Monday, April 18, 2011

Artis Simpan Kuku Panjang Menguli Tepung Dengan Tangan (Bare Hand)

Saya jarang meluangkan masa menonton Tv kerana selalu sibuk dengan kerja, tetapi baru-baru ini saya ada sedikit masa menonton sebuah program masakan chef di NTV7 yang mana terdapat seorang artis wanita yang menjadi 'penyeri' rancangan itu. Saya tidak tahu namanya, maklumlah saya tidak berapa mengikuti perkembangan artis tempatan. Sesiapa yang ada menonton Tv pada hari itu, (harap dapat beritahu saya namanya) artis itu memakai blouse putih hingga ke paras pehanya tanpa seluar (nampak seksi gitu...!)

Rupanya memang cantik, Chef yang mengendalikan program itu pun sentiasa tersenyum walaupun beberapa kali artis itu membuat silap dalam membantu menyediakan masakan itu. Tiba-tiba ada suatu perkara yang saya lihat membuatkan tekak saya rasa loya.

Artis wanita yang berwajah menarik itu sayangnya menyimpan kuku yang panjang melebihi 1cm di setiap jari tangan tangannya, kiri dan kanan. Bila kamera zoom terus kepada jari-jarinya yang sedang melanyak dan menguli adunan masakan itu, nampak jelas sekali kuku-kukunya yang panjang berkilat itu seperti disapu dengan wax menyentuh adunan itu bersama cincin yang dipakainya.

Saya berasa hairan tidakkah pihak yang mengendalikan program ini sedar bahawa setiap orang yang mahu mengendalikan makanan tidak boleh menyimpan kuku yang panjang dan memakai cincin di jari. Kuku panjang dan cincin boleh menyimpan dan memindahkan kuman atau bakteria yang kita tidak nampak terus kepada makanan yang dikendalikan.

Artis yang nampak bodoh seolah tidak pernah pergi ke dapur itu terus menyentuh-nyentuh adunan dan kukunya sambil di zoom oleh kamera. Sayahilang selera menonton program ini, biar wajah secantik mana sekalipun, kalau kebersihan tidak dijaga, saya mula hilang selera makan.

0 comments:


Blogger Templates by thesecretmedicines.blogspot.com. Supported by webshotsdigital.com. Powered by Blogger