Ikuti petikan saya ambil dari HARIAN METRO PADA 2010/10/02:
Bayi berpeluh terlebih dos
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.myKUALA LUMPUR: Kesilapan preskripsi seorang doktor sebuah hospital pakar berhubung dos ubat yang perlu dimakan hampir meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia 20 bulan apabila ubat yang diberikan melebihi had.Arahan berkenaan yang menyebabkan bayi terbabit diberikan dos ubat berlebihan mengakibatkan mangsa berpeluh sepanjang masa, selain tidak sedarkan diri sejurus diberi makan ubat berkenaan. Ibu mangsa yang juga guru, XXX, 26, berkata, anaknya, XXX2 mengalami demam panas pada 23 September lalu sebelum dihantar ke sebuah hospital pakar di ibu kota.Menurutnya, dia yang bergegas mendapatkan rawatan untuk anaknya di klinik kecemasan hospital berkenaan dibawa bertemu doktor pakar bertugas kira-kira jam 10 malam.
“Doktor terbabit memberitahu bayi saya demam panas mencecah hampir 40 darjah celcius selain jangkitan kuman pada kerongkong.
“Sebaik selesai diperiksa, doktor mengarahkan saya memberi makan tiga ubat kepada bayi saya selama tiga hari,” katanya.
Menurutnya, kakitangan farmasi yang bertugas memberikannya tiga ubat iaitu cecair paracatemol untuk demam, cecair Amoxyllin sebagai antibiotik dan pil dequatin bagi melegakan sakit tekak.
“Mulanya timbul rasa pelik berikutan jumlah ubat yang diberikan terlalu banyak terutama cecair antibiotik sebanyak lapan mililiter berikutan jumlah itu untuk dewasa. Bagaimanapun, kakitangan farmasi terbabit mendakwa mengikut arahan doktor tanpa mahu merujuk arahan itu sekali lagi. “Namun, selepas diberi makan ubat terbabit, saya mula tidak sedap hati apabila mendapati bayi saya berpeluh melampau selain khayal tidak sedarkan diri,” katanya.
Menurutnya, dia yang bimbang keadaan kesihatan anaknya itu segera menghubungi doktor di hospital berkenaan bagi mendapatkan kepastian.
“Hanya selepas dua jam panggilan terbabit, seorang jururawat menghubungi semula saya dan memberitahu dos diberikan berlebihan.
Arahan berkenaan yang menyebabkan bayi terbabit diberikan dos ubat berlebihan mengakibatkan mangsa berpeluh sepanjang masa, selain tidak sedarkan diri sejurus diberi makan ubat berkenaan. Ibu mangsa yang juga guru, Teoh Lee Thin, 26, berkata, anaknya, Teoh Jing Teng mengalami demam panas pada 23 September lalu sebelum dihantar ke sebuah hospital pakar di ibu kota.Menurutnya, dia yang bergegas mendapatkan rawatan untuk anaknya di klinik kecemasan hospital berkenaan dibawa bertemu doktor pakar bertugas kira-kira jam 10 malam.
“Doktor terbabit memberitahu bayi saya demam panas mencecah hampir 40 darjah celcius selain jangkitan kuman pada kerongkong.
“Sebaik selesai diperiksa, doktor mengarahkan saya memberi makan tiga ubat kepada bayi saya selama tiga hari,” katanya.
Menurutnya, kakitangan farmasi yang bertugas memberikannya tiga ubat iaitu cecair paracatemol untuk demam, cecair Amoxyllin sebagai antibiotik dan pil dequatin bagi melegakan sakit tekak.
“Mulanya timbul rasa pelik berikutan jumlah ubat yang diberikan terlalu banyak terutama cecair antibiotik sebanyak lapan mililiter berikutan jumlah itu untuk dewasa. Bagaimanapun, kakitangan farmasi terbabit mendakwa mengikut arahan doktor tanpa mahu merujuk arahan itu sekali lagi. “Namun, selepas diberi makan ubat terbabit, saya mula tidak sedap hati apabila mendapati bayi saya berpeluh melampau selain khayal tidak sedarkan diri,” katanya.
Menurutnya, dia yang bimbang keadaan kesihatan anaknya itu segera menghubungi doktor di hospital berkenaan bagi mendapatkan kepastian.
“Hanya selepas dua jam panggilan terbabit, seorang jururawat menghubungi semula saya dan memberitahu dos diberikan berlebihan.
“Saya terkejut sebelum membawa anak saya ke hospital lain bagi menjalani rawatan dan pemeriksaan ultrasound. Doktor berkenaan mendakwa pil sakit tekak yang diberikan itu untuk pesakit dewasa,” katanya.
Malah, mangsa dimaklumkan ubat demam terbabit yang diberikan berlebihan boleh mengakibatkan kesan buruk pada bahagian hati selain cecair antibiotik berlebihan pula boleh menyebabkan kerosakan pada tulang dan saraf.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk XXX3 berkata, kecuaian itu akan dirujuk kepada Majlis Perubatan Malaysia selain laporan akan dihantar pihaknya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mengapa boleh berlaku perkara sebegini padahal tentu doktor yang merawat bayi tersebut adalah seorang doktor pakar memandangkan insiden dirujuk di hospital pakar. Doktor pakar adalah doktor yang memiliki kemahiran atau pendidikan yang lebih tinggi atau lebih spesifik dalam bidangnya. Tidak mungkin dos yang berlebihan sengaja diberikan oleh pembantu yang menyediakan ubat-ubatan di kaunter. Tidak mungkin ia tersilap. Pemberian dos adalah perkara yang tidak boleh diambil ringan kerana ia bakal memberi kesan sampingan kepada pesakit. Ia tentu mendapat arahan dari doktor. Mereka yang bertugas di kaunter tidak mengerti apa-apa tentang dos. Kerja mereka hanya merekodkan lawatan pesakit dan menyediakan ubat-ubatan mengikut apa yang diberitahu oleh doktor.
Demam panas adalah suatu jenis tindakbalas semulajadi oleh sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan virus atau bakteria yang tidak boleh hidup dalam suhu yang tinggi.
Bayi tersebut hanya mengalami demam panas dan sakit tekak sahaja. Paracetamol diberikan untuk meredakan kesan demam. Pil Dequadin untuk meredakan sakit tekak. Kemudian ubat cecair Amoxicillin sebagai antibiotik untuk melawan jangkitan kuman. Paracetamol berfungsi sebagai pelali, ia mengurangkan isyarat sakit yang dihantar kepada otak, maka tubuh kurang mengalami kesan panas demam yang dialami. Pil Dequadin mungkin bertugas sebagai 'pelincir' untuk melegakan kesan 'benda' yang mengganggu keselesaan di tekak. Keadaan ini adalah normal di mana kebanyakan orang yang mengalami demam panas akan merasa ketidakselesaan di bahagian tekak.
Dos antibiotik berlebihan menyebabkan konflik di antara sistem imun semulajadi yang sedang berperang membunuh kuman dengan ubat antibiotik yang diberikan oleh doktor. Kehadiran ubat antibiotik yang berlebihan mengurangkan keberkesanan sistem pertahanan semulajadi yang dimiliki oleh tubuh, menyebabkan sistem auto-imun terpaksa bekerja lebih keras dan agresif.
Dos antibiotik berlebihan juga boleh mendatangkan inflamasi kepada arteri di dalam otak lalu menyebabkan kesakitan yang amat di bahagian kepala. Keadaan luarbiasa yang belum pernah dialami oleh tubuh ini boleh menyebabkan pesakit menjadi tidak sedar diri atau koma. Pesakit dalam keadaan koma tidak mampu dibangunkan, tidak bertindakbalas terhadap perubahan sekitar
Kemungkinan besar inilah yang terjadi kepada bayi berusia 20 bulan ini. Masyarakat yang cepat panik biasanya tiada pilihan selain mendapatkan khidmat doktor kerana doktor boleh memberikan 'harapan' dan 'boleh dipercayai'. Malangnya, golongan yang diharapkan ini mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan memaksa pesakit mengambil dos berlebihan.
Jika mereka bertemu dengan saya, saya akan sarankan meminum air jus buah-buahan tanpa ais ataupun 'air Badak' (Gypsum Fibrosum) untuk menyejukkan badan, menelan bawang putih mentah (dihancurkan terlebih dahulu) sebagai antibiotik semulajadi melawan virus, memberi minum madu lebah sebagai agen pembunuh bakteria di tekak, kemudian rehatkan tubuh dengan berbaring di atas katil di rumah membiarkan saja bahan-bahan yang diambil tadi menjalankan 'tugas' masing-2 tanpa perlu diberi arahan. Ini adalah kaedah rawatan di rumah secara semulajadi tanpa perlu mengambil risiko kesan sampingan!
Jika anda tidak sanggup melihat anak anda menanggung sakit, bolehlah berikan sedikit Paracetamol atau Panadol untuk kanak-2, tetapi hanya beri anak anda 25% dari dos yang disarankan oleh doktor. Sebiji tablet dipecahkan empat bahagian dan hanya ambil 1 bahagian darinya. Selebihnya 3 bahagian lagi jangan disimpan, lupuskan saja.










