Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Wednesday, March 30, 2011

Apa Pilihan Terbaik Yang Tinggal Untuk Kita

Ada sahabat bertanya, apakah pilihan yang ada hari ini apabila sukar untuk mencari makanan yang benar-2 asli, tiada campuran bahan kimia dan unsur-2 yang boleh mendatangkan penyakit di kemudian hari?

Saya tidak dapat memberi jawapan yang pasti kerana ini adalah hakikat pada hari ini. Saranan saya kepadanya, pilihlah makanan organik yang diiktiraf (certified organic) oleh badan-2 yang boleh dipercayai. Jika itu pun susah, sekurang-kurangnya saya hanya boleh membantu untuk senaraikan bahan-2 merbahaya yang perlu dijauhi dengan apa cara sekalipun jika ia tersenarai pada bungkusan makanan tersebut iaitu:

1. sodium nitrite (terdapat dalam hampir semua produk daging sejuk-beku) - (kanser/jantung)
2. aspartame (dalam sesetengah minuman Pepsi-Cola pasaran Malaysia) - (kanser/diabetes)
3. sirap jagung (corn syrup) - (kanser/diabetes)
4. minyak masak sayuran terhidrat (hydrogenated oil) - (kanser/diabetes/jantung)
5. Butylated hydroxyanisole (BHA) dan butylated hydroxytoluene (BHT) - didapati dalam produk bijirin (kanser)
6. Potassium Bromate _ didapati dalam produk roti (kanser)
7. Monosodium glutamate (MSG) - hampir semua produk hari ini ada MSG - HAMPIR MUSTAHIL UNTUK DIELAKKAN (diabetes/kanser/obesiti)
8. pewarna makanan & minuman (kanser)
9. perasa makanan & minuman (darah tinggi/diabetes/obesiti)
10. kandungan gula & garam yang tinggi (darah tinggi/jantung/diabetes)

Jika terdapat salah satu daripadanya, cubalah elakkan memakannya.

Parasetamol & Kerosakan Buah Pinggang

Jika sesiapa mengidamkan kerosakan buah pinggang di hari tua anda, maka pilihan yang terbaik dan termurah ialah ubat parasetamol. Pengambilan parasetamol secara berterusan dalam jangka masa panjang (walaupun dalam dos yang rendah) akan membantu tubuh anda menjalankan proses menghancurkan buah pinggang di hari tua anda. Buah pinggang yang sudah rosak tidak akan kembali elok. Ia perkara yang mustahil. Penyakit jantung boleh dipulihkan dengan pembedahan. Tetapi buah pinggang tiada pembedahan untuk memulihkan fungsinya seperti asal. Kalau bernasib baik, mungkin akan mendapat buah pinggang dari penderma yang bermurah hati. Mungkin kenyataan ini terlalu keras, tetapi inilah hakikat dan gaya hidup manusia di zaman yang serba pantas ini.

Kelegaan yang 'segera' adalah penting untuk membantu manusia zaman ini melakukan pekerjaan dengan 'sempurna'. Tanpa ubat-ubatan moden, mereka ini seolah-olah tidak boleh hidup!

Memang semua manusia akan mati, tidak kira muda atau tua. Tetapi cara manusia mati berbeza-beza. Ada yang sihat wal'afiat sebelum mati. Ada juga yang menanggung derita penyakit bertahun-tahun sebelum mati. Jika Tuhan sudah menentukan waktu kematian kita, biarlah kita mati dengan cara sebaik-baiknya - bukan dengan cara menyusahkan orang lain, dan bukan kerana kezaliman kita terhadap tubuh kita sendiri. Marilah kita berdoa supaya kematian kita dilalui dengan tenang dan tiada siapa di kalangan orang yang mengenali kita akan merasa menyesal.

Labels