Wednesday, March 30, 2011

Parasetamol & Kerosakan Buah Pinggang

Jika sesiapa mengidamkan kerosakan buah pinggang di hari tua anda, maka pilihan yang terbaik dan termurah ialah ubat parasetamol. Pengambilan parasetamol secara berterusan dalam jangka masa panjang (walaupun dalam dos yang rendah) akan membantu tubuh anda menjalankan proses menghancurkan buah pinggang di hari tua anda. Buah pinggang yang sudah rosak tidak akan kembali elok. Ia perkara yang mustahil. Penyakit jantung boleh dipulihkan dengan pembedahan. Tetapi buah pinggang tiada pembedahan untuk memulihkan fungsinya seperti asal. Kalau bernasib baik, mungkin akan mendapat buah pinggang dari penderma yang bermurah hati. Mungkin kenyataan ini terlalu keras, tetapi inilah hakikat dan gaya hidup manusia di zaman yang serba pantas ini.

Kelegaan yang 'segera' adalah penting untuk membantu manusia zaman ini melakukan pekerjaan dengan 'sempurna'. Tanpa ubat-ubatan moden, mereka ini seolah-olah tidak boleh hidup!

Memang semua manusia akan mati, tidak kira muda atau tua. Tetapi cara manusia mati berbeza-beza. Ada yang sihat wal'afiat sebelum mati. Ada juga yang menanggung derita penyakit bertahun-tahun sebelum mati. Jika Tuhan sudah menentukan waktu kematian kita, biarlah kita mati dengan cara sebaik-baiknya - bukan dengan cara menyusahkan orang lain, dan bukan kerana kezaliman kita terhadap tubuh kita sendiri. Marilah kita berdoa supaya kematian kita dilalui dengan tenang dan tiada siapa di kalangan orang yang mengenali kita akan merasa menyesal.

1 comments:

Muhammad Burn said...

kalau demam, cara terbaik mcm mana? air kelapa?


Blogger Templates by thesecretmedicines.blogspot.com. Supported by webshotsdigital.com. Powered by Blogger