Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Wednesday, April 6, 2011

Awas Makanan Dari Jepun


Saya ingin membawa pesanan kepada pembaca semua supaya berwaspada terhadap makanan yang diimport dari Jepun terutama sekali produk hasil dari lautan kerana telah diketahui bahawa lautan Pasifik berdekatan kepulauan Jepun telahpun dicemari dengan unsur-unsur radioaktif dari letupan loji nuklear bulan lepas.

Sebaiknya jangan beli produk makanan dari Jepun, sama ada membelinya di sana dan bawa balik ke sini.

Jika kita baca di media perdana, tentu berbagai alasan diberikan kononnya ia masih selamat dimakan, tidak perlu khuatir, produk tidak dicemari dan sebagainya - yang menyedapkan telinga kita mendengarnya. Jawapan sebegini semuanya tentu dilakukan dengan suatu tujuan iaitu menyelamatkan "bisnes". Industri eksport makanan Jepun boleh jatuh bankrap jika seluruh dunia tidak membeli produk makanan mereka. Sebanyak lebih 50 buah loji nuklear di Jepun juga wujud kerana "bisnes" yang lumayan. Tanpa keuntungan besar, tentu tiada siapa yang mahu membina loji nuklear.

Pesanan saya adalah secara jujur, dinyatakan berdasarkan hakikat yang berlaku pada masa ini. Kini mereka telah membuang lebih 10 000 tan air dicemari radioaktif ke lautan. Produk yang paling banyak menerima kesan tentunya makanan laut seperti ikan, sotong termasuk juga tumbuhan dari laut (seaweed).

Jangan pedulikan apa yang mereka katakan kononnya selamat dimakan kerana tahap 'selamat' mereka boleh dipinda bila-bila masa dan kini Jepun sendiri sudah menaikkan paras bahaya ke tahap yang lebih tinggi dari biasa - iaitu tahap yang dahulunya dianggap tidak selamat kini dikatakan masih 'selamat'. Apa yang lebih penting ialah keselamatan dan kesihatan tubuh kita, bukan menyelamatkan perniagaan mereka.

Labels