Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Thursday, August 2, 2012

Pertambahan Pengunjung TSM

Jika anda pernah mengikuti posting-2 di blog ini sejak mula lagi, saya harap anda tidak semestinya menerima bulat-bulat apa saja pandangan terdahulu yang terdapat di sini kerana anda semua perlu makluum bahawa dunia ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan maklumat tentang makanan yang pernah ditulis di sini sama ada ia sesuaut yang positif atau negatif kerana ada pengusaha makanan yang sudah mula mengubah strategi pemasaran dengan membuat perubahan-perubahan yang positif kerana mereka sudah mula menyedari kehendak pengguna hari ini yang semakin bijak memilih produk untuk dimakan. Anda perlu bijak dalam mendapatkan maklumat. Salah satu caranya ialah dengan membaca maklumat nutrien pada bungkusan. Jangan mudah terpedaya dengan perkataan-perkataan yang besar tetapi baca pada kandungan yang digunakan. Mengandungi bahan perasa dan pewarna yang diluluskan bermakna ia mengandungi bahan kimia. 'Tiada gula tambahan' bermakna bukan produk itu tidak mengandungi gula langsung, sebaliknya ia mengurangkan hanya sedikit saja sukatan gula yang biasanya digunakan pada produk itu. Sukros, fruktos, maltosa adalah gula. Sugar-free bermaksud ia menggantikan bahan lain sebagai gula, sama ada ia menggunakan bahan kimia aspartame atau bahan semulajadi stevia. Aspartame dan sodium nitrite perlu dijauhkan dengan apa cara sekalipun.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para aktivis amalan pemakanan semulajadi atas usaha-usaha mereka membantah kehadiran bahan-bahan asing, bahan kimia dan lain-2 yang tidak sepatutnya masuk ke dalam mulut kita.

Ini adalah suatu petanda yang positif dengan sebahagian dari pengusaha makanan sudah mula sedar akan keperluan pengguna untuk mendapatkan yang terbaik. Diharap kempen-kempen mendapatkan produk-produk semulajadi yang berkualiti tidak harus berhenti di sini sahaja.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung yang semakin bertambah dari hari ke hari, menunjukkan pertambahan pembaca yang berminat mendapatkan maklumat-maklumat yang tidak 'bias' kepada mana-mana pihak malah tidak ada agenda tersembunyi seperti mengaut keuntungan di sebalik maklumat-maklumat yang dikongsikan.Telah ada pembaca tetap blog ini, malah mungkin ada di kalangan pembaca yang 'bookmark' page ini, mungkin juga ada yang membantu menghebahkan akan kewujudan blog ini lalu dikongsi kepada rakan-rakan mereka. Diharap anda akan terus menyokong usaha kami di sini untuk memberikan maklumat-maklumat terbaik untuk anda. 

Saya meminta maaf atas ketidakhadiran sejak sekian lama selepas posting terakhir pada Februari yang lalu sehingga akhirnya saya telah mendapat semula semangat untuk menyiarkan artikel terbaru tentang ayam sosej dan nuget yang menggunakan bahan-2 terbuang 2 hari yang lepas.

Insyaallah saya akan terus bersama dalam memperjuangkan hak-hak pengguna dalam isu makanan semulajadi, berkhasiat dan terus berkempen untuk menyedarkan masyarakat di Malaysia ini bahawa kita sebagai pengguna tidak seharusnya memandang isu makanan sebagai isu yang remeh. Seperti kata MD Dr. Al Sears, You Are What You Eat, ia menyatakan bahawa kita akan menjadi seperti apa yang kita makan. Jika kita sering memakan bahan kimia dan pesticide, kita akan mudah mendapat penyakit kronik sebaliknya jika kita mengamalkan pemakanan semulajadi yang berkhasiat, insyaallah kita tidak akan mudah diserang penyakit merbahaya.

Labels