
Beberapa bulan yang lalu, saya ditugaskan untuk membuat liputan bergambar seorang pemimpin masyarakat menziarahi seorang remaja yang menghadapi penyakit kanser tulang (berumur 14 tahun). Menurut maklumat yang diperolehi, kini ia sudah berada pada tahap 4 (stage 4), dimana ia merupakan tahap terakhir yang dianggap paling serius.
Mengikut statistik, peluang pesakit tahap 4 untuk meneruskan hidup hanya 15 ke 20 peratus sahaja manakala 80% pesakit kanser akan menemui ajal dalam tempoh beberapa bulan atau tahun selepas menerima rawatan yang intensif.
Saya diberitahu, ibubapa remaja berkenaan terpaksa berulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan kimoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Setakat ini, pesakit berkenaan sudah pun menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 18 kali dalam tempoh 2 tahun. Ubat-ubat berjadual yang diberi juga tidak terhitung jumlahnya.
Apabila ditanya bagaimana anaknya boleh menghidap penyakit ini sehingga ke tahap 4 dalam seawal usia 14 tahun, ibunya berkata, doktor yang merawat anaknya berpendapat bahawa ia bergantung kepada nasib seseorang. "Sesiapa saja boleh mendapat kanser, ia bergantung kepada kekuatan sistem pertahanan tubuh badan melawan penyakit", katanya. Saya setuju dengan pendapat doktor berkenaan. Di dalam sistem tubuh badan setiap orang mengandungi sel kanser. Ia hanya wujud seadanya, tetapi ia tidak mampu berkembang biak tanpa ada sesuatu sebab yang boleh membawa kesan kepada sistem semulajadi tubuh badan kita. Sistem imun yang semakin lemah tidak mampu lagi membunuh sel-sel kanser secepat proses pembiakannya. Ada banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kehilangan daya tahan sistem imun tubuh seseorang. Antaranya, bahan-bahan bertoksik yang masuk ke dalam tubuh badan kita melalui makanan hari ini, penggunaan produk-produk "penjagaan" kesihatan yang mengandungi bahan kimia merbahaya, pendedahan kepada pencemaran radiasi seperti penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap dan sebagainya boleh menggalakkan sel-sel itu semakin cepat berkembang. "You are what you eat", menurut istilah sesetengah pakar pemakanan. Lebih malang lagi, kaedah rawatan yang diberikan pada hari ini turut menyumbang kepada keadaan yang lebih parah lagi. Rawatan kimoterapi misalnya berpotensi membunuh sel-sel yang baik di dalam tubuh disamping membunuh sel kanser. Mengikut tanda amaran pada botol atau bungkusan bahan kimo mengandungi kenyataan ia boleh menyebabkan kanser.
Cuba anda bayangkan kesannya apabila sudah melalui rawatan kimoterapi hampir 20 kali. Ia sebenarnya membunuh pesakit. Jadi, di mana rasionalnya merawat pesakit kanser dengan dadah yang boleh menyebabkan kanser? Keadaan ini samalah seperti memadam kebakaran dengan menutup bahagian yang terbakar dengan kayu atau kepingan papan - jenis bahan yang mudah dibakar. Kaedah mammogram yang menggunakan kadar radiasi yang agak tinggi juga menambah risiko kepada kanser, malah ralat mendiagnos terhadap mereka yang tidak ada kanser baru saja mendedahkan orang itu kepada risiko mendapat kanser. Apabila semua kaedah rawatan ini sudah dijalankan, akhirnya doktor telah berputus asa dan membuat kesimpulan bahawa harapan untuk hidup tinggal 10% peratus sahaja. Pesakit akan diberitahu bahawa mereka akan mati tidak lama lagi. Kadang-2, hanya pihak keluarga sahaja yang tahu tentang hal ini manakala ia sengaja dirahsiakan dari pengetahuan pesakit itu. Jadi, inikah yang dikatakan kejayaan, "pencapaian" atau breakthrough dalam bidang perubatan? Semestinya tidak. Saya ingin bertanya apa lagi yang mereka mampu lakukan untuk menyelamatkan pesakit kanser tahap 4? Masih mahu berikan dos ubat-ubatan dan ulangi rawatan kimoterapi sampai tubuh badan pesakit menjadi bangkai hidup?
Pelik apabila ditanya, mereka tidak pernah menyalahkan corak pemakanan dan gaya hidup, tetapi sering menyalahkan nasib. Malah mereka seperti gila dan taksub kepada ubat-ubatan, kalau ada seratus lagi jenis pil yang dicadangkan oleh orang lain, mereka akan cuba mendapatkannya dan suapkan kepada pesakit. Tidak kira berapa mahal harganya, mereka akan cuba sedaya-upaya mendapatkannya. Tetapi ubat-ubat itu sebenarnya tidak mampu melakukan apa-apa selain memburukkan lagi keadaan. Jika ada orang bertanya kepada saya, apa harus dilakukan oleh pesakit kanser tahap 4, sesungguhnya penyakit yang tiada ubat ialah mati. Ada banyak kejayaan orang-orang di luar negara yang pulih dari kanser tahap 4, tetapi tiada siapa yang mahu mengambil pelajaran dari itu. Jika mereka sanggup mengeluarkan belanja berpuluh ribu ringgit, tiada alasan mereka tidak sanggup mendapatkan herba-herba yang didatangkan dari hutan Amazon. Malah, kadang-2, rawatan tidak perlukan kos yang tinggi. Ia boleh didapati di negara kita, hatta boleh di tanam di belakang rumah.
Buat sedikit penyelidikan. Anda tidak memerlukan makmal yang besar dan tikus untuk ujian. Anda cuma perlu bertanya kepada orang-orang lain yang pernah berjaya melaluinya.
Tetapi saya akan bertanya kembali, kenapa boleh sampai ke tahap 4, dan soalan seterusnya kenapa ia boleh sampai ke tahap 3 sebelum itu? Apa yang mereka lakukan semasa penyakit itu mencapai tahap 3? Tentu mereka juga tidak mampu menjawabnya untuk saya. Bagi saya, sistem perubatan moden merawat pesakit kanser sama seperti perumpamaan tikus membaiki labu - hendak membetulkan barang yang tidak diketahui, ia semakan rosak.
Terbaru saya dapat maklumat bahawa kanak-kanak itu sudahpun meninggal dunia.
Sumber imej:
http://trialx.com
0 comments:
Post a Comment