Pages

Thursday, April 25, 2013

Mengapa Vaksin Merbahaya?

Tulisan berikut adalah sangat kontroversi. Kami tidak memaksa sesiapa menerima pandangan kami ini malah pembaca berhak membuat keputusan sendiri dengan tidak merujuk kepada kami terlebih dahulu. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa saja tindakan yang anda lakukan.


Mengapa kerajaan mengarahkan sekolah-sekolah dan ibubapa memberi anak-anak suntikan vaksin jika ia tidak selamat? Mengapa doktor-doktor, pakar-pakar kesihatan, ahli pediatrik sanggup memberi vaksin kepada kanak-kanak jika ia tidak selamat?

Untuk memahami isu ini, perkara pertama yang perlu dibuat ialah membuka minda anda seluas-luasnya. Buang segala tanggapan lama yang ada, keluarkan segala halangan mental yang telah berada sekian lama di dalam minda anda. Fikirkan perkara yang tidak pernah difikirkan, untuk seketika, bahawa bukan semua manusia mempunyai niat yang ikhlas untuk menjaga kepentingan dan kesihatan anak-anak kita.

Kosongkan minda anda dahulu. Sudah mula berfikir? Baiklah.

Bagaimana jika kerajaan, pihak sekolah, pakar kanak-kanak, hospital, syarikat-syarikat dadah berjadual mempunyai motivasi lain selain dari mereka semata-mata ingin melihat anak anda atau anda sendiri mendapat kehidupan yang sihat sejahtera? Boleh buka minda anda luas-luas? Ya, sekarang mula berfikir sekali lagi. Bgaimana jika saya katakan pihak-pihak yang disebutkan di atas tadi mahukan anak-anak kita diberi suntikan kerana ada sebab-sebab lain?

Mari isikan ruangan kosong yang sedang melanda fikiran anda sekarang. Syarikat farmasi juga seperti syarikat lain yang berorientasikan keuntungan. Ia berkaitan dengan perniagaan. Jika ada yang menyebut  tentang perniagaan, ia pasti tidak dapat lari dari topik wang dan keuntungan. Keuntungan adalah segalanya bagi sesebuah perniagaan. Jika tanpa wang, ia bukanlah perniagaan. Tak ada siapa yang berniaga mahu rugi. Syarikat farmasi gergasi menjana keuntungan yang besar. Perniagaan vaksin adalah salah satu sumber keuntungan, lebih-lebih lagi jika ia mendapat sokongan dan mandat dari pihak kerajaan. Orang ramai sudah tentu tidak dapat lari dari arahan kerajaan pemerintah. Dengan itu syarikat farmasi dapat menjana keuntungan secara konsisten, kerana setiap hari berjuta-juta bayi lahir ke dunia dan diberi suntikan vaksin. Tidak cukup dengan itu, mereka minta kerajaan beri jadual suntikan berkali-kali sehingga umur belasan tahun.

Anak-anak kita yang tidak mengerti apa-apa. Mereka ini dilihat oleh syarikat-syarikat farmasi sebagai prospek wang bagi mereka dengan memberikan suntikan vaksin. Jadi, ia adalah suatu bentuk perniagaan yang baik bagi mereka untuk bersubahat dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan mempunyai kuasa dalam bidang-bidang yang berkaitan. Ia dapat memastikan kita akan sentiasa merujuk kembali kepada mereka tentang masalah-masalah penyakit atau kesan-kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin. Dan sudah pasti setiap suntikan ada pihak yang perlu membayar sama ada ibubapa atau melalui dana kerajaan yang datang dari wang pembayar cukai. Setiap dos itu bererti wang.

Orang ramai, para doktor atau pihak berkuasa mungkin salah dalam beberapa hal. Mereka juga tidak semuanya sempurna. Kadang-kadang mereka juga membuat keputusan yang berat sebelah dengan memberi perhatian yang lebih serta mengutamakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat farmasi yang sebenarnya berorientasikan keuntungan. Syarikat farmasi juga menghadapi saingan di luar sana. Di sebalik syarikat-syarikat farmasi ini terdapat 'pakar-pakar' kesihatan dan ahli saintis perubatan yang berkelayakan yang gaji mereka dibayar oleh syarikat untuk mencipta produk-produk terbaru yang boleh mencipta peluang menjana keuntungan dari semasa ke semasa, mampu bersaing di pasaran  engan syarikat lain - bukan hanya untuk menghasilkan produk atau vaksin yang setakat memberi ketahanan kepada manusia.

Mereka boleh cadangkan apa saja kepada pihak berkuasa dengan mengemukakan berbagai 'bukti-bukti saintifik' kononnya ia adalah penemuan terbaru dan kononnya ia baik untuk manusia. 

Wabak penyakit campak pernah berlaku di sekolah-sekolah yang kadar penerima suntikan vaksin ialah antara 98-100% termasuk di kawasan yang tidak pernah dilaporkan sebarang kes campak sebelum itu. Apabila kadar imunisasi semakin meningkat, ia akhirnya dilihat hanya merebak di kalangan orang-orang yang telah diberi suntikan vaksin.   

Pada tahun 1986, terdapat 1300 kes pertusis (batuk-batuk disebabkan bakteria) di Kansas dan 90% daripada kes-kes ini berlaku pada kanak-kanak yang telah menerima vaksin secukupnya. Kegagalan vaksin yang sama telah dilaporkan dari Nova Scotia di mana pertusis terus berlaku walaupun vaksin telah diperkenalkan secara meluas. Pertusis masih sebagai pandemik di Belanda di mana lebih daripada 20 tahun, 96% daripada kanak-kanak telah menerima 3 vaksin pertusis pada usia 12 bulan.

Selepas vaksin untuk penyakit saluran pernafasan (diphtheria) di England dan Wales pada tahun 1894, jumlah kematian penderita diphtheria meningkat 20% dalam tempoh 15 tahun berikutnya. Kadar diphtheria melambung 150,000 setahun di Jerman, negara yang mewajibkan vaksin pada tahun 1939. Norway yang tidak mewajibkan vaksin hanya terdapat 50 kes diphtheria pada tahun yang sama.

Kehadiran berterusan penyakit-penyakit berjangkit pada kanak-kanak yang telah diberi suntikan vaksin membuktikan bahawa imunisasi seumur hidup tidak berlaku pada orang yang menerima vaksin. Proses suntikan meletakkan zarah virus dalam darah tanpa memberikan apa-apa cara yang jelas untuk menghapuskan bahan-bahan asing.

Kebanyakan vaksin mengandungi aluminium. Satu penyakit baru yang dikenali sebagai macrophagic myofasciitis menyebabkan kesakitan pada otot, tulang dan sendi. Semua orang dengan penyakit ini telah menerima vaksin yang mengandungi aluminium. Deposit aluminium boleh kekal sebagai perengsa dalam tisu dan mengganggu sistem imun dan saraf untuk seumur hidup.

Hampir semua vaksin mengandungi aluminium dan merkuri. Kita bukan saja terdedah kepada aluminium, merkuri, formaldehyde dan protin dari sel asing malah boleh mendapat kanser dan leukemia. Kongres Amerika telah melindungi pengeluar vaksin dari tindakan undang-undang, maka vaksin yang merbahaya hanya menambah keuntungan tanpa risiko kepada pengeluar.

Penggunaan pelbagai vaksin, yang menghalang imuniti semula jadi, menggalakkan alahan dan asma. Satu kajian di New Zealand mendedahkan bahawa 23% daripada kanak-kanak mendapat vaksin mengidap asma, berbanding dengan sifar pada kanak-kanak yang tidak diberi vaksin.

Kanser sangat jarang berlaku pada 1890-an. Bermula 1900-an, kanser mula meletup sebaik vaksin diperkenalkan. Adakah vaksin menjadi sebab utama sistem imunisasi semakin lemah terhadap tekanan atau ancaman radikal bebas sehingga menyebabkan kanser sudah mula berleluasa. Bukti ini perlu mendapat penjelasan yang munasabah.

Vaksin adalah fenomena luarbiasa. Ia seharusnya dijadikan pilihan, bukannya keperluan. Dalam kebanyakan negara termasuk negara Islam, 'pengecualian tertentu' diberikan untuk membenarkan vaksin digunakan walaupun ia menyalahi peraturan dalam agama seperti kandungan bahan-bahan yang dilarang. Itulah yang terjadi kepada jemaah haji Malaysia suatu ketika dulu yang disuntik dengan protin babi kemudian perkara ini dibongkar oleh suatu organisasi yang bebas. Akhirnya pihak berkuasa mengakui tetapi mengatakan ia 'dibolehkan' oleh agama atas alasan 'darurat'.

Dasar kerajaan memerlukan kanak-kanak diberi vaksin sebelum memasuki sekolah telah mengenepikan kekurangan bukti keberkesanan dan keselamatan vaksin. Tidak ada bukti bahawa vaksin itu berkesan dan ia tidak pernah dikaji dari segi keselamatan sebelum dilepaskan. Terdapat bukti kukuh bahawa vaksin adalah merbahaya tapi ia masih wujud demi memberikan keuntungan syarikat farmaseutikal.

Untuk menguruskan risiko yang bakal melanda, sekiranya anda atau anak anda dipaksa mengambil vaksin sebelum diterima masuk ke sekolah, dapatkan kenyataan yang sah yang ditandatangan oleh pihak yang mengarahkan suntikan vaksin supaya mereka bertanggungjawab terhadap apa-apa reaksi negatif yang bakal terjadi disebabkan vaksin. Ketahui hak anda. Bukan ibubapa yang mahu anak mereka diberi vaksin tapi pihak berkuasa yang mengarahkan maka mereka perlu bertanggungjawab ke atas sebarang risiko kepada kanak-kanak, bukan ibubapa.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

8 comments:

Macam mana pula dengan vaksin yg berikan utk bayi sperti yg disaran kerajaan (kononnya wajib ambil)utk bayi baru lahir hingga 1 tahun... adakah ia memberi kesan negatif kepada tumbesaran anak?

terima kasih atas perkongsian..
saya pun memang syak juga..
sebagai orang awam yang tiada ilmu perubatan. saya rasa pelik kenapa suntikan tertentu untuk bayi menyebabkan demam & mesti berparut..
pihak kerajaan yabg bertanggungjawab sepatutnya kaji dahulu kesan setiap rawatan & kandungan ubat yang disediakan.

hannayurl87 soalan anda berkenaan vaksin utk bayi sebahagiannya adalah berkaitan artikel di atas.

ukhti_akhis sogi, kerajaan ni hanya jadi pak turut kpd apa saja yg dibuat oleh America negara kuasa besar dunia. mereka lebih percaya kpd kajian yg dilakukan oleh pihak yg berkepentingan dan memonopoli industri perubatan dunia. kerajaan tidak akan iktiraf kajian ttg bahaya sesuatu produk selagi kuasa besar Amerika tidak mengakuinya. lihatlah apa yg berlaku kpd plastik utk botol susu bayi dulu, setelah Amerika bertindak mengharamkan, barulah kerajaan pun ikut. dasar kerajaan kita semua ubat itu adalah baik utk rakyat.

http://www.fahmiamhar.com/2012/05/telaah-buku-imunisasi-dampak-dan-konspirasi.html

Bagi golongan2 anti vaksin.mungkin boleh membuka minda yg menganggap vaksin sbg konspirasi

Buat yg was2, baca dengan komentar2 sekali ya...

https://www.facebook.com/notes/julian-sunan/bahaya-imunisasi-telaah-tahap-i/10150743774312795

https://www.facebook.com/notes/julian-sunan/bahaya-imunisasi-telaah-tahap-ke-2/10150828272932795

Dr Harlina Hj Siraj sedang mendalami isu Vaksin..tgk statusnya ni, moga nanti kita dapat manfaat lagi

https://www.facebook.com/harlinahalizah.siraj/posts/606406669378893

Dari Dr Hadi Ahmad:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152893243415201&set=a.10151905968180201.877271.508345200&type=1&theater

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152893395710201&set=a.10151905968180201.877271.508345200&type=1&theater

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152898547210201&set=a.10151905968180201.877271.508345200&type=1&theater

Tambahan soal jawab dgn pakar:

http://www.antaranews.com/berita/292632/tanya-jawab-kehalalan-dan-keamanan-vaksin?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Fatwa ulama, keterangan ustaz dan ahli medic:

http://muslimafiyah.com/fatwa-fatwa-ulama-keterangan-para-ustadz-dan-ahli-medis-di-indonesia-tentang-bolehnya-imunisasi-vaksinasi.html

Daripada Ust Prof Dr Ing Fahmi Amhar, baca dengan komen2/debat2 yg berjela sekali

https://www.facebook.com/notes/fahmi-amhar/telaah-buku-imunisasi-dampak-dan-konspirasi/10150767111276921

maaf, saya agak ketinggalan/kelewatan tentang isu hangat vaksin ni. tp boleh bagi sumber rujukan TSM mengenai article ni? link website/research journal/article tentang kajian2 yg dijalankn tu?
tq :)

Seronok sebenarnya menulis pasal konspirasi ni... lebih seronok daripada habiskan masa mengkaji dengan teliti dan merujuk pada orang yang pakar. Moga2 kita dilindungi daripada si jahil yang pintar bercakap.

Labels