Pages

Thursday, April 18, 2013

Kadangkala Bukan Semua Penyakit Berpunca Dari Makanan

Jika kita sering mendengar orang berkata bahawa penyakit berpunca dari apa yang kita makan, hari ini pendapat sedemikian tidak boleh diterima lagi. Kini terdapat berbagai produk bukan makanan yang kita gunakan setiap hari mengandungi bahan-bahan yang terbukti merbahaya. Bahan-bahan itu biasanya digunakan secara luaran tetapi adakalanya ia terserap ke dalam tubuh secara tidak disedari contohnya seperti tertelan, terserap melalui liang-liang kulit malah terhidu. Tahukah anda apa bahan merbahaya dalam produk yang kita guna hampir setiap hari itu? Antaranya ialah fluoride, triclosan, sodium lauryl sulfate, saccharin.

Fluoride
Fluoride terdapat dalam hampir semua ubat gigi. Terdapat amaran FDA tentang fluoride, "jika tertelan, dapatkan rawatan doktor dengan segera". Itu bermakna fluoride ialah bahan toksik. Jika selalu terdedah atau tertelan fluoride, boleh menyebabkan penurunan tahap IQ membuatkan seseorang jadi bengap lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Sodium lauryl sulfate (SLS)
Sejenis ejen pembersih yang menghasilkan buih. Terdapat dalam hampir semua ubat gigi, pencuci pinggan mangkuk, sabun badan, pencuci muka & syampu. Buih penghakis ini sebenarnya turut menghakis kelembapan membuatkan kulit dan rambut jadi kering kontang.

Triclosan
Bahan antibiotik dan antimikrob ini terdapat dalam ubat gigi, kebanyakan sabun pencuci tangan, pencuci pinggan mangkuk, deodoran & pencuci mulut. Pada  2009, Persatuan Perubatan Kanada pernah meminta Jabatan Kesihatan mengharamkan penggunaan triclosan dalam produk penjagaan diri kerana boleh membawa kepada pertumbuhan bakteria baru yang tahan anti biotik.

Saccharin
Sejenis pemanis tiruan yang sering terdapat dalam minuman soda dan ubat gigi.  Ujian terhadap tikus makmal terbukti menyebabkan kanser. Perasan tak bahawa ubat gigi hari ini juga mempunyai rasa manis. Kalau untuk orang dewasa tak mengapa sebab kita tahu ia bukan untuk ditelan tapi bagaimana pula kanak-kanak? Bagi mereka, jika ia terasa manis, kemungkinan mereka akan cuba menelannya kerana menganggap ia seperti coklat. Apa perlunya ubat gigi diletakkan perasa manis?

- Artikel oleh The Secret Medicines

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

5 comments:

Mohon TSM tulis juga produk alternatif yg dicadangkan bagi menggantikan produk yang dinyatakan di atas...megkritik tanpa memberikan penyelesaian bukanlah sikap yang beretika..

Terima Kasih atas info, skrg saya dah tukar ubat gigi anak..pureen yg NO Florida, NO saccarin & NO SLS.

alternatif tu ada. kena rajin mencari. jgn malas baca ingredients

Setuju... rajin belek nutrition fact pada makanan ingredients dalam bahan kegunaan harian... thanks TSM for the great info

Setuju....kita yg perlu rajin mbelek ingredients....cari alternatif....saya pun dh tukar kpd pureen maternity toothpaste

Labels