Sunday, September 18, 2011

Sirap Jagung Bukan Dari Alam Semulajadi


Sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) adalah sejenis bahan pemanis yang diproses secara menyeluruh dari jagung ubahsuai genetik. Ia kebanyakannya diimport dari Amerika kerana Amerika merupakan pengeluar dan pengeksport HFCS terbesar di dunia.

Ia bukan saja untuk kegunaan makanan manusia dan haiwan malah terdapat dalam hampir semua produk kegunaan seharian seperti minyak enjin, gris, cat, pelekat, plastik, minyak wangi, bateri, peluru, bahan peletup dan banyak lagi yang tidak boleh anda bayangkan. Jagung yang digunakan juga bukan dari spesis jagung yang boleh dimakan manusia tetapi diproses terlebih dahulu.

Antara makanan yang mengandungi sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) ialah:
  • sebahagian besar produk Kellog's
  • sebahagian besar produk Heinz
  • sebahagian produk Kraft
  • sebahagian produk cokelat Hershey's
  • ais krim
  • Pepsi
  • Coca-Cola
  • Sprite
  • A&W
  • produk minuman Capri-Sun
  • emping jagung
  • minuman berkarbonat
  • minuman jus campuran
  • coklat
  • produk susu
  • jem
  • sos cili dan tomato
  • sos lada hitam
  • sos tiram
  • minuman kopi segera
  • roti
  • muffin
  • kek
  • snek
  • butter
  • pastri
  • biskut
  • bijirin
  • ubat batuk
  • ubat batuk Vicks
  • yogurt
  • sup Campbells
...dan banyak lagi.

Jika saya mahu senaraikan semuanya di sini, mungkin saya memerlukan 3 atau 4 halaman blog ini.

HFCS sepatutnya disenaraikan dalam senarai teratas sekali sebagai kandungan bahan makanan yang merbahaya kerana ia tiada serat dan mengubah sifat glukos kepada fruktos yang lebih manis. Ia juga mengandungi kalori yang tinggi. Ia lebih murah dari gula tebu, kerana itu ia digunakan secara meluas sebagai menggantikan gula dalam banyak produk makanan. Tanpa serat dan nutrien semulajadi, ia terserap terus ke dalam darah. Kesan negatif antaranya menyah-nutrien dari tubuh. Ia menyebabkan obesiti dan menambah rasa lapar.

Bagaimana ia membuatkan anda lapar? Sirap jagung menghalang pengeluaran leptin protin yang memberi isyarat kepada otak bahawa anda berasa kenyang. Pada masa yang sama, ia tidak mengeluarkan ghrelin - unsur yang memberitahu bahawa anda sedang lapar. Akhirnya, anda makan secara berterusan. Ia memberi faedah kepada pengeluar makanan dengan menjual produk tanpa had.

Pada kajian yang lain, HFCS merosakkan tisu dan menyumbang kepada diabetes. Setin minuman mengandungi sekurang-kurangnya 5 kali ganda pemanis dari gula tebu. Dalam kebanyakan produk, pengusaha menyembunyikan istilah HFCS disebalik nama sirap jagung, pemanis semulajadi, sirap glukosa, fruktosa, fruktos buah-buahan, sukrosa, pekatan jus buah-buahan, pemanis jagung atau dekstrosa.

Elakkan dari membeli produk-produk yang mengandungi HFCS. Lebih baik anda dapatkan gula semulajadi dari buah-buahan kerana di situ terdapat fiber dan anti-oksidan.

Pendapat Yang Salah Tentang Plastik

Ada cakap-cakap yang saya dengar bahawa plastik yang bernombor 5 ke atas adalah selamat digunakan. Kenyataan ini sebenarnya tidak benar sama sekali kerana kita ketahui bahawa nombor 5 mewakili polypropylene (PP). Walaupun tindakbalasnya lambat terhadap pemanasan, ia tetap tidak selamat digunakan dalam jangka masa yang agak lama.

Seterusnya, nombor 6 mewakili polystyrene (PS), antara yang paling merbahaya kepada kesihatan manusia. Begitu juga nombor 7 yang diwakili oleh plastik jenis lain-lain termasuk polycarbonate (PC) yang telah diharamkan penggunaannya di Malaysia.

Anda boleh rujuk di sini.

Jauhkan Diri Dari Florida


Salah satu cara paling cepat untuk menyerap apa saja ke dalam tubuh ialah melalui mulut. Ini salah satu sebab beberapa jenis ubat-ubatan seperti rawatan jantung dan pengurangan kesakitan diletak di bawah lidah. Oleh sebab itu, anda sepatutnya sedar bahawa potensi kandungan toksik di dalam ubat gigi dan pembersih mulut juga akan diserap ke dalam tubuh dengan cara yang sama.

Malangnya, pakar pergigian fikir mereka tahu apa yang mereka cadangkan kepada anda tanpa mempedulikan kesan-kesan negatif.

Berikut adalah senarai potensi kandungan toksik yang terdapat di dalam produk ubat gigi dan produk "penjagaan" kesihatan dan alasan-alasan yang dikhuatiri tidak dipedulikan oleh pakar-pakar pergigian:

1. Florida (fluoride) - Amaran FDA pada ubat gigi mengandungi fluoride: AMARAN, jauhkan dari kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Jika tertelan, hubungi doktor secepat mungkin.

Ubat gigi kanak-kanak selalunya mengandungi perasa seperti strawberi atau gula-gula getah yang mungkin menelannya. Ia boleh mendatangkan masalah memandangkan dengan hanya tertelan sedikit sahaja boleh mendatangkan risiko serius. Florida juga bertindak menghakis lapisan luar gigi secara perlahan-lahan malah ia bukan memutihkan gigi, sebaliknya menghilang warna putih menjadikan warna gigi bertukar kepada transparent.

2. Triklosan (triclosan) - Ejen antibiotik ini digunakan di dalam berbagai produk termasuk sabun pencuci pinggan mangkuk, sabun pencuci tangan, deodoran, ubat gigi dan pencuci mulut.
Pada Ogos 2009, Pertubuhan Perubatan Kanada meminta kerajaan mereka mengharamkan penggunaan triklosan di dalam produk-produk penjagaan diri. Dalam kajian pada 2006 dan 2009 menunjukkan pendedahan kepada triklosan kesan kepada penghasilan hormon thyroid. Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit pula melaporkan bahawa kekerapan penggunaan produk antibiotik boleh membawa kepada pertumbuhan bakteria yang bertahan kepada kebanyakan antibiotik dan membawa kepada kematian.

3. Sodium Lauryl Sulfate - Para pengkaji mendapati penggunaan SLS mengeringkan lapisan mukus yang mengelilingi kawasan dalam mulut, membuatkan ia terdedah kepada kerosakan tisu yang menyebabkan keputihan di dalam mulut. SLS terdapat di dalam kebanyakan ubat gigi, pencuci pinggan mangkuk dan pembersih badan.

4. Pengikir (abrasives) - Gigi sensitif disebabkan banyak faktor. Sesetengah gigi sensitif disebabkan oleh ubat gigi yang menggunakan pengikir. Ubat gigi yang mengandungi pemutih dan kawalan tartar juga mungkin mengandungi pengikir yang lebih kuat. Ia bertindak mengikis lapisan luar gigi dan menanggalkan kekuningan. Di dalam bengkel besi, alat kikir atau kertas pasir digunakan utuk mengilatkan lapisan permukaan logam.

5. Pemanis tiruan - Bayangkan sesetengah ubat gigi juga mengandungi pemanis tiruan iaitu saccharin. Apakah tujuan ia perlu diberi pemanis? Adakah untuk memberi sensasi kepada kanak-kanak supaya menelannya? Di Kanada, penggunaan saccharin masih tidak dibenarkan.

Di sini, saya ingin membangkitkan hal yang sering kita dengar dan lihat di TV bahawa syarikat-syarikat pengeluar ubat gigi sering mengiklankan bahawa ubat gigi yang baik perlu ada florida. Walaupun ia diiktiraf halal, sebenarnya florida & triklosan adalah 2 jenis bahan yang merbahaya. Seboleh-bolehnya, jauhkan dari membeli ubat gigi yang mengandungi florida & triklosan. Saya tidak dibayar oleh sesiapa untuk menulis artikel ini. Saya juga tidak pernah bertemu dengan pengeluar produk ubat gigi yang tidak mengandungi florida atau triklosan. Apa yang disarankan di sini adalah hasil dari maklumat-maklumat yang saya perolehi dari pelbagai sumber yang terlalu banyak menyatakan bahawa kedua-dua bahan ini adalah merbahaya, dan ia tidak sesuai untuk penggunaan di dalam tubuh lebih-lebih lagi jika diletakkan di dalam mulut.

Iklan yang keterlaluan dan sering diulang setiap hari di media mampu mempengaruhi masyarakat untuk menerima idea bahawa florida baik untuk penjagaan kesihatan, padahal ia membawa kesan sampingan yang tidak pernah dinyatakan di mana-mana media perdana tempatan selain dari blog ini. Sepatutnya ada komuniti tertentu yang membuat kajian secara mendalam dan tampil untuk memberikan penerangan kepada orang ramai apa itu florida dan bahayanya kepada pengguna. Kempen yang semakin hari semakin galak menyebabkan masyarakat semakin percaya dan mudah tertipu dengan kehendak pengusaha yang hanya tahu untuk melariskan jualan sahaja.

Terpulang kepada anda, sama ada untuk terus menggunakannya atau bertindak sekarang, buang semua produk yang ada di rumah anda, gantikan dengan produk yang lebih selamat.

Sumber imej:
www.actionpa.org/fluoride/
www.thebestwaterfilters.com/fluoride.html

Apa Itu Superfood?


Superfood adalah istilah yang digunakan untuk jenis-2 makanan atau tumbuhan yang mengandungi khasiat nutrien yang tinggi yang memberi faedah kepada kesihatan manusia. Ia juga mempunyai sifat sebagai anti-oksida dan juga anti-bakteria. Antara yang boleh dianggap sebagai superfood ialah seperti di bawah:

  • buah-buahan beri (blueberry, resberry dll), buah delima, koko
  • tumbuhan herba seperti halia, bawang putih, kunyit, ginseng, tongkat ali, lidah buaya, serai
  • sayuran seperti spirulina, chlorella, rumpai laut (sea weed), klorofil
  • makanan yang mengandungi omega-3 sama ada dari tumbuhan seperti flax seed atau bijan atau haiwan seperti ikan salmon
  • rempah-ratus seperti jintan, kulit kayu manis, daun kari
  • produk dari haiwan seperti madu lebah

Sebenarnya ada terlalu banyak jenis makanan yang boleh di anggap sebagai superfood. Apa yang disenaraikan di sini hanya berdasarkan apa yang saya ingat semasa menulis artikel ini. Jadikan ia sebagai sebahagian besar dari pemakanan seharian anda. Insyaallah anda dijauhkan dari penyakit.

Sumber imej:
http://www.life123.com/

Tikus Membaiki Labu


Beberapa bulan yang lalu, saya ditugaskan untuk membuat liputan bergambar seorang pemimpin masyarakat menziarahi seorang remaja yang menghadapi penyakit kanser tulang (berumur 14 tahun). Menurut maklumat yang diperolehi, kini ia sudah berada pada tahap 4 (stage 4), dimana ia merupakan tahap terakhir yang dianggap paling serius.

Mengikut statistik, peluang pesakit tahap 4 untuk meneruskan hidup hanya 15 ke 20 peratus sahaja manakala 80% pesakit kanser akan menemui ajal dalam tempoh beberapa bulan atau tahun selepas menerima rawatan yang intensif.

Saya diberitahu, ibubapa remaja berkenaan terpaksa berulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan kimoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Setakat ini, pesakit berkenaan sudah pun menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 18 kali dalam tempoh 2 tahun. Ubat-ubat berjadual yang diberi juga tidak terhitung jumlahnya.

Apabila ditanya bagaimana anaknya boleh menghidap penyakit ini sehingga ke tahap 4 dalam seawal usia 14 tahun, ibunya berkata, doktor yang merawat anaknya berpendapat bahawa ia bergantung kepada nasib seseorang. "Sesiapa saja boleh mendapat kanser, ia bergantung kepada kekuatan sistem pertahanan tubuh badan melawan penyakit", katanya. Saya setuju dengan pendapat doktor berkenaan. Di dalam sistem tubuh badan setiap orang mengandungi sel kanser. Ia hanya wujud seadanya, tetapi ia tidak mampu berkembang biak tanpa ada sesuatu sebab yang boleh membawa kesan kepada sistem semulajadi tubuh badan kita. Sistem imun yang semakin lemah tidak mampu lagi membunuh sel-sel kanser secepat proses pembiakannya. Ada banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kehilangan daya tahan sistem imun tubuh seseorang. Antaranya, bahan-bahan bertoksik yang masuk ke dalam tubuh badan kita melalui makanan hari ini, penggunaan produk-produk "penjagaan" kesihatan yang mengandungi bahan kimia merbahaya, pendedahan kepada pencemaran radiasi seperti penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap dan sebagainya boleh menggalakkan sel-sel itu semakin cepat berkembang. "You are what you eat", menurut istilah sesetengah pakar pemakanan. Lebih malang lagi, kaedah rawatan yang diberikan pada hari ini turut menyumbang kepada keadaan yang lebih parah lagi. Rawatan kimoterapi misalnya berpotensi membunuh sel-sel yang baik di dalam tubuh disamping membunuh sel kanser. Mengikut tanda amaran pada botol atau bungkusan bahan kimo mengandungi kenyataan ia boleh menyebabkan kanser.

Cuba anda bayangkan kesannya apabila sudah melalui rawatan kimoterapi hampir 20 kali. Ia sebenarnya membunuh pesakit. Jadi, di mana rasionalnya merawat pesakit kanser dengan dadah yang boleh menyebabkan kanser? Keadaan ini samalah seperti memadam kebakaran dengan menutup bahagian yang terbakar dengan kayu atau kepingan papan - jenis bahan yang mudah dibakar. Kaedah mammogram yang menggunakan kadar radiasi yang agak tinggi juga menambah risiko kepada kanser, malah ralat mendiagnos terhadap mereka yang tidak ada kanser baru saja mendedahkan orang itu kepada risiko mendapat kanser. Apabila semua kaedah rawatan ini sudah dijalankan, akhirnya doktor telah berputus asa dan membuat kesimpulan bahawa harapan untuk hidup tinggal 10% peratus sahaja. Pesakit akan diberitahu bahawa mereka akan mati tidak lama lagi. Kadang-2, hanya pihak keluarga sahaja yang tahu tentang hal ini manakala ia sengaja dirahsiakan dari pengetahuan pesakit itu. Jadi, inikah yang dikatakan kejayaan, "pencapaian" atau breakthrough dalam bidang perubatan? Semestinya tidak. Saya ingin bertanya apa lagi yang mereka mampu lakukan untuk menyelamatkan pesakit kanser tahap 4? Masih mahu berikan dos ubat-ubatan dan ulangi rawatan kimoterapi sampai tubuh badan pesakit menjadi bangkai hidup?

Pelik apabila ditanya, mereka tidak pernah menyalahkan corak pemakanan dan gaya hidup, tetapi sering menyalahkan nasib. Malah mereka seperti gila dan taksub kepada ubat-ubatan, kalau ada seratus lagi jenis pil yang dicadangkan oleh orang lain, mereka akan cuba mendapatkannya dan suapkan kepada pesakit. Tidak kira berapa mahal harganya, mereka akan cuba sedaya-upaya mendapatkannya. Tetapi ubat-ubat itu sebenarnya tidak mampu melakukan apa-apa selain memburukkan lagi keadaan. Jika ada orang bertanya kepada saya, apa harus dilakukan oleh pesakit kanser tahap 4, sesungguhnya penyakit yang tiada ubat ialah mati. Ada banyak kejayaan orang-orang di luar negara yang pulih dari kanser tahap 4, tetapi tiada siapa yang mahu mengambil pelajaran dari itu. Jika mereka sanggup mengeluarkan belanja berpuluh ribu ringgit, tiada alasan mereka tidak sanggup mendapatkan herba-herba yang didatangkan dari hutan Amazon. Malah, kadang-2, rawatan tidak perlukan kos yang tinggi. Ia boleh didapati di negara kita, hatta boleh di tanam di belakang rumah.

Buat sedikit penyelidikan. Anda tidak memerlukan makmal yang besar dan tikus untuk ujian. Anda cuma perlu bertanya kepada orang-orang lain yang pernah berjaya melaluinya.

Tetapi saya akan bertanya kembali, kenapa boleh sampai ke tahap 4, dan soalan seterusnya kenapa ia boleh sampai ke tahap 3 sebelum itu? Apa yang mereka lakukan semasa penyakit itu mencapai tahap 3? Tentu mereka juga tidak mampu menjawabnya untuk saya. Bagi saya, sistem perubatan moden merawat pesakit kanser sama seperti perumpamaan tikus membaiki labu - hendak membetulkan barang yang tidak diketahui, ia semakan rosak.

Terbaru saya dapat maklumat bahawa kanak-kanak itu sudahpun meninggal dunia.

Sumber imej:
http://trialx.com

Bawang Putih Penawar Demam & Selsema


Baru-2 ini saya mengalami demam selsema. Semua orang pasti rimas bila cecair sentiasa mengalir turun melalui hidung tidak henti-2. Pada mulanya saya tidak melakukan apa-2 dengan membiarkan saja keadaan itu. Tapi apabila ia semakin kerap dan mengganggu aktiviti seharian , saya mula ingin melakukan sesuatu agar ia dapat dipulihkan secara semulajadi.

Saya ambil 2 ulas bawang putih mentah, hancurkan kedua-2nya sekali dengan lesung batu (sejenis alat tradisional - anda boleh gunakan pengisar dengan mencampurkan sedikit air bertapis), kemudian saya tambahkan air bertapis. Kacau hingga ia melarut, kemudian gunakan penapis dan tuang ia ke dalam gelas atau cawan. Air yang sudah dituang itu diminum segera. Memang rasa tekak sedikit pedas dan tidak menyenangkan, tapi sebenarnya air itu mengandungi unsur-unsur anti-bakteria dan anti-jangkitan yang membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh. Saya mula rasa selesa selepas setengah jam minum air bawang putih mentah ini. Cecair tidak lagi turun meleleh melalui hidung.

Bagi yang tidak sanggup minum air bawang putih mentah, anda boleh cuba potong halus-halus kemudian letakkan di dalam roti untuk dibakar. Boleh campur sedikit gula dan butter untuk menyedapkan rasa.

Fungsinya sama atau lebih baik dari makan ubat selsema dan parasetamol.

Blogger Templates by thesecretmedicines.blogspot.com. Supported by webshotsdigital.com. Powered by Blogger