Pages

Monday, January 21, 2013

Lagi Tentang E-Cig

Terlalu ramai manusia yang berang dengan artikel tentang e-cig sehingga ada yang sanggup menuduh kami bodoh sesedap rasa. Kami sebenarnya tidak ada masa untuk melayan keluhan manusia yang berakal pendek seperti itu tetapi oleh kerana mereka ini tidak dibekalkan dengan akal yang cukup atau otak mereka gagal berfungsi dengan betul kerana kurangnya bekalan oksigen yang sampai ke bahagian otak disebabkan telah dipenuhi dengan nikotin dan tar, maka kami terpaksa juga mengajar mereka.

(Setiap perokok pada setiap kali sedutan asap rokok, oksigen yang sampai ke dalam salur darah dan otak berkurangan dari jumlah normal. Ini disebabkan oleh nikotin dan beribu bahan kimia lain mengambil alih ruang oksigen itu untuk memenuhinya dengan agen-agen asing seperti nikotin, tar, karbon monoksida, arsenik, acetone dan sebagainya. Kesemua bahan-bahan ini adalah merbahaya kepada manusia dan boleh membunuh jika diberi setitik dos yang pekat. Nikotin contohnya banyak didapati dalam racun penyembur serangga.)

Bagi kami, apa yang susah sangat dan apa yang nak dipertahankan sangat tentang e-cig ini? Adakah mereka ini wakil-wakil penjual yang mengaut keuntungan dari jualan cecair-cecair nikotin itu atau mereka ini kononnya mahu berhenti dari menghisap rokok dan beralih ke e-cig?

Ketahuilah bahawa bertukar dari rokok biasa kepada e-cig tidak membawa apa-apa perubahan terhadap tubuh badan mereka melainkan ia ibarat keluar dari mulut singa dan masuk ke mulut buaya.

Penyelesaian terbaik untuk menangani masalah ketagihan kepada nikotin ialah dengan berhenti dari semua itu. Berhenti merokok tidak kira rokok elektronik atau rokok tembakau bergulung.  Bukan dengan menghentam dan mencaci orang lain, menuduh kami bodoh dan mengkritik pihak kerajaan konon mereka tidak dapat cukai dari jualan e-cig. Memang benar kerajaan tidak pungut cukai dari produk e-cig, tetapi ia tiada kena-mengena dengan kami. Kami bukan pihak kerajaan. Jika kerajaan mula mengenakan cukai, kami tidak dapat apa-apa. Kami adalah aktivis bebas dan tidak menyokong mana-mana pihak kecuali mereka melakukan yang terbaik untuk memperbaiki kesihatan manusia.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

4 comments:

utk pengetahuan, penulis utama TSM juga adalah bekas perokok yang sudah berhenti. penulis bkn perokok biasa malah seorang perokok tegar, setiap hari penulis hisap sekurang-2nya sekotak rokok dan adakalanya lebih dari sekotak. penulis sudah merokok lebih dari 20 tahun dan ambil keputusan bijak utk berhenti dari terus memudaratkan dan memusnahkan diri sendiri dgn berhenti merokok secara mendadak tanpa mengambil apa-apa program atau pil atau gula-gula getah nikotin dan sebagainya. penulis berasa terkejut betapa mudahnya utk berhenti apabila kita menyedari bahaya yg terdpt di dlm rokok. gmbr ngeri yg dipaparkan pada kotak rokok sebenarnya tidak berkesan selain pengetahuan yg lebih mendalam tentang bahan-bahan kimia yg digunakan dan tujuan bahan-bahan kimia itu diletak di dalam rokok membuatkan penulis sedar bhw selama ini telah dirantia dgn rantai nikotin dan ketagihan kpd bahan kimia yg ada dlm asap rokok.

hye if you dont mind to cite your sources :)

cite my source??? you should know what nicotine are? how much of it can be deadly to human? what will happen if they 'drink' that pure liquid of nicotine? they will die instantly! you should know

"cite my source??? you should know what nicotine are? how much of it can be deadly to human? what will happen if they 'drink' that pure liquid of nicotine? they will die instantly! you should know" yes!! u are correct . more than 60mg of nicotine consumed in any way will be deadly , and im not saying e cig is safe , it is less harmful than the traditional ciggys, of course the ultimate goal is to quit nicotine 100 percent like u did , with ur own will power , where as those with low will power like me , go on smoking. and actually it is called vaping not smoking, its called a personal vapor, not e cig anymore. not defending it , just justifying it . smokers are addicted to nicotine . through vaping, smokers can omit the 3999 poison and only inhale nicotine the ease the craveness , it is much cheaper to do so , personally i have 4 friends who , with vaping and will power and a mental change , have quited, i support the govermmentto issue their own endorsed liquid . inevidently , the dangers of smoking normal ciggys supasses the dangers of vaping . its a proven fact. but like u said , quitting one hundred percent is the best !! not here to pick a fight , just pointing out one thing, if people want to take nicotine we cant stoop them rite , but think of it , vaping has been here since 2003 . wat i always ask people is proof , up to them to pove it to me lah, 1.prove to me how many people died through vaping since 2003 , and 2. prove to me how many smokers died since 2003 . anyways thanks for letting me comment and cheers!!!

Labels