Pages

Saturday, September 1, 2012

E-Cigs - Kerajaan Patut Kawal Seperti Rokok

Terbaru masa ini, rokok elektronik semakin popular di kalangan perokok yang kononnya bercita-cita mahu berhenti merokok dan menukar haluan kepada rokok elektronik yang mengandungi cecair nikotin, perisa dan sejenis toksik ethylene glycol serta kompaun penyebab kanser iaitu nitrosamine.

Tindakan sebegini sebenarnya tidak mengubah apa-apa dari tabiat asal mereka iaitu merokok malah ia lebih bahaya dari rokok tembakau.

Rokok elektronik dijana oleh kuasa bateri dan diperbuat dari tiub logam tahan karat (stainless-steel) yang dibentuk seperti  sebatang rokok. Apabila disedut, sensor didalamnya mengesan perubahan tekanan lalu mengaktifkan elemen pemanas dan menyalakan lampu LED dihujungnya seolah-olah ia membakar seperti rokok biasa.

Pemanas memeluwapkan campuran nikotin cecair, perisa dan bahan toksik di dalamnya lalu mengeluarkan wap yang kelihatan seperti asap rokok.

Oleh kerana e-cig tidak mengandungi tembakau, ia dengan mudah dapat menembusi pasaran pelbagai lapisan masyarakat termasuk remaja terutama di bawah umur kerana buat masa ini masih tiada undang-undang yang melarang mereka menghisap rokok elektronik.

Kebanyakan perokok mendapat maklumat yang salah seolah-olah rokok elektronik lebih selamat, membantu mereka berhenti merokok, mungkin kerana pendapat orang ramai mengatakan demikian padahal pengeluar e-cig tidak pernah mengeluarkan kenyataan demikian sebaliknya ia hanya sebagai pilihan alternatif kepada perokok - sama ada masih setia bersama rokok tembakau atau mengapikasi teknologi terbaru iaitu menggunakan bateri.  Ia tidak mengubah apa-apa kepada tahap keperluan nikotin dalam tubuh perokok.

Keburukan e-cig pula, ia mengandungi kandungan nikotin yang tinggi, 2 hingga 3 kali ganda dari nikotin yang ada dalam rokok tembakau malah harganya lebih mahal.

Pengeluar e-cig pula dengan mudah mendakwa produk sebegini kononnya bebas-toksik padahal ia tiada beza dengan tembakau yang ada di pasaran.

Seperti biasa, Kanada, negara yang sering mendahului Amerika dalam hak-hak pengguna bersama Australia telahpun mengharamkan penjualan e-cig dan mengklasifikasikan produk ini sebagai sejenis produk tembakau.

Lanjutan tentang e-cig

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

31 comments:

bodohnye la ko ni..... hahahaha .....proven,rokok elektrik mmg kurang bahaya dr rokok biasa....dan lagi jimat...hahahah


baca la. buat la kajian dulu sebelum nak kata org lain bodoh. http://www.primehealthchannel.com/electronic-cigarette-dangers-and-side-effects.html

saya rasa pelik ... mengapa pusat@sumber yang membuat kajian tidak dipaparkan di dalam ulasan. buktikan lebih terperinci berkenaan e-cig tersebut. jgn main taip aje bro @ minah rempit....

rokok elektronik (1 x beli) RM180
e-liquid sebulan (RM30 SEMINGGU) RM120 sebulan SO TOTAL BULAN PERTAMA RM 300...

LEPAS TU bulan2 just spend RM120 for e-liquid (ada flavour yg xda nicotine)

kalau rokok biasa, sehari sekotak RM10.00... kali dgnan sebulan RM300... KAN BANYAK JIMAT TU...

BAHAN FLAVOUR E-LIQUID PUN BLEY DAPAT KAT KEDAI JUAL BAHAN BUAT KEK... adess...

terima kasih di atas blog ini yg menganjurkan tajuk e-cig . sebenarnya keburukan dan kelebihan produk ini perlu ditafsir dgn lebih mendalam . sebagaimana yang dirujuk oleh US FDA tentang e-liquid , ianya dianggap sbg tembakau yang selamat . walaubagaimanapun , keburukan terhadap produk ini juga perlu diambil kira . utk penjual spt saya , bukan saya utk mengajar kepada bukan perokok tetapi produk ini lebih tertumpu pada perokok tegar . wallahhua'lam . www.thevapurhouse.com

sebenarnya british tobbaco takut bankrap la sbb tue diaorang ckp bnyk keburukan jgn mudah diperdaya la...

Paling kurang pon dah banyak perokok tegar dapat mengurangkan kos bulanan beli rokok tembakau dengan mengisap e-cigarette ni ..

arak bersepah-sepah jual kat Malaysia ni kerajaan x kecoh lak sebab dapat cukai yang tinggi ..

E-Cigarette ni sebab xdapat pungut cukai laa dia orang kecoh ... bahaya la apa laa ..

The Secrets medicines ni pon bodoh macam kerajaan yang gilakan cukai .. Podah ...

Hasrulniza Zakaria kau nak terus sedut e-cig, teruskan. x pyh nak ckp org lain bodoh. dah terang-terang siapa yg bodoh kat sini

This comment has been removed by the author.

setiap benda atas dunia semua tuhan jadikan berpasangan..yang baik ade buruknya..yang buruk ade baiknya..ade kiri ade kanan..ade atas ade bawah..betol x?semua dijadikan berpasangan..cume ade yang lebih ade yang kurang..same je lar dgn rokok e cigarate ni..ade kebaikannya,ade keburukkanya..cume setakat ape yg sy dgr..kebaikannya lebih banyak dari keburukkannya..rokok biasa plak..keburukan lebih bnyk dri kebaikannya..tol x?same je dgn jenama kereta mahal2..jenama je bmw..tp ape keburukan n kebaikannya?mane lebih bnyk..cube anda nilai sendiri..x pyh bergaduh semua...hny sbb sbtg rokok

salam The Secret Medicines & sahabat sahabat...

tak guna kita nak bertengkar... sebab tak dak faedah pun...

my story ...

aku merupakan seorang perokok biasa..
sehari sekotak...
aku pernah nak berhenti menghisap rokok.. tp tak boleh...

aku di perkenalkan dengan e-cigs nie oelh kawan opis... dengan harga yg berpatutan..

ambil masa jugala aku nak tukar...

tahun baru 2013.. pertengahan januari aku nekad cuba juga e-cig nie..

Alhamdulillah... sehingga hari ini.. aku masih tidak membeli rokok.. kalau hisap pun sekadar sedut dan hembus..

isteri tidak lagi berleter.. anak anak tak kena lelah, kereta takda bau rokok lagi..

so aku puas dengan apa yg aku buat..

mungkin aku akan beralih dari kadar nikotin 18mg ke 12mg ke 9mg dan seterusnya zero nikotin...

my opinion
terpulang kepada individu masing masing... kalau kata niat nak berhenti merokok... e-cigs adalah permulaan yg baik utk berhenti...

kalau rasa tak lalu nak menghisap e-cigs nie tak perlu teruskan.. lagi cantik berhenti terus dari merokok...

beli ecigs nie ada tujuannya... bukan ikut trend...

kalau berbalah dalam nie pun no point...

salam..

cuma nak bertanya..yang bahayanya body e-cigs tu atau liquid itu?apa saya baca ia lebih tertumpu pada liquid itu...saya pun seorang perokok e-cigs ni..sekarang saya menggunakan perisa yang diperbuat dari vegetables glisirin dan dicampur dengan perisa buah-buahan...dan tiada sebarang unsur eleman berunsurkan nikotin ke dalam perisa itu..so..apa pendapat kamu...cuma berkongsi maklumat...yang baik tak salah kalau kita berkongsi..dan bukannya berbalah... :)

BRO BRO SEMUA....ROKO BIASA PUN BOLE KENA KANSER>>INI KERAJAAN MAU CUKAI JE>>PASTU BOLE LAJUAL..

Betol tu........nk banding 4 jenis bahan chemical ngan lebih dr 4000 bahan chamical logik x...

Betol tu........nk banding 4 jenis bahan chemical ngan lebih dr 4000 bahan chamical logik x...

Poster menulis kandungan e-liquid adalah cecair nikotin, perasa dan ethylene glycol.

Silap ni, kandungan e-liquid adalah nikotin, perasa, pemanis (bukan semua), propylene glycol, vegetable glycerin, dan demineralized water. Setakat ini belum ada bahan yang betul-betul disahkan sebagai toksik dalam e-liquid kerana semuanya food grade kecuali nikotin yang masih diekstrak dari tembakau.

Bab berkesan atau tidak, itu tak perlu saya ulas sebab dah berjuta orang perokok serata dunia berhenti merokok tembakau kerana e-cigs ni.

Poster mengulas kandungan nikotin e-liquid terlalu tinggi. Ini pun tidak tepat...rata2 perokok yang hisap 20 batang rokok mendapat 24mg nikotin (1.2mg sebatang) dalam masa sehari. E-liquid berkepekatan 12mg/ml digunakan dalam 2-3ml sehari iaitu 24-36mg nikotin sehari. Bagi yang merokok lebih lazimnya mengambil liquid berkepakatan nikotin yang lebih tinggi.

Paling elok, tak hisap sebarang bendasing kecuali udara. Tapi bagi perokok elektronik, rata2 menganggap e-cigs sebagai Tobacco Harm Reduction product bukannya smoking cessation product.

Penulisan saudara bukanlah tidak bagus tetapi elok kalau ada facts and figures supaya perbandingan itu lebih teliti dan berasas...

ughh skrg ni mne satu yg betul, aku ingat nk bli tpi ade yg kate elok , ade yg kate x elok -.-

ughh skrg ni mne satu yg betul, aku ingat nk bli tpi ade yg kate elok , ade yg kate x elok -.-

bandingkan kebaikan dan keburukan rokok elektronik ne dengan rokok analog,barula ada fakta.Yang hisap rokok elektronik ne pun memang semuanya perokok tegar,bukannya newbie.jikalau ada pun keburukan rokok elektronik ne apa bezanya dengan rokok analog.Beli rokok kat kedai mamak lepas tu tengok gambar apa yang print kat kotak tu.Terang lagikan bersuluh.

Cakap takde bukti..Fakta takde.. sedap menaip jer.. (keybord doktor)..

Bro rokok tembakau ada 4500 jenis racun...
E cigar ada berapa?

Kalau nak berenti rokok berhenti jer terus lagi baik.. tak payah tukar rokok letrik.

Kalau nak menulis takde fakta.. (fakta keyboard doktor nie bg link website heheh) jangan tulis.. jadi fitnak plak..

Bro rokok tembakau ada 4500 jenis racun...
E cigar ada berapa?

Kalau nak berenti rokok berhenti jer terus lagi baik.. tak payah tukar rokok letrik.

Kalau nak menulis takde fakta.. (fakta keyboard doktor nie bg link website heheh) jangan tulis.. jadi fitnak plak..

bro zainuddin nikmat jadi pengedar dan pembekal e-cig ke? nak tau juga background yg menulis

bro Zainuddin Nimat cuba senaraikan 4500 jenis bahan kimia/racun dlm rokok tembakau kat sini. kalau betul Zainuddin Nikmat ni bercakap pakai fakta...atau pun auta??. TSM tak cakap pun suruh stay dgn rokok tembakau, kalau nak baca fakta, biar sampai habis. jgn baca sekerat jalan. lepas tu terus tembak. TSM dulu perokok tegar, sehari sekotak, skrg dah berhenti, tak pakai e-cig pun. kenapa boleh berhenti? kenapa nak berhenti kena guna e-cig? atau Zainuddin Nikmat ni penjual dan ambil untung dari jualan e-cig?

http://informahealthcare.com/doi/abs/10.3109/08958378.2012.724728 cuba kawan2 comment yang ini?ini pakai fakta,kajian,sampel dan sbgnya...macamana tu ya?

Setahu aku, masih belum ada ujian klinikal tentang kesan e-cig ni pada manusia...
jadi, aku rasa kurang adil utk kata ia lagi bahaya dari rokok tembakau...TAPI utk mengatakan ia tidak bahaya atau kurang bahaya berbanding rokok tembakau juga adalah masih belum boleh...jawapan sebenar, risiko tidak diketahui...

cuma yg agak merisaukan aku ialah, aku perasan banyak liquidnya mengandungi kandungan glycerin yg tinggi...mmg glycerin ni tak toxic dan FDA Approved...masalahnya, itu untuk consumed...bukan utk inhaled...yg ada dalam inhaler tu pun dalam bentuk liquid...yg dalam e-cigar ni, glycerin dalam bentuk vapor...dan pergi ke paru2...
utk makluman, glycerin ni suka pada kelembapan...jadi bila dah masuk ke paru2 tu, saya agak risau dengan kesan yg dia mampu bagi...
jadi, saya rasa eloklah kalau ada kajian yg telus dibuat berkenaan ini...
berkenaan testimoni2 yg ok tu, bagi saya its just testimoni...sbb saya juga ada berjumpa sebilangan perokok e-cigar yg kadar kesihatan diorang makin merundum selepas ambik e-cigar...

rasanya admin dh confuse e-cigar yg pakai bateri (rupa seakan rokok) dgn e-cigar vapor...e-cigar vapor ni so far so good...
*just my 2 cents

watever la...buat statement sendiri janji boleh menyedapkan hati. dah sakit, tanggung sendiri. tak ada penjual rokok nak bertanggungjawab nak bayar gantirugi. diorg tau jual je. nasib la kau...

e-cigar so far so good..haha watdehell la korang ckp ni..korang tau ke ape yg korang cakap tu? dah study abis ke atau main sedut je mcm mat lalok tu?

just nak beri pendapat :

apa yg saya was-waskan tentang vapor ni adalah e-liquid nya..mmg sumbe mengatakan peratusan dari bahan perisa buah,nikotin bla.bla...tapi e-liquid ni dtgnya dan diperbuat dari china..katanya ada dr italy dan london..

jadi persoalannya..bagaimana anda semua begitu yakin yg e-liquid ni di handle dgn penuh bertauliah bukan dari dapur belakang rumah...hermmm fikir2kan..

pada fanatik vapor..jgn nak melenting sgt...jujurnya saya dan suami jugak hisap vapor..kononnya cubaan berhenti hisap rokok..tp kami tidak terus menunding jari org ni salah org ni betul..sama2 le buat kajian ..membaca dan mencari info..

sejauhmana penghasilan e-liquid ni betul "bersih' kandungan pembuatannya..

sedangkan org meniaga karipap pun leh menipu isi inti skit janji laku...renung2kan..

thinks positive..kaji ilmu..jgn asyik nak bertekak dan menuding jari jerk..

rokok ni pun dah diharamkan di kebanyakkan negara..yg paling dekat dengan kita singapore..fakta dan maklumat dah byk..tak perlu la nak pertikaikan lagi..buang masa..

secret medicine pun x nk pndapt org lain..siap ayt whatever bgai..

Labels