Pages

Saturday, March 16, 2013

Tiada Cara Mudah Untuk Buang Toksin

TSM sejak dari mula lagi tidak pernah sarankan pembaca mengamalkan kaedah-kaedah pelik kononnya untuk membuang toksin dari dalam badan malah kononnya untuk menghilangkan penyakit. TSM tidak mencadangkan penggunaan gelang magnetik. TSM juga tidak cadangkan menjalani terapi rendam kaki dalam larutan garam dan cas elektrik. TSM tidak cadangkan penggunaan pad pelekat detox kaki. TSM juga tidak banyak mencadangkan pembaca mengambil pil-pil suplemen atau kapsul vitamin. Apa yang TSM tekankan cuma elemen yang paling asas - iaitu PEMAKANAN dan GAYA HIDUP. Kedua-dua perkara ini tidak memerlukan anda pergi berjumpa doktor, juga anda tidak perlu pergi menjalani rawatan terapi atau apa saja - anda cuma perlu KAWAL diri anda. Sebenarnya semua orang mampu untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum melalui 2 elemen ini. Dengan syarat menggunakan kaedah yang betul.

Toksin di dalam badan tidak boleh dikeluarkan dengan cara meletakkan pelekat, merendamkan kaki atau memakai gelang magnet. Ia tidak semudah itu. Kaedah-kaedah itu adalah suatu bentuk penipuan menggunakan ilmu sains dan fisiologi untuk memperdayakan pengguna demi melariskan produk.

Toksin yang hadir di dalam badan sebenarnya datang dari apa yang kita makan atau udara yang kita sedut. Ia tidak wujud begitu saja. Ia telah berkumpul selama bertahun-tahun malah berpuluh tahun sebelum ia mula menunjukkan dirinya.

Jadi apakah makanan yang kita makan mengandungi toksin?
Benar. Lebih-lebih lagi makanan berminyak. Minyak pada asasnya tidak sesuai untuk manusia. Ia sukar dihadam oleh tubuh. Selain itu makanan yang telah diproses. Makanan proses penuh dengan bahan kimia dan melalui proses bukan semulajadi. Ada yang dipanaskan sehingga ke suhu terlampau tinggi. Ada yang melalui sinaran ultra-ungu atau pancaran laser. Ada pula yang 'dibilas' (bleached) menggunakan kimia peluntur. Agak mustahil untuk mencari makanan-makanan segar hari ini selain dari sayur-sayuran dan buah-buahan yang baru dipetik dari ladang. Hatta sesetengah beras juga sudah diproses. Ia digilap dengan bahan kimia supaya warnanya putih berkilauan.

Daging yang kita makan sebenarnya datang dari berpuluh-puluh ekor lembu atau ayam yang telah bercampur aduk melalui mesin penghancur bersaiz industri yang tidak dapat membezakan mana satu bahagian anggota haiwan tersebut. Mungkin ada dari haiwan tersebut yang berpenyakit atau ada bahagian anggota haiwan yang tidak digemari seperti buntut ayam atau uterus. Semuanya dicampurkan sekali menjadi segumpal daging pejal dalam bentuk burger, sosej atau fillet.

Sebelum diproses, daging yang baru dipotong dari ladang itu terus dimasukkan ke dalam mesin penghancur tanpa dibasuh terlebih dahulu. Jika haiwan itu mempunyai kotoran atau badan haiwan itu terkena najisnya sendiri, ia tentu sudah bercampur sekali dengan daging-daging tersebut di dalam mesin. Besar kemungkinan kita semua pernah makan najis haiwan tanpa disedari. Pencemaran E-Coli dan salmonela telah membuktikan perkara ini pernah berlaku dalam industri daging proses. Pengeluaran bersaiz industri tidak akan mampu mempedulikan perkara ini kerana ia akan memperlahankan produktiviti. Proses ini juga memerlukan kos tambahan. Sebarang penambahan kos akan menyebabkan harga barangan terpaksa dinaikkan dan menyebabkan produk mereka tidak mampu bersaing di pasaran.

Haiwan-haiwan ternakan yang diberi makan jagung dan disuntik dengan hormon pembesaran supaya ia mengeluarkan susu yang lebih atau menghasilkan daging yang banyak isi mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada penternak. Bayangkan lembu ternakan hari ini sudah tidak tahu lagi makan rumput sebaliknya makan jagung! Semua ini dilakukan demi wang tanpa mengambil kira kesihatan pengguna.

bersambung...

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

1 comments:

tersangatlah setuju..selalu menyampah dengan segala macam product yg terang2 menipu pengguna kat luar tu..tapi most pengguna mcm bodoh sgt beli benda2 sampah mcm tu

Labels