Rasanya sudah tiba masanya saya kongsikan bersama pembaca tentang makanan dan minuman yang tidak lagi saya ambil sejak beberapa tahun yang lalu dan dan saya berdoa supaya rekod ini berterusan sehingga di masa-masa akan datang serta tiada gangguan atau godaan yang mampu menggugat rekod ini. Berikut adalah makanan & minuman yang tidak lagi saya ambil secara total iaitu 100%;- Sosej - ada banyak sekali kajian yang dilakukan serta maklumat di internet yang menyatakan sodium nitrite adalah bahan kimia karsinogen tetapi ia sering terdapat dalam apa saja jenis sosej yang terdapat di pasaran
- Nuget - kebanyakan nuget hari ini bercampur dengan bahagian-bahagian ayam yang kotor seperti tongkeng dan kaki dan ia cukup meloyakan tekak saya untuk memakannya
- KFC - saya tidak lagi makan di restoran makanan segera ini kerana ia mengandungi sodium nitrite
- Fishermen's Friend, Nutra Sweet dan segala gula-gula mentol tanpa gula - mengandungi aspartame yang amat merbahaya kepada manusia. Dahulu, Fishermen's Friend adalah rakan rapat saya, ke mana saja saya pergi, ia sentiasa ada dalam poket.
- Ayam - sukar untuk memilih ayam yang organik, kebanyakan ayam ternak hari ini disuntik dengan ubat antibiotik dan tahap pembesaran ayam hari ini amat luarbiasa
- Coca-Cola - minuman berkarbonat ini mengandungi gula yang tinggi dan klorin. Ia melemahkan tulang dan merosakkan gigi
- Kentang goreng - mengandungi acrylamide yang karsinogen
- Nescafe - dahulu saya adalah pengemar tegar Nescafe dicampur dengan susu pekat manis. Hari ini saya telah berjaya gantikan kopi ini dengan minuman teh yang nipis
- Susu lemak berkrim - atau lebih dikenali sebagai susu pekat manis mengandungi minyak dan lemak yang tinggi, menyumbang kepada penyakit jantung. Tiada stok susu jenis ini di dapur mahupun di dalam peti sejuk saya
- Minuman Perasa Buah-Buahan Tiruan - terdapat banyak di pasaran dengan pelbagai perisa tetapi tiada sebiji buahpun di dalamnya. Yang ada ialah pewarna dan bahan kimia yang diubahsuai menjadi rasa seperti buah-buahan. Pewarna dan perasa tiruan bukan sesuatu yang patut masuk ke dalam tubuh kita
- semua jenis minuman sugar-free yang mengandungi aspartame - saya mengetahui mengandungi aspartame dengan membaca label kandungan pada bungkusan atau pek
- Mayonis - saya tidak gemar rasa mayonis tambahan pula ia berasal dari minyak.
- MSG
- gula putih - kalau minum di kedai, saya minta kurang manis kerana mereka tidak menyediakan gula organik atau stevia
- garam putih - masakan di restoran semuanya mengandungi garam putih dan ia tidak dapat dielakkan
- tepung putih - roti canai, pisang goreng, roti bun mengandungi tepung putih
- minyak masakan - semua makanan bergoreng di restoran tentu menggunakan minyak
- sayur-sayuran - anda tentu terkejut kerana saya jarang sekali makan sayur. tetapi saya mempunyai alasan tersendiri. sayuran hari ini mengandungi racun serangga
- madu lebah asli
- kulit kayu manis - dicampur dalam teh
- halia - juga dicampur dalam teh
- parsley - gunakan dalam masakan
- serai
- kunyit
- biji buah pelaga
- aloe vera
- bawang putih
- buah-buahan yang tak terkira jenisnya
- ikan
- kambing
- dan banyak lagi makanan semulajadi.
Sebenarnya untuk mengawal pemakanan kita bukanlah sukar. Ia bergantung kepada kemahuan kita. Jika anda benar-benar mahu mengubah corak pemakanan anda menjadi lebih baik dari sekarang, anda boleh mencubanya sendiri tanpa perlu dipaksa. Tanamkan azam bahawa "anda ingin hidup yang lebih sihat, kulit yang licin serta awet muda, ceria dan dijauhkan dari segala penyakit.










