Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Friday, May 31, 2013

Gout: Rawatan Dengan Air


Gout disebabkan pengumpulan kristal asid urik berlebihan berpunca dari diet yang biasanya menyerang bahagian sendi. Mayoclinic.org, laman web untuk golongan professional dalam bidang perubatan konvensional tidak langsung menyebut bahawa gout berpunca dari diet tetapi menyatakan golongan lelaki lebih mudah mendapat gout berbanding wanita.

Kristal asid urik biasanya terlerai di dalam darah dan keluar bersama air kencing. Kristal asid yang bersifat tajam menyebabkan keradangan pada bahagian yang diserang. Keradangan itu akan menyebabkan pesakit merasa amat sakit. Kebiasaannya, doktor akan memberi ubat ibuprofen atau colchicine mengikut keadaan pesakit. Ubat-ubat ini bekerja untuk mengurangkan kesakitan dan mengawal keradangan. Bagaimanapun, ubat ini boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit. Antaranya ialah seperti cirit-birit, muntah, lemah kebolehan utk melawan jangkitan, strok, serangan jantung, pendarahan dalam perut dan kehadiran darah di dalam air kencing.

Menurut laman web drugs.com, colchicine bukanlah ubat untuk arthritis atau gout, dan ia tidak akan menghalang penyakit-penyakit ini dari berkembang. Menurut laman web itu lagi, Colchicine juga tidak boleh digunakan sebagai ubat rutin untuk lain-lain keadaan.

Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah bagaimana ubat-ubat ini bekerja. Ia hanya bertindak mengawal atau mengurangkan kesakitan sahaja, bukannya merawat atau menghilangkan terus penyakit gout. Ubat-ubat ini langsung tidak berbuat apa-apa terhadap pengumpulan asid urik yang berlebihan di bahagian yang terkena sakit.

Jadi, apakah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan kehadiran asid urik ini supaya gout tidak menyerang? Caranya ialah minum air dengan banyak. Air bukan saja membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh malah mampu meneutralkan asid di dalam badan.

Menurut kajian oleh penyelidik di Boston University School of Medicine, kekurangan air (dehidrasi) boleh menyebabkan serangan gout.

"Dehidrasi boleh meningkatkan kepekatan asid urik serum dalam darah. Ia juga boleh memberi kesan kepada keupayaan buah pinggang untuk membersihkan asid urik dan boleh membuat asid urik lebih cenderung untuk membentuk kristal," menurut kenyataan ketua penyelidik, Tuhina Neogi, MD, PhD.

Kajian dilakukan terhadap 535 orang yang pernah mengalami serangan gout dalam tempoh setahun. Dalam kajian itu, para peserta telah diminta untuk memberikan maklumat tentang berapa banyak air yang mereka minum dalam tempoh 24 jam sebelum setiap serangan gout dan pada masa-masa apabila mereka tidak mendapat serangan gout.

Dr. Neogi mendapati mereka yang minum 5-8 gelas air mengurangkan risiko 40 peratus dari serangan gout berbanding dengan mereka yang minum hanya segelas air atau kurang dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh membuat cadangan khusus berapa jumlah air yang perlu diminum kerana ia bergantung kepada keadaan perubatan asas dan tahap aktiviti fizikal seseorang. Beliau menambah, pesakit perlu berbincang dengan doktor mereka jika mereka mempunyai apa-apa soalan berkaitan perkara ini. Kajian ini telah dibentangkan pada mesyuarat tahunan 2009 American College of Rheumatology di Philadelphia.

Menurut penulis buku "Water For Health, For Healing, For Life", Dr. Fereydoon Batmanghelidj, "sakit sendi, sakit belakang, arthritis disebabkan oleh dehidrasi kronik. Tubuh manusia juga mempunyai panggilan kecemasan untuk air. Pedih ulu hati, sakit sendi reumatoid, sakit belakang, migrain, ulser, sakit fibromyalgiac, walaupun kesakitan angina - adalah tanda-tanda dehidrasi dalam badan. - Artikel oleh The Secret Medicines

 

Wednesday, May 29, 2013

Apa Yang Masyarakat Tidak Diberitahu (Bah.2)

Apa yang masyarakat tahu:
Masyarakat digalakkan makan pelbagai makanan bijirin yang terdapat di pasaran kerana bijirin adalah sumber khasiat semulajadi yang baik untuk tubuh.
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Kebanyakan makanan bijirin yang terjual di pasaran terutama jenama popular kebanyakannya terdiri dari bijirin dari benih yang dihasilkan melalui teknologi kejuruteraan genetik (GMO) dan ia bukan makanan yang asli.

Apa yang masyarakat tahu:
Farmasi menyediakan pelbagai jenis ubat-ubat dadah over-the-counter dimana ia boleh didapati oleh sesiapa saja yang tidak mahu berjumpa doktor atau mendapatkan khidmat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Pelbagai jenis ubat-ubat dadah yang diambil bersama tanpa pemerhatian doktor atau pakar kesihatan boleh menimbulkan kesan interaksi di antara mereka membuatkan pemakan mendapat kesan sampingan yang serius dan boleh membawa maut

Apa yang masyarakat tahu:
Dengan makan junk food, kononnya mereka dapat menikmati makanan yang 'sedap' disamping boleh mengurangkan pengambilan makanan tinggi lemak seperti daging dan menurunkan berat badan.
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Makanan junk food tinggi kalori dan garam boleh mengakibatkan obesiti - iaitu berat badan semakin bertambah dan kandungan garam yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah.

Apa yang masyarakat tahu:
Jus buah-buahan mengandungi jus buah sebenar dan lebih terang warnanya lebih banyak kandungan jus buah sebenar di dalamnya.
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Kebanyakan jus buah-buahan di pasaran hampir tidak mengandungi perahan buah-buahan sebenar sebaliknya menggunakan pewarna, perisa tiruan, gula dan pengawet.

Apa yang masyarakat tahu:
Minuman tenaga membekalkan tenaga untuk melakukan pekerjaan seharian baik untuk mereka yang kerja berat atau kerja-kerja pejabat.
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Minuman tenaga sebenarnya hanya sesuai untuk ahli sukan sebagai menggantikan semula apa yang telah digunakan semasa bersukan iaitu kehilangan banyak air, elektrolit dan tenaga. Air untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang, elektrolit untuk menggantikan garam yang telah hilang melalui peluh dan gula untuk memberi tenaga setelah keletihan. Mereka yang tidak melakukan aktiviti sepenuh tenaga tidak perlukan minuman tenaga.

Apa yang masyarakat tahu:
Sarapan bijirin adalah baik dan menyihatkan.
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Kebanyakan bijirin sarapan yang diproses (jenama popular) adalah tidak menyihatkan. Ia sarat dengan gula dan karbohidrat ditapis. Pengeluar menambah vitamin sintetik dan meletakkan sejumlah kecil bijirin di dalam campuran, dan memasarkan produk mereka sebagai sihat.

Jangan mudah terpedaya dengan label "rendah lemak", "bebas lemak", "gandum penuh" dan lain-lain. Semak senarai bahan pada bungkusan produk, ia biasanya sarat dengan gula.Memulakan hari dengan bijirin tinggi gula hanya akan menyebabkan anda kelaparan di penghujung hari

Friday, May 24, 2013

Apa Yang Masyarakat Tidak Diberitahu

Apa yang masyarakat tahu: MSG ialah bahan perisa makanan yang buat makanan jadi sedap
Apa yang masyarakat tak tahu: MSG ialah sejenis excitotoxin - bahan yang merangsang deria rasa tapi boleh menyebabkan kerosakan saraf dan otak

Apa yang masyarakat tahu: produk sugar-free tidak mengandungi gula dan sesuai untuk penderita diabetes
Apa yang masyarakat tak tahu: kebanyakan produk sugar-free mengandungi aspartame, sejenis excitotoxin yang boleh meningkatkan tekanan darah, menambah berat badan dan malangnya - menyebabkan diabetes

Apa yang masyarakat tahu: sirap jagung berasal dari jagung dan ia adalah bahan semulajadi
Apa yang masyarakat tak tahu: sirap jagung memang berasal dari jagung, tapi dari spesies jagung yang tidak boleh dimakan, dihasilkan melalui formula kejuruteraan genetik dan ia bukan produk semulajadi. ia boleh menyebabkan obesiti dan diabetes

Apa yang masyarakat tahu: fluorida baik untuk menguatkan gigi
Apa yang masyarakat tak tahu: fluorida adalah sejenis bahan toksik yang menurunkan kebolehan IQ dan digunakan sebagai salah satu bahan di dalam racun serangga

Apa yang masyarakat tahu: dengan berlapar dan 'skip breakfast' boleh menurunkan berat badan
Apa yang masyarakat tak tahu: membiarkan diri dalam keadaan berlapar boleh menyebabkan tubuh mengalami kekurangan nutrien dan melemahkan sistem pertahanan tubuh serta boleh mengundang penyakit

Apa yang masyarakat tahu: hanya ubat doktor saja dapat menyembuhkan penyakit kelopak mata disebabkan jangkitan bakteria
Apa yang masyarakat tak tahu: seorang lelaki di Scotland menghabiskan banyak wang mencuba pelbagai ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor tapi tiada satupun yang berkesan. Akhirnya dia mencuba madu lebah yang dibeli di pasaraya Tesco, dalam masa beberapa minggu penyakit yang dideritai selama bertahun-tahun sembuh sepenuhnya. Madu lebah adalah anti-bakteria

Apa yang masyarakat tahu: Doktor sering menasihati pesakit supaya berhenti merokok
Apa yang masyarakat tak tahu: 50 tahun lalu, doktor yang sering keluar di dalam iklan komersial syarikat rokok mempromosi jenama rokok tertentu

Bahaya Makanan Goreng Dengan Minyak 'Recycle'

Cara hidup kita zaman ini sepatutnya sudah mula diubah dan kita tidak sepatutnya memakan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak (deep fried).

Dalam istilah masakan, 'deep fried' maksudnya memasak dengan merendamkan makanan ke dalam minyak yang banyak yang dipanaskan. Minyak yang digunakan untuk menggoreng boleh mencecah suhu sehingga lebih 200°C. Ayam, kentang, donat, onion ring adalah antara makanan yang popular digoreng secara deep fried. Senarai-senarai ini adalah merupakan makanan ala-Barat. Bagaimana pula dengan makanan ala-keTimuran seperti di negara kita?

Makanan tempatan tidak kurang juga menggunakan kaedah 'deep-fried' seperti pisang goreng, berbagai jenis cucur seperti cucur udang, cucur bawang dan sebagainya. Sudah tiba masanya kita melihat kembali apa yang kita makan selama ini biarpun ia telah lama dipraktikkan oleh generasi sebelum kita.

Makanan yang digoreng tinggi kandungan kalori dan boleh menyebabkan berat badan bertambah hingga menjadi obesiti. Semasa menggoreng, makanan akan menyerap minyak lalu menambahkan jumlah lemak di dalam makanan yang anda makan.

Makanan yang digoreng dengan lemak tepu atau lemak trans meningkatkan risiko penyakit koronari jantung iaitu saluran arteri yang semakin sempit atau tersumbat.

Penggunaan Minyak 'Recycle'
Peniaga yang menjual makanan 'deep fried' sudah tentu tidak akan membuang minyak yang telah digunakan kerana ia akan meningkatkan kos operasi dan mengurangkan margin keuntungan. Kebanyakannya terutama peniaga pisang goreng akan menyimpan minyak yang telah digunakan, menapis kerak-kerak dan kemudian menggunakan semula untuk menggoreng makanan. Perkara ini akan berterusan beberapa hari berikutnya sehingga ke satu tahap dimana minyak itu sudah bertukar menjadi hitam barulah mereka akan menggunakan minyak yang baru.

Penggunaan minyak 'recycle' ini sebenarnya amat merbahaya kerana ia dicemari oleh sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tekanan darah tinggi. Minyak yang telah digunakan akan merosot (teroksida, terpolimer dan terhidrolisis) lalu membentuk komponen merbahaya. Kemerosotan ini diikuti oleh perubahan tahap keasidan lemak, perubahan warna minyak dan peningkatan asid lemak trans - asid lemak yang boleh mengakibatkan serangan jantung.

Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa minyak juga adalah punca kepada masalah kulit muka seperti jerawat atau acne. Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengelak dari masalah ini ialah dengan berhenti dari mengambil makanan yang digoreng lebih-lebih yang digoreng secara deep-fried. Orang Eskimo mempunyai kulit yang licin kerana mereka makan ikan - sumber minyak yang baik untuk omega-3.

Pisang Yang Digoreng
Pisang adalah makanan yang baik dan banyak khasiat tetapi mengapa ia perlu digoreng? Memakan pisang goreng samalah seperti anda meminum minyak terus masuk ke dalam perut anda lebih-lebih lagi minyak yang diguna semula. Tepung yang dibancuh untuk menyaluti pisang adalah tempat yang baik untuk minyak berkumpul. Struktur pisang itu sendiri bertindak seperti ruang simpanan untuk minyak masuk dan berkumpul di dalamnya.   

FDA menetapkan bahawa penggunaan minyak masakan yang telah digunakan tidak boleh melebihi 25% dari jumlah minyak yang digunakan untuk menggoreng. Ketetapan ini berdasarkan kepada Total Polar Compounds (TPC). TPC termasuk semua bahan yang terbentuk yang mempunyai polar yang lebih tinggi trigliseride teroksida, diagliseride dan asid lemak. Tahap maksima bagi polar compound masakan ialah 25g/100g minyak.    - Artikel oleh The Secret Medicines

Monday, May 20, 2013

Rokok: Frequently Asked Questions!



Ikuti soalan dan jawapan dari TSM tentang rokok  Semoga dapat memberi tips dan dorongan untuk mereka yang mahu berubah kepada kebaikan.


S: Apa ada dalam rokok?
TSM: Tembakau kering ditambah berbagai jenis bahan kimia toksik.

S: Benarkah rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia bertoksik? 
TSM: Tidak benar. Ia mungkin mengandungi beratus-ratus bahan toksik tetapi bahan-bahan kimia ini akan berubah menghasilkan produk sampingan lebih 4000 jenis toksik apabila dibakar. Mungkin tiada siapa yang pernah menjelaskan tentang perkara ini kepada anda selain TSM.

S: Di manakah maklumat tentang semua bahan toksin di dalam rokok ini boleh dibuktikan?  
TSM: Dalam laporan jurnal yang dikeluarkan oleh syarikat rokok dan juga di laman web syarikat rokok itu sendiri.

S: Mengapa perlu ditambah bahan bertoksik?
TSM: Tembakau ditanam menggunakan baja kimia. Tembakau memang pahit tambahan bila asapnya disedut. Perokok akan batuk terbahak-bahak setiap kali menyedut asap tembakau. Ia tak mencukupi untuk buat ramai orang merokok. Ia juga tidak cukup untuk buat orang ketagih. Maka berbagai formula dihasilkan untuk mencipta citarasa unik yang 'melicin', 'melembutkan' dan memberi citarasa,'bau' dan perisa tersendiri dan asap yang sedap yang membuatkan orang ketagih.

Untuk menghasilkan semua ini, formula khas bahan-bahan kimia toksik dengan kuantiti tertentu adalah jawapannya. Ada bahan toksin ini ditambah untuk membuatkan rokok kekal terbakar (elakkan api rokok dari terpadam dan perokok berulang kali menyalakan lighter). Ada juga bahan toksik ini bertujuan untuk menambahkan asap. Ada pula sebagai 'pelekat' untuk memastikan tembakau tidak terlerai dari kertas gulungan.

Pelbagai formula dan tujuan menghasilkan beratus-ratus jenama rokok dan hampir tidak ada satupun yang mempunyai rasa yang sama.


S: Apakah bahan merbahaya yang diketahui terdapat dalam rokok? 
TSM: Antaranya ialah nikotin, tar, gas karbon monoksida, ammonia, racun arsenik, cyanide, formaldehyde, acetone, butane, racun DDT, cadmium. Kebanyakan kandungan ini adalah karsinogen - iaitu penyebab kepada penyakit kanser. Antara beratus bahan merbahaya ini, bukan saja diletakkan di dalam tembakau, malah ada yang terdapat pada puntung dan kertas gulungan rokok.

S: Benarkah nikotin yang menyebabkan ketagihan?
TSM: Ya dan tidak. Nikotin adalah sejenis dadah perangsang yang ditemui di dalam tembakau. Nikotin sahaja tidak cukup untuk membuatkan orang ketagih. Jika mereka ketagih disebabkan nikotin, mereka tak perlu merokok kerana ada produk untuk mulut dan patch yang mengandungi nikotin. Terdapat juga rokok elektronik yang bahan campurannya tidak mengandungi nikotin tetapi mereka masih ketagih untuk merokok. Sebenarnya berbagai campuran bahan kimia toksin yang memainkan peranan membuatkan ketagihan yang kronik terhadap rokok.

S: Nikotin sejenis dadah?
TSM: Ya. Nikotin sepatutnya diletakkan sebaris dalam kategori dadah seperti kanabis dan morfin. Ia bukan saja sejenis dadah perangsang, malah merbahaya. Setitik dos nikotin yang pekat sudah cukup untuk membunuh seseorang jika ditelan.  

S: Mengapa ia dibenarkan?
TSM: Syarikat rokok merupakan antara syarikat yang menjana keuntungan berbilion dolar setahun. Ia antara industri yang mengaut untung besar. Industri rokok juga mempunyai pengaruh dalam politik kerana mereka merupakan antara penaja-penaja terbesar kepada ahli-ahli politik termasuk Presiden Barack Obama. Mereka bukan saja mempunyai jaringan periagaan yang luas malah boleh mempengaruhi ahli-ahli kongres membuat keputusan. Walaupun banyak negara menjalankan kempen anti-merokok,hakikatnya rokok merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan kerajaan melalui cukai yang tinggi yang dikenakan. Menarik keluar produk rokok dari pasaran akan memberikan kesan yang besar kepada pentadbiran kerajaan.  

Menurut laman web syarikat rokok, saintis mereka sentiasa membuat kajian dan cuba menghasilkan produk rokok yang 'kurang' kesan merbahaya dan tidak mendatangkan penyakit seperti kanser. Kenyataan sebegini hanya omong kosong sebaliknya mereka terus mencipta pelbagai rokok baru dengan berbagi campuran bahan toksik malah terus mengekalkan formula rokok yang sudah lama di pasaran.  


S: Bagaimana untuk berhenti merokok?
TSM: Jika kita tidak kenal seseorang, maka sukar untuk kita menyukainya. Begitu juga kalau kita sudah benci dan mahu lupakan seseorang, tentu sebab kita telah tahu segala keburukan tentangnya. TSM dulu adalah perokok tegar kini sudah bebas dari belenggu rokok.

Oleh itu kaji dengan lebih mendalam tentang rokok. Anda akan menemui jawapan kepada soalan anda! Anda tentu akan membencinya!

Thursday, May 16, 2013

5 Makanan Utama Penyebab Kanser

Makanan penyebab kanser biasanya tinggi kandungan gula, karbohidrat yang diproses, pengawet dan hasil sampingan dari menggoreng dan memanggang. Makanan sebegini juga boleh menyumbang kepada obesiti, kencing manis dan penyakit jantung.

Minuman Manis
Makanan yang tinggi kandungan gula halus seperti minuman manis, soda dan jus meningkatkan risiko kanser. Individu yang mengambil minuman manis dengan kerap mempunyai risiko mendapat kanser pankreas dan kolon. Walaupun gula tidak menukar sel-sel yang sihat menjadi kanser, ia adalah sumber makanan utama untuk sel-sel kanser dan membantu pertumbuhan tumor.

Kentang Goreng
Makanan bergoreng meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser terutama jika ia mengandungi minyak hidrogenasi (hydrogenated oil), lemak trans dan hasil sampingan dari proses menggoreng dipanggil acrylamide. Acrylamide adalah neurotoksin dan ejen penyebab tumor. Makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang mudah menghasilkan acrylamide semasa proses menggoreng. Ia meletakkan banyak porduk kentang seperti french fries, potato chip dan hash brown di senarai tertinggi makanan penyebab kanser.

Donut
Donut adalah salah sejenis makanan utama penyebab kanser. Ia sepatutnya dalam senarai teratas makanan penyumbang kepada penyakit kanser. Ia digoreng secara deep fried, mengandungi tahap gula yang tinggi berdasarkan karbohidrat diproses (refined). Gabungan tepung yang diluntur, karbohidrat diproses dan proses menggoreng adalah gabungan terbaik untuk meningkatkan risiko kanser.

Hot Dog
Daging yang diawet adalah faktor yang diketahui penyebab kanser perut dan masalah sistem penghadaman. Daging lebih merbahaya apabila bahan pengawet utama seperti sodium nitrite ditambah ke dalam campuran. Hot dog sepatutnya dielakkan dengan apa cara sekalipun terutama kepada mereka yang mempunyai risiko yang tinggi mengidap kanser perut.

Daging Bakar Hangus/Satay


Apabila daging haiwan dibakar, beberapa toksik terbentuk. Ia sama seperti toksin yang dihasilkan semasa proses pembakaran tembakau dari rokok. Proses memanggang juga menghasilkan acrylamide. Menurut National Cancer Institute (Amerika), kanser kolon, perut dan lain-lain berkaitan dengan pengambilan yang tinggi makanan daging hangus atau yang dipanggang terlalu lama. - Artikel oleh The Secret Medicines

Wednesday, May 15, 2013

Kandungan Merbahaya Dalam Gincu

Wanita seringkali berkait rapat dengan kosmetik. Gincu adalah salah satu produk kosmetik yang paling biasa digunakan wanita tetapi ia dapat tidak lari dari kandungan merbahaya, bertoksin serta penyebab kanser seperti aluminium, bahan pewarna, cadmium, plumbum, petroleum dan tar arang batu. Tidak hairan wanita juga sering dikaitkan dengan kanser payudara.

Industri kosmetik sudah tentu tidak mahu golongan wanita tahu bahawa bahan-bahan yang digunakan di dalam gincu boleh membahayakan kesihatan. Produk gincu mudah menyerap ke dalam tubuh kerana ia melembapkan bibir sepanjang hari lebih-lebih lagi ketika makan, minum dan bercumbu. 

Dalam satu kajian, penyelidik meminta sekumpulan remaja menyerahkan gincu yang mereka gunakan untuk menguji kandungan logam toksik seperti plumbum dan cadmium. Walaupun kandungan bahan tersebut berbeza-beza mengikut jenama, pengkaji mendapati bahawa mereka yang menggunakan gincu 2-3 kali sehari boleh tertelan 20 peratus dari jumnlah penggunaan harian di dalam minuman kandungan aluminium, cadmium, chromium dan manganese. Plumbum yang manusia perlu jauhi dengan apa cara sekalipun ditemui dalam 75 peratus dari sampel yang diuji. Peningkatan plumbum boleh menyebabkan keguguran, kerosakan DNA dan sel otak.

Dalam analisa yang dilakukan oleh FDA, mereka menemui plumbum di dalam 400 jenis gincu jenama popular. 380 darinya mengandungi 7.19 ppm melebihi had selamat. FDA juga tidak meletakkan had selamat berapa banyak jumlah plumbum di dalam sebatang gincu. Bagaimanapun, FDA menafikan plumbum di dalam gincu boleh membahayakan kerana gincu "bukan dibuat untuk ditelan".

Beberapa jenama yang dianalisa seperti Wet 'n Wild, Shiseido dan Bobbi Brown didapati mengandungi kurang dari 1ppm.

Cadmium adalah karsinogen, ditemui dalam biopsi kanser payudara dan terbukti menyebabkan sel-sel kanser membiak dalam eksperimen makmal. Cadmium adalah sejenis bahan cemar yang biasa ditemui di dalam tanah. Apa yang membimbangkan, pengguna tidak mengerti tentang perkara ini dan ia terdapat di dalam gincu yang mereka gunakan setiap hari.

Untuk mencari produk kosmetik yang selamat, anda boleh melakukan pencarian maklumat di sini.

Berikut antara jenama yang mengandungi plumbum mengikut kajian yang dijalankan oleh FDA pada 2012.

- Artikel oleh The Secret Medicines

Tuesday, May 14, 2013

Waspada: Pil Vitamin Berasal Dari Batu!

Ia adalah salah satu penipuan terbesar dalam sejarah pemakanan: "Vitamin" "konvensional" yang dijual di kedai-kedai runcit, farmasi dan pasaraya besar yang penuh dengan bahan kimia sintetik yang menipu seperti asid askorbik, pyridoxine (B6), niasin (B3), magnesium oksida dan berpuluh-puluh lagi ... semua ini adalah dalam bentuk sintetik yang bukan vitamin organik (iaitu batu) dan mineral yang dalam beberapa kes sebenarnya lebih merbahaya untuk badan anda.

Ini semua penipuan kejam ... penjualan sintetik, bahan kimia dan mineral batu sebagai "makanan." Apabila anda mengambil multivitamin biasa dibuat dengan kalsium karbonat, besi sulfat dan magnesium oksida, anda makan batu, bukan mineral. Dan apabila anda mengambil multivitamin yang dibuat dengan "standard" vitamin, anda sebenarnya makan bahan kimia, bukan mineral sebenar.

Terdapat cara yang lebih baik untuk mendapatkan nutrien yang sebenar dari multivitamin. Ia dipanggil nutrien 'berasaskan makanan', dan ia bermakna bahawa semua vitamin dan mineral dalam makanan tambahan itu datang daripada sumber berasaskan makanan tulen.

Jelas sekali, manusia telah dicipta untuk makan makanan, bukan batu. Nutrien sepatutnya datang dari benda hidup, bukan mati dan tak bernyawa. Ini menurut logik, tetapi seluruh industri vitamin konvensional - yang sebahagian besarnya dimiliki oleh Big Pharma, dengan cara ini - telah meyakinkan orang ramai bahawa mereka perlu makan bahan kimia dan batu.

Mengapa FDA dan Big Pharma tidak mahu orang ramai tahu

Menurut FDA, kalsium adalah kalsium. Dalam fikiran mereka, tidak ada perbezaan antara kalsium daripada batu dan kalsium daripada brokoli. Tetapi secara kimia, dari segi molekul biologi yang sebenar, terdapat perbezaan BESAR. Badan anda perlukan nutrisi dari makanan, bukan batu.

Orang yang lapar tidak makan batu. Orang akan mati akibat kebuluran sebelum mereka cuba makan batu. Ini kerana batu bukan makanan. Perkara ini harus jelas kepada sesiapa saja. Jadi, mengapa syarikat-syarikat vitamin meletakkan tanah dan batu-batu dalam formula mereka?

Big Pharma, sudah tentu, tidak mahu anda tahu apa-apa mengenai pemakanan yang sebenar. Mereka mahu anda untuk terus mengambil vitamin kimia sintetik mereka supaya anda mendapat penyakit dan memerlukan ubat-ubatan preskripsi berharga tinggi mereka untuk "menguruskan" gejala-gejala penyakit anda. Apa cara lain yang lebih baik untuk menjaga penyakit anda daripada mengambil alih industri vitamin (yang sebahagian besarnya telah mereka dilakukan) dan menjual sekumpulan bahan kimia dan batu-batu yang membuatkan semua orang sakit dan kekurangan zat?

Kebenaran telah nyata, terdapat pelbagai kepentingan dalam industri yang tidak mahu anda mempunyai akses kepada pemakanan berasaskan makanan sebenar. Syarikat insuran perubatan, syarikat-syarikat farmaseutikal, hospital dan juga industri kanser keseluruhannya membuatkan seberapa ramai orang menjadi berpenyakit. Pesakit dan bakal pesakit adalah pelanggan masa depan mereka. Jika semua orang mengetahui mereka boleh mencegah penyakit melalui pemakanan yang bijak, 'industri penyakit' akan kehilangan berbilion-bilion dolar hasil. (Kesihatan anda adalah kerugian mereka, dalam erti kata lain.)
- Artikel oleh The Secret Medicines

Friday, May 3, 2013

Lelaki Sembuh Penyakit Mata Dengan Madu Tesco

Frank Dougan, 62, seorang yang cedera di mata semasa kecil terkena busur panah secara tidak sengaja telah mengalami jangkitan pada bahagian matanya yangdikenali sebagai blepharitis.

Beliau telah menemui ramai doktor dan pakar-pakar perubatan malah membelanjakan wang yang banyak untuk merawat penyakitnya namun tiada satupun yang berjaya.

Semasa bercuti di Jerusalem, dia mengalami luka kecil pada bahagian tangan dan dia dinasihati menyapukan madu lebah pada bahagian yang luka itu.
Beberapa hari kemudian, lukanya sembuh tanpa meninggalkan parut. Dia terkejut dengan kejadian itu.

Selepas pulang ke Glasgow, dia membeli sebotol madu lebah jenama Tesco di pasaraya Tesco dan cuba untuk meletakkan madu ke kelopak matanya yang mengalami jangkitan itu. Selepas beberapa minggu, jangkitan itu lenyap dan matanya tidak lagi sakit. Katanya, "ia sukar dipercayai, malah ia amat berkesan. Saya telah menghabiskan banyak wang membeli ubat sejak bertahun-tahun dan peti sejuk saya penuh dengan ubat yang diberikan doktor.

"Ia sangat lucu di mana selepas semua penawar itu akhirnya datang dari sebuah jar berisi madu dari pasaraya. Dan ia juga berguna untuk membuat roti bakar."

Beliau telah memakai mata palsu sejak belasan tahun dan ia menyebabkan kerengsaan dan dia menderita jangkitan selama 8 tahun. Beliau pernah mendapatkan rawatan dari pakar mata tetapi semua rawatan itu tidak kekal lama. Blepharitis menyebabkan keradangan kronik kelopak mata. Sejak bertahun-tahun beliau telah belajar untuk hidup dalam keadaan bahawa dia perlu mendapatkan mata palsu yang baru setiap beberapa tahun. Sejak 8 tahun lalu, dia telah mendapat jangkitan yang akhirnya menjadi blepharitis. Ramai doktor memberinya ubat titisan tetapi semuanya tidak berhasil.

Sejak melihat luka di tangannya sembuh semasa di Jerusalem, beliau telah cuba meletakkan madu lebah pada kelopak matanya 2 kali sehari. Selepas beberapa minggu matanya makin pulih dan jangkitan juga hilang. Sejak mengetahui madu mempunyai sifat anti-bakteria, ia membuatkan Frank merasa ingin mencuba kepada matanya.

"Ianya hebat. Kehidupan saya bertambah baik sejak itu," katanya.

Jurucakap Tesco berkata, "walaupun kita tidak boleh membuktikan kuasa penyembuhan dari madu Tesco itu, kita boleh mengatakan bahawa Tesco Value Honey adalah berkualiti hebat pada harga yang hebat  dan kami gembira ia telah membantu salah seorang pelanggan kami."

Madu mempunyai sifat anti-bakteria dan digunakan dalam perubatan untuk penyembuhan luka.

Dari ramai doktor dan pakar mata yang pernah ditemui, tidak seorang pun yang sarankan Frank cuba gunakan madu lebah untuk merawat penyakit blepharitis - satu kaedah semulajadi yang mudah dan murah. tidak memerlukan ramuan makmal dan kajian bertahun-tahun dalam ilmu sains perubatan. Di mana berkesannya berbagai jenis ubat moden yang pernah diberi oleh berbilang doktor dan pakar mata untuk mengubati penyakit Frank?

Akhirnya madu lebah Tesco yang dapat mengalahkan ubat-ubat hi-tech yang disarankan oleh doktor untuk merawat penyakit mata yang dideritai selama 8 tahun lalu. 

Sumber dari Dailymail.co.uk

Labels