
Salah satu cara paling cepat untuk menyerap apa saja ke dalam tubuh ialah melalui mulut. Ini salah satu sebab beberapa jenis ubat-ubatan seperti rawatan jantung dan pengurangan kesakitan diletak di bawah lidah. Oleh sebab itu, anda sepatutnya sedar bahawa potensi kandungan toksik di dalam ubat gigi dan pembersih mulut juga akan diserap ke dalam tubuh dengan cara yang sama.
Malangnya, pakar pergigian fikir mereka tahu apa yang mereka cadangkan kepada anda tanpa mempedulikan kesan-kesan negatif.
Berikut adalah senarai potensi kandungan toksik yang terdapat di dalam produk ubat gigi dan produk "penjagaan" kesihatan dan alasan-alasan yang dikhuatiri tidak dipedulikan oleh pakar-pakar pergigian:
1. Florida (fluoride) - Amaran FDA pada ubat gigi mengandungi fluoride: AMARAN, jauhkan dari kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Jika tertelan, hubungi doktor secepat mungkin.Ubat gigi kanak-kanak selalunya mengandungi perasa seperti strawberi atau gula-gula getah yang mungkin menelannya. Ia boleh mendatangkan masalah memandangkan dengan hanya tertelan sedikit sahaja boleh mendatangkan risiko serius. Florida juga bertindak menghakis lapisan luar gigi secara perlahan-lahan malah ia bukan memutihkan gigi, sebaliknya menghilang warna putih menjadikan warna gigi bertukar kepada transparent.
2. Triklosan (triclosan) - Ejen antibiotik ini digunakan di dalam berbagai produk termasuk sabun pencuci pinggan mangkuk, sabun pencuci tangan, deodoran, ubat gigi dan pencuci mulut.
Pada Ogos 2009, Pertubuhan Perubatan Kanada meminta kerajaan mereka mengharamkan penggunaan triklosan di dalam produk-produk penjagaan diri. Dalam kajian pada 2006 dan 2009 menunjukkan pendedahan kepada triklosan kesan kepada penghasilan hormon thyroid. Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit pula melaporkan bahawa kekerapan penggunaan produk antibiotik boleh membawa kepada pertumbuhan bakteria yang bertahan kepada kebanyakan antibiotik dan membawa kepada kematian.
3. Sodium Lauryl Sulfate - Para pengkaji mendapati penggunaan SLS mengeringkan lapisan mukus yang mengelilingi kawasan dalam mulut, membuatkan ia terdedah kepada kerosakan tisu yang menyebabkan keputihan di dalam mulut. SLS terdapat di dalam kebanyakan ubat gigi, pencuci pinggan mangkuk dan pembersih badan.
4. Pengikir (abrasives) - Gigi sensitif disebabkan banyak faktor. Sesetengah gigi sensitif disebabkan oleh ubat gigi yang menggunakan pengikir. Ubat gigi yang mengandungi pemutih dan kawalan tartar juga mungkin mengandungi pengikir yang lebih kuat. Ia bertindak mengikis lapisan luar gigi dan menanggalkan kekuningan. Di dalam bengkel besi, alat kikir atau kertas pasir digunakan utuk mengilatkan lapisan permukaan logam.
5. Pemanis tiruan - Bayangkan sesetengah ubat gigi juga mengandungi pemanis tiruan iaitu saccharin. Apakah tujuan ia perlu diberi pemanis? Adakah untuk memberi sensasi kepada kanak-kanak supaya menelannya? Di Kanada, penggunaan saccharin masih tidak dibenarkan.
Di sini, saya ingin membangkitkan hal yang sering kita dengar dan lihat di TV bahawa syarikat-syarikat pengeluar ubat gigi sering mengiklankan bahawa ubat gigi yang baik perlu ada florida. Walaupun ia diiktiraf halal, sebenarnya florida & triklosan adalah 2 jenis bahan yang merbahaya. Seboleh-bolehnya, jauhkan dari membeli ubat gigi yang mengandungi florida & triklosan. Saya tidak dibayar oleh sesiapa untuk menulis artikel ini. Saya juga tidak pernah bertemu dengan pengeluar produk ubat gigi yang tidak mengandungi florida atau triklosan. Apa yang disarankan di sini adalah hasil dari maklumat-maklumat yang saya perolehi dari pelbagai sumber yang terlalu banyak menyatakan bahawa kedua-dua bahan ini adalah merbahaya, dan ia tidak sesuai untuk penggunaan di dalam tubuh lebih-lebih lagi jika diletakkan di dalam mulut.
Iklan yang keterlaluan dan sering diulang setiap hari di media mampu mempengaruhi masyarakat untuk menerima idea bahawa florida baik untuk penjagaan kesihatan, padahal ia membawa kesan sampingan yang tidak pernah dinyatakan di mana-mana media perdana tempatan selain dari blog ini. Sepatutnya ada komuniti tertentu yang membuat kajian secara mendalam dan tampil untuk memberikan penerangan kepada orang ramai apa itu florida dan bahayanya kepada pengguna. Kempen yang semakin hari semakin galak menyebabkan masyarakat semakin percaya dan mudah tertipu dengan kehendak pengusaha yang hanya tahu untuk melariskan jualan sahaja.
Terpulang kepada anda, sama ada untuk terus menggunakannya atau bertindak sekarang, buang semua produk yang ada di rumah anda, gantikan dengan produk yang lebih selamat.
Sumber imej:
www.actionpa.org/fluoride/
www.thebestwaterfilters.com/fluoride.html
0 comments:
Post a Comment