Subscribe to:
Post Comments (Atom)
The Secret Medicines menghidangkan maklumat tersembunyi berkaitan bidang perubatan & makanan moden yang disembunyikan para doktor konvensional, syarikat farmasi dan pengusaha makanan demi keuntungan. Mereka mengubati dengan menjadikan anda semakin berpenyakit, menghasilkan makanan yang lazat dengan membuat anda ketagih - supaya wang anda terus mengalir ke saku mereka.
3 comments:
Assalamualaikum. Saya ada satu permintaan. harap sgt tuan dapat bantu.
Saya menghidap gout hampir dua tahun. gout saya tak teruk, tetapi berpanjangan. Jadi saya nak minta tuan berikan contoh pemakanan terbaik untuk saya. dimana saya dapat berpantang, dan dlm pada masa yg sama mengubati penyakit ini.
Sebelum ini saya sudah pun buat rujukan tentang makanan yg tak boleh diambil, tetapi saya pasti disini saya boleh dapatkan info yg lebih baik.
utk pengetahuan, saya skrg mengambil ubat makjun taufik dua istimewa, kerana ini satu2nya ubat yang beri kelegaan. jawapan tuan saya dahului dgn ucapan terima kasih...
w'salam, gout disebabkan kandungan asid urik yang berpunca dari pemakanan ikan, daging dan ayam. Ia membentuk seperti kristal yang menyebabkan kesakitan. Dalam sayuran juga terdapat bahan yang boleh menambahkan lagi kandungan asid urik. antaranya cendawan, kacang dan asparagus.
sebenarnya, penyakit gout adalah penyakit yang boleh dipulihkan. utk merawat gout memerlukan ketabahan dari segi mengawal keinginan makan makanan yang biasa anda makan, yang selalunya makanan kegemaran. pada waktu-waktu sakit berlarutan, sebaiknya hanya makan buah-buahan segar sahaja - sesuatu yang mungkin mustahil bagi kebanyakan orang. Makan buah ceri sebanyak-2nya, ia dapat mengurangkan kesakitan. Buah bilberi dan strawberi juga sedikit-sebanyak dapat membantu meneutralkan asid urik.
Berikut antara makanan herba yang dapat membantu merawat gout yang diharap dapat membantu:
- kunyit
- jintan
- teh bunga chamomile
- daun pudina
- daun alfalfa
vitamin yang diperlukan:
- B12, E dan B
- folat
Minum banyak air bertapis utk meneutralkan asid. Amalkan senaman ringan utk melancarkaan perjalanan darah.
Ada petua mengatakan campurkan serbuk arang dengan serbuk bijan dengan air suam dan sebatikan sehingga jadi pekat, ratakan pada kawasan yang terkena gout dan biarkan selama sejam.
jika berbagai cara yang dicadangkan di atas sudah dicuba, saya cadangkan anda mendapatkan khidmat perubatan kaedah homeopathy.
ingin juga saya nyatakan di sini bahawa di kalangan rakan-rakan dan saudara-mara saya juga ada yang menderita penyakit gout sehingga hari ini dan antara faktor utama kegagalan mereka untuk pulih adalah disebabkan mereka gagal mematuhi amalan pemakanan yang sepatutnya.
Post a Comment