Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Tuesday, November 27, 2012

Piramid Makanan: Berdasarkan Kajian Terbaru Dan Sains

Meneroka di laman-laman web antarabangsa, saya menemui satu laman web sebuah sekolah bernama Harvard, School of Public Health yang menjalankan kajian berkaitan kesihatan dan pemakanan orang awam.

Apa yang menarik tentang laman ini, ia menunjukkan rajah piramid makanan yang sama sekali berbeza dengan piramid makanan yang diajar di sekolah di negara ini. Dalam rajah piramid Harvard, ia lebih menekankan pemakanan bijirin penuh (whole grain), kurangkan makanan putih, mencadangkan makan lemak yang sihat dari buah zaitun dan canola. Lemak ini dicadangkan sebagai makanan kedua terbanyak perlu diambil oleh orang ramai. Berbeza dengan rajah piramid yang kita kenali, iaitu tidak langsung senaraikan lemak ini dalam senarai makanan yang perlu diambil.

Dalam rajah Harvard juga, mereka membuang makanan bijirin putih dan susu yang tersenarai dalam rajah piramid tradisional sebagai makanan paling banyak perlu diambil. Ia digantikan dengan senaman dan strategi mengawal berat badan Ini mungkin disebabkan banyak penemuan terbaru mendapati makanan putih yang dibilas dan susu yang diproses secara melampau tidak lagi sesuai diambil oleh manusia.  

Ini membuktikan Harvard sentiasa menjalankan kajian mengikut perkembangan zaman. Saya tidak mahu bercerita lebih panjang tentang rajah piramid Harvard, anda boleh klik pada pautan yang saya beri di bawah ini dan baca seterusnya maklumat yang mereka sediakan.

.      >>> Harvard

Boikot Syarikat Halang Label GMO

Tahukah anda bahawa kebanyakan jenama barangan  pelbagai kegunaan seperti penjagaan diri dan kegunaan harian adalah milik sebuah syarikat gergasi tunggal. Syarikat ini merupakan syarikat yang besar dengan hampir 2 bilion orang menggunakan produk mereka setiap hari. Syarikat itu ialah Unilever.

Unilever telah meny7umbang sebnyak hampir ½ juta dolar (RM1.5 juta) untuk kempen menghalang undang-undang melabelkan GMO (Prop37) pada bungkusan produk yang mengandungi bahan teknologi genetik.

Syarikat seperti ini sepatutnya dipulaukan dan elakkan dari menggunakan produk mereka.

Berikut adalah jenama-jenama milik sebuah syarikat iaitu Unilever dan anda mungkin pernah mengggunakan salah satu dari jenama ini.









Axe - deodoran, gel rambut, personal care
Bertolli - spread, sos,
Brylcreem - krim rambut
Cif - pencuci lantai, pinggan mangkuk, bilik mandi
Clear - syampu
Comfort - kondisioner fabrik
Dove - pencuci muka
Knorr - makanan
Lipton - teh
Lifebuoy - sabun
Lux - sabun
Pond's - pencuci muka
Rexona - personal care
Sunlight - sabun pencuci pinggan
Sunsilk - syampu
Vaseline - losyen kulit
Wall's - ais krim

Selain itu, Pepsico, syarikat pembuat minuman berkarbonat adalah penyumbang terbesar kepada kempen menghalang label GMO dikuatkuasakan.  Pepsico menyumbang 2.5 juta dolar untuk menyatakan 'TIDAK' kepada Prop37.

Di bawah ini antara syarikat lain yang campur tangan dalam menghalang peraturan label GMO dan memberi sumbangan kepada kempen menolak peraturan baru itu;

Kraft - sumbangkan 2 juta USD
Coca-Cola Company - sumbang sebanyak 1.7 juta USD
Kellog's - 0.8 juta USD
Smucker's - 0.5 juta USD

Sunday, November 25, 2012

Soalan Sodium Nitrite Masih Belum Terjawab

Sehingga hari ini, TSM masih belum menerima sebarang maklumbalas berkaitan soalan kandungan sodium nitrite di dalam produk pengeluar iaitu Ramly Burger, KFC, Pizza Hut dan McDonald. Hanya Burger King yang memberikan respon dan menafikan menggunakan sodium nitrite sebagai bahan perisa dan pengawet.

TSM juga telah menghantar emel kali ke-2 untuk mendapat penjelasan dari pihak-pihak yang masih belum mmberikan respon ini.

Mengikut alamat emel yang diberikan di laman web masing-masing, ia memang wujud dan semua emel yang dihantar tidak 'bounce' kembali, bermakna ia telah sampai kepada pihak penerima. Setakat ini mereka masih diam membisu dan TSM masih menunggu jawapan dari mereka.

Jika soalan buat kali ke-2 ini tidak dijawab dalam masa beberapa hari lagi, TSM akan menyiasat sendiri dengan menggunakan kaedah kami sendiri.    

Tuesday, November 20, 2012

Burger King Tanpa Sodium Nitrite?

Berikut jawapan ringkas yang kami terima dari bahagian Khidmat Pelanggan Burger King.

Dear TSM,

Thank you for your query.

For our Whopper and Beef Burger, we did not use sodium nitrite as flavouring and preservative in food as they are 100% percent pure meat.

We will update you on the rest of the product.

Thank you.

regards,
Burger King Customer Care.

Bagaimanapun, yang dinyatakan hanya 2 jenis produk saja iaitu Whopper dan Beef Burger. Untuk produk yang lain, masih tak dapat dipastikan. Menurut jawapan yang jelas darinya, Whopper dan Beef Burger tidak mengandungi sodium nitrite. Ia adalah jawapan rasmi dari pihak Burger King. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak. Lepas ini, jangan pula asyik makan di Burger King setiap hari. Lama-kelamaan ia juga boleh mengundang penyakit.

Sementara itu, kami masih belum menerima maklumbalas dari pihak KFC, Pizza Hut, Ramly Burger dan McDonald. 

Monday, November 19, 2012

Boikot Kerana Isu Zionis: Boikot Selamanya Atau Sementara?

Sejak beberapa hari ini, orang ramai sudah mula melancarkan protes dan boikot ke atas produk-produk yang disyaki ada kaitan secara langsung dengan negara Zionis Israel. Baguslah mereka dah mula sedar selama ini wang yang mereka belanjakan untuk membeli produk-produk rupanya dibelanjakan untuk menaja agenda global Israel iaitu membunuh orang-orang Islam di seluruh dunia.

Antara yang paling banyak disebut-sebut antaranya ialah McDonald dan barangan komputer. Bila berlaku peristiwa seperti ini, barulah mereka rela untuk tidak makan di McDonald. Ini mungkin untuk sementara saja. Selepas beberapa ketika, mereka akan lupa dan kembali semula ke McDonald untuk melepaskan gian. Malangnya mereka masih belum sedar bahawa makanan yang mereka makan itu sebenarnya merbahaya. Selain dikatakan bersekongkol dengan Zionis, produk daging proses yang diawet adalah punca kepada pelbagai gejala penyakit kronik seperti jantung dan kanser. Bahan-bahan yang digunakan sebagai perencah, perasa dan pengawet juga adalah sebahagian dari agenda Zionis untuk menjahanamkan manusia. Sesiapa yang pernah membaca tentang "The Protocols of the Elders of Zion" tentu sudah lama menyedari perkara ini. Ia sebahagian dari agenda Zionis untuk menjadi rejim tunggal mendominasi kuasa dan ekonomi global. Dengan ini, mereka dapat menjadi satu-satunya bangsa yang memerintah dunia dan memperhambakan bangsa selain mereka. Hari ini, kita telahpun berada dibawah cengkaman mereka secara tanpa disedari. Seluruh manusia di dunia membeli produk Zionis. Dari barangan terkecil hingga terbesar. Dari aksesori komputer hingga ke produk automotif. Dari makanan dan juga pakaian. Ini semua memberi pulangan kepada golongan-golongan elit mereka untuk menyalurkan kembali keuntungan hasil perniagaan untuk menaja program-program zionis.  

McDonald merupakan rangkaian restoran makanan segera yang mempunyai cawangan hampir di seluruh dunia. Dalam pada itu, pengguna di Malaysia masih belum sedar bahawa McDonald juga adalah salah satu pengimport daging babi terbesar di dunia. Memang produk burger babi atau salami tidak dipasarkan di negara ini. Ia bertujuan untuk menarik pelanggan beragama Islam supaya makan di restoran mereka. Kalau anda pergi ke negara asing, anda tentu terkejut kalau menemui burger babi dan sosej daging babi. Ini adalah perkara biasa di negara-negara bukan Islam. Yang peliknya, bangsa Zionis Israel ini tidak makan babi. Mereka seperti orang-orang Islam yang dilarang oleh Allah memakan haiwan itu.

Jikalau McDonald merupakan antara pengimport daging babi terbesar di dunia, ke manakah daging-daging itu dibawa dan diproses kalau tidak ke pusat pemprosesan yang sama dengan pusat pemprosesan daging lembu untuk dijadikan pati. Setelah diproses dan diubah rupa bentuknya menjadi pati lalu dieksport pula ke negara-negara lain di mana mereka mempunyai cawangan termasuk Malaysia. Penggemar dari orang Islam tidak peduli sama ada ia disembelih dengan nama Allah atau tidak asalkan terdapat logo halal yang besar dilekatkan pada pintu cermin premis. Beginilah sikap kebanyakan orang di negara ini. jika dalam bab hukum hakam pun mereka tak ambil berat, inikan pula dalam bab kesihatan tubuh badan. Menikmati kelazatan makanan di restoran sebegini telah mengatasi kemampuan berfikir dan akal manusia untuk mengelak dari mendapat penyakit.

Mereka juga bolehlah diistilahkan sebagai 'sudah hilang akal'.

Monday, November 12, 2012

Kandungan Makanan Paling Teruk

Ramai orang apabila disebut tentang gemuk, mereka akan segera takut dan berdoa agar sentiasa kelihatan langsing. Tetapi mereka tidak sedar apa yang lakukan setiap hari boleh mendorong kepada kegemukan dengan kadar lebih segera dari yang dijangka.

Berikut antara makanan yang mereka biasa makan hampir setiap hari yang boleh membawa kepada kegemukan: 

  • Kentang goreng - Mengandungi lemak trans yang merbahaya. Antara penyumbang lemak tertinggi kepada tubuh manusia. Boleh membawa masalah jantung dan strok. Makan setiap hari dan anda mungkin tidak akan hidup lebih lama.
  • Marjerin - Hampir 40% kandngan lemak trans. Katakan TIDAK sepertimana anda berkempen kepada perokok.                                                                                   
  • Kek & Donut - Satu lagi penyumbang utama kepada kegemukan. Mengandungi lemak trans yang tinggi lebh-lebih lagi yang meletakkan pelbagai perisa sebagai toppings.  
  • Salad & Mayonis - Juga menganundgi lemak trans yang tinggi. Kebanyakannya menggunakan hydrogentaed oil. Menyumbang kepada penyakit jantung dan strok.
Ada banyak lagi makanan yang menjadi penyumbang kepada kegemukan. Di atas ini adalah antara penyumbang terbesar yang akhirnya membuatkan anda dalam masalah. Lemak trans adalah pembunuh senyap. 

Adakah Sodium Nitrite Terdapat Dalam Ramly, KFC, McD, BK dan Pizza Hut?

TSM ada menghantar email berasingan kepada pengusaha makanan proses dan pengusaha rangkaian restoran makanan segera iaitu Ramly Burger, Kentucky Fried Chicken, McDonald, Burger King dan Pizza Hut bertanyakan soalan sama ada mereka menggunakan aditif sodium nitrite di dalam produk makanan mereka tetapi selepas 3 hari masih belum ada jawapan dari mereka kecuali pihak Burger King yang menghantar auto-reply dan akan menjawab dalam tempoh 2 hari.

Pada waktu artikel ini ditulis, ia telahpun melebihi tempoh 2 hari seperti yang dijanjikan tetapi TSM masih belum mendapat jawapan.

Adakah dengan mendiamkan diri ini bermakna mereka cuba mengelak dari menjawab soalan yang dikemukakan disebabkan memang sodium nitrite digunakan sebagai aditif produk makanan mereka?

TSM tidak mahu membuat sebarang spekulasi tetapi masih memberikan masa seminggu untuk mereka menjawab soalan dari kami.

Sebaik mendapat jawapan, kami berjanji akan menyiarkan jawapan mereka di Blog ini. Anda tidak akan menemui perkara ini di mana-mana Blog dalam Bahasa Melayu selain di TSM. Dan TSM mungkin merupakan pihak yang pertama di Malaysia yang bertanyakan soalan sebegini kepada mereka...!

Kita sebagai pengguna sebenarnya berhak untuk tahu apakah bahan yang digunakan sebagai aditif dalam makanan yang kita makan dan kita tidak perlu bimbang untuk bertanya. 

Saturday, November 10, 2012

Yang Putih Bersih Belum Tentu Berkhasiat

Bagi kebanyakan orang hari ini, mereka seolah-olah suka makan makanan yang kelihatan cantik dan menarik. Malangnya, yang kelihatan putih suci secara visual ini selalunya menipu pengguna. Ia sebenarnya bukan ukuran untuk mendapatkan makanan yang baik dari segi kesihatan dan kesejahteraan anda. Satu ramuan yang dipanggil Alloxan, yang ditemui dalam produk-produk yang mengandungi tepung putih, memusnahkan sel-sel beta dalam pankreas dengan menyebabkan kerosakan radikal bebas kepada DNA. Ini meletakkan anda kepada risiko yang lebih tinggi dijangkiti diabetes.

Produk makanan putih menjadi putih kerana hakikat bahawa semua serat, mineral dan vitamin telah dilupuskan. Proses penapisan ini akhirnya terhasil dalam makanan, yang sebenarnya merupakan sumber sifar kalori, kerana tiada lagi khasiat yang tinggal makanan itu. Makan produk makanan bertapis juga menunjukkan peningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 30%. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa orang-orang yang mengambil produk makanan bijirin penuh dan tidak diproses mempunyai risiko 30% lebih rendah daripada penyakit jantung daripada mereka yang mengambil produk makanan putih.

Tepung yang digunakan untuk membuat roti putih dan produk makanan kimia terluntur dengan bahan-bahan seperti benzoyl peroksida, nitrosil, oksida nitrogen, klorida dan klorin. Seterusnya pelbagai garam kimia ditambah untuk meningkatkan proses pelunturan. Nutrien yang dikeluarkan dari tepung semasa proses pelunturan termasuk Vitamin E, kalium, fosforus, tembaga, niasin, kalsium, thiamin, asid pantotenik dan pyridoxine.

Nasi putih mengalami kerugian yang sama nutrien seperti tepung putih apabila diproses. Jika beras perang yang dihasilkan dengan hanya mengeluarkan sekam, beras putih dihasilkan dengan mengeluarkan sekam dalaman juga. Apabila ini dilakukan, bijirin kemudian digilap dengan glukosa untuk meningkatkan keindahan visual.

Ini hasil proses dalam makanan yang mempunyai GI (indeks glisemik) kandungan yang sangat tinggi. Ini menyebabkan gula yang dilepaskan ke dalam aliran darah jauh lebih cepat daripada sepatutnya. Ini menyebabkan tahap gula dalam darah meningkat dan mengeluarkan lebih banyak insulin ke dalam aliran darah. Pankreas yang bekerja keras, akhirnya boleh menyebabkan kencing manis.

Produk makanan putih juga membawa kepada peningkatan kolesterol LDL (jahat) dalam arteri. Ia juga menyebabkan metabolisme perlahan, yang menyebabkan pertambahan berat badan, terutama di sekitar kawasan perut dan pinggang.

Artikel di atas saya petik dari naturalnews.com dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu

Roti Putih Berkaitan Dengan Kanser Buah Pinggang

Menurut kajian terbaru di Itali yang diterbitkan dalam International Journal of Cancer, pengambilan roti putih dalam kuantiti yang banyak boleh meningkatkan risiko mendapat kanser buah pinggang.

Saintis dari Institut Penyelidikan Farmakologi di Milan, Itali, membuat kajian terhadap lebih daripada 2,300 penduduk Itali untuk menentukan hubungan antara pengambilan roti putih dan kanser. Hampir 770 peserta sudah mengidap penyakit kanser buah pinggang, manakala lebih daripada 1530 tidak.

Para penyelidik memberikan peserta soal selidik terperinci tentang tabiat pemakanan mereka sejak dua tahun sebelumnya, dan mendapati bahawa orang-orang yang dilaporkan memakan roti putih dengan banyak paling tinggi mendapat risiko karsinoma sel renal.

Para peserta yang makan 35 keping roti putih seminggu - lima keping sehari - hampir dua kali ganda berkemungkinan untuk menggalakkan kanser berbanding dengan mereka yang memakan 11 keping seminggu.

Para penyelidik percaya bahawa kanser boleh dikaitkan dengan makanan tinggi glisemik yang cepat meningkatkan gula di dalam badan. Makanan indeks glisemik tinggi menyebabkan badan untuk melepaskan insulin yang berlebihan untuk membantu proses gula tambahan di dalam darah. Sel-sel kanser boleh menggunakan hasil sampingan kimia insulin, serta glukosa darah yang berlebihan yang disebabkan oleh penggunaan bijirin ditapis, untuk menjana pertumbuhan sel kanser.

Penyelidik utama kajian tersebut, Dr Francesca Bravi, berkata berdasarkan kajian beliau, pengguna perlu mengambil kurang bijirin dan bijirin yang ditapis, dan makan lebih banyak sayur-sayuran untuk mengurangkan risiko karsinoma sel renal. Jika pengguna memilih untuk makan bijirin, Bravi berkata, pilih bijirin penuh yang boleh membantu mengurangkan risiko kanser.

Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa wanita menopaus dengan diet rendah glisemik mendapat risiko lebih rendah mendapat kanser payudara berbanding wanita yang makan diet tinggi GI. Makanan rendah glisemik juga disyorkan untuk pesakit kencing manis, mencegah  tahap gula dalam darah menjadi memuncak.

Ahli kesihatan Mike Adams, pengarang "Grocery Warning," mengatakan bahawa di samping untuk menggalakkan kanser buah pinggang, roti putih juga menyebabkan kekurangan nutrisi dan meningkatkan risiko mendapat kencing manis.

"Roti yang sesuai untuk kegunaan manusia adalah roti gandum," kata Adams.

Thursday, November 8, 2012

Pizza Mengandungi Sodium Nitrite

Sodium nitrite terdapat dalam kebanyakan sosej (hot dog) lembu dan ayam, malah di negara Barat ia terkandung dalam sosej bacon (daging khinzir). Hari ini, kebanyakan pizza juga telah menambah citarasa terbaru dalam makanan iaitu meletakkan potongan-potongan kecil sosej dan ditaburkan di atas pizza mereka.

Penggemar pizza sudah tentu akan makan apa saja yang diletakkan di atas pizza mereka tanpa memikirkan apakah bahan-bahan itu.

Sejarah pizza bermula sejak abad ke-8 apabila seorang pembuat roti dari Italy tidak tahu apakah lagi cara untuk menambah kepelbagian dalam roti bakarnya lalu menaburkan semua bahan-bahan yang dia rasa perlu seperti keju, potongan buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain agar ia nampak lain dari kebiasaan. Petani-petani di Barat tidak mempunyai kreativiti dalam menghasilkan resepi seperti di negara kita.

Mereka tiada pulut panggang, lemang, kueh kuaci, ketupat seperti kita kerana mereka tiada buluh, tiada daun pisang, tiada buah kelapa dan tiada daun palas. Kerana itu mereka tidak kreatif dalam masakan berbanding masyarakat di Asia dan Afrika. Resepi mereka terlalu mudah - buat sekeping roti berbentuk bulat kemudian taburkan segala bahan-bahan yang mudah diperolehi di atasnya, masukkan dalam pembakar maka jadilah makanan yang popular dan digemari penduduk dunia hari ini iaitu pizza.

Perkembangan industri makanan proses hari ini membuatkan pizza mengalami revolusi. Mereka meletakkan cebisan ikan sardin yang rasanya sama seperti sardin dalam tin yang terdapat di pasaran, kemudian memasarkan ia sebagai pizza seafood, kemudian meletakkan potongan-potongan nipis sosej berbentuk bulat dan memasarkannya sebagai pizza daging. Bagi vegetarian pula, mereka taburkan potongan buah-buahan dan sayuran seperti nenas, tomato, cili, daun parsley, bawang dan daun saderi kemudian pasarkan sebagai pizza vegetarian.

Lihatlah betapa "kreafifnya" mereka...!

Sebenarnya, ini bukan kreatif sebaliknya malas. Mengambil bahan-bahan makanan yang memang sudah siap diproses lalu taburkan diatas pizza bukan kerja yang kreatif. Ini kerja mudah. Sesiapa pun boleh buat. Anda tak perlu jadi chef selebriti ataupun mengambil kursus ijazah penyediaan makanan untuk menghasilkan makanan begini.

Beginilah sebahagian strategi pemasaran yang jahat dilakukan oleh rangkaian restoran makanan segera di seluruh dunia termasuk di negara kita. 

Sunday, November 4, 2012

Azam Hidup Sihat & Ceria

Rasanya sudah tiba masanya saya kongsikan bersama pembaca tentang makanan dan minuman yang tidak lagi saya ambil sejak beberapa tahun yang lalu dan dan saya berdoa supaya rekod ini berterusan sehingga di masa-masa akan datang serta tiada gangguan atau godaan yang mampu menggugat rekod ini. Berikut adalah makanan & minuman yang tidak lagi saya ambil secara total iaitu 100%;

  • Sosej - ada banyak sekali kajian yang dilakukan serta maklumat di internet yang menyatakan sodium nitrite adalah bahan kimia karsinogen tetapi ia sering terdapat dalam apa saja jenis sosej yang terdapat di pasaran
  • Nuget - kebanyakan nuget hari ini bercampur dengan bahagian-bahagian ayam yang kotor seperti tongkeng dan kaki dan ia cukup meloyakan tekak saya untuk memakannya
  • KFC - saya tidak lagi makan di restoran makanan segera ini kerana ia mengandungi sodium nitrite
  • Fishermen's Friend, Nutra Sweet dan segala gula-gula mentol tanpa gula - mengandungi aspartame yang amat merbahaya kepada manusia. Dahulu, Fishermen's Friend adalah rakan rapat saya, ke mana saja saya pergi, ia sentiasa ada dalam poket.
  • Ayam - sukar untuk memilih ayam yang organik, kebanyakan ayam ternak hari ini disuntik dengan ubat antibiotik dan tahap pembesaran ayam hari ini amat luarbiasa
  • Coca-Cola - minuman berkarbonat ini mengandungi gula yang tinggi dan klorin. Ia melemahkan tulang dan merosakkan gigi
  • Kentang goreng - mengandungi acrylamide yang karsinogen
  • Nescafe - dahulu saya adalah pengemar tegar Nescafe dicampur dengan susu pekat manis. Hari ini saya telah berjaya gantikan kopi ini dengan minuman teh yang nipis
  • Susu lemak berkrim - atau lebih dikenali sebagai susu pekat manis mengandungi minyak dan lemak yang tinggi, menyumbang kepada penyakit jantung. Tiada stok susu jenis ini di dapur mahupun di dalam peti sejuk saya
  • Minuman Perasa Buah-Buahan Tiruan - terdapat banyak di pasaran dengan pelbagai perisa tetapi tiada sebiji buahpun di dalamnya. Yang ada ialah pewarna dan bahan kimia yang diubahsuai menjadi rasa seperti buah-buahan. Pewarna dan perasa tiruan bukan sesuatu yang patut masuk ke dalam tubuh kita
  • semua jenis minuman sugar-free yang mengandungi aspartame - saya mengetahui mengandungi aspartame dengan membaca label kandungan pada bungkusan atau pek
  • Mayonis - saya tidak gemar rasa mayonis tambahan pula ia berasal dari minyak.
Berikut pula antara yang saya telah berjaya kurangkan pengambilannya walaupun ia masih lagi diambil oleh kerana faktor makan dan minum di luar seperti di kedai atau restoran;
  • MSG
  • gula putih - kalau minum di kedai, saya minta kurang manis kerana mereka tidak menyediakan gula organik atau stevia
  • garam putih - masakan di restoran semuanya mengandungi garam putih dan ia tidak dapat dielakkan
  • tepung putih - roti canai, pisang goreng, roti bun mengandungi tepung putih
  • minyak masakan - semua makanan bergoreng di restoran tentu menggunakan minyak
  • sayur-sayuran - anda tentu terkejut kerana saya jarang sekali makan sayur. tetapi saya mempunyai alasan tersendiri. sayuran hari ini mengandungi racun serangga
Berikut pula antara herba-herba dan makanan lain yang selama ini saya abaikan tetapi hari ini ia adalah sebahagian dari bahan kegemaran saya bagi  menggantikan makanan yang saya elak di perenggan teratas;

  • madu lebah asli
  • kulit kayu manis - dicampur dalam teh
  • halia - juga dicampur dalam teh
  • parsley - gunakan dalam masakan
  • serai
  • kunyit
  • biji buah pelaga
  • aloe vera
  • bawang putih
  • buah-buahan yang tak terkira jenisnya
  • ikan
  • kambing
  • dan banyak lagi makanan semulajadi.

Sebenarnya untuk mengawal pemakanan kita bukanlah sukar. Ia bergantung kepada kemahuan kita. Jika anda benar-benar mahu mengubah corak pemakanan anda menjadi lebih baik dari sekarang, anda boleh mencubanya sendiri tanpa perlu dipaksa. Tanamkan azam bahawa "anda ingin hidup yang lebih sihat, kulit yang licin serta awet muda, ceria dan dijauhkan dari segala penyakit.  

Labels