Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Monday, July 30, 2012

Nuget, Sosej Dari Bahan Buangan Ayam

Nuget dan sosej hari ini seolah-olah sudah menjadi makanan wajib bagi kanak-kanak. Jika tiada di dalam peti sejuk di rumah, ia boleh didapati di pasar-pasar malam yang dicucukkan ke lidi seperti satay kemudian digoreng menghasilkan warna keemasan. Tetapi tahukah anda kebanyakan pengusaha produk-produk sejuk beku ini yang berlambak di pasaran menggunakan helah dan penipuan yang sejak dahulu lagi sehingga orang ramai sering percaya selama ini apa yang mereka lihat di label bungkusan adalah sama dengan apa yang mereka makan. Sebenarnya tidak semestinya. Yang paling ramai menjadi mangsa selama ini adalah kanak-kanak kerana ayam dan kanak-kanak hari ini begitu sinonim. Saya tidak pernah lagi membeli produk sejuk-beku sebegini dan saya sendiri sudah begitu lama meninggalkan makanan sebegini.

Puncanya sejak saya menyedari semua sosej di pasaran  mengandungi bahan kimia sodium nitrite yang boleh mendatangkan kanser. Kemudian terbayang di fikiran ,bagaimana pemprosesan daging ayam antibiotik yang membesar secara tidak normal - dihancurkan di dalam mesin industri yang bercampur dengan berbilion jenis bakteria yang ikut serta menjadi bahan 'penambah perisa' lalu ditambah pula dengan warna-warna segar supaya ia nampak seperti baru disembelih. Kemudian diikuti dengan penipuan yang paling berkesan sekali iaitu pada perkataan-perkataan menggoda bakal pembeli pada bungkusannya yang dihias cantik dan kemas nampak seolah-olah datang dari kilang yang mempunyai sijil ISO. Percayalah, mereka yang bekerja di kilang-kilang memproses daging ini tentu tidak lalu makan kerana mereka lebih tahu. Marilah kita semua sama-sama memboikot produk-produk jijik ini dan jangan beri sokongan kepada pengusaha yang hanya mementingkan keuntungan saja tanpa mempedulikan kesihatan pengguna. 

Sejak membaca artikel di dalam majalah Al-Islam keluaran bulan Ramadhan/Syawal beberapa hari yang lalu, ia tambah meyakinkan dakwaan saya selama ini dan azam saya kali ini untuk menganggap ia 'bukan lagi sejenis makanan.' Berikut artikel menarik yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.  Ia wawancara ringkas dengan seorang pengusaha ternakan ayam organik yang tidak menggunakan kaedah suntikan antibiotik.


Di Amerika dan Eropah, ada pengawalan. Yang tidak ada ialah di Malaysia. Apabila disebut nuget, sosej, burger, maka pengusaha akan masukkan sekali sisa ayam iaitu tulang, kulit, tongkeng dan lemak semasa memprosesnya. Sisa ayam itulah yang dicampurkan dengan hanya 20 peratus daging ayam dan yang selebihnya tepung serta bahan perasa. Daging ayam hanya sebagai mengambil rasa ayam saja.

Di Amerika dan Eropah, perkara itu memang dilarang sama sekali seperti yang ditetapkan oleh MRM (mechanically recovered meat) dan MDM (mechanically deboned meat). Di negara tersebut ditetapkan bahawa bahan lain atau sisa ayam hanya 20 peratus saja dari daging ayam. Malaysia tidak ada kawalan seperti itu. Maka pengusaha makanan mencampurkan semua sisa-sisa ayam seperti kulit, lemak, bontot untuk menghasilkan nuget dan sosej. Mencampurkan semua bahan ini membawa kesan yang buruk kepada kesihatan. 

"Jika mengikut hukum, yang memudaratkan diri adalah haram. Kemudian saya tanya, makanan yang sudah terbukti dengan kajian sains memudaratkan diri dan ada kesan sampingan bagaimana? Jika makanan segera seperti nuget, sosej, daging burger sebanyak 75 peratus darinya keseluruhan campurannya adalah bahan buangan dari ayam seperti kulit, tongkeng, lemak dan perasa serta tepung manakala dagingnya hanya sedikit saja, bagaimana pula?

"Cuba ambil contoh sosej di pasaraya harganya tidak sampai RM2. Sedangkan saya terpaksa menjual sosej dengan harga RM9 tanpa campuran sisa ayam. Bandingkan harganya, bolehkah harga RM2 itu menampung kos pembungkusan. penyelenggaraan dan keuntungan yang diambil oleh pasaraya. Sebenarnya apa kandungan yang terdapat di dalam sosej itu sedangkan isi ayam import dari Thailand dan China pun sudah mencecah RM7 sekilo. Kalau benarlah sosej itu memang mengandungi daging yang betul=betul daging ayam, bolehkah mendapat keuntungan dengan menjual dengan harga semurah itu?

"Yang menjadi persoalannya apa ada di dalam sosej itu? Apa yang boleh saya rumuskan yang terdapat di dalam makanan itu hanyalah sisa-sisa bunagan ayam, perasa, pewarna dan bahan=bahan lain. Ia adalah sosej berperisa ayam bukannya sosej ayam, apabila dimakan ia akan mendatangkan kesan sampingan. Memang benar ia menepati piawaian yang ditetapkan jumlahnya tapi jika sepanjang hari kita makan makanan yang mengandungi perasa sebenarnya kita sudah terlebih tahap pengambilan yang dibenarkan. Ia akan mendatangkan mudarat dan menyumbang pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pnggang," beliau mempersoalkan.

Guna Ayam Pencen Buat Nuget

Ayam - tidak habis-habis dengan isu ayam. Saya sendiri sudah lama tidak makan produk ayam yang diproses seperti nuget, sosej dan sebagainya. Berikut saya ingin kongsikan artikel yang disiarkan di majalah Al-Islam baru-baru ini. Sila baca seterusnya...

................................................................

MUSIM PERAYAAN, HARGA AYAM PUN NAIK TAPI BUKAN SAJA AYAM, BARANG LAIN PUN NAIK SELALU JAMINAN KERAJAAN BEKALAN AYAM MENCUKUPI UNTUK UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. TIBA-TIBA SAJA HARGA AYAM MELAMBUNG HINGGA KE PARAS  HARGA SYILING YANG DITETAPKAN. KEMUDIAN SEBUAH PASAR RAYA BESAR PULA DITAWARKAN HARGA AYAM MURAH YANG TIDAK MASUK AKAL. KITA MEMILIH KERANA HARGANYA MURAH TAPI ADAKAH YANG MURAH ITU MENYEBABKAN KITA KENYANG?

Menurut Ketua Penyelidik dan Pembangunan, Pusat Inovasi, Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn. Bhd., Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja, tidak bermakna memilih harga yang murah akan mengenyangkan. Yang mengenyangkan kita adalah berkat dan rahmat Allah. Kerana mencari harga yang murah mereka mengabaikan makanan yang halal dan toyyibah.
Kita hari ini tidak penting sangat siapa yang sembelih ayam, bagi kita asalkan ada logo halal sudah mencukupi bagi kita. Kita merasakan ayam murah lebih baik kerana boleh beli banyak tetapi kita tidak pernah sedar dan bertanya mengapa ayam itu boleh dijual dengan begitu murah?
“Misalnya saya pernah minta statistik ayam yang dijangkiti penyakit setiap tahun di Malaysia dari jabatan veterinar tapi tidak ada. Mustahil tidak ada ayam yang mati diangkiti penyakit? Dari situ timbul kesimpulan, semua ayam sakit dan sihat dijual ke pasaran tanpa diasingkan. Sepatutnya ayam yang sakit tidak boleh dijual dan perlu dihapuskan.
“Malangnya yang berlaku di negara kita berlainan apabila ada ayam yang sakit maka diberi antibiotik berganda agar ayam dapat bertahan selama beberapa minggu sehingga mencapai berat yang sesuai untuk dijual. Soalnya apa jadi dengan ayam yang diserang penyakit yang sepatutnya dimusnahkan. Kadang-kadang yang berpenyakit diberi kepada pasar raya supaya dijual dengan harga murah.

“Berapa ramai pengusaha ayam yang berani membuat analisa makmal terhadap daging ayam ternakan mereka. Tidak ramai yang berani untuk membuktikan kandungan bahan kimia di dalam daging ayam ternakan mereka,” jelas Dr. Mohamad Zainol yang mendapat pendidikan di dalam bidang perubatan di Amerika Syarikat.

Jelas Dr. Zainol, yang menjadi masalah utama umat Islam adalah hampir 80 peratus makanan Islam diragui. Laporan Kementerian Kesihatan dan WHO didapati 80 peratus umat Islam berusia 40 tahun ke atas menghadapi pelbagai penyakit kronik. Ini semuanya ada kaitan dengan makanan. Kajian perubatan seluruh dunia mendapati diet manusia telah berubah.
Ayam adalah sama yang membezakannya adalah dari segi pemberian ubat, makanan dan antibiotik dan hormon di dalam ayam itu juga boleh menyumbang penyakit berbahaya. Dianggarkan oleh Union of Concerned Scientist (UCS) yang bekerja sama dengan pakar perubatan menganggarkan hampir 70 peratus atau lebih 8 juta tan antibiotik yang dihasilkan di dunia digunakan untuk membesarkan dan menggemukkan ayam. Kadar itu adalah tujuh kali ganda antibiotik yang dimakan oleh manusia.
Begitu juga halnya dengan ayam telur pencen, pakar perubatan di seluruh dunia mengesyaki ia menjadi sumber kepada bakteria Salmonella Enteritidis (SE) yang sangat berbahaya kepada kesihatan manusia. Penjualan ayam pencen diharamkan di Singapura dan beberapa buah negara Barat tetapi di Malaysia ia bebas dijual. Isi ayam pencen menjadi pilihan pengusaha makanan kerana ia murah untuk menghasilkan burger, sosej, nuget dan makanan di dalam tin.
Tambahnya, masyarakat Islam hanya diajarkan tentang halal saja tanpa diterangkan tentang toyyibah. Sedangkan di dalam Islam kita diikat dengan konsep makanan yang halal dan toyyibah. Semua orang tahu tentang halal tetapi tidak yang toyyibah. Pemakanan yang toyyibah itu merangkumi satu sudut yang besar ia termasuklah dari segi kesihatan, nutrien, penyimpanan, logistik, pengurusannya dan pengawalannya. Malangnya umat Islam tidak memikirkan hal itu dan tidak ambil pusing langsung.
“Lebih malang lagi, apabila orang yang terlibat dengan agama tidak memahami  tentang konsep toyyibah untuk memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat. Sebab itulah hingga ada produk susu dari Taiwan dan China dicampurkan dengan melamin dan minuman tercemar bahan kimia memudaratkan turut dipasarkan di negara ini.
“Masyarakat Islam sekarang sudah menjadi seperti umat Nabi Musa, menolak makanan yang baik dan menerima makanan yang tidak baik. Ia ada disebutkan di dalam surah Al=Baqarah ayat 61, ”Dan (kenagkanlah) ketika kamu berkata:”Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya,” Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu.” Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya) dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.”
“Itulah yang terjadi kepada umat Islam sekarang ini, apabila ada pengusaha Muslim yang mengeluarkan produk halal dan toyyibah, ia kurang mendapat sambutan. Kerana pengguna Islam terlalu ketagih kepada produk non-Muslim yang jauh lebih murah tetapi daripada segi kualiti tidak memenuhi tuntutan toyyibah. Sedangkan pengusaha Muslim terpaksa berdepan dengan kos pengeluaran yang tinggi kerana mengeluarkan produk dalam skala kecil.
”Satu lagi masalah ialah pemimpin Islam yang mengatakan mendukung Islam hanya memperjuangkan peribadi sahaja. Tapi apabila ada persidangan parti atau muzakarah, mereka sendiri tidak memberi sokongan kepada produk Muslim. Hal itu jauh berbeza dengan parti politik bangsa asing apabila ada persidangan parti, mereka tidak gunakan produk bumiputera atau Muslim sebaliknya mereka lebih utamakan produk kaum mereka.
“Kerana kelonggaran itulah maka masyarakat Islam menghadapi masalah makanan halal, 20 peratus sumber makanan kita bukan dari sumber yang halal. Dan, kesan dari itu maka lahirlah 1.3 juta penagih dadah serta 280,000 orang anak luar nikah,” ujar Dr. Zainol yang juga merupakan salah seorang penternak ayam organik.                   

Labels