Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Monday, April 29, 2013

Faedah Kesihatan Dari Gamat

Gamat atau timun laut adalah sejenis haiwan marin yang boleh ditemui di seluruh dunia di dasar laut. Ia telah digunakan di China sejak beribu tahun dahulu sebagai tonik untuk buah pinggang.

Gamat kaya dengan kondroitin sulfat yang biasanya digunakan untuk merawat artritis. Dalam tubuh manusia, kondroitin berfungsi sebagai blok binaan untuk rawan dalam sendi. Beberapa kajian terbaru telah menunjukkan bahawa tambahan kondroitin boleh mengurangkan kesakitan, keradangan, dan memperbaiki fungsi sendi pada sendi artritis.

Gamat mengandungi banyak asid lemak yang baik untuk menyembuhkan luka luaran. Faedah hebat gamat ialah ia mengandungi pelbagai asid lemak omega-3, Palmitic, oleik, dan stearik, dan banyak vitamin  A, B1, B2, C, kalsium, magnesium, zink dan zat besi. Omega 3 boleh mengurangkan keradangan, dan kajian menunjukkan pengurangan kesakitan ke atas pesakit yang mengambil Omega 3 tambahan (membolehkan mereka untuk mengurangkan kebergantungan terhadap dos steroid atau NSAIDS (ubat dadah anti-keradangan bukan steroid). Dalam satu kajian yang lain, gamat juga didapati mampu membunuh sel kanser. Ia mengandungi saponin dan phytochemical yang lain, iaitu bahan antioksida yang terdapat dalam tumbuhan yang membantu untuk mencegah dan merawat penyakit pada manusia.

Di Asia, gamat digunakan untuk merawat masalah mati pucuk, penyakit buah pinggang & sistem pembiakan. Ia juga sebagai makanan untuk melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga, merawat sembelit dan masalah kerap kencing. Di negara Barat, ia digunakan dalam kosmetik memandangkan gamat memiliki ciri-ciri penyembuhan yang baik untuk masalah kulit. Ia tinggi kandungan protein - lebih tinggi dari putih telur. Gamat boleh bertindak sebagai ejen antibiotik.

Seperti biasa pesanan dari The Secret Medicines, untuk mendapatkan khasiat yang terbaik, dapatkan gamat yang diproses secara tradisional - tidak dicampur dengan bahan kimia pengawet, perasa dan sebagainya. Bukan gamat yang diproses secara komersial, dimasuk ke dalam botol yang menarik dan dibungkus di dalam kotak seperti pembalut hadiah yang cantik. Jangan mudah tertipu dengan strategi pemasaran. Baca kandungan bahan pada bungkusan. - Artikel oleh The Secret Medicines

Thursday, April 25, 2013

Mengapa Vaksin Merbahaya?

Tulisan berikut adalah sangat kontroversi. Kami tidak memaksa sesiapa menerima pandangan kami ini malah pembaca berhak membuat keputusan sendiri dengan tidak merujuk kepada kami terlebih dahulu. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa saja tindakan yang anda lakukan.


Mengapa kerajaan mengarahkan sekolah-sekolah dan ibubapa memberi anak-anak suntikan vaksin jika ia tidak selamat? Mengapa doktor-doktor, pakar-pakar kesihatan, ahli pediatrik sanggup memberi vaksin kepada kanak-kanak jika ia tidak selamat?

Untuk memahami isu ini, perkara pertama yang perlu dibuat ialah membuka minda anda seluas-luasnya. Buang segala tanggapan lama yang ada, keluarkan segala halangan mental yang telah berada sekian lama di dalam minda anda. Fikirkan perkara yang tidak pernah difikirkan, untuk seketika, bahawa bukan semua manusia mempunyai niat yang ikhlas untuk menjaga kepentingan dan kesihatan anak-anak kita.

Kosongkan minda anda dahulu. Sudah mula berfikir? Baiklah.

Bagaimana jika kerajaan, pihak sekolah, pakar kanak-kanak, hospital, syarikat-syarikat dadah berjadual mempunyai motivasi lain selain dari mereka semata-mata ingin melihat anak anda atau anda sendiri mendapat kehidupan yang sihat sejahtera? Boleh buka minda anda luas-luas? Ya, sekarang mula berfikir sekali lagi. Bgaimana jika saya katakan pihak-pihak yang disebutkan di atas tadi mahukan anak-anak kita diberi suntikan kerana ada sebab-sebab lain?

Mari isikan ruangan kosong yang sedang melanda fikiran anda sekarang. Syarikat farmasi juga seperti syarikat lain yang berorientasikan keuntungan. Ia berkaitan dengan perniagaan. Jika ada yang menyebut  tentang perniagaan, ia pasti tidak dapat lari dari topik wang dan keuntungan. Keuntungan adalah segalanya bagi sesebuah perniagaan. Jika tanpa wang, ia bukanlah perniagaan. Tak ada siapa yang berniaga mahu rugi. Syarikat farmasi gergasi menjana keuntungan yang besar. Perniagaan vaksin adalah salah satu sumber keuntungan, lebih-lebih lagi jika ia mendapat sokongan dan mandat dari pihak kerajaan. Orang ramai sudah tentu tidak dapat lari dari arahan kerajaan pemerintah. Dengan itu syarikat farmasi dapat menjana keuntungan secara konsisten, kerana setiap hari berjuta-juta bayi lahir ke dunia dan diberi suntikan vaksin. Tidak cukup dengan itu, mereka minta kerajaan beri jadual suntikan berkali-kali sehingga umur belasan tahun.

Anak-anak kita yang tidak mengerti apa-apa. Mereka ini dilihat oleh syarikat-syarikat farmasi sebagai prospek wang bagi mereka dengan memberikan suntikan vaksin. Jadi, ia adalah suatu bentuk perniagaan yang baik bagi mereka untuk bersubahat dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan mempunyai kuasa dalam bidang-bidang yang berkaitan. Ia dapat memastikan kita akan sentiasa merujuk kembali kepada mereka tentang masalah-masalah penyakit atau kesan-kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin. Dan sudah pasti setiap suntikan ada pihak yang perlu membayar sama ada ibubapa atau melalui dana kerajaan yang datang dari wang pembayar cukai. Setiap dos itu bererti wang.

Orang ramai, para doktor atau pihak berkuasa mungkin salah dalam beberapa hal. Mereka juga tidak semuanya sempurna. Kadang-kadang mereka juga membuat keputusan yang berat sebelah dengan memberi perhatian yang lebih serta mengutamakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat farmasi yang sebenarnya berorientasikan keuntungan. Syarikat farmasi juga menghadapi saingan di luar sana. Di sebalik syarikat-syarikat farmasi ini terdapat 'pakar-pakar' kesihatan dan ahli saintis perubatan yang berkelayakan yang gaji mereka dibayar oleh syarikat untuk mencipta produk-produk terbaru yang boleh mencipta peluang menjana keuntungan dari semasa ke semasa, mampu bersaing di pasaran  engan syarikat lain - bukan hanya untuk menghasilkan produk atau vaksin yang setakat memberi ketahanan kepada manusia.

Mereka boleh cadangkan apa saja kepada pihak berkuasa dengan mengemukakan berbagai 'bukti-bukti saintifik' kononnya ia adalah penemuan terbaru dan kononnya ia baik untuk manusia. 

Wabak penyakit campak pernah berlaku di sekolah-sekolah yang kadar penerima suntikan vaksin ialah antara 98-100% termasuk di kawasan yang tidak pernah dilaporkan sebarang kes campak sebelum itu. Apabila kadar imunisasi semakin meningkat, ia akhirnya dilihat hanya merebak di kalangan orang-orang yang telah diberi suntikan vaksin.   

Pada tahun 1986, terdapat 1300 kes pertusis (batuk-batuk disebabkan bakteria) di Kansas dan 90% daripada kes-kes ini berlaku pada kanak-kanak yang telah menerima vaksin secukupnya. Kegagalan vaksin yang sama telah dilaporkan dari Nova Scotia di mana pertusis terus berlaku walaupun vaksin telah diperkenalkan secara meluas. Pertusis masih sebagai pandemik di Belanda di mana lebih daripada 20 tahun, 96% daripada kanak-kanak telah menerima 3 vaksin pertusis pada usia 12 bulan.

Selepas vaksin untuk penyakit saluran pernafasan (diphtheria) di England dan Wales pada tahun 1894, jumlah kematian penderita diphtheria meningkat 20% dalam tempoh 15 tahun berikutnya. Kadar diphtheria melambung 150,000 setahun di Jerman, negara yang mewajibkan vaksin pada tahun 1939. Norway yang tidak mewajibkan vaksin hanya terdapat 50 kes diphtheria pada tahun yang sama.

Kehadiran berterusan penyakit-penyakit berjangkit pada kanak-kanak yang telah diberi suntikan vaksin membuktikan bahawa imunisasi seumur hidup tidak berlaku pada orang yang menerima vaksin. Proses suntikan meletakkan zarah virus dalam darah tanpa memberikan apa-apa cara yang jelas untuk menghapuskan bahan-bahan asing.

Kebanyakan vaksin mengandungi aluminium. Satu penyakit baru yang dikenali sebagai macrophagic myofasciitis menyebabkan kesakitan pada otot, tulang dan sendi. Semua orang dengan penyakit ini telah menerima vaksin yang mengandungi aluminium. Deposit aluminium boleh kekal sebagai perengsa dalam tisu dan mengganggu sistem imun dan saraf untuk seumur hidup.

Hampir semua vaksin mengandungi aluminium dan merkuri. Kita bukan saja terdedah kepada aluminium, merkuri, formaldehyde dan protin dari sel asing malah boleh mendapat kanser dan leukemia. Kongres Amerika telah melindungi pengeluar vaksin dari tindakan undang-undang, maka vaksin yang merbahaya hanya menambah keuntungan tanpa risiko kepada pengeluar.

Penggunaan pelbagai vaksin, yang menghalang imuniti semula jadi, menggalakkan alahan dan asma. Satu kajian di New Zealand mendedahkan bahawa 23% daripada kanak-kanak mendapat vaksin mengidap asma, berbanding dengan sifar pada kanak-kanak yang tidak diberi vaksin.

Kanser sangat jarang berlaku pada 1890-an. Bermula 1900-an, kanser mula meletup sebaik vaksin diperkenalkan. Adakah vaksin menjadi sebab utama sistem imunisasi semakin lemah terhadap tekanan atau ancaman radikal bebas sehingga menyebabkan kanser sudah mula berleluasa. Bukti ini perlu mendapat penjelasan yang munasabah.

Vaksin adalah fenomena luarbiasa. Ia seharusnya dijadikan pilihan, bukannya keperluan. Dalam kebanyakan negara termasuk negara Islam, 'pengecualian tertentu' diberikan untuk membenarkan vaksin digunakan walaupun ia menyalahi peraturan dalam agama seperti kandungan bahan-bahan yang dilarang. Itulah yang terjadi kepada jemaah haji Malaysia suatu ketika dulu yang disuntik dengan protin babi kemudian perkara ini dibongkar oleh suatu organisasi yang bebas. Akhirnya pihak berkuasa mengakui tetapi mengatakan ia 'dibolehkan' oleh agama atas alasan 'darurat'.

Dasar kerajaan memerlukan kanak-kanak diberi vaksin sebelum memasuki sekolah telah mengenepikan kekurangan bukti keberkesanan dan keselamatan vaksin. Tidak ada bukti bahawa vaksin itu berkesan dan ia tidak pernah dikaji dari segi keselamatan sebelum dilepaskan. Terdapat bukti kukuh bahawa vaksin adalah merbahaya tapi ia masih wujud demi memberikan keuntungan syarikat farmaseutikal.

Untuk menguruskan risiko yang bakal melanda, sekiranya anda atau anak anda dipaksa mengambil vaksin sebelum diterima masuk ke sekolah, dapatkan kenyataan yang sah yang ditandatangan oleh pihak yang mengarahkan suntikan vaksin supaya mereka bertanggungjawab terhadap apa-apa reaksi negatif yang bakal terjadi disebabkan vaksin. Ketahui hak anda. Bukan ibubapa yang mahu anak mereka diberi vaksin tapi pihak berkuasa yang mengarahkan maka mereka perlu bertanggungjawab ke atas sebarang risiko kepada kanak-kanak, bukan ibubapa.

Saturday, April 20, 2013

Khasiat Lemon Yang Kurang Diketahui

Lemon adalah sejenis buah sitrus yang banyak ditanam di Asia seperti India, China dan juga negara-negara Amerika Selatan.Ia mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan dan ia juga sering digunakan dalam masakan untuk menambah rasa.

Ia mengandungi vitamin B dan C, potassium dan fosforus, sebagai antioksidan, anti-bakteria, anti-viral, menguatkan imun dan melawan jangkitan. Ia membantu penghadaman dan sebagai minuman untuk menurunkan berat badan. Hanya sedikit perahan lemon di dalam air panas sudah cukup untuk membersihkan sistem pencernaan dan organ hati. Kandungan vitamin C dan asid citric berkesan untuk menghilangkan jerawat dan melicinkan kulit.

Lemon baik untuk merawat demam selsema. Vitamin C dan anti-viral memberi pertahanan segera kepada sel-sel tubuh. Jika anda sakit tekak, minum air perahan lemon dicampur madu lebah dengan air suam 3 kali sehari. Ia dapat melegakan kesakitan.

Campuran perahan lemon dan madu lebah juga dapat merawat penyakit jangkitan kulit seperti ekzema dan ruam-ruam dengan menyapukan di bahagian luaran.

Bagi yang aktif dalam sukan dan pengembara yang sering keluar negara, lemon dapat memberi kesegaran dari rasa letih dan memberi ketahanan terhadap ancaman jangkitan wabak penyakit. Selain itu, lemon baik untuk mengelak dari penyakit batu karang. Kajian saintifik mendapati lemon membantu aktiviti anti-kanser oleh liminoids, kompaun yang melindungi sel-sel dari kerosakan yang boleh membawa kepada pembentukan sel kanser. Bagaimanapun, masih belum jelas sejauh mana berkesannya buah sitrus dapat mengelak atau melawan kanser dalam badan manusia. Dakwaan sebegini masih belum dibuktikan. Lebih selamat untuk dikatakan, ia bukan untuk melawan semua jenis kanser.

Walau apapun, lemon tetap sejenis buah yang mempunyai banyak khasiat dan memang patut dijadikan sebahgian dari diet anda. Seperti yang sering disarankan oleh The Secret Medicines, dapatkan buah lemon yang sebenar, bukan dalam bentuk pil atau yang sudah diproses di kilang dan dibotolkan.  - Artikel oleh The Secret Medicines

Thursday, April 18, 2013

Kadangkala Bukan Semua Penyakit Berpunca Dari Makanan

Jika kita sering mendengar orang berkata bahawa penyakit berpunca dari apa yang kita makan, hari ini pendapat sedemikian tidak boleh diterima lagi. Kini terdapat berbagai produk bukan makanan yang kita gunakan setiap hari mengandungi bahan-bahan yang terbukti merbahaya. Bahan-bahan itu biasanya digunakan secara luaran tetapi adakalanya ia terserap ke dalam tubuh secara tidak disedari contohnya seperti tertelan, terserap melalui liang-liang kulit malah terhidu. Tahukah anda apa bahan merbahaya dalam produk yang kita guna hampir setiap hari itu? Antaranya ialah fluoride, triclosan, sodium lauryl sulfate, saccharin.

Fluoride
Fluoride terdapat dalam hampir semua ubat gigi. Terdapat amaran FDA tentang fluoride, "jika tertelan, dapatkan rawatan doktor dengan segera". Itu bermakna fluoride ialah bahan toksik. Jika selalu terdedah atau tertelan fluoride, boleh menyebabkan penurunan tahap IQ membuatkan seseorang jadi bengap lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Sodium lauryl sulfate (SLS)
Sejenis ejen pembersih yang menghasilkan buih. Terdapat dalam hampir semua ubat gigi, pencuci pinggan mangkuk, sabun badan, pencuci muka & syampu. Buih penghakis ini sebenarnya turut menghakis kelembapan membuatkan kulit dan rambut jadi kering kontang.

Triclosan
Bahan antibiotik dan antimikrob ini terdapat dalam ubat gigi, kebanyakan sabun pencuci tangan, pencuci pinggan mangkuk, deodoran & pencuci mulut. Pada  2009, Persatuan Perubatan Kanada pernah meminta Jabatan Kesihatan mengharamkan penggunaan triclosan dalam produk penjagaan diri kerana boleh membawa kepada pertumbuhan bakteria baru yang tahan anti biotik.

Saccharin
Sejenis pemanis tiruan yang sering terdapat dalam minuman soda dan ubat gigi.  Ujian terhadap tikus makmal terbukti menyebabkan kanser. Perasan tak bahawa ubat gigi hari ini juga mempunyai rasa manis. Kalau untuk orang dewasa tak mengapa sebab kita tahu ia bukan untuk ditelan tapi bagaimana pula kanak-kanak? Bagi mereka, jika ia terasa manis, kemungkinan mereka akan cuba menelannya kerana menganggap ia seperti coklat. Apa perlunya ubat gigi diletakkan perasa manis?

- Artikel oleh The Secret Medicines

Monday, April 8, 2013

Faedah Perubatan Bunga Cengkih

Kajian tentang cengkih (nama saintifik: Syzygium aromaticum) mendapati ia merupakan sumber anti-oksidan semulajadi yang terbaik. Cengkih digunakan terutama dalam masakan mempunyai ciri-ciri pengubatan yang digunakan dalam perubatan Cina, perubatan Ayurveda dan pengamal² herba di Barat.

Kajian kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) atau Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen mendapati cengkih mengandungi 314,446 ┬Ámol TE/100g (micromol Trolox Equivalent per 100 grams), iaitu kapasiti anti-oksidan di dalam makanan. Lebih tinggi kapasiti anti-oksidan dapat membantu melawan sel kanser dan lain-lain penyakit.

Antioksidan melindungi sel-sel anda terhadap tekanan oksidatif daripada kerosakan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul oksigen yang sangat reaktif dalam sel-sel anda, yang tercipta sebagai hasil sampingan daripada metabolisme anda; lebihan radikal bebas adalah dianggap sebagai punca utama proses penuaan.

Melindungi diri anda daripada radikal bebas dengan antioksidan adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan. Faedah antioksidan termasuk perlindungan yang kuat terhadap semua jenis penyakit degeneratif seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis, arthritis, penyakit Alzheimer, dan banyak lagi.

Cengkih merupakan sumber yang baik untuk kalsium dan magnesium. Sifat analgesiknya digunakan sebagai 'painkiller' untuk mengurangkan sakit gigi. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan peredaran darah, dan memberi manfaat kepada jantung, hati dan perut.

Cengkih berkesan menyembuhkan kebanyakan masalah pencernaan seperti ulser perut, kembung perut dan pencernaan yg terganggu, kerana ia merangsang enzim badan anda dan meningkatkan pencernaan.

Sebagai manfaat antiseptik, ia membantu melawan jangkitan seperti selesema, bronkitis, sakit arthritis dan kaki makan air.


Anti-Keradangan

Analisa kimia menunjukkan cengkih mempunyai 36 bahan yang berbeza, yang paling penting adalah minyak pati yang dikenali sebagai eugenol. Ia juga mengandungi pelbagai flavonoid yang menyumbang kepada anti-radang.

Pendokong aromaterapi sering menggunakan minyak cengkih untuk merawat gejala-gejala penyakit sendi dan arthritis. Aroma minyak cengkih, apabila dihidu, boleh membantu melegakan keadaan pernafasan tertentu seperti batuk, selsema, asma, bronkitis dan sinusitis.

Eugenol dan lain-lain komponen cengkih bergabung untuk menjadikan cengkih anestetik sederhana serta sebagai agen anti-bakteria. Atas sebab ini, anda akan dapati minyak cengkih terdapat dalam beberapa jenis semburan tekak dan mencuci mulut.

 

Manfaat Analgesik

Minyak cengkih boleh digunakan untuk merawat sakit gigi. Putik kapas direndam dalam minyak cengkih kemudian sapukan pada bahagian gigi yang sakit, ia dapat melegakan kesakitan.


Manfaat Antiseptik

Minyak cengkih adalah antiseptik dan berkesan untuk merawat masalah biasa seperti luka, jangkitan kulat, luka terbakar, luka, kaki makan air dan lebam. Ciri-ciri antiseptik minyak cengkih adalah sebab mengapa sering terdapat dalam ramuan ubat gigi dan pencuci mulut.

Minyak cengkih meningkatkan sistem imun dengan membersihkan darah dan membantu untuk melawan pelbagai penyakit.

Jika nada ingin dapatkan semua faedah dari cengkih, jauhi yang  berjenama yang biasa terdapat di pasaraya. Kebanyakan yang dikilangkan telah dicemar radiasi untuk memusnahkan mikro organisma, bakteria dan virus yang mungkin wujud. Proses sinaran radiasi juga merosakkan  vitamin, mineral, protein dan mikronutrien lain yang berfaedah. Di samping itu, radiasi juga menghasilkan lebih banyak radikal bebas, ianya bertentangan dengan apa yang anda cuba dapatkan dari cengkih yang asli.

Saturday, April 6, 2013

Ubat Batuk: Berkesan Atau Sebaliknya?

Benarkah ubat batuk dapat menghilangka batuk ia membuat batuk anda bertambah teruk? Banyak kajian saintifik yang dilakukan ke atas jenama ubat batuk yang boleh dibeli di farmasi memeprtikaikan keberkesanannya lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.

Kebanyakan ubat batuk adalah mengandungi dadah dextromethorphan iaitu bahan aktif yang akan menyerap ke dalam darah. Dalam satu kes, seorang kanak-kanak mati setelah diberi dos ubat batuk melebihi sukatan. Kanak-kanak ini didapati ada 96 nanogram per mililiter (ng/ml) dextromethorphan di dalam darah padahal had yang dikawal untuk orang dewasa ialah 40 ng/ml sahaja.
Selain itu, terdapat sebanyak 490 ng/ml cetrizine di dalam darah. Had dikawal ialah antara 270 hingga 350 ng/ml. Kombinasi kedua-dua jenis dadah ini didapati adalah penyebab kepada kematiannya.

Orang ramai masih tidak mempunyai kesedaran bahawa ubat yang dibeli dari rak pasar raya boleh memudaratkan. Ubat-ubatan biasa seperti aspirin, Tylenol dan Benadryl boleh membunuh jika diambil secara berlebihan.

Dextromethorphan sejenis dadah yang sangat merbahaya. FDA pernah membuat rumusan untuk menarik semula produk ubat batuk yang mengandungi dextromethorphantapi ia akan beri kesan yang besar terhadap industri farmaseutikal kerana hampir semua ubat batuk mengandungi dextromethorphan. Jika ia ditarik balik, beribu-ribu jenis ubat yang lain selian ubat batuk juga mengandungi dextromethorphan dan ia mesti diformulakan semula untuk mengelak penggunaan dextromethorphan.

Jadi untuk menggantikan ubat batuk ini, pilihannya ialah madu lebah. Madu lebah adalah sejenis antibiotik. Ia boleh mencairkan kahak dan melegakan batuk. Tiada kesan sampingan. 

Thursday, April 4, 2013

10 Sebab Herba Asli Dipinggirkan

10 sebab kenapa herba asli dan produk semulajadi yang mengandungi banyak faedah perubatan tidak dipercayai, dipandang sepi dan kurang mendapat perhatian orang ramai:
  1. TIDAK TAHU - orang ramai tidak tahu malah mereka tidak sedar bahawa mereka tidak tahu
  2. SALAH MAKLUMAT - orang ramai tidak mendapat maklumat yang sebenar
  3. IKLAN - produk berjenama telah menguasai & memenuhi ruang-ruang iklan arus perdana sama ada di tv/akhbar
  4. TIDAK DISARAN OLEH DOKTOR - herba asli dan makanan semulajadi tidak disarankan oleh doktor-doktor konvensional
  5. MAHU KESAN SEGERA - kebanyakan pesakit mahukan kesan yang segera seperti apa yang dilakukan oleh ubat-ubatan moden
  6. MENGAMBIL DARI SUMBER YANG SALAH - kebanyakan orang menggunakan herba/produk semulajadi yang kurang kualiti atau diperolehi dari penanaman komersial yang menggunakan racun serangga/perosak
  7. SALAH TANGGAPAN - mereka menyangka ubat-ubat moden berkesan menghilangkan penyakit yang mereka deritai padahal ubat itu hanya mengawal gejala (symptom) yang dirasai
  8. TIDAK BERFIKIRAN TERBUKA - orang tidak mahu mempercayai bahawa terdapat faedah penyembuhan daripada herba kerana mereka tidak berfikiran terbuka dan tidak mahu mengambil apa-apa perkara yang tidak dipreskripsi oleh doktor mereka. Mereka berfikir bahawa meminum/memakan tumbuhan boleh menjadi "berbahaya".
  9. CUCI OTAK - orang ramai telah di"brainwashed" oleh industri perubatan dan pemerintah yang mempunyai kaitan dan sokongan daripada syarikat-syarikat farmaseutikal sepertimana syarikat rokok yang berjaya memastikan rokok tidak diharamkan.
  10. KELIRU - kebanyakan orang keliru tentang apa yang baik untuk dimakan. Ada sesetengah doktor masih memberi nasihat mengambil makanan semulajadi, tetapi mereka juga sering ditekan dan dihujani oleh syarikat-syarikat dadah yang sentiasa  bersaing yang menawarkan kepada mereka produk ubat-ubatan dan stok terbaru setiap hari demi memastikan perniagaan menjana keuntungan bukannya merawat masalah sebenar.
- Artikel oleh The Secret Medicines

Labels