Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Thursday, March 3, 2011

Petikan: CAP dakwa harga makanan lonjak hingga 167 peratus

Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa harga pelbagai makanan telah melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

NONEPresidennya, SM Mohamed Idris berkata peningkatan harga makanan itu telah menyebabkan kesukaran yang amat sangat kepada kehidupan pengguna.

"Satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan yang lepas, kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.00 setiap hidangan, peningkatan 25 peratus hingga 66 peratus; udang (saiz sederhana) daripada RM1.50 hingga RM4.00 setiap satu, peningkatan 167 peratus," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut SM Mohamed, pengusaha restoran dan pemilik gerai makanan yang ditemubual oleh pegawai CAP, berkata kenaikan harga makanan dan minuman ringan adalah akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan yang diimport seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi, serbuk teh daripada antara 20 peratus sehingga 200 peratus serta peningkatan dalam harga gas dan bahan api.

NONEKatanya kajian yang dijalankan sekitar gerai-gerai di Pulau Pinang itu mendapati kenaikan bukan sahaja membabitkan kedai makanan orang Islam tetapi juga menjejaskan makanan orang Cina dan India.

"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan.

"Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00," katanya.

Menurut beliau bagi makan India pula, harga tosai yang dijual RM1.00 setiap satu kini meningkat RM1.20, peningkatan 20 peratus harga roti canai dan nasi lemak masih sama tetapi kandungannya telah dikurangkan.

mamak restaurant 271206 open stoves"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.

"Di sesetengah tempat ais kosong telah meningkat daripada 20 sen kepada 40 sen segelas iaitu peningkatan 100 peratus," katanya.

Presiden CAP itu berkata memandangkan kenaikan kos, bayaran bagi perkhidmatan lain seperti pembaikan paip, elektrik, bengkel kereta, membaiki motosikal juga telah meningkat bayarannya daripada antara 20 peratus kepada 30 peratusdalam tempoh lebih enam bulan lalu.

mamak restaurant 271206 patronsSehubungan itu, SM Mohamed menggesa kerajaan mempertimbangkan perkara ini dengan serius bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi kenaikan kos.

"Pengguna (perlu) berhati-hati dalam berbelanja dan untuk meminimumkan makan di luar dan jika mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa makan di luar, maka pilihlah kedai yang mengenakan harga yang berpatutan.

"CAP juga menggesa peniaga supaya memainkan peranan mereka dalam membantu situasi kenaikan harga dengan mengurangkan pengambilan keuntungan bagi memastikan mereka dapat meneruskan perniagaan," katanya.


The Secret Medicines

Lihatlah apa yang berlaku ke atas pengguna di negara ini. Selain dihidangkan dengan makanan dan minuman yang tidak berkhasiat malah mengundang penyakit, pengguna dipaksa mendapatkannya dengan harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Golongan peniaga mahupun pengusaha tidak rela menanggung kerugian atau keuntungan yang berkurangan di sebalik kenaikan harga barangan makanan, mereka meletakkan beban itu terus kepada pengguna.

Di sini, mereka tidak mempunyai sedikit risiko pun untuk rugi, sebaliknya menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Saiz produk semakin mengecil, menggunakan bahan mentah yang minimum, sebaliknya harga makin melambung tinggi. Jikalau dahulu, dengan RM1, anda boleh beli keropok lekor goreng yang bersaiz besar dan tebal, kini saiznya semakin kecil dan nipis. Isinya makin berkurangan.


Sebagai pengguna yang bijak, saya mencadangkan anda memboikot peniaga-peniaga seperti ini. Saya sering lakukan perkara ini sejak akhir-akhir ini, banyak kedai-2 yang saya kunjungi sebelum ini telah saya boikot oleh sebab harga yang semakin meningkat secara tidak munasabah. Saya sanggup tidak makan makanan kegemaran daripada membeli dari peniaga yang menaikkan harga, kerana saya masih ada pilihan lain.

Sebagai contoh, jika sekilogram bahan mentah seperti tepung naik 10 hingga 20 sen, di manakah rasionalnya menaikkan harga sekeping roti canai sehingga 30 sen sekeping? Di manakah logiknya? Atau inikah kesempatan mereka untuk menjana keuntungan berlipat ganda?

Jadilah pengguna yang sangat berkira, kerana sebagai pengguna, anda mempunyai kuasa untuk menentukan harga pasaran. Jika semua orang sudah memboikot, lama-kelamaan mereka terpaksa menurunkan harga seperti asal kembali.



Labels