Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Monday, January 17, 2011

Santan Serbuk Kimia

Hari ini sudah ada santan buatan manusia yang dihasilkan dari serbuk bahan kimia. Ia berwarna putih dan bertindak sebagai pemekat tapi belum tentu ia dari bahan yang boleh dimakan. Pengusaha seperti ini tidak peduli apa yang kita makan, mereka cuma tahu untung semata-mata.

Walaupun ia dicampurkan dengan santan asli, ia tetap boleh mendatangkan merbahaya kepada kita yang memakannya. Saya tidak pasti apakah jenis serbuk atau bahan kimia yang digunakan, tetapi sudah cukup untuk membuatkan saya membatalkan niat untuk makan nasi lemak pagi ini.

Semakin hari, industri makanan kita semakin kreatif. Mereka boleh menghasilkan bahan yang kelihatan seperti asli padahal ia adalah palsu. Begitu juga kisah telur ayam tiruan yang dijual di negara China dahulu. Tetapi ia dijual dalam bentuk serbuk dan acuan berbentuk bujur disertai nota cara-cara menghasilkan telur ayam menggunakan komposisi bahan-bahan yang dipaketkan sekali. Ia nyata telur palsu, malah pembelinya juga tahu ia palsu tetapi masih mahu menghasilkannya dan menjual kepada pembeli yang tidak menyedarinya.

Berlainan dengan santan, ia memang sukar dikenalpasti dengan mata kasar kerana warnanya yang putih dan pekat melainkan melalui ujian kimia. Pengusaha mengkategorikan santan mereka kepada 2 iaitu pekat dan cair. Yang pekat kononnya santan asli dijual dengan harga lebih mahal, yang cair pula kononnya santan yang dicampur air. Setelah diserbu pihak berkuasa, siapa yang boleh pasti yang pekat itu ialah santan asli ? Jika dicampur serbuk putih dengan banyak, ia juga boleh jadi pekat. Pengusaha boleh mengaut keuntungan yang berlipat ganda dengan menggunakan bahan tiruan yang murah.

Tindakan pihak berkuasa patut dipuji dan diharap pemantauan kegiatan seperti ini perlu dilakukan sekerap yang mungkin kerana ia tidak sukar untuk berulang kembali.

Oleh itu, jika membeli santan, eloklah beli dari pekedai yang mengukurnya dengan mesin kelapa dan anda nampak dengan mata kepala anda sendiri bahawa ia santan yang segar yang baru diperah dari tempurung kelapa. Inilah antara kebaikan memilih produk-produk yang semulajadi supaya anda tidak tertipu dan memudaratkan diri anda sendiri.

Labels