Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Sunday, March 31, 2013

Bagaimana Gula Diproses

Proses menghasilkan gula

Gula Organik
-------------------
1. Tebu diperah dan dicampur dengan limau
2. Cecair dikurangkan melalui penyejatan, maka kristal akan diputar dalam emparan untuk memisahkan
3. Dibiarkan kering

Kristal gula yang terhasil adalah agak coklat, kerana kehadiran molasse.
Tidak ditapis. Kandungan mineral dikekalkan.

Gula Putih (White Sugar)
------------------------------------
4. Prosesnya sama seperti di atas, tetapi kemudian Sulfur Dioksida digunakan sebagai bahan peluntur
5. Kemudian, asid fosforik (digunakan dalam penyingkiran karat) dan kalsium hidroksida (digunakan dalam mortar, plaster, rawatan kumbahan, pad brek, racun perosak) digunakan untuk menyerap kotoran
6. Ditapis melalui karbon. Kandngan mineral dikeluarkan.
7. Dikristalkan di dalam vakum, beberapa kali
8. Dibiarkan kering

Gula Perang (Brown Sugar)
---------------------------------------
9. Proses sama seperti di atas, tetapi akhir sekali molasse yang dikeluarkan dalam proses sebelumnya ditambah kembali

Monday, March 25, 2013

Beli-Belah Dengan Mata Atau Akal?

Kebanyakan orang membeli-belah dengan mata tanpa menggunakan akal. Mereka tidak ada masa untuk membaca kandungan bahan-bahan. Apa yang penting, ianya berwarna terang dan kelihatan menarik dan menganggap itulah buah-buahan sebenar padahal tiada setitikpun perahan atau pati dari buah-buahan sebenar sebaliknya bahan perasa tiruan yang rasanya seperti rasa buah dan pewarna yang warnanya mengikut warna buah itu tetapi ia lebih contrast.

Minuman yang dihasilkan dari buah-buahan sebenar dan tidak dicampur dengan pewarna dan perasa biasanya berwarna pucat dan berkelodak di bawahnya. Ini menunjukkan kehadiran pati buah-buahan sebenar tetapi ia kurang mendapat sambutan hanya kerana rupanya. Kadang-kadang kita tidak boleh menyalahkan pengeluar minuman itu kerana inilah yang dimahukan oleh pelanggan. Mereka mahu semuanya kelihatan elok dan rupa yang menarik.Pengeluar terpaksa menikut kemahuan pelanggan lalu mereka menampah pewarna yang pekat dan perasa agar rasanya lebih sensasi dari buah-buahan sebenar.


Tuesday, March 19, 2013

TSM di Facebook

Sila Like page kami di  di Facebook


Like sekarang!. Anda akan dapat berinteraksi secara LIVE dengan pengendali TSM dan lihat status dikemaskini setiap hari. Ketahui apa kata penulis tentang komen-komen yang ditulis oleh pengunjung....dan banyak lagi...


Anda juga boleh terus menghubungi kami melalu email jika ada sebarang pertanyaan di secret.medicines@gmail.com 


UPDATE 4 Ogos 2015:  Page kami telah bertukar ke  https://www.facebook.com/pages/The-Secret-Medicines-V2/1618275231781744
Sila like dan berikan sokongan anda. Terima kasih. 

Monday, March 18, 2013

Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut

Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian. 

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar.

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.  Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.  

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen


Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Ingat Cantik, ingat vitamin C.

*Artikel telah dikemaskini. 

- Artikel oleh The Secret Medicines

Dari Mana Datangnya Collagen?

Sebelum kami menulis artikel tentang rumpai laut, kami ingin bertanya beberapa soalan kepada pembaca.

1. mengapa rumpai laut sering dikaitkan dengan kolagen?
2. benarkah rumpai laut mengandungi 'kolagen'?
3. dari mana anda mendapat maklumat tentang kolagen dan rumpai laut ini?
4. tahukah anda bahawa terdapat berbagai jenis spesies rumpai laut dan tiada satupun spesies mengandungi 'kolagen'?  

Adakah Blog TSM ini mungkin akan 'meletup' lagi kerana ramai pengedar rumpai laut yang akan marah-marah? Nantikan tulisan terbaru berkenaan rumpai laut ini dalam masa terdekat.

Sekian dahulu buat masa ini.

Saturday, March 16, 2013

Tiada Cara Mudah Untuk Buang Toksin

TSM sejak dari mula lagi tidak pernah sarankan pembaca mengamalkan kaedah-kaedah pelik kononnya untuk membuang toksin dari dalam badan malah kononnya untuk menghilangkan penyakit. TSM tidak mencadangkan penggunaan gelang magnetik. TSM juga tidak cadangkan menjalani terapi rendam kaki dalam larutan garam dan cas elektrik. TSM tidak cadangkan penggunaan pad pelekat detox kaki. TSM juga tidak banyak mencadangkan pembaca mengambil pil-pil suplemen atau kapsul vitamin. Apa yang TSM tekankan cuma elemen yang paling asas - iaitu PEMAKANAN dan GAYA HIDUP. Kedua-dua perkara ini tidak memerlukan anda pergi berjumpa doktor, juga anda tidak perlu pergi menjalani rawatan terapi atau apa saja - anda cuma perlu KAWAL diri anda. Sebenarnya semua orang mampu untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum melalui 2 elemen ini. Dengan syarat menggunakan kaedah yang betul.

Toksin di dalam badan tidak boleh dikeluarkan dengan cara meletakkan pelekat, merendamkan kaki atau memakai gelang magnet. Ia tidak semudah itu. Kaedah-kaedah itu adalah suatu bentuk penipuan menggunakan ilmu sains dan fisiologi untuk memperdayakan pengguna demi melariskan produk.

Toksin yang hadir di dalam badan sebenarnya datang dari apa yang kita makan atau udara yang kita sedut. Ia tidak wujud begitu saja. Ia telah berkumpul selama bertahun-tahun malah berpuluh tahun sebelum ia mula menunjukkan dirinya.

Jadi apakah makanan yang kita makan mengandungi toksin?
Benar. Lebih-lebih lagi makanan berminyak. Minyak pada asasnya tidak sesuai untuk manusia. Ia sukar dihadam oleh tubuh. Selain itu makanan yang telah diproses. Makanan proses penuh dengan bahan kimia dan melalui proses bukan semulajadi. Ada yang dipanaskan sehingga ke suhu terlampau tinggi. Ada yang melalui sinaran ultra-ungu atau pancaran laser. Ada pula yang 'dibilas' (bleached) menggunakan kimia peluntur. Agak mustahil untuk mencari makanan-makanan segar hari ini selain dari sayur-sayuran dan buah-buahan yang baru dipetik dari ladang. Hatta sesetengah beras juga sudah diproses. Ia digilap dengan bahan kimia supaya warnanya putih berkilauan.

Daging yang kita makan sebenarnya datang dari berpuluh-puluh ekor lembu atau ayam yang telah bercampur aduk melalui mesin penghancur bersaiz industri yang tidak dapat membezakan mana satu bahagian anggota haiwan tersebut. Mungkin ada dari haiwan tersebut yang berpenyakit atau ada bahagian anggota haiwan yang tidak digemari seperti buntut ayam atau uterus. Semuanya dicampurkan sekali menjadi segumpal daging pejal dalam bentuk burger, sosej atau fillet.

Sebelum diproses, daging yang baru dipotong dari ladang itu terus dimasukkan ke dalam mesin penghancur tanpa dibasuh terlebih dahulu. Jika haiwan itu mempunyai kotoran atau badan haiwan itu terkena najisnya sendiri, ia tentu sudah bercampur sekali dengan daging-daging tersebut di dalam mesin. Besar kemungkinan kita semua pernah makan najis haiwan tanpa disedari. Pencemaran E-Coli dan salmonela telah membuktikan perkara ini pernah berlaku dalam industri daging proses. Pengeluaran bersaiz industri tidak akan mampu mempedulikan perkara ini kerana ia akan memperlahankan produktiviti. Proses ini juga memerlukan kos tambahan. Sebarang penambahan kos akan menyebabkan harga barangan terpaksa dinaikkan dan menyebabkan produk mereka tidak mampu bersaing di pasaran.

Haiwan-haiwan ternakan yang diberi makan jagung dan disuntik dengan hormon pembesaran supaya ia mengeluarkan susu yang lebih atau menghasilkan daging yang banyak isi mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada penternak. Bayangkan lembu ternakan hari ini sudah tidak tahu lagi makan rumput sebaliknya makan jagung! Semua ini dilakukan demi wang tanpa mengambil kira kesihatan pengguna.

bersambung...

Friday, March 15, 2013

Asid Amino Penting Untuk Tubuh

Asid amino adalah kimia protein blok binaan dan boleh dipanggil blok binaan untuk kehidupan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Secara struktur, badan anda terutamanya boleh terjejas oleh protein yang dibangunkan daripada asid amino. Dari dua puluh asid amino, badan mengeluarkan lebih daripada 50,000 jenis protein yang memainkan peranan penting dalam badan kita. Asid amino yang menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel. Ia benar-benar penting untuk kesihatan.

Jika anda tidak mendapat asid amino yang cukup dalam diet anda, kesihatan anda boleh terjejas. Asid amino penting yang rendah dikaitkan dengan gejala seperti keresahan, penumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan, dan ketidakseimbangan hormon.

Asid amino boleh dipecahkan kepada dua kumpulan: yang perlu dan tidak diperlukan. Istilah yang perlu sebenarnya tidak ada apa-apa kaitan dengan kepentingan asid amino, sama ada badan dapat mengeluarkannya atau tidak. Asid amino yang diperlukan tidak dapat dihasilkan oleh badan, jadi kita perlu ambil melalui pemakanan. Asid amino yang tidak diperlukan boleh dihasilkan oleh badan jika bahan yang sesuai disediakan.

Asid amino tidak perlu adalah seperti berikut:

- Alanin
- Arginin
- Asparagine
- Asid aspartik
- Cysteine
- Asid glutamik
- Glutamin
- Glycine
- Histidine
- Proline
- Tyrosine

Asid amino yang perlu:

- Isoleucine
- Leucine
- Lisin
- Methionine
- Phenylalanine
- Serine
- Threonine
- Tryptophan
- Valine

Semua asid amino melaksanakan fungsi penting dalam badan. Ia bekerja lebih baik apabila anda mengambil semua jenis asid amino, jadi ia adalah penting untuk mendapatkan pelbagai protein dalam diet anda. Protein dalam makanan yang mengandungi semua asid amino dipanggil protein lengkap. Anda akan mendapati sumber protein yang lengkap dalam produk tenusu, daging, ikan, ayam dan soya.

Radiant Liquid Aminos
Terdapat salah faham umum bahawa ia adalah amat sukar untuk vegetarian dan vegan makan kombinasi yang betul asid amino. Walaupun perlu ada perancangan, anda masih boleh mendapatkan semua asid amino tanpa makan daging atau tenusu. Ia tidak perlu untuk menggabungkan semua asid amino setiap kali waktu makan selagi anda makan pelbagai makanan yang kaya dengan protein setiap hari. Jika anda mahu makan kombinasi yang terbaik asid amino tanpa produk haiwan, maka anda perlu masukkan banyak makanan berikut dalam diet anda:

- Kacang (kacang tanah, cashews, badam, pecans, kacang Brazil)
- Benih (labu, bunga matahari, bijan)
- Kacang (lima, kacang kuda, Belang-Belang, laut)
- Seluruh makanan soya (tempe, edamame)
- Seluruh bijirin (barli, rai, gandum, beras)
- Sayur-sayuran (jagung, kentang, bawang, cendawan, brokoli)

Apabila ingin mendapatkan asid amino yang betul, ia tidaklah sukar tetapi ganjarannya adalah besar: badan yang sihat dan minda yang boleh berfungsi pada tahap yang optimum.

Dari mana untuk mendapatkan hampir semua jenis asid amino ini dalam satu hidangan? Inilah RAHSIA BESAR yang ingin kami kongsikan bersama pembaca hari ni. Ia telah lama kami gunakan dalam masakan mahupun sebagai penambah perisa makanan semulajadi.

Cubalah Liquid Aminos keluaran Bragg dan Radiant. Ia bukan saja berkhasiat, malah tidak mengandungi MSG, organik dan rasanya lebih sedap dari jenama kicap-kicap soya popular yang berada di pasaran. Jika chef-chef masakan tahu tentang perkara ini, mereka tentu tidak akan menggunakan jenama lain. Pada pandangan kami, Liquid Aminos ini adalah kicap soya paling sedap di dunia setakat ini.

Thursday, March 14, 2013

Kaedah Trial & Error

Tahukah anda bagaimana sistem perubatan zaman moden dilakukan ke atas pesakit kronik? Caranya ialah dengan menjalankan eksperimen pelbagai jenis ubat-ubatan tanpa disedari oleh pesakit itu sendiri. Caranya mudah. Ikuti contoh seperti berikut:

  1. Pesakit A mengidap penyakit A1 datang berjumpa doktor B.
  2. Doktor B memberikan ubat C untuk merawat penyakit A1.
  3. Tetapi ubat C mendatangkan kesan sampingan D kepada pesakit A.
  4. Doktor B memberikan pula ubat E untuk mengawal kesan sampingan D dari ubat C.
  5. Ubat E pula perlu dikawal penggunaannya kerana jika tidak ia akan mendatangkan kesan sampingan F. Untuk mengawal gejala F, doktor memberikan pula ubat G.
  6. Setelah pesakit A memakan ketiga-tiga jenis ubat C, E dan G, pesakit mula merasa gejala H oleh kerana tindakbalas gabungan ketiga-tiga jenis ubat ini di dalam tubuhnya.
  7. Doktor memberikan pula ubat J untuk megawal gejala H.
  8. Ubat J ini pula membuatkan pesakit menjadi lemah (J1), otot-otot berasa sakit (J2), darah tinggi (J3), muntah-muntah (J4) dan pendarahan dalam perut (J5).
  9. Untuk menangani masalah J1, J2, J3, J4 dan J5, doktor tidak ada pilihan lain terpaksa memberikan ubat yang lebih kuat  iaitu ubat K.Ubat K agak merbahaya dan hanya boleh diberikan kepada orang tertentu sahaja setelah mendapat pengesahan oleh doktor.
  10. Setelah memakan kesemua ubat C, E, G, J dan K, pesakit A masih mengadu penyakit A1nya tidak berkurang sebaliknya bertambah teruk kerana semakin banyak gejala kesan sampingan yang dialami.
  11. Akhirnya doktor sudah mati akal dan tidak tahu apa lagi ubat yang patut diberikan kepada pesakit itu. Pesakit semakin menderita malah keadaan dalaman tubuhnya semakin parah setelah mengalami berbagai kesan sampingan dan pendarahan yang tidak boleh pulih buat selamanya (irreversible). Akhirnya pesakit A terpaksa dibiarkan menderita kerana doktor sudah tidak ada jalan penyelesaian untuknya sehingga akhirnya meninggal dunia.
Akhirnya pesakit A mati bukan kerana penyakitnya sebaliknya disebabkan oleh kesan sampingan yang dialaminya kerana memakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.

Perkara di atas adalah contoh yang mudah difahami bagaimana kaedah doktor-doktor konvensional merawat pesakit kronik. Ia hanya gambaran satu demi satu jenis ubat sahaja, realitinya lebih teruk lagi. Biasanya mereka akan memberikan lebih dari 4 atau 5 jenis ubat sekaligus secara tidak perlu.

Rupanya Mereka Ini Ada Kepentingan Dalam Perniagaan Detox

Terbukti siapa yang menerima kerugian dari ancaman tulisan-tulisan mengenai penipuan detox terapi kaki ialah orang-orang yang terlibat secara langsung dalam perniagaan berkaitan seperti pengusaha pusat terapi atau pembekal alat-alat detox terapi kaki. Buktinya anda boleh lawati blog ini dan lihat apakah barangan yang dijualnya.

Peralatan yang dijual dengan harga beribu-ribu ringgit itu sebenarnya tiada apa yang istimewanya. Anda juga boleh hasilkan sendiri di rumah dengan kos tidak lebih dari RM30 untuk satu set. Peralatan utama yang perlu ada ialah alat pengubah arus elektrik (transformer) yang menukarkan arus 220/240Volt kepada 6 atau 9Volt.Ia boleh dibeli di kedai barangan elektrik dengan harga sekitar 14 ke 18 ringgit seunit. Bayangkanlah berapa kali ganda keuntungan yang diperolehi dengan menjual peralatan sebegini, dengan modal RM30 dan menjualnya sehingga RM1400. Keuntungan sehingga 450%.

Tidak hairan mereka ini bermati-matian mempertahankan penipuan terbesar mereka dan sanggup membohongi orang ramai dengan teori-teori mengelirukan demi mencapai hasrat mereka.

Jawapan yang mampu diberi hanya dengan menunjukkan 1 video dari Youtube yang dilakukan oleh seorang doktor tidak bertauliah, Roger Borbon dengan copy dan paste hanya komen-komen 'positif' dari pengguna yang telah tertipu olehnya.

Tiada jawapan yang benar-benar meyakinkan.   

Sunday, March 10, 2013

Bahaya Statin

Dadah statin menyumbang kepada industri bernilai RM75 bilion setahun.  Statin ditetapkan oleh doktor untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Ia bukan sahaja ubat terlaris dalam kategorinya, tetapi ia turut menyediakan satu senarai kesan sampingan yang hampir tidak berkesudahan yang menyebabkan pengguna yang malang menderita seumur hidup menjalani kos rawatan perubatan yang tinggi. Statin adalah mimpi yang menjadi kenyataan industri Big Pharma.


Apa yang anda dapat dengan ubat statin
Satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal Dadah Kardiovaskular mendapati hampir 900 kajian kesan buruk yang dikaitkan dengan ubat statin. Satu kajian Harvard baru-baru ini mendedahkan peningkatan 50 peratus risiko kencing manis jika anda mengambil ubat statin. Mereka memanggilnya peningkatan risiko yang "kecil". Penyelidik menganalisis data pada lebih 2 juta pengguna dadah statin mempunyai tahap yang lebih tinggi kegagalan fungsi hati, kegagalan buah pinggang, katarak dan kelemahan otot.

Walaupun terdapat manfaat kardiovaskular, kesan buruk lain termasuk: loya, cirit-birit, sakit perut, sakit kepala, ruam, myopathy, masalah tendon, demensia, kemurungan, keletihan yang kronik, penyakit jantung,
tekanan darah tinggi, strok dan neuropati periferal. Kesan sampingan yang lebih serius didapati adalah seperti berikut:

Myositis, keradangan otot. Risiko kecederaan otot bertambah apabila sesetengah ubat-ubatan lain yang diambil dengan penggunaan statin. Sebagai contoh, jika anda mengambil kombinasi statin dan fibrate - satu lagi dadah mengurangkan kolesterol - risiko kerosakan otot meningkat berbanding dengan seseorang yang mengambil statin sahaja.

Paras CPK, atau creatine kinase, enzim otot yang apabila dinaikkan, boleh menyebabkan sakit otot, keradangan ringan, dan kelemahan otot. Keadaan ini, walaupun jarang berlaku, boleh mengambil masa yang lama untuk pulih.

Rhabdomyolysis maut (radang otot melampau dan kerosakan)
Dengan keadaan ini, otot seluruh badan menjadi sakit dan lemah. Otot yang rosak teruk melepaskan protein ke dalam darah yang mengumpul di dalam buah pinggang. Buah pinggang boleh menjadi rosak cuba untuk menghapuskan sejumlah besar kerosakan otot yang disebabkan oleh penggunaan statin. Ini akhirnya boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang atau bahkan kematian.

Apakah manfaat sebenar ubat statin?
Ubat statin kononnya untuk menyembuhkan punca penyakit kardiovaskular. Walau bagaimanapun, analisis kajian yang dilaporkan dalam Jurnal Keputusan Negatif dalam Bioperubatan tahun lepas menyimpulkan bahawa walaupun di sebalik peningkatan besar dalam penggunaan dadah statin, bilangan orang yang mempunyai serangan jantung hanya tidak berkurangan - tetapi sebaliknya semakin meningkat. Tahukah anda bahawa 50 peratus daripada semua serangan jantung pada hari ini adalah dari orang-orang yang mempunyai kolesterol yang normal? Kolesterol adalah hanya tanda-tanda dan bukan punca masalah di sini.

Ubat statin menyekat pengeluaran nutrien penting dalam badan anda, termasuk enzim penting CoQ10, yang penting untuk kesihatan jantung dan fungsi otot. Tahap CoQ10 yang makin berkurangan adalah biasa dengan penggunaan ubat statin dan ia sebenarnya menyebabkan kegagalan jantung!

Ubat statin juga merosakkan hormon berasaskan kolesterol. Ia menyebabkan disfungsi tiroid dan penurunan dalam semua hormon seks. Paras testosteron yang rendah membawa kepada tenaga yang rendah, mengantuk, cepat marah dan kemurungan. Penyelidik mendapati kaitan langsung antara ubat statin dan testosteron yang rendah selepas mengkaji data pada hampir 3.500 lelaki yang datang berjumpa doktor mengadu tentang masalah seksual.

Kini telah ada juga ubat merendahkan kolesterol untuk orang-orang tanpa masalah kolesterol. Crestor telah diluluskan untuk orang-orang yang TIDAK mempunyai kolesterol yang tinggi!

Peter H. Langsjoen, MD berkata, "Kini kita berada dalam kedudukan untuk menyaksikan tragedi perubatan terbesar sepanjang masa - tidak pernah dalam sejarah perubatan secara disedari mencipta kekurangan nutrien yang mengancam nyawa dalam berjuta-juta orang yang sihat ".

Tanda-tanda Amaran statin
Jika anda mengalami mana-mana sendi yang tidak diketahui puncanya atau sakit otot, kelembutan, atau kelemahan ketika mengambil statin, anda perlu menghubungi doktor anda dengan segera. Wanita hamil atau mereka yang mempunyai penyakit hati yang aktif atau kronik tidak boleh menggunakan statin.

Jika anda mengambil dadah statin, beritahu doktor anda tentang sebarang ubat dari kaunter atau preskripsi, makanan tambahan herba, dan vitamin yang anda sedang ambil atau merancang untuk mengambilnya.

Ubat-ubatan statin yang diluluskan untuk digunakan di Amerika Syarikat termasuk:

    Lipitor
    Mevacor atau Altocor
    Zocor
    Pravachol
    Lescol
    Crestor

Sejak berada di pasaran, statin antara ubat yang paling banyak dipreskripsi di Amerika Syarikat, dengan kira-kira 17 juta pengguna.

Menurut Dr. Mercola, statin disenaraikan sebagai salah satu dari 11 jenis ubat dadah untuk kolesterol yang merbahaya.Di Malaysia, jika anda telah diberikan preskripsi dadah statin oleh doktor, maka bersedialah untuk hari-hari akhir anda.

Monday, March 4, 2013

Adakah Makanan Bioteknologi Selamat?

Sedar atau tidak, hampir 70% makanan yang kita makan hari ini mengandungi organisma terubahsuai genetik (GMO). Yang paling biasa ialah sirap jagung, makanan berasaskan soya, beras, bijirin sarapan, kudap-kudap atau snek, biskut kraker, miuman soda, susu tin, minyak masakan malah dalam daging dari haiwan ternakan. Jangan fikir kita tinggal di Malaysia selamat dari makanan GMO. Kini ia telah mula dipraktikkan secara besar-besaran oleh pengusaha-pengusaha tanaman dan juga penternak haiwan.

Ia sebenarnya tidak mengejutkan kerana teknologi kejuruteraan genetik dikatakan mampu bertahan terhadap ancaman serangga perosak, kemarau dan lain-lain. Ia juga dikatakan meningkatkan produktiviti tanaman oleh itu menjana lebih keuntungan.

Tapi adakah ia selamat untuk dimakan?
Menurut pandangan pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat, ia selamat dimakan, tahan terhadap penyakit dan menyediakan keperluan yang mencukupi untuk populasi dunia.

Manakala menurut Kesatuan Eropah (EU), mereka menolak makanan GMO. Risiko makanan GMO lebih tinggi dari faedah kesihatan. Hanya syarikat bioteknologi yang mendapat faedah dengan menjana keuntungan berlipat ganda, mendominasi pasaran makanan dunia dan menindas petani dan peladang kecil-kecilan.

Menurut Pengarah Kebangsaan Pertubuhan Pengguna Organik, Ronnie Cummins, tiada saintis yang benar-benar serius dalam dunia yang sanggup mempertahankan teknologi bio selain mereka dibayar oleh syarikat bioteknologi untuk memperkenalkan paten hakcipta terhadap benih atau teknologi yang dihasilkan. Menurutnya lagi, 3 perkataan yang boleh menerangkan keadaan makanan GMO iaitu tidak boleh dijangka, tidak pernah diuji dan ia tidak dilabel (tidak memaklumkan kepada pengguna).

Kesan buruk yang paling banyak dilaporkan dari pemakanan GMO ialah allergik. Pencemaran juga adalah risiko dalam kaedah penanaman GMO. Penyebaran benih secara tidak sengaja boleh mengancam benih asal dan sekali ia tersebar adalah sukar untuk mengawal ke mana ia akan pergi.

Pengguna sepatutnya diberitahu tentang penggunaan GMO dalam makanan yang mereka makan melalui label pada pek atau bungkusan. Buat masa ini, syarikat pengeluar makanan tidak disyaratkan melabelkan GMO pada produk mereka. Syarikat-syarikat ini juga menghalang usaha untuk menguatkuasakan peraturan pelabelan GMO. Jika produk GMO begitu baik dan memberi faedah, mengapa ia tidak mahu dilabelkan? Sebaliknya mengapa pula pengeluar makanan asli dan organik mengambil langkah bertentangan dengan meletakkan label NON-GMO atau 'TIADA GMO' pada bungkusan mereka.

Ini memberi makna bahawa ada sesuatu yang terselindung di sebalik semua ini. Salah satu sebab mereka tidak mahu meletakkan label GMO ialah kerana mereka tidak mahu mengambil risiko pengguna akan menjauhkan diri dari produk mereka memandangkan ia telah diharamkan di Eropah.  

Sila baca 10 sebab kenapa GMO perlu dijauhi di https://thriftyandgreen.com/content/why-avoid-gmo-foods-10-reasons-care 

Labels