Pages

Monday, July 30, 2012

Guna Ayam Pencen Buat Nuget

Ayam - tidak habis-habis dengan isu ayam. Saya sendiri sudah lama tidak makan produk ayam yang diproses seperti nuget, sosej dan sebagainya. Berikut saya ingin kongsikan artikel yang disiarkan di majalah Al-Islam baru-baru ini. Sila baca seterusnya...

................................................................

MUSIM PERAYAAN, HARGA AYAM PUN NAIK TAPI BUKAN SAJA AYAM, BARANG LAIN PUN NAIK SELALU JAMINAN KERAJAAN BEKALAN AYAM MENCUKUPI UNTUK UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. TIBA-TIBA SAJA HARGA AYAM MELAMBUNG HINGGA KE PARAS  HARGA SYILING YANG DITETAPKAN. KEMUDIAN SEBUAH PASAR RAYA BESAR PULA DITAWARKAN HARGA AYAM MURAH YANG TIDAK MASUK AKAL. KITA MEMILIH KERANA HARGANYA MURAH TAPI ADAKAH YANG MURAH ITU MENYEBABKAN KITA KENYANG?

Menurut Ketua Penyelidik dan Pembangunan, Pusat Inovasi, Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn. Bhd., Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja, tidak bermakna memilih harga yang murah akan mengenyangkan. Yang mengenyangkan kita adalah berkat dan rahmat Allah. Kerana mencari harga yang murah mereka mengabaikan makanan yang halal dan toyyibah.
Kita hari ini tidak penting sangat siapa yang sembelih ayam, bagi kita asalkan ada logo halal sudah mencukupi bagi kita. Kita merasakan ayam murah lebih baik kerana boleh beli banyak tetapi kita tidak pernah sedar dan bertanya mengapa ayam itu boleh dijual dengan begitu murah?
“Misalnya saya pernah minta statistik ayam yang dijangkiti penyakit setiap tahun di Malaysia dari jabatan veterinar tapi tidak ada. Mustahil tidak ada ayam yang mati diangkiti penyakit? Dari situ timbul kesimpulan, semua ayam sakit dan sihat dijual ke pasaran tanpa diasingkan. Sepatutnya ayam yang sakit tidak boleh dijual dan perlu dihapuskan.
“Malangnya yang berlaku di negara kita berlainan apabila ada ayam yang sakit maka diberi antibiotik berganda agar ayam dapat bertahan selama beberapa minggu sehingga mencapai berat yang sesuai untuk dijual. Soalnya apa jadi dengan ayam yang diserang penyakit yang sepatutnya dimusnahkan. Kadang-kadang yang berpenyakit diberi kepada pasar raya supaya dijual dengan harga murah.

“Berapa ramai pengusaha ayam yang berani membuat analisa makmal terhadap daging ayam ternakan mereka. Tidak ramai yang berani untuk membuktikan kandungan bahan kimia di dalam daging ayam ternakan mereka,” jelas Dr. Mohamad Zainol yang mendapat pendidikan di dalam bidang perubatan di Amerika Syarikat.

Jelas Dr. Zainol, yang menjadi masalah utama umat Islam adalah hampir 80 peratus makanan Islam diragui. Laporan Kementerian Kesihatan dan WHO didapati 80 peratus umat Islam berusia 40 tahun ke atas menghadapi pelbagai penyakit kronik. Ini semuanya ada kaitan dengan makanan. Kajian perubatan seluruh dunia mendapati diet manusia telah berubah.
Ayam adalah sama yang membezakannya adalah dari segi pemberian ubat, makanan dan antibiotik dan hormon di dalam ayam itu juga boleh menyumbang penyakit berbahaya. Dianggarkan oleh Union of Concerned Scientist (UCS) yang bekerja sama dengan pakar perubatan menganggarkan hampir 70 peratus atau lebih 8 juta tan antibiotik yang dihasilkan di dunia digunakan untuk membesarkan dan menggemukkan ayam. Kadar itu adalah tujuh kali ganda antibiotik yang dimakan oleh manusia.
Begitu juga halnya dengan ayam telur pencen, pakar perubatan di seluruh dunia mengesyaki ia menjadi sumber kepada bakteria Salmonella Enteritidis (SE) yang sangat berbahaya kepada kesihatan manusia. Penjualan ayam pencen diharamkan di Singapura dan beberapa buah negara Barat tetapi di Malaysia ia bebas dijual. Isi ayam pencen menjadi pilihan pengusaha makanan kerana ia murah untuk menghasilkan burger, sosej, nuget dan makanan di dalam tin.
Tambahnya, masyarakat Islam hanya diajarkan tentang halal saja tanpa diterangkan tentang toyyibah. Sedangkan di dalam Islam kita diikat dengan konsep makanan yang halal dan toyyibah. Semua orang tahu tentang halal tetapi tidak yang toyyibah. Pemakanan yang toyyibah itu merangkumi satu sudut yang besar ia termasuklah dari segi kesihatan, nutrien, penyimpanan, logistik, pengurusannya dan pengawalannya. Malangnya umat Islam tidak memikirkan hal itu dan tidak ambil pusing langsung.
“Lebih malang lagi, apabila orang yang terlibat dengan agama tidak memahami  tentang konsep toyyibah untuk memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat. Sebab itulah hingga ada produk susu dari Taiwan dan China dicampurkan dengan melamin dan minuman tercemar bahan kimia memudaratkan turut dipasarkan di negara ini.
“Masyarakat Islam sekarang sudah menjadi seperti umat Nabi Musa, menolak makanan yang baik dan menerima makanan yang tidak baik. Ia ada disebutkan di dalam surah Al=Baqarah ayat 61, ”Dan (kenagkanlah) ketika kamu berkata:”Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya,” Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu.” Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya) dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.”
“Itulah yang terjadi kepada umat Islam sekarang ini, apabila ada pengusaha Muslim yang mengeluarkan produk halal dan toyyibah, ia kurang mendapat sambutan. Kerana pengguna Islam terlalu ketagih kepada produk non-Muslim yang jauh lebih murah tetapi daripada segi kualiti tidak memenuhi tuntutan toyyibah. Sedangkan pengusaha Muslim terpaksa berdepan dengan kos pengeluaran yang tinggi kerana mengeluarkan produk dalam skala kecil.
”Satu lagi masalah ialah pemimpin Islam yang mengatakan mendukung Islam hanya memperjuangkan peribadi sahaja. Tapi apabila ada persidangan parti atau muzakarah, mereka sendiri tidak memberi sokongan kepada produk Muslim. Hal itu jauh berbeza dengan parti politik bangsa asing apabila ada persidangan parti, mereka tidak gunakan produk bumiputera atau Muslim sebaliknya mereka lebih utamakan produk kaum mereka.
“Kerana kelonggaran itulah maka masyarakat Islam menghadapi masalah makanan halal, 20 peratus sumber makanan kita bukan dari sumber yang halal. Dan, kesan dari itu maka lahirlah 1.3 juta penagih dadah serta 280,000 orang anak luar nikah,” ujar Dr. Zainol yang juga merupakan salah seorang penternak ayam organik.                   
Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

0 comments:

Labels