Pages

Sunday, September 30, 2012

GMO: Pengenalan

Bagi pembaca yang masih tidak mengerti apa itu makanan GMO atau Organisma Ubahsuai Genetik,  di sini saya ringkaskan sedikit untuk pengetahuan.

Makanan GMO dihasilkan dari benih yang diubahsuai secara genetik. Saintis berupaya untuk mengubah fungsi dan pertumbuhan tanaman melalui teknik kejuruteraan genetik yang dilakukan di makmal. Hasilnya, tanaman mampu menahan sernagan serangga perosak, cuaca kering dan bakteria. Malangnya, bukan ini saja yang boleh dilakukan. Penyelidik menemui banyak keburukan kepada kesihatan manusia dan haiwan yang memakan makanan GMO.

Dalam usaha memperbaiki bekalan makanan kepada manusia dan haiwan, sebahagian penyelidik dan saintis percaya kaedah jalan pintas telah digunakan. Debunga dari jagung yang telah diubahsuai secara genetik telah menyebabkan kematian kepada ulat beluncas. Toksin dari debunga jagung GMO dihasilkan untuk membunuh serangga perosak. Dalam masa yang sama ia juga turut membunuh lain-lain serangga yang memainkan peranan penting dalam sistem ekologi.  

Ubi kentang GMO yang dihasilkan di United Kingdom yang kebal kepada serangan serangga perosak menyebabkan masalah serius kepada haiwan yang memakannya. Haiwan itu didapati hilang sistem imunisasi dan mendatangkan kanser dalam sistem penghadaman.

Makanan GMO bererti ia menjana keuntungan dalam masa yang singkat tetapi kesan jangka-panjang kepada manusia masih belum terbukti selamat.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

3 comments:

salam tuan produk ni untuk jagung yg sudah dijadikan emping macam kellog tu ke macam mana dengan jagung mentah yg direbus yg selalu jual kat pasar malam tu

tq

w'salam. ya. kellog menggunakan jagung GMO. kerana itu Kellog antara syarikat gergasi yg menyumbang kepada kempen anti pelabelan GMO pada bungkusan. kalau nak cakap pasal jagung pasar malam, rasanya di malaysia penggunaan kejuruteraan genetik terhadap jagung masih belum meluas. kebanyakan penanam jagung negara ini masih menggunakan kaedah tradisional. jagung yg direbus setelah dipetik dari ladang adalah jagung yg tidak diproses dan asli. bukan GMO

Info yang sgt membantu. Syabas admin

Labels