebih rendah. (Gambar: lihatlah bagaimana penutup periuk itu menyentuh lantai)
    Kredit: gambar diambil dari laman web ondscene.my
  9. Batuk atau bersin semasa membawa makanan untuk dihidangkan. Apabila seseorang itu batuk atau bersin, beribu-biru bakteria dan virus akan tersebar ke persekitaran terutama makanan yang sedang dibawa. Makanan akan tercemar dan orang yang memakannya mungkin mendapat penyakit. 
  10. Melakukan berbagai pekerjaan. Jika seseorang menggunakan tangannya untuk menguli tepung atau menebar roti canai, ia tidak menjadi masalah selagi tangannya telah dibasuh dengan bersih dan kukunya dipotong pendek tetapi dia tidak seharusnya melakukan pekerjaan lain seperti menjadi juruwang memegang wang tunai, kerana wang adalah antara tempat paling banyak bakteria ditemui. Dia juga tidak boleh bekerja sebagai tukang cuci lantai atau pencuci pinggan mangkuk. 

Jika anda ternampak salah satu dari perkara di atas terjadi, tinggalkan saja makanan itu dan makan di tempat lain. Kesihatan lebih utama dari wang ringgit. ~ Artikel oleh The Secret Medicines

Artikel akan datang: Amalan Bahaya Dalam Menyediakan Makanan 

Monday, June 3, 2013

Avastin Tingkatkan Kesan Sampingan Maut Pesakit Kanser

Salah satu ubat kanser yang paling menjana keuntungan di dunia didapati menyebabkan kesan-kesan sampingan yang lebih bahaya (maut) dari yang diketahui sebelum ini, menurut kajian terbaru.

Avastin, ubat blockbuster dengan lebih daripada $5.5 bilion jualan global, meningkatkan kadar kesan sampingan maut kepada hampir 50% apabila ditambah kepada kimoterapi, berbanding dengan kimo sahaja.

Kira-kira 2.5% daripada pesakit kanser yang menggabungkan Avastin dan kimo mati daripada rawatan mereka - bukan disebabkan penyakit kanser, menurut analisa terhadap 10,217 pesakit menurut Journal Persatuan Perubatan Amerika. Sebagai perbandingan, 1.7% daripada pesakit kanser yang hanya menerima kimo meninggal dunia akibat kimoterapi.

Punca-punca yang paling biasa kematian adalah pendarahan, kehilangan sel-sel darah putih yang melawan jangkitan, dan lubang di dalam perut atau usus, kata Shenhong Wu Stony Brook University School of Medicine, penulis bersama analisa 10,217 pesakit.

Dalam kebanyakan kes, Avastin masih boleh membantu pesakit, walaupun terdapat risiko kematian, kerana faedahnya untuk memperlahankan pertumbuhan tumor melebihi apa-apa bahaya, Wu berkata.

Dilema mengenai Avastin, bagaimanapun, adalah bahawa doktor hari ini tidak mempunyai cara untuk mengetahui pesakit tertentu akan mendapat manfaat, kata Daniel Hayes dari University of Michigan Comprehensive Cancer Center, yang menulis rencana pengarang yang disertakan. Jadi, doktor cenderung untuk berikan kepada semua pesakit yang layak, dengan mengharap yang terbaik, walaupun mengetahui bahawa Avastin kadangkala boleh mempercepatkan kematian pesakit, kata Hayes.

Dengan Avastin, "anda sama ada benar-benar mendapat manfaat atau anda tidak mendapat manfaat langsung atau cuma sedikit," kata David Johnson, dari Universiti Texas Southwestern School of Medicine di Dallas, yang tidak terlibat dalam kajian ini. Kesediaan pesakit untuk mencuba Avastin telah membantu dadah ini - yang jumlah kos boleh melebihi $100,000 setahun - menjadi terapi kanser paling laris di Amerika Syarikat, menurut IMS Health.

Penyelidik Genentech secara aktif mendapatkan ujian untuk membantu meramal bagaimana pesakit akan bertindak balas terhadap Avastin, kata jurucakap syarikat Charlotte Arnold.

Doktor telah menggunakan ujian itu untuk mensasarkan satu lagi ubat Genentech, dipanggil Herceptin, terhadap 25% pesakit kanser payudara yang mempunyai tumor bertindak balas terhadapnya, kata John Glaspy, Jonsson  Comprehensive Cancer Center, University of California-Los Angeles yang tidak terlibat dalam kajian itu. Sasaran itu menjimatkan wang dan telah menjadikan Herceptin dadah yang sangat kuat: terhadap pesakit yang dipilih dengan tumor awal, ia mengurangkan risiko berulang kepada separuh, kata Glaspy.

Mensasarkan ubat-ubatan seperti Herceptin juga menjimatkan sejumlah besar wang, Glaspy berkata. Avastin akan menjadi lebih kurang daripada blockbuster, beliau berkata, jika doktor adalah untuk mengecilkan bilangan pesakit yang mana mereka menetapkan ia.

Kelulusan Avastin pada tahun 2004 dianggap sebagai satu kemajuan besar terhadap penyakit kanser kerana ia berjuang melawan penyakit dengan cara yang berbeza.

Walaupun kimo membunuh sel-sel yang membiak, Avastin menghalang protein tertentu yang membolehkan kanser untuk membina saluran darah yang mereka perlukan untuk merebak dan berkembang.

FDA meluluskan Avastin, yang dibuat oleh Genentech, untuk merawat kanser paru-paru, buah pinggang, otak dan payudara, walaupun kelulusan untuk kanser payudara ditarik balik kerana kebimbangan tentang keselamatan dan keberkesanannya terhadap penyakit itu.

Namun Avastin tidak menyembuhkan kanser, ia memberikan pesakit purata hanya beberapa bulan tambahan untuk hidup.

Pesakit kanser kolorektal yang menambah avastin kepada terapi mereka hidup hampir lima bulan lebih lama berbanding mereka yang mengambil dadah standard, manakala pesakit kanser paru-paru hidup dua bulan lebih lama, kata Arnold. Walaupun Avastin melambatkan pertumbuhan tumor lain-lain kanser, ia tidak menunjukkan untuk meningkatkan kelangsungan hidup.

Arnold berkata kertas kajian terbaru menyatakan risiko Avastin termasuk kanser yang mana ia tidak diluluskan, seperti prostat, pankreas dan subjenis tumor paru-paru. Label Avastin sudah memberi amaran kesan sampingan yang serius, katanya.

Walaupun doktor tidak semestinya tinggalkan Avastin, mereka harus bercakap terus terang tentang risiko, kata Johnson.

Keputusan baru "memaksa kita untuk berfikir panjang dan bersusah payah tentang apa yang kami lakukan terhadap pesakit kami dan bukannya apa yang kami lakukan untuk pesakit kami," kata Johnson. ~ Dipetik dari artikel oleh USA Today

Kesan Sampingan Maut Akibat Dadah Preskripsi Meningkat

Mereka yang mengambil ubat-ubat dadah berjadual tidak dapat lari dari kesan-kesan sampingan yang sama ada ia tidak serius atau boleh membawa maut.

Laporan tindak balas buruk kepada ubat-ubatan preskripsi meningkat 9.4 peratus pada tahun 2011, menurut sebuah badan bebas yang memantau amalan ubat selamat. Laporan Quarterwatch (ismp.org) mendapati 179,855 reaksi dadah diklasifikasikan sebagai serius atau maut, peningkatan lebih 15,000 dari tahun 2010.  
  • Pengilang perlu melaporkan kesan buruk yang mereka ketahui kepada FDA
  • Hanya 1 hingga 10 peratus daripada kesan-kesan buruk yang dilaporkan kepada FDA
  • Syarikat-syarikat dadah bertanggungjawab jika mereka tidak memberi amaran sepatutnya terhadap kesan sampingan yang berpotensi

Reaksi buruk

Serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok dan kematian - itulah bahaya dalam dunia perubatan preskripsi hari ini. Setiap tahun berjuta-juta orang menghadapi kesan sampingan daripada pil-pil canggih dan berbagai terapi yang mereka jalani demi menangani pelbagai masalah kesihatan.

Mengikut undang-undang, pengeluar dadah mesti melaporkan kepada FDA sebarang kesan sampingan terhadap dadah mereka yang sampai ke pemerhatian mereka, sama ada dari aduan pesakit, tuntutan mahkamah atau hanya menyebut di Twitter. Pengguna dan doktor juga boleh melaporkan kesan buruk kepada FDA. Menggunakan angka-angka tersebut, Quaterwatch menyusun laporan semua kesan sampingan yang serius dan negatif yang dibuat kepada FDA pada tahun 2011, mendapati bahawa laporan telah meningkat hampir 10 peratus berbanding tahun 2010.

Sepuluh ubat-ubatan dengan kesan-kesan buruk adalah Pradaxa, Coumadin, Levaquin, carboplatin, Zestril, cisplatin, Zocor, Cymbalta, Cipro dan Bactrim. Jika anda mengambil mana-mana ubat di atas dan mengalami kesan sampingan yang serius, yakinlah  bahawa anda tidak keseorangan. Malah, pakar-pakar dadah berhujah bahawa hanya satu hingga 10 peratus daripada kesan buruk yang dilaporkan kepada FDA, bermakna kesan sampingan negatif adalah lebih meluas daripada laporan Quaterwatch. "Kami kehilangan  99 hingga 90 peratus laporan kesan buruk", kata Thomas Lamb, seorang peguam di North Carolina yang menguruskan sebuah blog tentang berita dadah preskripsi.


Peraturan 7 Tahun

Malangnya, kesan sampingan adalah perkara tidak dapat dielakkan, harga yang anda bayar demi mendapatkan manfaat dari apa yang ditawarkan oleh syarikat farmaseutikal. Walau bagaimanapun, terdapat cara lain pengguna boleh melindungi diri mereka daripada kesan-kesan buruk. Kumpulan sokongan Public Citizen mencadangkan hanya menggunakan ubat-ubatan yang telah berada di pasaran selama lebih daripada tujuh tahun, melainkan jika tidak ada alternatif.

Tempoh 7 tahun adalah tempoh percubaan klinikal yang dilakukan oleh FDA untuk meneliti  kesan buruk yang dilaporkan.

"Nasihat logik adalah untuk menjauhkan diri dari dadah baru sementara anda memikirkan apa-apa isu keselamatan lain yang mungkin muncul", kata Lamb.

Satu lagi cara pesakit boleh melindungi diri mereka adalah dengan menggunakan pemeriksa interaksi dadah yang biasa didapati dalam talian untuk memastikan bahawa pelbagai preskripsi mereka tidak bercanggah antara satu sama lain atau jika satu dadah sahaja tidak menyebabkan masalah yang diwujudkan sendiri. Apabila pengguna menggunakan khidmat pelbagai doktor dan pakar kesihatan dan mungkin mendapatkan dadah dari beberapa farmasi  berlainan, kombinasi ubat-ubatan yang digunakan mungkin menyebabkan interaksi tanpa pengetahuan atau tidak disedari oleh profesional perubatan.

"Pada masa lalu, orang ramai berpendapat, jika ada isu doktor akan mengambil perhatian terhadapnya, atau pihak farmasi mungkin beritahu sesuatu," kata Lamb. "Sekarang orang ramai boleh mendapatkan ubat dadah dari pelbagai sumber yang berbeza. Ia amat penting bagi mereka untuk mengambil langkah-langkah keselamatan diri mereka sendiri. "


Hubungi Peguam

Jadi, jika anda mendapat kecederaan disebabkan oleh dadah preskripsi, bolehkah anda saman? Tidak semestinya. Satu perkara yang perlu diketahui, ubat-ubatan generik dilindungi daripada tindakan undang-undang. Dan jenama dadah tertentu dilindungi undang-undang selagi syarikat-syarikat dadah memberi amaran yang mencukupi tentang kesan-kesan sampingan yang berpotensi. Syarikat-syarikat dadah yang diperlukan untuk memberi label amaran terhadap sebarang kemungkinan kecederaan disebabkan oleh dadah mereka pada bungkusan, serta memaklumkan kepada FDA apa saja kesan sampingan yang timbul selepas sesuatu dadah itu diluluskan dan sudah pun berada ke pasaran.

Sebaliknya, syarikat dadah boleh menghadapi tindakan undang-undang jika tidak mendedahkan atau tidak memberi amaran kesan sampingan yang buruk yang dialami. Jika anda menghadapi kesan sampingan yang serius dari ubat yang anda ambil tetapi tiada sebarang amaran mengenainya, sudah tiba masanya untuk berunding dengan seorang peguam. "Dakwaan yang boleh dibuat ialah bahawa syarikat dadah tidak memasukkan amaran yang mencukupi dalam maklumat preskripsi atau label tentang risiko kesan sampingan yang serius yang mereka mempunyai pengetahuan tentangnya," Lamb menerangkan. Carian di Google boleh mendedahkan maklumat jika seseorang yang mempunyai masalah yang sama, mungkin mereka juga mendapat kejayaan dalam mengemukakan kes di mahkamah.

Lawati Lawyers.com untuk maklumat lanjut mengenai tindakan undang-undang dadah preskripsi dan untuk mencari seorang peguam yang boleh membantu anda menilai kes anda. - Sumber artikel dipetik dari jdsupra.com

Labels