Pages

Friday, January 18, 2013

E-Cig di Program Bualbicara TV

Pagi ini saya dapat maklumat dari seorang sahabat mengatakan topik tentang e-cig dibincangkan dalam program bualbicara di TV. Saya tak sempat mengikutinya, tapi dari apa yang saya diberitahu, kerajaan telah menguatkuasakan akta e-cig sebagai barang dagangan yang perlu didaftarkan sebagai produk nikotin.

Kemungkinan selepas ini harganya mungkin naik kerana kerajaan bakal mengenakan cukai import atau cukai tembakau terhadap pengimport e-cig.

Apa yang saya nak nyatakan di sini, bukan tentang tindakan kerajaan itu tetapi maklumbalas dari pengguna. Saya meneroka ke laman Facebook penyiar program bualbicara tersebut dan dari sana saya sempat membaca berpuluh-puluh komen dari peminat. Jika hendak membaca seluruh komen, saya mungkin perlukan masa hingga tengahari. 

Pelbagai respon dari pembaca, ada yang setuju, ada yang tidak dan ada juga yang minta rokok diharamkan terus. 

Ada suatu komen dari penggemar e-cig yang mencabar supaya buktikan e-cig boleh menyebabkan kanser. Katanya, kebanyakan pesakit yang dibawa ke hospital disebabkan rokok tembakau, bukan e-cig.

Orang sebegini bercakap tanpa ilmu. Kanser mengambil masa bertahun-tahun malah berpuluh tahun sebelum ia dapat dikesan. E-cig baru setahun-dua diperkenalkan di negara ini. Kalau ada pengguna e-cig tegar, ia belum diberi masa yang cukup untuk sel kanser membina sel-selnya.

Dalam artikel-artiekl terdahulu, kami ada menulis tentang bagaimana penyakit menyerang manusia. Penyakit tidak datang secara mengejut. Ia memerlukan tindakbalas yang bersesuaian (chained-reaction) yang dapat membantu memangkinkan tindakbalas positif penyakit terhadap tubuh sedikit demi sedikit. Ia sama seperti mana tubuh manusia membesar dari kanak-kanak menjadi dewasa dengan hanya makan dan minum. Setiap sel diatur sehingga menjadi tubuh yang baru dalam masa bertahun-tahun lamanya.

Kami di TSM sangat bersetuju jika semua jenis produk tembakau, rokok atau e-cig diharamkan terus dari dijual di negara ini. Ini cara yang paling selamat, tapi bakal membuatkan perokok-² tegar mengalami depresi dan tidak senang duduk.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

1 comments:

Saya salah seorang pengguna personal vaporizer ini sejak dari 2010 saya dah berhenti merokok tembakau melalui device ini.

Saya faham perasaan vapers yang lain apabila kerajaan mengambil langkah drastik baru2 ini tentang ecig. Semua orang meloncat, biasalah sebab terkejut. Jadi harap pihak TSM tak ambil hati kalau ada komen sumbang dari pengguna ecigs, bukan semua orang ada budi bahasa setiap masa.

Cuma saya agak terkilan kerana TSM sering memberi fakta yang tidak jelas asal usul berkenaan ecigs. Rata2 artikel yang lain agak padat dan berguna. Mungkin pihak TSM tidak melihat dari segi kebaikan penggunaan personal vaporizer. Source yang TSM pakai dari FDA (yang memang anti ecig), WHO control semua benda. Harap TSM sedar jika mereka bagi kelulusan, lingkup habis kilang tembakau satu dunia...kerana? dah berjuta orang berhenti merokok pasal personal vaporizer ni. Ramai yang memberi feedback kesihatan meningkat, jadi itu boleh kita ambil sebagai short term result.

Nicotine bukanlah dadah yang berbahaya jika tidak melebihi dos, ianya stimulan sama taraf dengan caffeine, itu juga telah dibuktikan bertahun2 yang lepas dan bukanlah punca kematian akibat merokok. Dengan mudah TSM boleh cari fakta sebenar tentang nicotine.

TSM juga perlu tahu, apa yang menyebabkan kemarahan ramai vapers ialah orang2 yang bercakap tanpa fakta. Contohnya menteri kesihatan claim e-cigs mengundang penyakit kronik, keluar berita pun sama, itu bahaya, itu haram, itu salah. Tapi tahukah TSM ada syarikat rokok elektronik dibawah program innovation-based-opportunity IBO oleh kerajaan dengan perangkaan revenue sehingga RM27juta pada tahun ketiga? Kerajaan kata itu salah ini salah, tapi ada syarikat bernaung bawah program kerajaan jual e-cigs yang diimport dari China? Ini semua propaganda pada kami semua...Pada pendapat saya, perkara sebegini yang mengundang kemarahan ramai vapers, apatah lagi bila TSM mengeluarkan artikel tentang ecigs dimasa issue masih hangat, maka tak hairan TSM mendapat perhatian lebih.

TSM perlu tahu, ramai yang seumpama saya iaitu suka merokok dan terus mahu merokok cuma kami menemui cara yang lebih selamat. Kalau nak dikata feedback 1-2 orang itu salah, boleh saya persilakan. Tapi kalau nak kata 2-3juta orang? dari serata dunia? Saya rasa feedback yang mengatakan ecigs ini lebih baik dari rokok bukan satu tohmahan. Ada rakan yang menguji di Institut Respiratori HKL selepas 5 bulan vaping, 'usia' paru2 berkurang...Jelas sekali kajian pasal vaping belum matang, tetapi dengan teknologi terkini, kami yakin kajian tersebut mudah untuk dilakukan. Cuma tinggal adakah KKM akan melaporkan perkara sebenar atau yang sebaliknya selepas kajian dibuat. Haha...

Ok, harap TSM terus mengeluarkan artikel2 yang bermutu dan memberi pertimbangan terhadap perkara2 dibalik tabir. Isu ecigs amat sensitif kerana ia berkesan, dan mengundang padah kilang2 rokok. Tak hairan langsung semua pihak meloncat sana sini...jangan terus ambil apa yang jumpa diinternet, lihat juga yang dibelakang tabir. Salam hormat

Labels