Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Monday, October 29, 2012

10 Cara Elak Risiko Kanser

Meskipun agak mustahil untuk mengelak diri kita dari terdedah kepada semua bahaya kesan toksik di sekeliling yang boleh menyebabkan kanser di zaman sekarang, anda masih boleh lakukan perubahan-perubahan tertentu yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan diri kita terdedah kepada unsur-unsur toksik ini.

Lakukan sedikit perubahan dapat mengurangkan risiko mendapat semua jenis penyakit kanser dan ia lebih baik dari tidak berbuat apa-apa. Antara perubahan yang mampu anda lakukan ialah;

1. Amalkan pengambilan makanan organik
Makanan organik adalah makanan asal manusia sebelum tercipta teknologi pemprosesan makanan. Anda bukan saja dapat elak dari makan racun serangga malah terhindar dari makan makanan GMO, bahan tiruan dan pengawet. Kurangkan pengambilan daging dan makanan berasaskan tepung putih seperti roti, donut, kek. Kesemuanya mengandungi hydrogenated oil. Elakkan juga membeli sayuran dan buah-buahan dari Cameron Highland kerana penggunaan racun serangga yang tidak terkawal. Tidak perlu mengikuti 100% dasar piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan kerana ia tidak lagi sesuai diamalkan hari ini.

Di masa akan datang, jika diizinkan, saya akan tulis mengenai bahaya tepung putih.

2. Tapis bekalan air
Bekalan air terawat yang sampai ke rumah anda hendaklah ditapis dengan menggunakan sistem penapis. Walaupun ia 'dirawat' di loji takungan, ia hanya untuk membunuh kuman dan bakteria sahaja dan tidak menghapuskan bahan-bahan bertoksik yang terdapat di dalam air. Penapis yang baik dapat mengelak anda dari terdedah kepada arsenik, florida dan klorin yang merbahaya.

3. Gunakan bahan penjagaan diri yang semulajadi
Elakkan menggunakan bahan penjagaan diri seperti syampu, sabun/krim mandian, ubat gigi yang mengandungi florida, triklosan, pewangi, PEG, SLS, polyethylene, paraben, isopropyl. Bahan sebegini semuanya bertoksik dan boleh memberi kesan kanser dalam jangka panjang.

4. Elakkan penggunaan ubat nyamuk yang terlalu kerap
Kalau boleh, gunakan kelambu. Ubat nyamuk semburan mengandungi bahan-bahan toksik yang amat bahaya kepada manusia. Pendedahan setiap hari kepada pengguna boleh mendatangkan penyakit kanser dan paru-paru. Jika diberi pilihan, saya lebih rela menghidu bau najis haiwan dari menghidu bau semburan ubat nyamuk.

5. Gunakan pencuci lantai semulajadi
Sama seperti bahan penjagaan diri, pencuci lantai yang biasa terdapat di pasaran mengandungi bahan bertoksik. Gunakan campuran lemon dan cuka sebagai alternatif untuk embersihkan lantai rumah anda.

6. Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro
Ketuhar gelombang mikro (microwave) membunuh makanan. Ia menjadikan makanan sifar khasiat dan sifar nutrien. Gunakan oven, teknik kukus atau panggang.

Oven tidak sama dengan microwave. Oven menggunakan kaedah pemanasan ruang manakala microwave menggunakan kaedah pemanasan tenaga melalui gelombang mikro. Makanan yang dipanaskan semula dengan microwave biasanya akan cepat keras. Oven memasak makanan dari luar ke dalam manakala microwave memasak makanan bermula dari dalam ke luar. Ini bukan kaedah memasak semulajadi.

7. Kurangkan masa bercakap melalui telefon bimbit
Telefon bimbit memancarkan radiasi yang boleh mendatangkan kanser. Gunakan hands-free atau bluetooth jika ada.

8. Jangan gunakan talkum bayi (baby powder)
Tentu ramai yang tidak setuju dengan kenyataan ini. Hakikatnya talkum bayi memang merbahaya dan karsinogen. Anda boleh klik di SINI jika masih tak percaya! 


9. Gunakan alat solek yang selamat atau dari sumber semulajadi
Amat sukar untuk mengelak dari menggunakan alat kosmetik yang selamat hari ini. Hampir semuanya mengandungi bahan kimia.

10. Elakkan menggunakan plastik
Jangan gunakan plastik sebagai bekas menyimpan makanan atau minuman lebih-lebih lagi makanan panas. Plastik seperti pvc, polisterin amat merbahaya dan boleh mendatangkan kanser. Gunakan bekas stainless-steel atau diperbuat dari kaca.  

Kalau terhidu bau semburan ubat nyamuk, penyembur lipas atau apa saja racun serangga perosak yang digunakan, saya akan jauhkan diri dari tempat itu. Saya benci kepada bau semburan seperti Ridsect, Fumakilla, Shieldtox dan sebagainya. Saya akan tahan nafas selama yang boleh sebelum meninggalkan kawasan yang disembur tetapi saya lihat ada manusia yang dengan selamba seperti sudah lali dengan bauan sebegini.



Kartun humor dipetik dari counterthink.com

Labels