Pages

Wednesday, October 31, 2012

Amaran Bahaya Sosej

Jika pihak berkuasa benar-benar ingin rakyatnya hidup sihat dan dijauhkan dari mendapat penyakit kronik, apa salahnya jika tanda amaran dan grafik ngeri tentang penyakit yang biasa dilihat pada kotak rokok juga digunakan untuk produk makanan yang merbahayakan kesihatan seperti sosej?

Sosej mengandungi bahan kimia pengawet sodium nitrit yang merbahaya. Ia boleh mendatangkan masalah jantung, diabetes dan kanser. Ia sama sahaja bahayanya dan tiada beza dengan rokok. Malah ia lebih mendatangkan kesan kerana rokok mengandungi penapis yang bertindak sebagai penapis bahan-bahan bahaya yang terkandung di dalam asap rokok manakala sosej tiada penapis dan ia terus masuk ke mulut anda!

Banyak kajian dan penemuan yang membuktikan sodium nitrite sangat merbahaya kepada manusia tetapi ia tidak pernah dihebahkan. Lebih malang lagi semakin hari semakin ramai manusia yang gemar makan sosej kerana tiadanya kempen boikot produk merbahaya ini selain di TSM. Ini mungkin disebabkan kuasa ekonomi pengeluar yang amat berpengaruh yang menjana keuntungan serta menyumbang kepada perkembangan industri makanan proses di negara ini. Maka sebab itu keuntungan lebih diutamakan dari kesihatan pengguna.

Saya percaya jika imej grafik ini diletakkan bersama-sama label bungkusan, semua orang akan berhenti makan sosej secara mendadak kerana ia berada dalam makanan dan ia sudah tentu amat menakutkan orang ramai. 

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

1 comments:

ada yang bertanya adakah burger juga mengandungi sodium nitrite? setakat ini saya belum pernah jumpa perkataan 'sodium nitrite' dlm senarai kandungan pada label bungkusan burger. yg ada tertulis ialah 'bahan pengawet dan perasa yang dibenarkan' tapi saya tak pasti apakah bahan pengawet dan perasa itu sodium nitrite atau tidak. anda boleh emelkan kpd pihak pengeluar dan tanya apakah nama bahan itu. mereka pasti akan menjawab soalan anda

Labels