Pages

Thursday, March 14, 2013

Rupanya Mereka Ini Ada Kepentingan Dalam Perniagaan Detox

Terbukti siapa yang menerima kerugian dari ancaman tulisan-tulisan mengenai penipuan detox terapi kaki ialah orang-orang yang terlibat secara langsung dalam perniagaan berkaitan seperti pengusaha pusat terapi atau pembekal alat-alat detox terapi kaki. Buktinya anda boleh lawati blog ini dan lihat apakah barangan yang dijualnya.

Peralatan yang dijual dengan harga beribu-ribu ringgit itu sebenarnya tiada apa yang istimewanya. Anda juga boleh hasilkan sendiri di rumah dengan kos tidak lebih dari RM30 untuk satu set. Peralatan utama yang perlu ada ialah alat pengubah arus elektrik (transformer) yang menukarkan arus 220/240Volt kepada 6 atau 9Volt.Ia boleh dibeli di kedai barangan elektrik dengan harga sekitar 14 ke 18 ringgit seunit. Bayangkanlah berapa kali ganda keuntungan yang diperolehi dengan menjual peralatan sebegini, dengan modal RM30 dan menjualnya sehingga RM1400. Keuntungan sehingga 450%.

Tidak hairan mereka ini bermati-matian mempertahankan penipuan terbesar mereka dan sanggup membohongi orang ramai dengan teori-teori mengelirukan demi mencapai hasrat mereka.

Jawapan yang mampu diberi hanya dengan menunjukkan 1 video dari Youtube yang dilakukan oleh seorang doktor tidak bertauliah, Roger Borbon dengan copy dan paste hanya komen-komen 'positif' dari pengguna yang telah tertipu olehnya.

Tiada jawapan yang benar-benar meyakinkan.   

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

3 comments:

kadang2 banyak produk yang mengarut2 dalam pasaran, yang saya pelik, masih ramai yang tertipu .. mungkin mereka dah terdesak sangat sampai terima bulat2 smua yang disumbat oleh peniaga2 ni

yg mudah tertipu kerana tak mau selidik terlebih dahulu.

my dad penah kot test benda benda terapi ion segala ni. dan hasilnya?

-makin teruk n susah nak jalan.

tempat yg bagi khidmat percuma tu pon dah tutup sebab org yg dtg makin lama makin susut. sbb? takde kesan pon.

Labels