Pages

Saturday, February 2, 2013

Sampai Bila Pengguna E-Cig Akan Berhenti Merokok?

Kami merasa agak kecewa melihat respon orang ramai yang cuba bermatimatian mempertahankan penggunaan e-cig malah ada yang mendakwa nikotin cecair itu tidak bertoksik. Ini menunjukkan betapa kuat dan ramainya golongan perokok di Malaysia yang masih cuba mempertahankan tindakan mereka merosakkan tubuh badan mereka sendiri dan cuba menghentam kami pihak yang cuba mengajak orang ramai berubah dan beralih kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Niat untuk berhenti merokok dengan bertukar kepada e-cig sebenarnya bukanlah tindakan yang bijak kerana e-cig masih membekalkan nikotin kepada perokok dan itu tidak mengurangkan apa-apa terhadap diri mereka kecuali mereka tetap masih merokok - kali ini menggunakan bateri.

Tindakan sebaik-baiknya untuk berhenti merokok ialah dengan berhenti terus dari merokok. Bukan beralih kepada e-cig. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunapakai oleh setiap individu bergantung kepada kebolehan diri masing-masing.

Jika ada yang memilih untuk menggunakan e-cig kononnya untuk berhenti merokok, saya masih belum menemui di kalangan rakan-rakan terdekat atau ahli keluarga yang telah berjaya berhenti merokok selepas menggunakan e-cig. Apa yang saya dapati, mereka terus setia menggunakan e-cig dan apabila ditanya bila mereka akan berhenti merokok, jawapan yang diberi ialah mereka sendiri tidak pasti dan tidak tahu bila mereka akan berhenti.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

3 comments:

Saya pun tanya diri sendiri soalan yang sama tapi akhirnya saya jumpa jawapan saya iaitu, saya suka merokok!

E-cig cuma alternatif yang beri saya rasa hisap rokok dan bermain asap. Saya pun baru jumpa 2-3 orang yang berhenti dari vaping. Mungkin ramai macam saya yang menganggap E-cig bukanlah device untuk berhenti merokok secara total tapi lebih kepada nicotine harm reduction product. An alternative to tobacco smoking, is it healthier? Only time will well, so far so good after about 6 years...

Cuma, kalau kerajaan haramkan terus e-cig, mungkin saya akan berhenti secara total dan tidak kembali kepada tembakau...

Hmmm... its just better than normal cig... without tar and carbon... tu jer... im a vapor too... yes nikotine is not good for our body to start with.... betul la.. nikotine memang toksik.... apa daaa

Untuk makluman admin.. 3orang rakan sy telah berhenti merokok terus.. Dalam masa tertentu mereka mengatakan rokok pahit.. Kemudian e-cig pon pahit..
Sekurang² nya e-cig ni x berbau busuk..
Pertanyaan saya adakah asap e-cig ni merbahaya seperti asap rokok yg boleh menyebabkan bahaya kepada orang sekeliling? Terima Kasih

Labels