Pages

Tuesday, January 8, 2013

Detox Terapi Ion Kaki: Benar Atau Penipuan

Benarkah terapi ion kaki dengan merendamkan kedua belah kaki di dalam larutan garam yang dilalukan caj elektrik dapat mengeluarkan toksik di dalam badan kita? Sehingga hari ini masih tiada bukti saintifik yang mengesahkan kaedah ini berkesan membuang toksik dari tubuh anda.

Apa yang kita dengar dari testimoni pesakit adalah berbentuk hipotesis di mana perbezaan yang dirasai setelah menjalani terapi ion mungkin dalam bentuk psikologi sahaja, tidak lebih dari itu.

Sambil mendakwa kaedah seperti ini adalah semulajadi tanpa menggunakan dadah dan tiada kesan sampingan, ia sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap tubuh anda sama ada tambah memburukkan atau memperbaiki tahap kesihatan tubuh anda. 

Sebenarnya larutan garam yang diberikan caj elektrik dengan menggunakan 2 besi elektrod positif dan negatif memang akan menukar warna larutan menjadi partikel kehitaman, hijau, coklat perang, kuning dan sebagainya dalam tempoh beberapa minit - tanpa merendamkan kaki anda di dalamnya. Ini dianggap sebagai 'bukti' kehadiran 'toksin' dari kaki anda. Sebenarnya saya telah mencuba sendiri eksperimen ini di rumah dengan menggunakan bateri kereta - terbukti 'kehadiran' toksin pelbagai warna seperti disebut di atas dalam larutan garam - tetapi tanpa perlu saya merendamkan kaki ke dalam larutan itu. Perubahan warna larutan adalah disebabkan proses pengoksidaan besi (karat) iaitu proses yang disebut elektrolisis. Bagaimana mereka boleh mendakwa itu semua datang dari kaki anda?

Jika anda masih belum yakin, boleh cuba sendiri dengan pergi ke pusat terapi ion tetapi jangan rendamkan kaki anda ke dalamnya. Pemilik pusat terapi pasti akan 'memaksa' anda meletakkan kaki anda ke dalamnya.

Dalam sebuah kajian, sampel larutan diambil untuk melihat unsur-unsur 'toksik' yang hadir di dalamnya. Penemuan mendapati tiada kesan logam berat ataupun unsur biologi dari tubuh manusia sebaliknya ia hanya datang dari logam elektrod yang digunakan.

Sakit kepala, lemah-lemah badan, masalah hati dan buah pinggang tidak boleh dirawat dengan kaedah ini atau berbagai kaedah detox seperti menggunakan pad kaki atau rawatan spa. Ramai doktor, saintis dan pakar perubatan percaya produk sebegini tidak mencuci apa-apa dari tubuh anda kecuali 'mencuci' poket anda. Jika benar, mengapa pad kaki tidak memerlukan caj elektrik untuk membuang toksin dari kaki anda?

Cara yang sebenar untuk membuang segala toksin di dalam tubuh disebabkan gaya hidup anda selama ini seperti merokok, alkohol, makanan yang tak menyihatkan dan berlemak, kandungan gula dan garam yang tinggi atau kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan ialah dengan melakukan perubahan gaya hidup yang positif dalam jangka masa yang panjang, bukan dalam masa yang singkat seperti merendamkan kaki atau melekatkan pad pada kaki semalaman.

Artikel lain yang berkaitan:

http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/02/sembunyikan-kebenaran-kerana-wang.html

http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/02/dakwaan-tidak-berasas-pengusaha-detox.html


Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

47 comments:

tumpang tanya "perubahan gaya hidup yang positif dalam jangka masa yang panjang" itu macam mana ek? step-step ia?

kalau saudara suhaimi rajin membaca artikel-artikel lalu di blog ini, sudah byk ditulis tentang perubahan-² yg boleh dibuat utk kembali kepada kehidupan yg positif dan lebih sihat. antaranya ialah degn mengubah pemakanan yg mengandungi bahan-² merbahaya yg terdapat hari ini, elakkan dr kunjungi restoran fast food dan byk lagi. mmg ramai yg tak mampu lakukan, tapi itulah cara sebaik-baiknya.

1) perubahan gaya hidup positif contoh : berhenti merokok

2) dlm jangkamasa panjang maksud : bukan berhenti dalam tempoh 3 hari then rokok semula~

air yg Sama, garam yg sama kenapa berbeza warna airnya....Cuba jelaskan?

Kalau betul penipuan kenapa sy membuat kajian letak garam tnpa kaki letak garam akuarium selepas setengah jam tp tiada perubahan pd air.garam biasa betul akan mengeluarkn warna tetapi 1 warna.knp?

Kalau betul penipuan kenapa sy membuat kajian letak garam tnpa kaki letak garam akuarium selepas setengah jam tp tiada perubahan pd air.garam biasa betul akan mengeluarkn warna tetapi 1 warna.knp?

Bagi saya tanya lah sendiri pada orang yang telah buat terapi kesan positif atau negatif setelah melakukan terapi ion letrik bersama garam bukit. Jika ianya tidak jelas akan jatuh Fitnah....

Sy sendiri menghadapi sakit pinggang (dah banyak tempat berurut, x hilang,ubat jgn ceta ler dah macam2 yg ditelan,) bisa2 sendi, sukar untuk tidur,susah nak buang air beasr.. Selepas mambuat terapi lebih kurang 5 kali sakit pinggang, bisa2 sendi hilang, pukul 11pm mata dah mengantuk, pagi tetap akan membuang.... Adakan ini dipanggil tipu.... Cuba buat sendiri baru cerita...

Sy sendiri menghadapi sakit pinggang (dah banyak tempat berurut, x hilang,ubat jgn ceta ler dah macam2 yg ditelan,) bisa2 sendi, sukar untuk tidur,susah nak buang air beasr.. Selepas mambuat terapi lebih kurang 5 kali sakit pinggang, bisa2 sendi hilang, pukul 11pm mata dah mengantuk, pagi tetap akan membuang.... Adakan ini dipanggil tipu.... Cuba buat sendiri baru cerita...

Sy sendiri menghadapi sakit pinggang (dah banyak tempat berurut, x hilang,ubat jgn ceta ler dah macam2 yg ditelan,) bisa2 sendi, sukar untuk tidur,susah nak buang air beasr.. Selepas mambuat terapi lebih kurang 5 kali sakit pinggang, bisa2 sendi hilang, pukul 11pm mata dah mengantuk, pagi tetap akan membuang.... Adakan ini dipanggil tipu.... Cuba buat sendiri baru cerita...

Mcm mn pula bukan takat tukar warna..tapi ada buih2 putih..

Mcm mn pula bukan takat tukar warna..tapi ada buih2 putih..

Mcm mn pula bukan takat tukar warna..tapi ada buih2 putih..

secret medicines ni dosa besar buat fitnah ikut ilmu cetek dia! saya cabar anda buat,dan rendam kaki sendiri..sama tak warna dengan orang yng buat kat sebelah. saya percaya air rndam kaki awak jadi hitam legam kerana hati awak busuk,suka fitnah dan rosakkan rexexki orang!

Salam seme.. sy salah seorang yg tak yakin dengan ion terapi seperti yg di claim oleh " the secret medicine..sy dah study and tanya org yg dah buat terapi untuk mendapat kepastian. Keputusannya sy yakin terapi ion memberi kesan kepada org yg membuat terapi tersebut. Saya dah buka pusat terapi di KULIM, KEDAH.
ini yg sy dah study :
1. Terapi yg ada kaki and terapi yg tiada kaki- sy ambil gbr setiap 5 minit. Hasilnya mmg berbeza. Memang ada tindakan elektrolisis yg menyebabkan warna air berubah walaupun tiada kaki tp perubahan warna dan keladak tak byk berbanding yg ada kaki yg begitu berkeladak and kehitaman. Boleh juga refer to youtube terapi yg dibuat oleh mat saleh perbandingan yg ada kaki and takde kaki.
2. Di pusat terapi sy, kalau 4 org buat pada masa yg sama, warna air mmg berbeza antra satu sama lain w/pun air dn garam n array yg sama.
3. Testimoni dari org yg dah buat- mmg dia org kata ok seperti yg en Baharuddin ckpkan tu. Bukan sbb psaikologi sbb mmg sakit2 tu hilang tp kita kena igt, kesan bergantung kepada individu(sama lah yg kita p klinik ambil ubat demam cnthnya, ubat demam yg sama tp kadar baik dr demam berbeza ant individu.
Kalau kita baca berkenaan benefit of ion negatif kepada badan, mmg membantu dlm menjawab samada ion terapi betul ke tak.
Wallahualam


TERAPI IONIK MENIPU?
Salam tuan/puan..
Sebenarnya terapi ionik tidak menipu.. JANGANLA JADI INSAN YANG KUFUR ILMU YANG ALLAH BAGI.. memangla kalau tidak letakkan kaki warna keluar TETAPI ion2 negative tersebut tidak ke mana2 hanya ada di situ dan tidak disalurkan ke tubuh badan kita melalui pori-pori tapak kaki untuk meneutralkan keadaan dalaman badan kita yang terlalu banyak toksin..
Yang TERPENTING sekali ialah keadaan kesihatan customer yang datang berubat telah sembuh dAN tidak lagi bergantung pada ubat hospital... dok makan ubat ubat hospital, kesan jangka panjang ia akan kacau buah pinggang lak. Nasihat saya kalau ada mak ayah yang hadapi sakit urat, lenguh2, kebas2, gastrik pergi la berubat cara ni.. bnyk sgt dah toksin dlm badan. Tersangat bnyk manfaatnya perubatan cara terapi ionik ini dan dah menyembuhkan ramai orang. Saya ada ramai testomoni yang datang ke pusat terapi saya.. Wallahhualam.

Lagi satu sambungan dari cerita di atas - SY SUKA MENGGUNAKAN KONSEP INI, KALAU SAYA BATUK SAYA DAH GUNA UBAT CAP A, CAP B DAN CAP C TAPI BATUK SAYA MASIH TAK SEMBUH2. LAST2 SEKALI SAYA GUNA KICAP+PERAH LIMAU SEMBUH PULAK BATUK SAYA TU. Kenapa kita tak cakap ubat batuk dr farmasi/klinik/hospital tu menipu? sebab ia tak mampu nak sembuhkan batuk saya? sebab tu kalau cikpuan rasa benda ni tidak serasi dan tak percaya tak perlu la buat. Ada orang buat terapi dan pulih dengan cara macam ni, SO WHAT? Kau tak percaya,kau jangan buat.. bagi org yang ada masalah yg buat then kau bila dapat penyakit pergi je la dapatkan ubat hospital yg mana ubat2 tersebut jangka panjang akan kacau buah pinggang!!!! ORANG YANG TAK BUAT JA YANG DOK SEMBANG LELEBIH NI.. JANGANLA KUFUR ILMU YG ALLAH TAALA BAGI. SUBHANALLAH...IA MEMBANTU LEBIH RAMAI ORANG SIHAT TERUTAMANYA MAK AYAH KITA YANG DAH KURANG SIHAT DAN TAK MAMPU MEMBUAT AKTIVITI YG MENGELUARKAN PELUH. INI CARANYA KITA BUANG TOKSIN IAITU DENGAN BERTERAPI IONIK UTK MENSTABILKAN KEADAAN DALAM BADAN KITA.

SESUNGGUHNYA DLM BADAN KITA NI BANYAK ION2 POSITIF(SIFATNYA ASID) SEBAB TU BANYAK PENYAKIT. JADI ION2 NEGATIF (SIFATNYA ALKALI) DARI GARAM TU AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BADAN KITA MELALUI PORI2 TAPAK KAKI.

CAKAP BANYAK TAK MAU, RASA SENDIRI PERBEZAAN SEBELUM DAN SELEPAS TERAPI SEKIRANYA ADA MASALAH KESIHATAN.. KALAU ADA MASALAH NAK TIDOR MALAM PUN BOLEH..KALAU ADA MASALAH KESIHATAN PERGILA BUAT SEBANYAK 6-12 KALI BERTURUT2 SAMAADA SETIAP HARI, SELANG SEHARI, 2HARI, 3 HARI. JANGAN SELANG 4,5,6,DAN 7 HARI KERANA TOKSIN AKAN TERKUMPUL BALIK DARI PEMAKANAN KITA. WALLAHUALAM.. SUDAH RAMAI YANG SEMBUH DARI PENYAKIT YANG TIMBUL DARI PEMAKANAN HARIAN KITA TU..TERIMA KASIH.

Terapi Ion Letrik adalah satu kaedah rawatan dan jika tiada kesan pada seseorang itu kenalah berusaha cara yang lain.Jangan lah terus sebarkan pada semua orang ianya satu penipuan takut jadi fitnah. Kita pun tahu " Setiap Penyakit Yang Allah Turunkan Pasti Ada Penawarnya ".
Sedangkan seorang Doktor yang hebat pun bila hendak melakukan pembedahan akan meminta waris sign surat setuju agar sekiranya pembedahan itu tidak berjaya tiada kes pendakwaan yang akan dibuat.
Tiada jaminan di dunia ini. Kita hanya perlu Berdoa, Berusaha, Berikhtira dan Bertawakal...Selebihnya Allah yang menentukan.

Mtk maaf..sy setuju usaha untuk buat kajian...tapi xsetuju sekiranya menggunakan peralatan yg berbeza..contoh mesin tu xdigunakan bahkan hanya sambung wayar pada adaptr then salurkn plat besi..plat besi pulak ntah ambil dari mana...sila gunakan peralatan yang sama dgn yg digunakan oleh kedai terapi..ade yg buat mcm ni kmudian dgn bangge kate peniaga menipu dan menggunakan nama Allah utk meyakinkan org..terus saman...nauzubillah...peniaga keluarkan modal utk dapat peralatan tersebut..pastikan buat kajian yg adil..

Kenapa air warna belainan...? . TOLONG PERHATIKAN... Garam yang dimasuk kan, jika garam sukatan lebih air akan jadi banyak warna dan gelap yang dikatakan bermacam peyakit, jika garam yang sedikit air akan bertukar kemerahan sedikit yang di kata kan lemak dan jika garam tak dimasuk kan tiada perubahan warna.

kalau pengusaha sendiri pun belum pasti, jgn biarkan lebih ramai orang tertipu. pelanggan perlulah selidik terlebih dahulu, pengusaha perlulah buktikan ia benar-benar berkesan terlebih dahulu, barulah adil.

Assalamualaikum..saya dah menjalani 2 kali terapi ion ini..dan kesannya sakit pinggang dan buasir saya hilang..nenek saya yang baru menjalani 2 kali terapi jua kini boleh berjalan menggunakan ongkat kaki 1 sedangkan selama ini dia berjalan menggunakan tongkat 4 kaki..saya juga mulanya tidak percaya.tetapi setelah mengalaminnya sendiri..saya hanya boleh mengucapkan ALHAMDULILLAH buat nenek saya..sekarang saya jika ada sedikit masa saya akan membantu pakcik saya dalam membuat terapi ini..

wa dgr cerita pasal terapi nie...wa pon tak percaya....pasal xde logic nyer...
lalu wa pegi sendiri ke pusat2terapi ion nie..tujuan utk merasai sendiri kesan rawatan nie...

sambil2 buat terapi wa pon sembang la dgn customer2 yg ada kat ctu...hehehe

semua memberikan kan jawapan positif pada sakit2 mereka...bukan sorg ramai beb yg wa temuramah...wa dh try terapi nie sebanyak 7x..tapi wa tak nampak apa2 perbezaan pd wa..pasal wa takde sakit...tapi yg dikata toksik punya la byk kuar dr kaki wa..menakutkan beb...

dari temuramah wa..wa percayalah..nie rawatan ion tak tipu pasal wa bukantanya pengusaha terapi...wa tanya customer beb..ahaks

saya ada jugak buat terapi ni.adalah dalam sekali..tp mcm susah nak pecaya..sbb dlu masa study chemistry masa form4 form 5 ia consider sebagai electrolysis dan setiap kod warna adalah adalah perubahan tindak balas dalam process tersebut...garam tu sbnrnya sebagai menjadikan air tu lebih bersifat konductor untuk mengalirkan electric...tp pandagan masing2 saya pun x pasti ia memang betul2 terapi yang baik...

http://www.youtube.com/watch?v=LOdXEBslCHs

Pesakit dan kesan psikologi - apabila pesakit mampu mengubah psikologi diri kepada positif; ia akan membantu penyembuhan penyakit yang dihidapi...dipanggil juga self-theraphy

Yang menjadi penghalang adalah sikat negatif pesakit yang sering mengeluh dan terlalu bergantung kepada ubat2an...satu lori ubat pun tak baik...

Saya baru buat terapi ni ptg tadi..nak tanya naper air saya hitam pekat manakala org sebelah saya mcm jernih je sedangkan kami baru first time dtg terapi....boleh kah arus letrik mengeluarkan benda mcm keladak...

Fcd kuala lumpur

This comment has been removed by a blog administrator.

Salam,

Saya pengunjung baru blog ini..mohon izin untuk bertanya admin ttg kenyataan yang dikeluarkan ..dari sumber manakah admin baca untuk menidakkan sesuatu isu seperti isu ini? adakah melalui kajian2 yang dibuat oleh penyelidik2 sebelum ini atau pembacaan buku..saya amat berminat untuk mengetahui dan mendapatkan sumber tersebut memandangkan saya seorang pelajar dalam bidang biologi..terima kasih,,

sape boleh jawab..

kawan ada juga buat terapi ion ni. ada try sekali. memang dia ada guna garam..garam biasa je dlm kuantiti yg sikit. tu pun dibancuh dalam baldi besar dan di agih2kan ke tray masing2. kalo kata warna berubah sebb jumlah garam..aku rasa jumlah garam tu sama rata je sbb dah dibancuh dlm baldi lain dlu sblm di agih2 kan ke tray. resultnya berbeza..ada yg air berkeladak merah berminyak, ada yg merah berkeladak je, ada yg bebuih2 je..yg kawan dah buat terapi kali ke 4, katanya dlu keruh..time tu dah semakin jernih. boleh explain kenape result berbeza, tetapi datang dari punca/alat yg sama?

Benda ni elektrolisis la...kaler tu datang dari garam dan electrode tuh...
"kesan2" yg korang rasa tu adalah effect psikologi...

ni ada yg wat eksperimen pasal tak rendam kaki pun air tukar kaler... http://www.youtube.com/watch?v=64WjxHBTFY8
dan sini http://www.youtube.com/watch?v=LOdXEBslCHs

oh ya...sape2 yg tak paham amende elektrolisis, electrode semua tu, boleh rujuk sini...
http://en.wikipedia.org/wiki/Electrolysis

agak pelik dengan kenyataan TSM, ramai yang bertanya dan memberikan bukti2 testimoni daripada pengamal Terapi ini, tapi TSM x reply pun untuk memberikan respon, kalau ada pun mcm tidak menepati soalan yang diberikan..seperti helah bela diri je..sy hanya memerhati perbncangan dalam ini je, jika benar TSM telah melakukan kajian seperti kenyataan TSM di atas, buktikanlah hasil kajian itu di sini. Contohnya "Dalam sebuah kajian, sampel larutan diambil untuk melihat unsur-unsur 'toksik' yang hadir di dalamnya. Penemuan mendapati tiada kesan logam berat ataupun unsur biologi dari tubuh manusia sebaliknya ia hanya datang dari logam elektrod yang digunakan." boleh tak beritahu pada saya kajian tu dari mana ye sumbernya? harap TSM mampu explain pada setiap soalan yg ditanya kerana TSM pun telah banyak melakukan kesimpulan daripada hasil Terapi Ion yg dikatakan menipu orang ramai ini. Sebagai org luar, sy suka membca blog TSM ini, tapi kdg2 terasa mcm agak NEGATIF pula...memang tidak dinafikan TSM pengamal makanan herba yang sy lihat di TSM Certified memang bagus..tapi x semua mampu lakukan apa yg TSM amalkan, Allah bagi banyak jalan ikhtiar untuk sihat jika sakit. Mungkin Terapi Ion yg disifatkan oleh TSM ini sebagai satu penipuan,namun apabila ada org lain yg mengamalkannya menjadi semakin sihat, bersyukurlah..jika benar TSM kata Terapi Ion ini satu penipuan, sy mohon sekali lagi TSM mampu menjawab segala persoalan daripada pengomen2 di atas ya..seronok juga sy membacanya cuma sbg manusia, apabila kita berani membuat sesuatu kesimpulan, haruslah dibuktikan dengan hasil yg terbaik, baru org percaya, namun jika apa yg TSM sebarkan dalam blog ini adalah Satu PENIPUAN hasil kurangnya kajian atau kurangnya ilmu, maka ditakuti ia menjadi FITNAH..nau'zubillah..jadi fikir2kanlah ya...harap TSM mampu memberi penerangan pada setiap persoalan daripada pengamal2 Terapi ini, untuk meleraikan masalah yang TSM cipta ini...Salam Herba...:)

http://www.naturallysavvy.com/dr-zoltan-rona-md/beware-of-some-popular-detoxification-methods


http://www.denvernaturopathic.com/news/footsoaks.html


http://www.guardian.co.uk/science/2004/sep/02/badscience.science




kajian tlh dibuat....

bang eyhan0307, pi baca kat link yg poisonivy bg tu. tsm dah tulis pasal kajian yg diorg collect sample tu rupanya bkn dari unsur biology (maknanya bkn dtg dari kaki manusia)tu tapi byk org masih degil x mau percaya. kalau x percaya, lantak korang lah. pegi lah ulang-alik rendam kaki sampai bila-bila

maaf saya mencelah..tok saya dah buat 4 kali rawatan ni.4 kali rawatan memg menunjukkan banyak keladak kuning berminyak y menunjukkan seseorg tu ada kolestrol..dan tok saya mmg ada kolestrol.sya juga ada try buat 2 kali,dua kali saya buat mendapat keputusan y sama drah x lancar..memg saya selalu rasa kebas2,sebelum ni pun saya x percaya dgn kaedah ni tapi bila da cuba sendiri bru taw..bend ni ikut keyakinan individu..

Tsm jgn nk hasrat dengki sgt..sy antara cust ion terapi ni..ia sgt berkesan..kuasa allah siapa yg tahu..jd kita ikhtiar...

Memang merepek...saya sokong TSM..

segala-galanya ciptaan Allah. tak ada yang mustahil.

Kajian Klinikal berkaitan penggunaan foot detox ini:

Objective Assessment of an Ionic Footbath (IonCleanse): Testing Its Ability to Remove Potentially Toxic Elements from the Body.
http://www.hindawi.com/journals/jeph/2012/258968/

Saya sangat setuju dgn kebanyakan pendapat di atas, saya sendiri telah melakukan terapi ini, memang meninggalkan kesan kpd saya...kpd yg empunya blog ni..buat lebih sikit kajian, jgn nak copy paste je....

WOIIIII SEMUAAA...TENGOKKK NIIIEE CUKUP-CUKUPLAHHHH DITIPUU HAHAHA

http://www.facebook.com/photo.php?v=488773351204300

dua plat letrik (Positive & Negative) dimasukkan dalam air takkan jadi apa2, bila bubuh garam baru lah air tu menjadi pengalir letrik atau omputih panggil electrolyte, dlm proses mengalir letrik tuu enapan akan terhasil dikedua2 plat positif & negative tu (bergantung kepada bahan apa yg dicampur dlm air tu) keseluruhan proses tu dinamakan elektrolisis. kepada yg bubuh macam2 testimoni kat sini tuu.. penah tak cek kepala plat yg diletak dlm air tu? hentah berapa lapis punya karat daaaaaaa.. lagik tebal karatnya lagik tebal laa kekeruhan air tu. Kalau nak lebih kompom lagi, ambik air karat berbuih tuu bawak pergi LAB cek apa benda tu, jgn dengar temberang tukang scam tu haha
nak tau apa hasilnya elektrolisis dgn garam dapur atau Natrium Klorida? baca sini: http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/KD%202.%20elektrolisis.pdf

yg penting skang ni memang terbukti rawatan kaki ini penipu,hari hari buat pun hari hari ade toksin kalut lar macam ni cina gunung punya duit pun boleh abis

yg penting hari2 buat hari2 keluar kotor bile nak bersih pun x tahu cuba buat 1jam boleh tak sampai gararm tu dah abis larut ape jadi? mesti color hitam sampai tahap tu je nampak sangat terapi ni penipu

that why its call 'terapi'...
hehehe..kalau pendedahan ini tidak dibuat..tentu ramai yang pulih dr penyakiy yg dihidapi..
Oleh kerana pendedahan telah dibuat berkenaan sebab sebab kotoran yang kononnya keluar dr kaki itu satu penipuan,tentu pesakit2 yg pulih td akan sakit balik...hihihihi..just imagine saja...kekadang rawatan pada manusia ni memerlukan Psikik....kaedah ion ni pada pandangan saya adalah Psikik..wallahualam

that why its call 'terapi'...
hehehe..kalau pendedahan ini tidak dibuat..tentu ramai yang pulih dr penyakiy yg dihidapi..
Oleh kerana pendedahan telah dibuat berkenaan sebab sebab kotoran yang kononnya keluar dr kaki itu satu penipuan,tentu pesakit2 yg pulih td akan sakit balik...hihihihi..just imagine saja...kekadang rawatan pada manusia ni memerlukan Psikik....kaedah ion ni pada pandangan saya adalah Psikik..wallahualam

Salam semua..bagus gak kalo ada 2 pandangan.sekurang2nya ada perbincangan. Cuma saya nak bagi komen tentang kenyataan diatas. Kaedah memang elektrolisis. Cuma penggunaan sains nie yang berbeza2..ada yang guna cara ni untuk industri seperti krom.dan salutan emas tiruan.ada diguna untuk nyah karat dan xkanla bile kita nak guna kaedah ni pada kesihatan admin xdapat nak terima kaedah ni..sains skopnye meluas..ada banyak lagi kajian tentang elektrolisis yang boleh digunakan dalam berbagai bidang. Saya tengok ion+ dan ion- saling bertemu pada atom..tapi ada ion yang dinamakan ion radikal ni pada tubuh manusia selalunya akan merosakan ikatan ion2 dalam tubuh.kaedah elektrolisis ni plak memang mempunyai prinsip yang paling sesuai untuk menarik ion radikal yang bersifat ion positif keluar dan garam tu plak adalah ion negetif kerana ia mengandungi mineral akan megganti tempat ion positif yang dikeluarkan tadi..kalau kita belajar tentang ion kita akan paham prinsip ion iaitu ape jumlah ion yang keluar kan diganti dg junlah ion yang berlawanan adalah sama banyaknya..sekian sahaja.

Saya sokong TSM. nak cuci, cucilah 'poket'

Labels