Pages

Friday, May 31, 2013

Gout: Rawatan Dengan Air


Gout disebabkan pengumpulan kristal asid urik berlebihan berpunca dari diet yang biasanya menyerang bahagian sendi. Mayoclinic.org, laman web untuk golongan professional dalam bidang perubatan konvensional tidak langsung menyebut bahawa gout berpunca dari diet tetapi menyatakan golongan lelaki lebih mudah mendapat gout berbanding wanita.

Kristal asid urik biasanya terlerai di dalam darah dan keluar bersama air kencing. Kristal asid yang bersifat tajam menyebabkan keradangan pada bahagian yang diserang. Keradangan itu akan menyebabkan pesakit merasa amat sakit. Kebiasaannya, doktor akan memberi ubat ibuprofen atau colchicine mengikut keadaan pesakit. Ubat-ubat ini bekerja untuk mengurangkan kesakitan dan mengawal keradangan. Bagaimanapun, ubat ini boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit. Antaranya ialah seperti cirit-birit, muntah, lemah kebolehan utk melawan jangkitan, strok, serangan jantung, pendarahan dalam perut dan kehadiran darah di dalam air kencing.

Menurut laman web drugs.com, colchicine bukanlah ubat untuk arthritis atau gout, dan ia tidak akan menghalang penyakit-penyakit ini dari berkembang. Menurut laman web itu lagi, Colchicine juga tidak boleh digunakan sebagai ubat rutin untuk lain-lain keadaan.

Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah bagaimana ubat-ubat ini bekerja. Ia hanya bertindak mengawal atau mengurangkan kesakitan sahaja, bukannya merawat atau menghilangkan terus penyakit gout. Ubat-ubat ini langsung tidak berbuat apa-apa terhadap pengumpulan asid urik yang berlebihan di bahagian yang terkena sakit.

Jadi, apakah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan kehadiran asid urik ini supaya gout tidak menyerang? Caranya ialah minum air dengan banyak. Air bukan saja membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh malah mampu meneutralkan asid di dalam badan.

Menurut kajian oleh penyelidik di Boston University School of Medicine, kekurangan air (dehidrasi) boleh menyebabkan serangan gout.

"Dehidrasi boleh meningkatkan kepekatan asid urik serum dalam darah. Ia juga boleh memberi kesan kepada keupayaan buah pinggang untuk membersihkan asid urik dan boleh membuat asid urik lebih cenderung untuk membentuk kristal," menurut kenyataan ketua penyelidik, Tuhina Neogi, MD, PhD.

Kajian dilakukan terhadap 535 orang yang pernah mengalami serangan gout dalam tempoh setahun. Dalam kajian itu, para peserta telah diminta untuk memberikan maklumat tentang berapa banyak air yang mereka minum dalam tempoh 24 jam sebelum setiap serangan gout dan pada masa-masa apabila mereka tidak mendapat serangan gout.

Dr. Neogi mendapati mereka yang minum 5-8 gelas air mengurangkan risiko 40 peratus dari serangan gout berbanding dengan mereka yang minum hanya segelas air atau kurang dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh membuat cadangan khusus berapa jumlah air yang perlu diminum kerana ia bergantung kepada keadaan perubatan asas dan tahap aktiviti fizikal seseorang. Beliau menambah, pesakit perlu berbincang dengan doktor mereka jika mereka mempunyai apa-apa soalan berkaitan perkara ini. Kajian ini telah dibentangkan pada mesyuarat tahunan 2009 American College of Rheumatology di Philadelphia.

Menurut penulis buku "Water For Health, For Healing, For Life", Dr. Fereydoon Batmanghelidj, "sakit sendi, sakit belakang, arthritis disebabkan oleh dehidrasi kronik. Tubuh manusia juga mempunyai panggilan kecemasan untuk air. Pedih ulu hati, sakit sendi reumatoid, sakit belakang, migrain, ulser, sakit fibromyalgiac, walaupun kesakitan angina - adalah tanda-tanda dehidrasi dalam badan. - Artikel oleh The Secret Medicines

 
Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

3 comments:

info menarik...mohon share ke FB. TQ

Salam....

Maklumat yang bermanafaat...minta copy di blog saya...tkasih.

Labels