Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Tuesday, March 15, 2011

BPA Dalam Botol Susu Bayi Baru Mahu Diharamkan


Langkah kerajaan mahu mengharamkan penggunaan plastik jenis polycarbonate pada botol susu bayi baru-2 ini sangat-2 dialu-alukan. Ini merupakan suatu langkah yang baik menuju matlamat mengurangkan pencemaran terhadap makanan dan minuman.

Tetapi penguatkuasaannya akan bermula hampir setahun dari sekarang. Bagi pengguna yang sudah mendapat maklumat tentang tindakan terbaru ini, sebaiknya mula tidak menggunakan bahan plastik jenis ini dari sekarang. Polycarbonate yang mengalami suhu tinggi boleh mengeluarkan bahan kimia Bisphenol-A (BpA) yang merangsang pertumbuhan sel kanser. Kod khusus untuk plastik polycarbonate ialah 'PC' tetapi ia boleh meminjam kod nombor 7 bererti 'lain-lain'. Kod ini boleh juga digunakan oleh bahan plastik lain dan nombor 7 tidak semestinya menunjukkan ia bahan polycarbonate.

Ini merupakan langkah yang agak terlewat sedikit berbanding negara-2 maju seperti Kanada dan di Eropah. Kanada telah mengharamkan penggunaannya sejak 2008 manakala Eropah baru saja mengharamkannya pada 1 Mac 2011, Malaysia mungkin mengikuti perkembangan terbaru ini lalu membuat keputusan yang sama tetapi memberi masa kepada stok yang sudah terdapat di pasaran habis dijual terlebih dahulu, kemudian beri masa kepada pengusaha botol plastik menukar produk plastik mereka kepada bahan lain, sebelum mula mengharamkannya tahun depan.

Jika anda ikuti post TSM terdahulu, anda tentu menemui tentang bahayanya Bisphenol-A dalam plastik yang disiarkan sejak 2009 lagi. TSM ada menyebut tentang polycarbonate (PC) di ayat terakhir sekali dalam artikel tersebut di sini. Begitu juga dengan artikel berkenaan restoran yang kotor di Kuala Lumpur dicemari tikus yang telah disiarkan terlebih dahulu, selepas itu baru kita mendengar berita pihak berkuasa DBKL dan Kementerian Kesihatan membuat operasi kebersihan di restoran-restoran ternama di Kuala Lumpur. TSM sentiasa prihatin tentang masalah tahap kebersihan premis-premis yang menjual makanan dan minuman, tetapi ada pihak yang memandang sepi isu sebegini.

Di sini, TSM ingin memberi saranan kepada pihak berkuasa bahawa selain polycarbonate yang digunakan sebagai bahan botol susu bayi, penggunaan polystyrene sebagai bekas makanan dan minuman juga patut diharamkan sejak lama dahulu kerana ia lebih merbahaya.

Labels